As Salam and greetings to dear readers.
Selamat berpuasa hari ke 15 Ramadhan dan jugak selamat hari Isnin. Pagi ini di daerah Seremban banyak tempat hujan mungkin jugak seluruh daerah itu pasal ada yang malas nak pergi kerja tu muahhhaaaaa.... mujurlah Mrs. A tak macam tu. [choi!!! apa hal ko puji diri sendiri Mrs. A hoi!]
This morning sesampai aje di cubicle tengok ada dua bungkus keropok, dalam hati siapa pulak yang bagi ni? Kemudian duk ligat memikir siapa pulak bebudak office yang pergi bercuti nih! rasanya takde. Malas nak berteka-teki terus tanya officemate yang cubicle depan Mrs. A tu katanya C bagi mereka berjumpa di Aoen. Oh! adik praktikal yang dah tamat praktikal tu bagi rupanya. Alhamdulillah rezeki.
Actually pagi ni ada AGM Kelab Sosial dan Rekreasi ("KSR") sesiapa yang menjadi ahli diminta hadir. Mrs. A ahli tu pasal yang nak pergi tu cari-cari gang netball unfortunately seorang pun not available. Depa takde seorang EL dan seorang MC. Kekdahnya dengan gigih Mrs. A pergi seorang. Hurmmm.... tak tahulah kenapa KSR organize meeting luar dari kawasan office hanya mereka yang tahu sebab-musababnya.
Hadir dapat souvenir pen & pensil dalam bekas |
Jarak office ke dewan ini takdelah jauh sangat pergi-balik dalam 31km jerr... Sesampai aje tengok ramai jugak orang tengah register dari HQ dan jugak dari kesemua tujuh daerah yang berlainan tu. Bila time Mrs. A register kemudian seorang AJK kata yeah dah cukup korum dah boleh diadakan mesyuarat katanya lorrr... ingatkan apalah tadi. Lepas tu dapat arrr... souvenir macam kat atas tu. Okaylah tu dari takde pape kanss..
Seperti yang telah dijanji tepat jam 10.30 pagi mesyuarat pun bermula. AGM kali ini tiada pemilihan AJK baru kata tuan presiden, tujuan utama adalah untuk membentangkan penyata kewangan, laporan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2015 dan jugak planning untuk tahun 2016 yang lagi setengah tahun.
Hurmm... panjang lebarlah ceritanyanya dari awal perjalanan KSR yang sebelum ini dikenali sebagai kelab sukan sahaja. Kelab sukan terdahulu diterajui oleh orang lain, pernah duit kelab kena sekat di insolvensi gara-gara kelalaian sesetengah pihak terdahulu. Amboi! berliku-liku betul perjalanannya tapi Mrs. A suka nak ingat yang best-best aje terutama yang ada kena-mengena secara langsung dengan Mrs. A muaahhaaaaa. Antaranya adalah KSR akan bagi hadiah birthday bagi setiap ahli bagi permulaan ini mereka yang lahir dari Januari hingga Mei akan dapat. Kemudian KSR juga akan bagi T-shirt.
Lain-lain planning KSR yang Mrs. A ingat di antaranya adalah:-
1) Membeli aset di Primaland untuk disewakan dan jugak untuk ahli-ahli menyewa dengan bayaran yang berpatutan.
2) Membeli bas untuk kegunaan bersukan di luar kawasan
3) Dalam proses akhir untuk menyiapkan rumah kelab. Apa ada kat rumah kelab? setakat ini yang ada adalah permainan dart aje, dalam proses nak beli yang lain-lain.
Itu diantara yang Mrs. A ingatlah eh! ada lagi explorer-hunt dan trip ke langkawi. Ada banyak lagi tapi cukuplah banyak tu kot.
Walaupun ada jugak dua ke tiga isu hangat ditimbulkan tetapi alhamdulillah pada pendapat Mrs. A, KSR berjaya menanganinya dengan baik dan jugak penuh toleransi. Bak kata pepatah umpama menarik rambut dalam tepung, tepung jangan berselerak dan rambut jangan putus. Itulah yang mereka berjaya lakukan.
Syabas Mrs. A ucapkan kepada presiden KSR dan jugak kesemua AJK-AJK yang terlibat. Adatlah tu kita manusia manalah dapat puaskan hati semua orang janji apa yang kita buat itu betul dan disokong oleh majoriti abaikan sajalah suara-suara sumbang ataupun halangan-halangan yang lain tu. Semoga KSR akan terus maju jaya dan semua yang dirancang dipermudahkan dan menjadi kenyataan. In Sha Allah.
wahhh hebat hebat tahniah!
BalasPadambiasalah tu....sukar nak puaskan hati semua org kan.
BalasPadamUntung dapat kelab yang aktif gini..;)
BalasPadammasa tu saya cuti, kalau x cuti mahu saya join
BalasPadam