Karaoke Birthday & Tengok Avengers Infinity War - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Karaoke Birthday & Tengok Avengers Infinity War

7 Mei 2018

Karaoke Birthday & Tengok Avengers Infinity War

As Salam and greetings to dear readers.

Karaoke Birthday & Tengok Avengers Infinity War.


Punyalah fikir apakah title yang sesuai untuk post ini kekdahnya jadilah cenggitu Karaoke Birthday & Tengok Avengers Infinity War. Nak kata family days out pun boleh juga tapi this time Along tak ikut sekali. 

Pagi 29 April tu Along bangun agak lambat cos malam tu dia telah menolong membuat kerja-kerja PRU14 hew! hew! hew! Along sengaja join Atok sedara dia pi pasang bendera dan hantar bendera sana, sini, situ sengajalah nak cari pengalaman katanya disamping itu dapat jugalah upah. Walaupun banyak kali Mrs. A tanya "betul ke tak nak ikut ni Along, kita orang nak pergi tengok movie ni nanti ko nyesal?" kata Mrs. A. "Betul la ibu, Along nak pi Jiboi rumah Opah nak lepak dengan Banglong  (cousin) kata dia. Hurm... suka hatilah Along. Jangan nyesal sudah.

So kekdahnya The A's family outing berempat ajelah.

Happy birthday dear....
Pada hari ini jugalah date of birth my other half iaitu my Mr. A a.k.a Babah. Ini kira celebration jugalah walaupun tiada kek yang selalu menjadi signature dish di hari lahir huk! huk! huk! Tapi mujurlah Mr. A pun okay jer... ialah dah tua kot [dalam hati siapa yang tahu bak kata Wak3lalat]. Tak perlu dah berkek-kek bagai #syukurselalu.

Seperti biasa agenda pertama haruslah mengisi perut terlebih dahulu. Tempat pilihan tak lain tak bukan di Restoren SINI 

Kemudian setelah habis lunch terus menuju ke Aeon S2. Actually yang beriya-iya nak tengok Avengers Infinity War ini adalah Adik. Kalau ikut Mrs. A nak tengok citer seram A Quite Place. Sesampai aje di Aeon S2 menuju terus ke TGV punyalah si Adik berkobar-kobar nak tengok show pukul 3.40 petang, kata dia cos dia dah check online. Nan hado uols full house then cuba lagi nak tengok show pukul 4.10 petang pun sama juga full house. Kah..kah..kah... apalah nasib ko Dik? Kemudian Mrs. A pula cuba nasib nak tengok movie A Quite Place tu unfortunately "show last pukul 1.00 petang tadi kak" kata adik kaunter itu hew! hew! hew! sabar yolah.

Walaupun Babahnya kata tak payah tengok cos show lambat sangat pukul 5.10 petang dah tu pula seat yang show itu pun cuma tinggal yang depan sekali aje. Namun begitu Adik berkeras juga nak tengok kekdahnya Babah dia mengalah juga so we all beli arrr..... tiket tengok show pukul 5.10 petang demi mu anak Ibu Babah ikut kan aje.

Avengers Infinity War
Ha! amik kau seat barisan hadapan sekali A gitewww.....
Pendapat Mrs. A tentang citer Avengers Infinity War ini kalau tak suka citer tak masuk dek akal baik jangan tengok muahahhahhaaa... peminat Avengers baca ni mampuih Mrs. A mesti kena kecam punya.

Citer Avengers Infinity War ini mengisahkan Thanos yang tamak kuasa dan sedang berusaha untuk mengumpulkan 6 batu infiniti untuk menguasai seluruh alam semesta. Kalau nak tengok ada banyak karakter superhero dalam satu movie hah! inilah movie dia yang patut readers tengok iaitu Avengers Infinity War ada Iron Man, Spiderman, Thor, Kapten Amerika, Black Panther dan Guardian of the Galaxy pun ada jugek..... as usual Mrs. A ni sejenis yang malas nak buat reviews huhuhuhu.... kalau nak baca reviews banyak aje blog-blog lain yang dah buat reviews so silalah google ya.... Oh! ya satu lagi ending movie tu tergantung ceh! nampak gayanya kena tengok lagi next sequal.

Ha! nak tahu tak mana we all pergi sebelum show Avengers Infinity War itu bermula? Tulah we all pada mulanya tak tahu nak pergi mana lama tu nak tunggu dalam 3 jam lagiks!!! so kekdahnya Babah ajak pi Karaoke kat Green Box tak jauh mana pun nun ha sebelah TGV tu aje hah!! hai!!!

So karokslah kau jawabnya.

Kemahen! Aryssa tu menghayati sungguh
Lagu Aiman Tino favorite bebudak sekarang
Birthday boy sedang pilih lagu
Amvoi!! Aryssa lepas dia dia suka bebenar dapat karoks!
Happy birthday to you. Love you till Jannah
Okay kasi chance ibu pun nak nyanyi jugek!!! semestinya Aca Septriasa - Berdua Lebih Baik dan My All - Maziah Carey eh! Mariah Carey muahahhaaaaa....
Pendapat Mrs. A tentang Karaoke Green Box yang "family room" ini best, besar dan lagi yang menariknya ada dua screen serta ada juga standing microphone. Oleh kerana time ini charge ikut rate per room dah full house again full house yaa aaaa aaww so we all terpaksa amik charge per head. Per head pun per head ler... sekali sekala layanzsss... janji dapat killing times dengan hati yang gumbira.  3 jam tu... nak menunggu show time Avengers Infinity War. Yeah!!! finally tamat 3 jam berkaroks tak terasa lama mana pun rasa tak puas ada ler...

Okay tu jer... nak shared citer Karaoke Birthday & Tengok Avengers Infinity War.

8 ulasan:

  1. ank2 yg tk sbr nk tgk avengers sbb die yg lebih tau character...mak nya tk brp minat sgt cite mcm ni tp sbb dh follow series sebelum2 ni kira phm la juga haha...tp tula ending tergantung ..tgu next sambungannya la plak...mmg tiket sold out ..tgal yg dpn je kn..tp aritu nasibaik wyg dkt ngan umh so pg p bli tiket dlu ..ptg bw tgk shownya

    BalasPadam
  2. Sesekali buat aktiviti macam ini memang seronok kan Mrs A..

    BalasPadam
  3. sy x nk kecam sbb sy mmg x suka cite superhero ni hahahaha...


    sis kite ni nyanyi lagu apa? dangdut ke? hahaah

    BalasPadam
  4. HAPPY BESDAY MRA..WAH SERONOKNYA DGN FAMILI NONTON N BRKRAOKE

    BalasPadam
  5. Woooooo bestnye karaoke kat sini.. Beso biliknyee..

    BalasPadam
  6. tak pernah karok ada standing mic. bestnya!!feeling artis

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©