AGM Dan Majlis Hi-Tea Kelab Sosial & Rekreasi 2019 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: AGM Dan Majlis Hi-Tea Kelab Sosial & Rekreasi 2019

5 April 2019

AGM Dan Majlis Hi-Tea Kelab Sosial & Rekreasi 2019

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

AGM ataupun nama panjangnya Annual General Meeting Kelab Sosial & Rekreasi (KSR) syarikat telah diadakan pada tarikh April fool ngeh! ngeh! ngeh! Di samping meeting turut diadakan sekali Majlis Hi-Tea. AGM dan Majlis Hi-Tea tersebut telah diadakan di Laman Puteh, Seremban 2 nun sekangkang kera je dari office (walking distance). Okaylah takdelah jauh macam tahun 2016 [SINI].

Actually setiap tahun memang diadakan AGM tapi biasalah Mrs. A  bukannya berkesempatan pun pergi setiap tahun. Alhamdulillah tahun ini diberi kesempatan olehNYA untuk turut serta lagipun excited lebih sikit cos tahun ini turut diadakan pemilihan a.k.a pengundian untuk memilih kepimpinan KSR yang baharu iaitu bagi sesi 2019 - 2021. Seperti kebanyakkan kelab dan pertubuhan KSR juga menggunapakai tempoh penggal untuk tampuk pemerintahan (ayat tak boleh blah!! hahaha) adalah selama 2 tahun sahaja. Selepas 2 tahun kita undi semula.

AGM 2019
Kemahen KSR tau grand sungguh tempat AGM kali ini
AGM 2019
Mrs. A and the gang sampai lebih kurang pukul 2.00 petang orang tak ramai lagi
AGM 2019
Siap ada karpet merah bagai
Actually Laman Puteh Seremban 2 ini adalah laman perkahwinan sebab itulah dewannya nampak grand cos selayaknyalah untuk majlis raja sehari. Tetapi ianya juga terbuka untuk tempahan lain-lain event yang berskala besar contohnya macam AGM KSR ini. Pihak KSR menjangkakan kehadiran ahli KSR lebih kurang 300 orang termasuklah dari kesemua Daerah (Rembau, Jempol, Tampin, P.D, Jelebu) ini berdasarkan RSVP yang telah diterima oleh mereka.

Agenda mesyuarat adalah:

2.00 petang ketibaan & Pendaftaran Ahli KSR
2.30 petang Bacaan Doa & Ucapan Presiden
3.00 petang AGM bermula, pengesahan minit AGM 2018, pembentangan Kewangan Berakhir Disember 2018, Pembentangan Aktiviti tahun 2019
Lucky Draw.

AGM 2019
Banyak betul hadiah lucky draw AGM 2019 kali ni
AGM 2019
Alhamdulillah Mrs. A and the gang bertuah. 
Nombor lucky draw tu sila check bawah kerusi masing-masing. Actually bawah kerusi we all takde nombor pun tapi bila we all check kerusi kosong di meja tu dapatlah nombor-nombor bertuah tersebut. Alhamdulillah bukan senang Mrs. A nak dapat lucky draw nih! Tapi kalau tak dapat lucky draw pun takpelah dapat juga cenderahati kehadiran iaitu sebiji botol air dan juga sebekas pen/pensil kali ni Mrs. A dapat color merah 2016 Mrs. A dapat color oren.

Dalam mesyuarat ini, setiausaha turut menerangkan lagi kenapa kelab ini dinamakan kelab sosial dan rekreasi dan bukannya kelab sukan. Katanya KSR hanya perlu didaftarkan di bawah ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) manakala kelab sukan pula perlu didaftarkan di bawah MSN (Majlis Sukan Negara). Kurang sesuai jika hanya tertumpu kepada aktiviti bersukan sahaja cos bukan semua orang bersukan. Jika kelab sosial dan rekreasi pelbagai aktiviti boleh dilakukan contohnya memancing atau pun aktiviti rombongan dan lain-lain.

Okay sambung lagi kisah AGM, setelah selesai pembentangan agenda-agenda seperti kewangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh kepimpinan terdahulu maka setiausaha pun membuat pengumumman rasmi pembubaran ahli-ahli jawatankuasa sediada dan melantik AJK sementara bagi meneruskan mesyuarat. AJK sementara mengumumkan sesi pengundian AJK yang baharu akan dijalankan dan memperkenalkan calon-calon yang bertanding. Walaupun terdapat ramai pencalonan untuk jawatan "Presiden" dan juga "Setiausaha" tapi kesemua yang dicalonkan itu telah menarik diri. Keputusannya jawatan Presiden dan Setiausaha menang tanpa bertanding, begitu juga dengan jawatan Bendahari masih kekal kepada orang yang sama. Bagi jawatan Penolong Setiausaha pula calon pencabar tidak hadir so secara automatik dikira menarik diri kekdahnya jawatan Penolong Setiausaha juga kekal kepada ahli sediaada.

