Mei 2018 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Mei 2018
Happy Birthday To Me

Happy Birthday To Me

As Salam and greetings to dear readers.

Happy Birthday To Me

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana masih sihat dan bernafas di alam maya ini. Pada hari ini iaitu 30 Mei 2018 genaplah usia Mrs. A 43 tahun. Hurm... dah tua rupanya muahahhaahaha... Walaupun bagi sesetengah orang umur itu rahsia tapi bagi Mrs. A pula tiada keperluan untuk dirahsiakan biarlah tak kisah pun kalau orang tahu huhuhu. [poyo la kau Mrs.A oiii!]

Ko! dah kenapa Mrs. A wish birthday kepada diri sendiri kesian... takde orang wish ke hew! hew! hew! Actually takdelah sampai takde yang wish cuma sengajalah Mrs. A nak wish diri sendiri di blog. Dalam erti kata lain ada juga benda nak up-date ha! gitewww.

happy birthday
Saranghae!!! Mrs. A
Alhamdulillah semalam dapat birthday treat in advance daripada Mr. A iaitu berbuka puasa di luar. Itupun Mrs. A dah happy nampak sangat Mrs. A ni sejenis yang mudah terhibur. Untung tau Mr. A and kids tu dapat orang macam Mrs. A ni ha..ha..haaaaa.... #perasan

Buat kawan-kawan yang wish birthday tu samada di FB, WhatsApp dan secara face to face terima kasih Mrs. A ucapkan atas ingatan dan doa yang baik-baik. Semoga kalian juga beroleh kesejahteraan.

Buat diri sendiri semoga akan terus istiqomah ke arah yang lebih baik untuk kesejahteraan di sini mahupun di akhirat kelak.

Happy Birthday To Me.
Selamat Bercuti Dan Selamat Menyambut Hari Wesak.

Selamat Bercuti Dan Selamat Menyambut Hari Wesak.

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Bercuti Dan Selamat Menyambut Hari Wesak.


Yeay! esok cuti lagi.... selamat bercuti buat readers dan selamat menyambut hari Wesak buat mereka yang beragama Buddha dan yang meraikannya. Tapi Mrs. A rasa ramai yang sedang dan masih bercuti lagi ni al-maklumlah hari ini kerja esok cuti so kepada mereka yang masih banyak baki cuti tentulah ambil kesempatan untuk sambung cuti hari ini kan..kan..kan...

Unfortunately Mrs. A tak ambil cuti pun cos Mrs. A baru aje bercuti time sambut puasa dua minggu lepas. Baki cuti tak banyak dah sehingga Jun nanti, hari raya nak ambil cuti lagi. Lagipun kids sekolah kalau cuti pun duduk rumah aje tak kemana pun.

Selamat bercuti dan selamat hari Wesak buat penganut Buddha dan yang meraikannya
Ha meh! sini Mrs. A nak share apa makna hari Wesak menurut kepercayaan Buddha. Hari Wesak menurut kepercayaan Buddha adalah merupakan hari untuk mereka menyambut 3 peristiwa penting dalam kehidupan Buddha Shakyamuni iaitu hari keputeraannya, pencerahan agung sewaktu umurnya 35 tahun dan satu lagi hari kemangkatannya pada umur 80 tahun. [sumber]

Buat readers yang masih bercuti tu selamat sambung lagi cuti dan berhati-hati dijalan raya. Sekali lagi nak ucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut hari Wesak. Bestnya esok lepas sahur boleh sambung tidur lagi.
Salam Jumaat : Kuliah Dhuha

Salam Jumaat : Kuliah Dhuha

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat : Kuliah Dhuha


Salam Jumaat readers dan selamat berpuasa hari ke sembilan Ramadan. Alhamdulillah pagi tadi Mrs. A berjaya join kuliah Dhuha anjuran office. Actually company, setiap bulan dalam sekali atau dua kali di hari Jumaat akan mengadakan kuliah Dhuha bersama penceramah jemputan. Tapi tulah ada-ada masa Mrs. A tak dapat join busy dengan kerja-kerja hakiki. [ecececer alasan ko Mrs. A tak boleh blah!].

