Maklum Balas Ujian Talasemia Alfa - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Maklum Balas Ujian Talasemia Alfa

25 April 2019

Maklum Balas Ujian Talasemia Alfa

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Maklum balas ujian talasemia alfa Along telah diketahui. Sebelum ini Mrs. A dah pernah share pasal ujian saringan talasemia ni [SINI] Pada minggu lepas Mrs.A telah mendapat panggilan daripada Klinik Kesihatan Sikamat ("KKS") meminta ibu bapa datang untuk diberitahu berkenaan keputusan ujian talasemia alfa Along.

Kekdahnya pada 23042019 sebelah petang Mrs. A dan Mr. A pun pergilah. Walaupun plan asalnya nak bawa Along sekali tapi tulah tak done nak tunggu dia balik sekolah. Walhal pagi tu Mrs. A dah pesan kat Along balik awal tapi tunggu punya tunggu tak muncul jugak. Tepat jam 2.50 petang Mr. A cakap tak payahlah tunggu dia kita ajelah pergi. Lagipun nak kena hantar Adik ke padang sekolah, sekali jalan 3.00 petang Adik ada training ragbi.

Malas nak argue Mrs. A follow aje apa king cakap huhuhu.... Dah sampai KKS terus menuju ke kaunter registration yang dulu tu. Bagitahu kat nurse tu cakap ada appointment. Nurse tu pulak macam blurrr... siap tanya lagi siapa yang call pastu Mrs. A cakaplah doktor sendiri call dan bagitahu dia ok tak kalau anak tak datang sekali? Dia pun tak pasti terus call doktor in-charge. Bila dia sebut nama Along doktor cakap ok boleh jumpa parents sahaja. Nurse pun bagilah no giliran dan minta we both naik tingkat 1.

Maklum Balas Ujian Talasemia Alfa
Nurse tu cakap bilik 30 puas cari tak jumpa pun bilik 30. Bila doktor keluar kata inilah biliknya.
Ghuper-ghupernya bilik no 29 daa....
Maklum Balas Ujian Talasemia Alfa
Nampak tak we both? Kalau tak nampak tu, lagi 2 kali Jumaat. 
Setelah menunggu dalam setengah jam macam tu sampailah turn we all masuk jumpa doktor. Mrs. A cakaplah Along tak dapat datang dia sekolah. Doktor kata takpelah saya okay sebab keputusan dia negatif kalau positif saya tak benarkan. Oh! patutlah. Kemudian Mrs. A dan Mr. A boleh pulak serentak cakap alhamdulillah sambil masing-masing tersenyum lebar termasuklah doktor.

Kemudian doktor pun tunjukkan keputusan ujian DNA yang dari GHKL tu sambil terangkan kepada we both. Sikit-sikit bolehlah Mrs. A faham yang lain-lain term doktor tu memang Mrs. A tak fahamlah hahahhaaa... tapi buat-buatlah faham ya. Apa yang penting dan Mrs. A hadam Along bukanlah carrier talasemia alfa. Syukur alhamdulillah.
Maklum Balas Ujian Talasemia Alfa
Alhamdulillah negatif talasemia beta dan alfa
Sekejap aje pun sesi bersama doktor tu mungkin sebab keputusan Along negatif agaknya. Tak macam yang masuk sebelum Mrs. A tu lama jugaklah dalam setengah jam cenggitu. Tapi doktor tetap jugaklah bagi parents satu salinan keputusan ujian tu for our record. Mrs. A sempat jugaklah tanya doktor berapa cos ujian untuk talasemia alfa ni, katanya dalam RM380 ke RM600 berbeza ikut hospital kerajaan atau swasta. Uish! mahal costnya. Tapi mujurlah Along ni f.o.c jer... sebab melalui pihak sekolah. #terimakasihkkm

Kemudian sesamapi aje kat rumah Along dah tunggu depan pintu excited habis dia nak tahu keputusan ujian talasemia alfa dia tu. Bila Mrs. A cakap negatif. Alhamdulillah syukur katanya itulah Along dah agak dah Along takde talasemia. Along sihat jer... hurm... iyolah Along.

Maklum Balas Ujian Talasemia Alfa #negatif yang baik.




21 ulasan:

  1. Alhamdulillah moga Along terus sihat2 aja :D

    BalasPadam
  2. alhamdulilah along....

    apa blur sgt nurse tuh kak... udahla kt kaunter kita tanya dia, dia blur... pastu bg no bilik pun slh... naya je

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahha... tulah pasal mungkin dia suka sangat no 30 agaknya

      Padam
  3. Alhamdulillah... Ada lebih dari satu ke jenis Talasemia nie...?

    BalasPadam
  4. ALHAMDULILLAH MOGA SENTIASA SHT SEJAHTERA

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..semoga semuanya baik baik aje...tiap kali nak ambik result darah/result ujian kesihatan memang berdebar debar... takut tiba tiba ada sakit kronik pula

    BalasPadam
  6. Syukur syukur syukur..bilik 30 ya..Allahuakbar..nurse lupa nak cakap tu bilik 30 tolak satu..jadi 29..hehehehehe..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, syukur, negatif..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi

    BalasPadam
  9. Alamdulillah....
    Memang legalah kan kalau keputusannya negatif, mau tak .....kalau den dah berpoloh poloh sepanjang perjalannan tu....
    Memnag berbaloilah kan pegi sepital kerajaan ni, jimat duit kekdahnya wei

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah. Semoga anak mrs a akan terus sihat n aktif. Aamiin..

    BalasPadam
  11. moga terus sihat along.... pheww lega

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah Along bukan pembawa Beta Talasemia..

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah.. semoga sihat selalu..

    BalasPadam
  14. alhamdulillah... semoga along akn terus sihat selalu...

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah result negatif..

    BalasPadam
  16. Moga semua yg baik2 saja. Aameen!

    Done follow sini.
    Jemput blogwalking blog saya :)

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah.. mama yg baca plak berdebar2

    BalasPadam
  18. ALHAMDULILLAH... syukur ye bila tahu anak2 tak de penyakit..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©