Lain-lain jawatan yang bertanding dan hangat diundi pada petang itu adalah jawatan yang baharu diwujudkan iaitu "Naib Presiden". Jawatan lain yang bertanding "Penolong Bendahari" dan "Juruaudit". Mrs. A and the gang pun turut mengundi dengan pilihan masing-masing.

AGM 2019
Pengundi-pengundi sedang beratur membuang undi siap pasang back-ground lagu mari mengundi tu hahahaaa....
Sementara 'AJK sementara' mengira undi majlis Hi-Tea pun bermula dan time untuk claim lucky draw jugak. Kemudian setelah selesai proses kira undi pemenang pun diumumkan. Calon Naib Presiden yang menang bukanlah pilihan Mrs. A hahahai.... Penolong Bendahari yeay! yang menang calon pilihan Mrs. A manakala Juruaudit yang dua orang tu seorang calon yang Mrs. A undi menang dan seorang lagi yang menang tu bukan calon pilihan Mrs. A. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada semua yang telah terpilih semoga mereka akan menjalankan amanah dengan jujur, dedikasi dan sebaik-baiknya.

Mesyuarat diteruskan lagi dengan perbincangan mengenai Perlembagaan Bagi Pertubuhan Induk KSR. Secara keseluruhannya mesyuarat berjalan lancar dan beberapa perlembagaan telah turut setuju dipinda mengikut kesesuaian masa kini demi kebaikan ahli-ahli KSR.

Pendapat Mrs. A berdasarkan pengalaman sendiri setelah kelab sukan terdahulu ditukar kepada KSR telah banyak perubahan yang berlaku dan kebanyakkannya adalah perubahan yang positif. Kesemua yang dirancang dan diwar-warkan oleh kepimpinan KSR sediada juga telah dilaksanakan dan dijayakan dengan sebaik-baiknya contoh seperti explorace/ explohunt, acara memancing, cenderahati birthday ahli, rombongan ke Langkawi dan mendaki gunung Kinabalu kesemuanya telah dipenuhi.

Semoga dengan kepimpinan terbaharu sesi 2019 -2021 KSR akan terus maju jaya.

AGM 2019
Tepi sekali kiri gangn netball all the way from Daerah Rembau



17 ulasan:

  1. Tulah tu sekali imbas nampak mcm kenduri kawen rupanya AGM ...
    Nampak fokus awak tu MA...boleh cite balik pasal AGM tu dlm blog hihi

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada barisan penaung KSR yang baru.
    Semoga mereka dapat menjalankan amanah & kepercayaan yang diberikan ahli sebaik mungkin..

    BalasPadam
  3. Moga dengan kepimpinan baru semuanya lebih baik dan berjalan lancar.

    BalasPadam
  4. AGM KAN MAIN MERIAH LAGI..MOGA MAKIN SEMANGAT UTK JALANKAN AKTVT KSR

    BalasPadam
  5. Semoga KSR SAINS terus aktif.

    BalasPadam
  6. lama x ber-AGM.. bestnya ada AGM :)

    BalasPadam
  7. bestnya.... moga semua yg di lantik dpt menjalankan tugas ngn dedikasi ya

    BalasPadam
  8. Meriahnya... apa agenda untuk tahun-tahun berikutnya...?

    BalasPadam
  9. cantiknya venue..baru best nk bermesyuarat..byk aktiviti yg dijlnkan, semoga pimpinan baru pun aktif jg..

    AGM kelab sukan kitaorang kt office je, lepas tu adalah jamuan sikit..huhu..

    BalasPadam
  10. Nampak meriah Dan Besar besaran

    BalasPadam
  11. masa ni ada lagi x yg sempat melobi undi? hahaha... amboi event kalah majlis kahwin hahahaha

    BalasPadam
  12. Rindu nak pergi aktiviti company pulak bila tengok gambar ni..huwaaa

    BalasPadam
  13. meriahnya majlis... cantik warna tema

    BalasPadam
  14. Tahniah semua yang terlibat
    Meriah majlisnya.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©