Tapi sempena bulan Ramadan ini Mrs. A dah berazam kalau tiada aral melintang setiap apa-apa sahaja ceramah atau kuliah yang berunsur keagamaan yang diadakan di office Mrs. A akan berusaha menghadirkan diri. Lain-lain azam di bulan Ramadan [SINI]

Oh! ya sebelum kuliah Dhuha yang pertama di bulan Ramadan ini Mrs.A juga telah berjaya join kuliah terdahulu. Tapi time tu rare sikit selepas habis kuliah penceramah jemputan iaitu Ustaz Dato' Rashidy Jamil Al-Rashid siap minta mereka yang hadir supaya bergambar bersama. Katanya penutup sempena nak sambut bulan Ramadan. Ha! jom kita bergambar yang seramai 12 ribu orang ni katanya muahahhaaaaa....

kuliah dhuha
Time ni tajuk kuliahnya adalah 'Persediaan Sebelum Ramadan' penceramah yang duduk tengah-tengah lengkap berbaju melayu color purple.
Apa yang menarik bagi Mrs. A time ustaz Dato' Rashidy bagi kuliah adalah dia punya sense of humor paling win tu muka serius tapi kata-kata lawak. So kekdahnya takdelah mengantuks gitew... Sebelum-sebelum ini kuliah selalunya diadakan di bilik latihan. Tapi tulah pagi tadi bilik training fully occupied so terpaksalah we all menggunapakai surau office. Dah katanya surau haruslah duduk bersimpuh macam perempuan melayu terakhir.

kuliah dhuha
Nampak sangat Mrs. A sejenis yang tak reti selfie
Untuk yang pagi tadi pula tajuk kuliah Dhuha adalah Nuzul Al-Quran. Di antara yang Mrs. A ingat inti-pati kuliah tadi adalah dalam Al-Quran itu terdapat 6236 jumlah ayat, jumlah surah pula adalah sebanyak 114 surah dan terkandung kesemuanya di dalam 30 juzuk Al-Quran.

Mungkin ramai yang sedia maklum juga bahawa Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan. Namun begitu kata ustaz bukan kitab Al-Quran sahaja yang diturunkan pada bulan Ramadan kitab-kitab terdahulu sebelum Al-Quran iaitu kitab Taurat, kitab Zabur dan kitab Injil pun sama diturunkan kepada nabi-nabi yang terpilih pada bulan yang sama iaitu bulan Ramadan.

Lain-lain dalam kuliah tadi kata ustaz haruslah kita membezakan bulan-bulan yang lain dengan Ramadan iaitu dari segi amal ibadah dan tingkah laku adalah dituntut kita memuliakan bulan Ramadan ini. Maksudnya lebih kurang macam ni la kita ambil keistimewaan bulan Ramadan ini dengan memperbanyakkan amalan yang menjuruskan kepada saham akhirat contoh seperti dengan membaca Al-Quran, bersedekah dan solat jangan tinggal, jangan lambat-lambatkan dan banyakkan solat sunat.

Okay itu saja nak share kisah Salam Jumaat : Kuliah Dhuha.

Terima Kasih Blogger Anies

Terima Kasih Blogger Anies

As Salam and greetings to dear readers.

Terima Kasih Blogger Anies.


Alhamdulillah rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari ha! tak gittewww... Terima kasih blogger Anies. Mrs. A dapat lagi souvenir daripada rakan blogger Anies cos Anies memang pemurah orangnya [SINI]. Semoga rezeki Anies bertambah-tambah banyak lagi dan mengalir tak putus-putus.

Actually Mrs. A dah terlupa pun. Tapi tulah macam ada six-sense la pula antara Anies dan Mrs. A bila tetiba jer.. Mrs. A teringat tak lama tu dapat WhatApp daripada Anies bagitahu souvenir dah pos. 

Ni dia sampul duit raya dan fridge magnet comel dari Taiwan. Suka... suka..suka senyum sampai tinge ngeh! ngeh! ngeh!

Terima kasih
Terima kasih blogger Anies
Kalau readers belum pernah singgah ke blog Anies cuba ler... singgah kalau dah tersinggah mesti nak singgah-singgah selalu macam Mrs. A ni.

