MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Family Day Out

Family Day Out


Dari jalan besar dah boleh nampak tulisan tu... picture ni aku amik dari dalam kereta.
Ini citer last week, we all jenjalan tapi setakat area Seremban aje... Petang Jumaat 13 haribulan tu my hubby telah menjemput anak-anak balik Seremban, rindu kot. Memanglahkan terngiang-ngiang keletah anak-anak bila lelama dah takde kat rumah. I'm sure babahnya dah berjanji nak bawak jenjalan tu yang they all ikut balik tu.

Masa malam tu they all tanya esok kita nak gi mana aku pun suggest ler... gi Mydin barulah. Tu yang pergi tu... tapi takde apa-apa yang menarik hati lagilah for kids. Tapi manusia punyalah ramai time ni. Teruja kot  mcm we all nak tengok a new place. Belum semua shop lot open and belum ade games, bowling or apa-apa yang boleh menarik perhatian anak-anak aku.

Memula plan nak makan kat sini, sesampai je nampak Marry Brown, Nasi Ayam Penyet dan Upin Ipin. Tapi tak jadi coz Upin Ipinnya tak open kat notice tulis we will open 18.12.2013 kui..kui..kui..

So we all pun tawaf pusing keliling atas bawah, then babahnya decide kita gi tempat lainlah. ngeh,ngeh...ngeh redho ajelah.

Tu ler...trade mark Aryssa peace tak habis-habis sampai ibunya pun dah terikut2.

Memula plan nak makan chienese food kat Kemayan, unfortunately restoren tu pulak tutup break katanya will open on 5pm huhuuuu...memang takde luck sungguh. Then Babahnya decide makan kat Kenney Rogers ajelah. Anak-anak pun suka dapat gi JJ


 Amboi...bukan main lagi si adik punya nganga. Dia saje je buat macam tu then suruh aku snap.

Si Along pun sama siap suruh amik lagi sekali ibu tadi Along tak sedia.

Dah selesai makan. Adik pulak heboh nak tengok wayang. Babahnya decide oklah kita tgk citer Hobbit. Errmmm aku macam risau aje takut si adik ni bosan nanti. Tau ajelah bebudak manaleh duk lelama. Tapi mujurlah adik tak buat perangai cuma dia asyik tanya ibu dah pukul berapa, ibu dah pukul berapa. Sabar adik kejap lagi habislah ni. lamanya Ibu dah berjam-jam dah! katanya. FYI Hobbit 2 almost 3hrs.
Tu dia si tukang beli tiket. Tengah Q. Sementara babah beli tiket we all sempat amik-amik gambar and posing-posing dulu.

Along dgn funny facenya. Bila aku kata Along macam si penjual VCD pasar malamlah dgn tali bagnya tu lagi dia buat gaya sebijik.

Ibu... amik gambar Sha kat sini. Then dia suruh aku pulak

Three for kids and two for adults.

Ni gambar yang aku sempat snap kat dalam panggung. Semua mata lelap sebab kena flash hehheheeeee...then aku kena sound dengan babahnya no camera please. huh! macam pekerja panggung lagaknya. Setelah 3 jam barulah the end. We all pun terus balik rumah, masing-masing dah kepenatan separuh hari berjalan. 




Reunion S.T.A.D Batch 1992

Reunion S.T.A.D Batch 1992

Kat siniler...eventnya betul-betul sebelah pool aje kesemua acara diadakan kat area ni...tapi makan kat sebelah dalam coffee house.

Ni ler..pool, tu yang ada anak-anak tak sabar terus terjun je..sabar ajelah parents ye...janji ada bawa baju xtra.

Reunion ni dah lama dah, iaitu Sabtu, 30.11.2013 kemalasan la...sangat nak buat storynya. Reunion ni untuk batch aku jer. Tempatnya di The Royal Bintang Seremban. Masanya dari pukul 12.00 hingga 4.00 petang. Memula aku tak tahu pun orang kuat disebalik reunion ni adalah Mr. A. 

Dalam FB ada group nama "STAD Batch 92" so yang invite dalam FB adalah Hasba coz dia admin.  errmmmm kira member batch 92. Bayaran yang dikenakan RM30.00 per head adult sahaja. Anak-anak 12 tahun ke bawah tiada bayaran giler...murah tu. Tu yang kengkawan aku dah calling-calling ajak pegi. Salah seorang kawan aku ni beria-ria ajak pergi aku pun setujulah. Bukan main excited bercerita nak peginya. Aku pun bagi tau hubby aku dia pun angguk jer... ok. Last minit kawan aku yang beria bagai nak rak ni tak jadi nak pegi pulak. huhuuhuuuu...ntah apa-apa ntah.

