Seminar Aspirasi Setiausaha

May 03, 2018

As Salam and greetings to dear readers.

Seminar Aspirasi Setiausaha.

Walaupun bulan April telah tiga hari berlalu tapi kisah bulan April Mrs. A ke Seminar Aspirasi Setiausaha anjuran Puspanita Negeri Sembilan belum up-date lagiks!! hew! hew! hew! Kepada mereka yang bergelar setiausaha ataupun dikenali juga sebagai personal assistant [PA] mesti dah terbiasakan apabila tiba bulan April ada-ada sahaja sambutan sana, sini, situ yang diadakan untuk mereka.

Actually Mrs. A bukanlah PA sebenar Mrs. A hanya sejenis Setiausaha Syarikat a.k.a Company Secretarial [COSEC] sahaja. Tapi dah company sudi nak hantar pergi seminar tu bersama tiga officemate yang lain Mrs. A ok jer... ialah bak kata orang rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari ha!! gitewww....

Seminar Aspirasi Setiausaha anjuran Puspanita Negeri Sembilan berkenaan telah diadakan pada 25 April 2018, di D' Tempat Country Club, Sendayan. Siap bertema bagai iaitu pink & purple.

anjuran Puspanita NS
Dua PA sebenar dua lagi bukan ngeh!ngeh!ngeh!
Penceramah yang dijemput pada Seminar Aspirasi Setiausaha tu adalah saudara Syamsul Amri bin Ismail aka Syamsul Debat tajuk ceramah yang sangat menarik iaitu "Inspirasikan Hari Anda Dengan Pemikiran Positif". Ini adalah kali pertama Mrs. A berpeluang mendengar saudara Syamsul Debat (SSD) bagi talks no wonder ramai yang kata best dan tak sempat nak terlelap cos sememangnya benar begitu. 

Dari awal dia berceloteh sampai ke habis sedikit pun tidak membosankan. Terasa macam eh! dah habis dah ke awat la... sekejap sangat. Terkesan juga dengan point-point yang SSD tekankan di antaranya contoh macam mereka yang bekerja tu katanya "mulakan pagi anda dengan segera dengan membuat kerja-kerja office, tanpa berlengah-lengah kerana masa tidak menunggu kita". Kalau kita sampai-sampai office jo, "asyiklah duk ngadap Insta, FB dulu pastu sambung pulak dengan breakfast dan up-date cito drama potang-potang habih tu bilo nak mulo kojo ea puan-puan oiii!!!" hahahhaa... walaupun macam kelakar tapi ada benarnya fikir-fikirkanlah. #ingatanuntukdirisendiri

Syamsul Debat
Sempat snap dari jauh je gambar SSD cos SSD pulang awal ada event tempat lain katanya
Ada yang datang dari luar Negeri Sembilan - Putrajaya, Perak, Melaka
Tenyeh jangan tak tenyeh time ni slot bibir mungil bersama Mary Kay
Selain daripada slot Mary Kay. Ada juga slot fesyen show daripada butik Wajadda yang terletak di Taman Tasik Negeri Sembilan. Ada cat walk time ni macam-macam collection hari raya ada. Sesiapa yang membeli time tu dapatlah harga special daripada harga biasa.

Actually Seminar Aspirasi Setiausaha yang ini adalah yang penutup, yang terdahulu Mrs. A tak join pun dan juga tak pasti di mana ya!? muahahhhaaaaa..... 
Bergambar bersama artis jemputan Azam Pitt
Adoiiii.... sorry la dik Mrs. A tak berapa nak familiar ha! dengan Azam Pitt. Asyiklah we all tertanya-tanya sesama sendiri hahahhaha... tapi bila google barulah tahu Azam Pitt tu pernah jadi peserta My Startz LG dan juga Bintang RTM. Most of his show kat TV RTM selain menyanyi Azam Pitt pun berlakon juga. Tapi oklah dia friendly dan nyanyi best lagu Janam Janam Janam dan Sway paling Mrs. A layanzzz.... terus Mrs. A follow IG @azampitt  muahahhaaaaaa....

Us from SAINS
Sementara menunggu transport balik. Sempat bergambar bersama Pembantu Khas YB Dato' SUKNS ha! dia barulah boleh digelar PA sebenar hew!hew!hew!
['Us' sorang lagi dah balik]
Seminar Aspirasi Setiausaha anjuran Puspanita Negeri Sembilan bertarikh 25 April 2018 ini adalah yang penutup kekdahnya. Terdahulu telah ada beberapa lagi seminar tapi yang tu we all tak hadir pun tahu pun time membawang muahahhaaaa....Majlis penutup telah disempurnakan oleh YM Raja Datin Seri Dato' Hjh Salbiah binti Tengku Nujumuddin isteri YAB Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap penaung Puspanita cawangan Negeri Sembilan Darul Khusus. Unfortunately 'us' tak dapat selfie-selpot dengan YM Datin Seri walaupun ada usaha ke arah itu tapi tulah ramai sangat umat manusia yang berselfie dengan beliau.

Sudah agak lama Mrs. A tak pergi event setiausaha cenggini. Time kerja KL dulu selalulah. So Seminar Aspirasi Setiausaha "Inspirasikan Hari Anda Dengan Pemikiran Positif" ini sangat manis untuk dikenang. The End.


You Might Also Like

9 comments

  1. adik ipar pn ada kt event ni tp die pn bkn setiausaha ...dlu2 pernh juga pegi event meraikan setiausaha ni walaupun kita bkn setiausaha sbb bos blanja ...time tu artis adlin shauki

    ReplyDelete
  2. tahniah.
    boleh tambah pengalaman/pengetahuan

    ReplyDelete
  3. Moga terus produktif sis! ;)

    ReplyDelete
  4. Semoga Mrs A terus maju dalam kerjaya.

    ReplyDelete
  5. moga lps ni lg bersemangat utk menabur bakti

    ReplyDelete
  6. KURSUS AMAT BRMNFAAT DIIKUTI TU ACARA PUN MNARIK

    ReplyDelete
  7. Seronoknya dapat join seminar setiausaha, mesti lebih bersemangat nak kerja lepasni kan?

    ReplyDelete
  8. Best join event ni. Selain dari dpt ilmu boleh bersosial n tambah kawan. Menarik tema pink purple

    ReplyDelete

TOP COMENTERS