Okay sekali lagi Mrs. A nak ucapkan Terima Kasih Blogger Anies semoga ukhwah kita sesama blogger akan berpanjangan sampai bila-bila.

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Berpuasa.

Selamat berpuasa Mrs. A ucapkan buat readers blog picisan Mrs. A ini. Tak lupa juga mohon maaf  dari hujung rambut sampai hujung kaki andai ada terkasar bahasa dan terlanjur perkataan di dalam penulisan blog ini. Salam kosong kosong ya...

Mrs. A percaya ramai dikalangan kita yang kebiasaanya sebelum menyambut bulan puasa akan mengadakan kenduri tahlil arwah terlebih dahulu, setuju tak? Okay setuju.... hehehe.... begitu jugalah dengan family Mrs. A alhamdulillah ada rezeki buat kenduri tahlil dikalangan keluarga terdekat pada Sabtu minggu lepas (12052018). Seperti biasa imamnya dah tentu-tentulah Abah mertua Mrs. A. 

Kenduri diadakan di Jiboi solat maghrib berjemaah terlebih dahulu kemudian diikuti dengan tahlil dan disudahi dengan solat Isyak berjemaah. Alahai takde gambar la pulak cuma ada video aje nak tengok boleh pi tengok kat IG @my.maziah dan jangan lupa follow ya muahahhaaaaa.... [eh! sempat pulak iklan follow IG ha!]

Macam-macam menu ada hasil dari potluck
Kenduri tahlil arwah sempena menyambut puasa tahun ini cara menu disediakan lain dari tahun-tahun sebelumnya. Kelainannya adalah menu stail potluck iaitu satu family kena sediakan satu hidangan. Ialah masing-masing sejenis busy terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir PRU so takde masa nak menolong m.i.l di dapur kekdahnya itu yang semua sepakat buat stail potluck.

Di samping itu ada juga acara potong kek untuk April dan Mei babies. Aryssa dengan Mrs. A gigih tau pi beli kek untuk Mr. A cos time birthday dia pada 29 April tu takde kek. Mrs. A ingatkan kek Mrs. A je ada satu rupanya kek dari family s.i.l pun ada juga untuk April dan Mei babies katanya.

Kek untuk Mr. A
Happy birthday for April & May babies
Tapi tulah time potong kek tu Mr. A tu tak sporting langsung boleh pula dia kering hati tak nak join sekali potong kek. Puas mak dia suruh dan juga Mrs. A dan juga Aryssa ajak potong haish! tak nak jugak! Sabar yolah. mujurlah wife dia ni ok jer... takde masa nak ferfeeling sentap. Ialah lagipun Mrs. A faham dia belum move on lagi time tu. Sedih dan shocked giler dengan kekalahan #TeamTokMat di PRU14. 
Babah tak nak biar Danial wakil katanya
Aryssa & Adik plus Mr. A (April) Along & Mrs. A (Mei)
Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dan lagi banyak amalan kita dari Ramadan yang sebelumnya. Selamat berpuasa readers.

Selamat Hari Guru 2018

Selamat Hari Guru 2018

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Hari Guru 2018.

Guru Pemacu Transformasi Pendidikan.

Hari Guru

Guru Oh Guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa:
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Kredit: Cinta Seni

Selamat Hari Guru 2018.
Hadiah Menang 'SPM Result Giveaway' Dah Sampai

Hadiah Menang 'SPM Result Giveaway' Dah Sampai

As Salam and greetings to dear readers.

Hadiah Menang 'SPM Result Giveaway' Dah Sampai.

Finally sampai juga hadiah Mrs. A menang SPM Result Giveaway by Abam Kie. Fuh! serius lama tau Mrs. A tunggu. Abam Kie dah WhatsApp kat Mrs. A parcel consignment note yang dia dah post since 28 April lagi tapi petang semalam baru sampainya. Hurm... tulah mungkin sebab cuti tetiba kot huhuhuhu....