Aku cakaplah dengan hubby aku rasa macam tawarhati sikit nak pegi coz member sekepala tak jadi datang. Then baru dia pecah lubang kena datang jugaklah coz dialah presiden reunion tu. Oh! itu macam ka...so aku ikut ajelah...Mr presiden dah cakap macam tu. Tak payah ler..aku risau kekok-mekok nanti just gone with the flow. Lagipun memang teringin nak jumpa members lama yang dah berbelas tahun tak jumpa.

Sesampai je, ada lak jurukamera amik gambar auuwww...malu lak rasanya... waktu ni...my kids pun sama tersipu malu.

Then signed guestbook dapat pulak souvenir. Goodjob committee puashati berbaloi-baloi dgn harga RM30 jer...

My kids and I sampai dalam pukul 12 lebih macam tu, condiser awal jugalah... My hubby dah pergi awal pagi lagi...kena ler awal coz committee harus check apa-apa yang patut. Committee ada 6 orang kesemuanya iaitu my hubby, Hasba Nizam, Noor Hashila Abd Jalil, Norzilla Rahmat, Cut (Bonda Shura Hikmah), Ezza Rizan. 2 man 4 woman. Nenama committee ni aku ikut FB they all kecuali hubby aku nak tau cari sendiri.

Ada banner yang tulis nama-nama kelas masa we all sekolah dulu. Munawir (munawirian the great ngeh!ngeh!ngeh!)


Then committee minta yang hadir amik gambar kat banner ni..

Aku antara yang dtang awal terus lepak kat poolside area dulu.

Izan Suhaila pun antara yang datang awal sempatlah aku bergambar dengan dia sementara menunggu yang lain-lain

Ha...Noni pun sama antara yang datang awal. Cikgu kau Noni tak sangka aku, kepala gegiler kau masih sama macam dulu you rock.

Setelah beberapa ketika menunggu yang lelain sampai dari poolside beralih pulak ke coffee house untuk santap. Katanya high-tea tapi menunya macam lunch. Ermmm...memang puashati betul..
 Tables for STADIAN

My kids.. memula choose nasi ler. Ikut ibu dia. tak makan nasi tak sah

nasi..nasi...nasi... apa citer tak makan nasi????

Tu ler...Mr presiden.

 We are Munawirian ngeh! ngeh! ngeh!

 Halimahtun and Family

Antara yang hadir solo... Mahathir (baju putih), Tarmizi (baju hitam) & Ezza you great walaupun anak dia tak sihat tetap datang Ezza one of the orang kuat event.

Setelah kenyang menikmati hidangan committee minta we all gathered kat poolside semula untuk acara seterusnya. tu dia Mr emcee

Datin Leen tudung purple dia sampai form 3 jer.. akupun tak kenal sangat. Dia sponsor tau for the hampers

Memula acara kekanak tu yang ibu-ibu rileks jer...dulu then ada acara bebapak, ibu-ibu hahaaa...meriah! terlupa sekejap status ibubapa dah memasing tu...

Adoi..banyak lagi la...nak citer tunggguuu...nantilah aku sambung. sabar ye...

Al-kisah lunch lagi

Al-kisah lunch lagi

Lately ni...lunch time aku meriah coz bila ada NJ mesti we all jadi terlebih gula jadi macam tourist pulak tu suka amik gambar ngeh!ngeh!ngeh!

Wednesday we all gi makan kat Mcd kat sini budget lunch ok lagi.


Dah jadi trademark aku pulak peace! yo...

Thursday we all gi lunch kat chicken rice

Bila tengok Menu pilihlah dengan bijak jangan percaya sangat cakap waiter/waitress. Bila tengok Menu set A ke Set B ke set C kira sendiri tengok mana yang menguntungkan macam we all ni...selamba jer...kira dulu dedepan adik waiter tu...ngeh!ngeh!ngeh!


We all pilih 1 pax set lebih untung dari 3-4pax punya set. Meriah habis alhamdulillah. TQ Allah


Awat muncung aku macam tu sangat! apalah yang aku bebelkan tu...

Tak lupa kredit kepada Pn Lenny di atas gambar-gambar ini.





Wedding

Wedding

Last week aku balik kampung for surelahkan anak-anak akukan kat kampung. Saturday, lepas Zohor baru aku gerak as usual kena buat kerja-kerja mendobi dulu and against aku balik sorang jer... Hubby aku bz dengan perhimpunan Agong UMNOnya. Dia balik keesokkan harinya.

