Selamat Berpuasa - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Selamat Berpuasa

17 Mei 2018

Selamat Berpuasa

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Berpuasa.

Selamat berpuasa Mrs. A ucapkan buat readers blog picisan Mrs. A ini. Tak lupa juga mohon maaf  dari hujung rambut sampai hujung kaki andai ada terkasar bahasa dan terlanjur perkataan di dalam penulisan blog ini. Salam kosong kosong ya...

Mrs. A percaya ramai dikalangan kita yang kebiasaanya sebelum menyambut bulan puasa akan mengadakan kenduri tahlil arwah terlebih dahulu, setuju tak? Okay setuju.... hehehe.... begitu jugalah dengan family Mrs. A alhamdulillah ada rezeki buat kenduri tahlil dikalangan keluarga terdekat pada Sabtu minggu lepas (12052018). Seperti biasa imamnya dah tentu-tentulah Abah mertua Mrs. A. 

Kenduri diadakan di Jiboi solat maghrib berjemaah terlebih dahulu kemudian diikuti dengan tahlil dan disudahi dengan solat Isyak berjemaah. Alahai takde gambar la pulak cuma ada video aje nak tengok boleh pi tengok kat IG @my.maziah dan jangan lupa follow ya muahahhaaaaa.... [eh! sempat pulak iklan follow IG ha!]

Macam-macam menu ada hasil dari potluck
Kenduri tahlil arwah sempena menyambut puasa tahun ini cara menu disediakan lain dari tahun-tahun sebelumnya. Kelainannya adalah menu stail potluck iaitu satu family kena sediakan satu hidangan. Ialah masing-masing sejenis busy terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir PRU so takde masa nak menolong m.i.l di dapur kekdahnya itu yang semua sepakat buat stail potluck.

Di samping itu ada juga acara potong kek untuk April dan Mei babies. Aryssa dengan Mrs. A gigih tau pi beli kek untuk Mr. A cos time birthday dia pada 29 April tu takde kek. Mrs. A ingatkan kek Mrs. A je ada satu rupanya kek dari family s.i.l pun ada juga untuk April dan Mei babies katanya.

Kek untuk Mr. A
Happy birthday for April & May babies
Tapi tulah time potong kek tu Mr. A tu tak sporting langsung boleh pula dia kering hati tak nak join sekali potong kek. Puas mak dia suruh dan juga Mrs. A dan juga Aryssa ajak potong haish! tak nak jugak! Sabar yolah. mujurlah wife dia ni ok jer... takde masa nak ferfeeling sentap. Ialah lagipun Mrs. A faham dia belum move on lagi time tu. Sedih dan shocked giler dengan kekalahan #TeamTokMat di PRU14. 
Babah tak nak biar Danial wakil katanya
Aryssa & Adik plus Mr. A (April) Along & Mrs. A (Mei)
Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dan lagi banyak amalan kita dari Ramadan yang sebelumnya. Selamat berpuasa readers.

11 ulasan:

  1. selamat berpuasa...done follow IG..jgn lupa follow back ig mamatisya :) meriah tahlil skali mkn2 skali ceelbrates busday

    BalasPadam
  2. sy perhatikan lately ramai yg buat kenduri tahlil sblm puasa termsk laa family sy haha


    selamat berpuasa utk sis sekeluarga

    BalasPadam
  3. selamat berpuasa Mrs.A. Nak join gak potong kek..hehe

    BalasPadam
  4. Selamat menyambut Ramadhan MRs A dan keluarga :)

    BalasPadam
  5. Salam Ramadhan Kareem Mrs A..

    BalasPadam
  6. Selamat menyambut Ramadhan edisi kali ini buat se-isi keluarga...

    BalasPadam
  7. Selamat menyambut bulan Ramadhan n Happy Birthday!

    BalasPadam
  8. Selamat berpuasa. Semoga Ramadan ini memberi ketenangan kepada kita semua.

    BalasPadam
  9. selamat berpuasa Mrs A dan keluarga dan selamat hari lahir semua. meriah dgn doa2

    BalasPadam
  10. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©