Tapi tulah sedikit musykil time terima tu kotaknya dah terbuka. Tak tahu arrr... manusia jenis apakah yang tak takut dosa sanggup buat kerja-kerja tak baik pecah amanah cenggini. [hahahhaa over ko Mrs. A]. Ialah lagipun kat parcel consignment note dah tentu ada tulis kopi. Apa depa ingat handphone ka? Eh! kalau betul pun handphone apa masalah depa nak pi bukak bagai. Haish! nak curi ka!? Hurm... speechless!!!

Tengok tu ntah siapa la punya kerja busybody jer... nak tahu apa isi kat dalam
Apa-apa pun alhamdulillah bila Mrs. A check isi dalam dia elok dan paket kopi tu masih cukup 20 paket. Terima kasih Abam Kie nanti bila sahur boleh ler... Mrs. A minum kopi Pak Belalang ngeh! ngeh! ngeh!

Hadiah menang SPM Result Giveaway by Abam Kie
Semoga rezeki rakan blogger iaitu Abam Kie akan bertambah-tambah lagi hendakNYA. Terima kasih ukhwah.
Kisah PRU Mrs. A #malaysiamemilih

Kisah PRU Mrs. A #malaysiamemilih

As Salam and greetings to dear readers.

Kisah PRU Mrs. A #malaysiamemilih

Wow! bahang pilihanraya umum kali ke 14 (PRU14) dah hampir sampai ke kemuncaknya tinggal satu hari aje lagi. Selamat mengundi Mrs. A ucapkan buat readers dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana jua berada.

Pagi tadi time Mrs. A on the way nak pergi office jalan raya telah sedikit lengang, dalam hati Mrs. A eh! mana pegi kereta nih! kemudian Mrs. A terfikir sendiri oh! mungkin ada yang dah balik kampung untuk mengundi. Makna kata yang jauh-jauh di luar Negeri Sembilan tulah dah balik dulu. Syabas Mrs. A ucapkan buat mereka yang dah pulang mengundi itu. Tahniah! anda memang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Amvoi! kemahen... intro ko Mrs. A oiiii...

PRU14
 Google Image
Bercerita tentang sejarah PRU bagi diri Mrs. A sendiri PRU14 adalah PRU ke 5 bagi Mrs. A. Tahun pertama yang Mrs. A telah cukup umur untuk mengundi adalah pada tahun 1999 (PRU10) tapi tahun ini umur masih muda lagi (muda? konon! perasan) dan kesedaran pun tak berapa nak hado kekdahnya Mrs. A tak daftar SPR pun so memang tak mengundilah jawapannya. #tolongjangankecam.

Kemudian pada tahun 2004 (PRU11) Mrs. A dah timbul sedikit kesedaran time ni memang berkobar-kobar semangat nak mengundi. Lagipun kawan-kawan office support baik punya suruh daftar, kalau tak silap time tu lunch hour tengah jalan-jalan kat JJ Wangsa Maju, K.L terjumpa pula booth SPR bergerak (macam booth nak bayar zakat tu) khas untuk mereka yang nak register mengundi terus Mrs. A dan seorang lagi gang office register. Tapi.... ntah dimana silapnya kalau tak salah Mrs. A, SPR announce mereka yang register pada tarikh sekian ke sekian dikira tak layak undi kerana lewat mendaftar hew! hew! hew! then again tak layak undi lagi kekdahnya.

Alhamdulillah kemudian tiba lagi musim pilihanraya pada tahun 2008 (PRU12) time ni semak daftar pemilih yes nama dah ada dalam senarai layak mengundi. Tapikan uols di K.L la pulok! tempatnya bukannnya di kampung huwaaaaa..... haish! okay terima ajelah dah tentu-tentulah ko register kat Wangsa Maju time tu Mrs. A oiii... so undi ajelah ha amik ko P.118 Setiawangsa cos Mrs. A guna alamat AU3, Keramat.

Kemudian berjumpa lagi Mrs. A dengan PRU13 tahun 2013 dan pada tahun ini buat pertama kalinya DSN menjadi PM. Unfortunately time ni Mrs. A ingat Mrs. A tidak membuang undi cos balik kampung. Tempat mengundi pula kat K.L habih camno? mungkin juga Mrs. A menjadi hantu a.k.a pengundi hantu oooppssss... laser tau.