Sunday we all gi wedding, pengantin lelaki, adalah adik kepada kawan hubby aku. Wedding ni dekat jer.. dengan hometown aku kat area Sawah Raja, apa ke nama kampungnya tak ingat la pulak aku. 

Waktu ni dah habis makan tengah tunggu pengantin.


Ada 2 tempat khemah untuk menjamu selera satu kawasan sebelah luar yang kat belakang hubby & kids aku amik gambar ni.



Satu lagi khemah kat kawasan rumah pengantin yang sebelah atas ni. Aku makan yang kat sebelah atas ni ok sikit tak panas sangat. Lepas makan we all turun ke bawah sambil tunggu pengantin and sambil hubby aku beborak dgn kawan dia. 



Apsal ler...aku amik gambar macam orang tengah gaduh jer...tak sessuai...




Pengantin berarak naik keta kuda tak hairanlah they all berarak punyalah jauh. Kalau jalan kaki mahu berpeluk ketiak. Aku pun kalau naik keta kuda tak kisahlah berapa jauh duduk je dendiam sesambil tu melambai-lambaikan tangan. ngeh!ngeh!ngeh!!

Kawan hubby aku ni memang ada membela kuda pun so keta kuda & kuda dia yang punya. Apa cite tuan kuda tak naik kudakan..kan..kan...







Bila pengantin dah nak ditepung tawar we all pun minta diri nak balik. yang pakai songkok merah tulah kawan hubby aku. Tu jer...gambar dia yang sempat aku snap.


Farewell lunch lagi....

Farewell lunch lagi....

Yesterday ade farewell lunch untuk adik praktikal kat unit finance. Aku der...sikit termasuk kat unit ni...hehhhehheeee...special kes sikit. Aku ni ada 2 bos & 2 unit. Ko hade!!??? We all gi lunch kat restoran Windmill sesambil tu adeler bebagi souvenir untuk kenang-kenangan. Actually kat company tempat aku kerja ni memang practice amik bebudak u ke college yang berkaitan untuk practical then adelah sedikit elaun diberikan.
Aku order western food tapi dalam set tu siap ade nasi lagi ade fish and ade chicken melantak habis gayanya. Dah tu pulak segala menda kena guna dgn fork & spoon then knife pun kena guna haru betul mujur tak kena bahan. huhuhuuhuu....

Mushroom soup and ais lemon tea yang begini ghupernya

sesapa yang takde food lagi tu...adelah orang yg kuar lambat sikit dari ofis yg dah dapat food tu kemain laju jer...

Sebahagian dari finance ade juger...yg tak joint atas sesebab yang tak dapat dielakkan.
Reunion S.T.A.D. Batch 1992_pt. souvenir

Reunion S.T.A.D. Batch 1992_pt. souvenir

Sabtu (30.11.2013) batch aku ada buat reunion. Sekolah menengah punya kekdahnya.... for intro ni...aku blogkan souvenir ajelah dulu. Story-mory laterlah kemalasan nak menulis.

Ini adalah invitation kadnya dapat masa we all register gunanya juga untuk lucky draw. Tapi ni bukan kad aku. Kad aku no 105.

Siap ada banner lagi tu...bila sampai jer...committee akan suruh kita diri sebelah ni then snap picture.

Actually mug ni AJK bagi sekali dalam paper bag bila we all sampai. Dalam paper bag tu ade mug ni, ade T-shirt and ade coklat.

Ini ler...T-shirtnya
Kredit kepada my friend Hasba Nizam coz pictures ni aku amik dari FB dia. Reunion ni best sesangat happening. His one of the orang kuat reunion and emcee event ni.

Laterlah story panjangnya now masih kat draft lagi huuhuuuuu... sakit M da...

Al-kisah Lunch today

Al-kisah Lunch today

New flavor - for 4 person


Tulah dia NJ, from Nilai dipinjamkan sementara ke S2
Today buddies yang gi lunch ada tambahan ahli. Aku panggil dia NJ aje...Buddies aku yang biasa, if gi lunch jalan kaki jer... tapi NJ ni...dia malas nak jalan kaki so dia telah provide us car. Then dia ajak makan kat pizza hut. Yesterday aku tak kuar lunch. Ghupernya semalam NJ ajak my buddy gi makan ikan kat Manhattan. Oleh kerana NJ tetamu kat sini so happy to layan NJ kui..kui..kui



panjangnyer...bila nak putus nih!...

MRS.A my blog my stori ©