Pejam celik, pejam celik dah tiba lagi musim PRU14 rasa macam sekejap sangat 5 tahun tu berlalu. PRU14 pada tahun 2018 ini dasat betul gelombangnya sampai keluarlah statement DSN menyatakan PRU14 adalah "ibu segala pilihanraya". Mana yang faham-fahamlah ya! hehehehe.... Namun apa yang pasti MB den dah monang. #teamtokmat.

Mrs. A tidaklah begitu fanatik dengan dunia politik ini. Mrs. A sejenis yang biasa-biasa aje biarlah apa orang nak kata janji undi itu rahsia Mrs. A dan hak Mrs. A. Dengar aje semua pihak punya kempen tapi time pangkah kita pangkahlah apa yang kita mahu dan pilihlah guna akal dengan bijak. Semoga Malaysia terus aman damai dan rakyat hidup harmoni dengan pelbagai kaum dan etnik yang sedia ada.

Okay kepada mereka yang nak keluar mengundi esok jangan lupa semak dulu ya ini akan lebih memudahkan kita juga nanti dah tahu saluran berapa, DUN mana, Parlimen mana, dan juga siapa calon-calon yang bertanding. Sempat lagi nak buat semakan di SINI ataupun download di google playstore MySPR Semak.

Itulah dia kisah PRU Mrs. A. Selamat mengundi semua di PRU14 ibu segala pilihanraya.
Karaoke Birthday & Tengok Avengers Infinity War

Karaoke Birthday & Tengok Avengers Infinity War

As Salam and greetings to dear readers.

Karaoke Birthday & Tengok Avengers Infinity War.


Punyalah fikir apakah title yang sesuai untuk post ini kekdahnya jadilah cenggitu Karaoke Birthday & Tengok Avengers Infinity War. Nak kata family days out pun boleh juga tapi this time Along tak ikut sekali. 

Pagi 29 April tu Along bangun agak lambat cos malam tu dia telah menolong membuat kerja-kerja PRU14 hew! hew! hew! Along sengaja join Atok sedara dia pi pasang bendera dan hantar bendera sana, sini, situ sengajalah nak cari pengalaman katanya disamping itu dapat jugalah upah. Walaupun banyak kali Mrs. A tanya "betul ke tak nak ikut ni Along, kita orang nak pergi tengok movie ni nanti ko nyesal?" kata Mrs. A. "Betul la ibu, Along nak pi Jiboi rumah Opah nak lepak dengan Banglong  (cousin) kata dia. Hurm... suka hatilah Along. Jangan nyesal sudah.

So kekdahnya The A's family outing berempat ajelah.

Happy birthday dear....
Pada hari ini jugalah date of birth my other half iaitu my Mr. A a.k.a Babah. Ini kira celebration jugalah walaupun tiada kek yang selalu menjadi signature dish di hari lahir huk! huk! huk! Tapi mujurlah Mr. A pun okay jer... ialah dah tua kot [dalam hati siapa yang tahu bak kata Wak3lalat]. Tak perlu dah berkek-kek bagai #syukurselalu.

Seperti biasa agenda pertama haruslah mengisi perut terlebih dahulu. Tempat pilihan tak lain tak bukan di Restoren SINI 

Kemudian setelah habis lunch terus menuju ke Aeon S2. Actually yang beriya-iya nak tengok Avengers Infinity War ini adalah Adik. Kalau ikut Mrs. A nak tengok citer seram A Quite Place. Sesampai aje di Aeon S2 menuju terus ke TGV punyalah si Adik berkobar-kobar nak tengok show pukul 3.40 petang, kata dia cos dia dah check online. Nan hado uols full house then cuba lagi nak tengok show pukul 4.10 petang pun sama juga full house. Kah..kah..kah... apalah nasib ko Dik? Kemudian Mrs. A pula cuba nasib nak tengok movie A Quite Place tu unfortunately "show last pukul 1.00 petang tadi kak" kata adik kaunter itu hew! hew! hew! sabar yolah.

Walaupun Babahnya kata tak payah tengok cos show lambat sangat pukul 5.10 petang dah tu pula seat yang show itu pun cuma tinggal yang depan sekali aje. Namun begitu Adik berkeras juga nak tengok kekdahnya Babah dia mengalah juga so we all beli arrr..... tiket tengok show pukul 5.10 petang demi mu anak Ibu Babah ikut kan aje.

Avengers Infinity War
Ha! amik kau seat barisan hadapan sekali A gitewww.....
Pendapat Mrs. A tentang citer Avengers Infinity War ini kalau tak suka citer tak masuk dek akal baik jangan tengok muahahhahhaaa... peminat Avengers baca ni mampuih Mrs. A mesti kena kecam punya.

Citer Avengers Infinity War ini mengisahkan Thanos yang tamak kuasa dan sedang berusaha untuk mengumpulkan 6 batu infiniti untuk menguasai seluruh alam semesta. Kalau nak tengok ada banyak karakter superhero dalam satu movie hah! inilah movie dia yang patut readers tengok iaitu Avengers Infinity War ada Iron Man, Spiderman, Thor, Kapten Amerika, Black Panther dan Guardian of the Galaxy pun ada jugek..... as usual Mrs. A ni sejenis yang malas nak buat reviews huhuhuhu.... kalau nak baca reviews banyak aje blog-blog lain yang dah buat reviews so silalah google ya.... Oh! ya satu lagi ending movie tu tergantung ceh! nampak gayanya kena tengok lagi next sequal.

Ha! nak tahu tak mana we all pergi sebelum show Avengers Infinity War itu bermula? Tulah we all pada mulanya tak tahu nak pergi mana lama tu nak tunggu dalam 3 jam lagiks!!! so kekdahnya Babah ajak pi Karaoke kat Green Box tak jauh mana pun nun ha sebelah TGV tu aje hah!! hai!!!

So karokslah kau jawabnya.

Kemahen! Aryssa tu menghayati sungguh
Lagu Aiman Tino favorite bebudak sekarang
Birthday boy sedang pilih lagu
Amvoi!! Aryssa lepas dia dia suka bebenar dapat karoks!
Happy birthday to you. Love you till Jannah
Okay kasi chance ibu pun nak nyanyi jugek!!! semestinya Aca Septriasa - Berdua Lebih Baik dan My All - Maziah Carey eh! Mariah Carey muahahhaaaaa....
Pendapat Mrs. A tentang Karaoke Green Box yang "family room" ini best, besar dan lagi yang menariknya ada dua screen serta ada juga standing microphone. Oleh kerana time ini charge ikut rate per room dah full house again full house yaa aaaa aaww so we all terpaksa amik charge per head. Per head pun per head ler... sekali sekala layanzsss... janji dapat killing times dengan hati yang gumbira.  3 jam tu... nak menunggu show time Avengers Infinity War. Yeah!!! finally tamat 3 jam berkaroks tak terasa lama mana pun rasa tak puas ada ler...

Okay tu jer... nak shared citer Karaoke Birthday & Tengok Avengers Infinity War.

Seminar Aspirasi Setiausaha

Seminar Aspirasi Setiausaha

As Salam and greetings to dear readers.

Seminar Aspirasi Setiausaha.

Walaupun bulan April telah tiga hari berlalu tapi kisah bulan April Mrs. A ke Seminar Aspirasi Setiausaha anjuran Puspanita Negeri Sembilan belum up-date lagiks!! hew! hew! hew! Kepada mereka yang bergelar setiausaha ataupun dikenali juga sebagai personal assistant [PA] mesti dah terbiasakan apabila tiba bulan April ada-ada sahaja sambutan sana, sini, situ yang diadakan untuk mereka.

Actually Mrs. A bukanlah PA sebenar Mrs. A hanya sejenis Setiausaha Syarikat a.k.a Company Secretarial [COSEC] sahaja. Tapi dah company sudi nak hantar pergi seminar tu bersama tiga officemate yang lain Mrs. A ok jer... ialah bak kata orang rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari ha!! gitewww....

Seminar Aspirasi Setiausaha anjuran Puspanita Negeri Sembilan berkenaan telah diadakan pada 25 April 2018, di D' Tempat Country Club, Sendayan. Siap bertema bagai iaitu pink & purple.

anjuran Puspanita NS
Dua PA sebenar dua lagi bukan ngeh!ngeh!ngeh!
Penceramah yang dijemput pada Seminar Aspirasi Setiausaha tu adalah saudara Syamsul Amri bin Ismail aka Syamsul Debat tajuk ceramah yang sangat menarik iaitu "Inspirasikan Hari Anda Dengan Pemikiran Positif". Ini adalah kali pertama Mrs. A berpeluang mendengar saudara Syamsul Debat (SSD) bagi talks no wonder ramai yang kata best dan tak sempat nak terlelap cos sememangnya benar begitu. 

Dari awal dia berceloteh sampai ke habis sedikit pun tidak membosankan. Terasa macam eh! dah habis dah ke awat la... sekejap sangat. Terkesan juga dengan point-point yang SSD tekankan di antaranya contoh macam mereka yang bekerja tu katanya "mulakan pagi anda dengan segera dengan membuat kerja-kerja office, tanpa berlengah-lengah kerana masa tidak menunggu kita". Kalau kita sampai-sampai office jo, "asyiklah duk ngadap Insta, FB dulu pastu sambung pulak dengan breakfast dan up-date cito drama potang-potang habih tu bilo nak mulo kojo ea puan-puan oiii!!!" hahahhaa... walaupun macam kelakar tapi ada benarnya fikir-fikirkanlah. #ingatanuntukdirisendiri

Syamsul Debat
Sempat snap dari jauh je gambar SSD cos SSD pulang awal ada event tempat lain katanya
Ada yang datang dari luar Negeri Sembilan - Putrajaya, Perak, Melaka
Tenyeh jangan tak tenyeh time ni slot bibir mungil bersama Mary Kay
Selain daripada slot Mary Kay. Ada juga slot fesyen show daripada butik Wajadda yang terletak di Taman Tasik Negeri Sembilan. Ada cat walk time ni macam-macam collection hari raya ada. Sesiapa yang membeli time tu dapatlah harga special daripada harga biasa.

Actually Seminar Aspirasi Setiausaha yang ini adalah yang penutup, yang terdahulu Mrs. A tak join pun dan juga tak pasti di mana ya!? muahahhhaaaaa..... 
Bergambar bersama artis jemputan Azam Pitt
Adoiiii.... sorry la dik Mrs. A tak berapa nak familiar ha! dengan Azam Pitt. Asyiklah we all tertanya-tanya sesama sendiri hahahhaha... tapi bila google barulah tahu Azam Pitt tu pernah jadi peserta My Startz LG dan juga Bintang RTM. Most of his show kat TV RTM selain menyanyi Azam Pitt pun berlakon juga. Tapi oklah dia friendly dan nyanyi best lagu Janam Janam Janam dan Sway paling Mrs. A layanzzz.... terus Mrs. A follow IG @azampitt  muahahhaaaaaa....

Us from SAINS
Sementara menunggu transport balik. Sempat bergambar bersama Pembantu Khas YB Dato' SUKNS ha! dia barulah boleh digelar PA sebenar hew!hew!hew!
['Us' sorang lagi dah balik]
Seminar Aspirasi Setiausaha anjuran Puspanita Negeri Sembilan bertarikh 25 April 2018 ini adalah yang penutup kekdahnya. Terdahulu telah ada beberapa lagi seminar tapi yang tu we all tak hadir pun tahu pun time membawang muahahhaaaa....Majlis penutup telah disempurnakan oleh YM Raja Datin Seri Dato' Hjh Salbiah binti Tengku Nujumuddin isteri YAB Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap penaung Puspanita cawangan Negeri Sembilan Darul Khusus. Unfortunately 'us' tak dapat selfie-selpot dengan YM Datin Seri walaupun ada usaha ke arah itu tapi tulah ramai sangat umat manusia yang berselfie dengan beliau.

Sudah agak lama Mrs. A tak pergi event setiausaha cenggini. Time kerja KL dulu selalulah. So Seminar Aspirasi Setiausaha "Inspirasikan Hari Anda Dengan Pemikiran Positif" ini sangat manis untuk dikenang. The End.


MRS.A my blog my stori ©