Dua Hari Sebelum Puasa - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Dua Hari Sebelum Puasa

9 Jun 2016

Dua Hari Sebelum Puasa

As salam and greetings to dear readers.

Dua hari sebelum puasa haritu sempatlah kids dan Mrs. A keluar lunch sama-sama. Actually tak plan pun nak keluar, ntah! macam-mana tetiba malas nak masak. Nak pergi beli pun malas. Nak suruh Mr. A dia pun takde pepagi lagi dah keluar ada kerja katanya.

Bila Mrs. A bagitau kat kids cepat siap kita keluar lunch. Amboi! laju ajelah depa bersiap. Ibu! kita nak lunch kat mana? tanya Adik. Kita pergi Palm Mall ajelah dekat jawab Mrs. A.

Dah sampai parking kita amik gambar dulu.... parked nya di mana ya??? Nanti nak balik takut tak jumpa.

L3 sebab kat bawah dah full house

Mrs. A bawa kids makan di sini. Last time dah pernah lunch kat sini bersama Gang Lunch.

Black Canyon Coffee, Palm Mall

Snap-snap itu hobi,
Sebelum food sampai

Tengok tu susah benar nak ajak Adik ni bergambar tau
Dua tu air Adik dengan Along "Fancy Oreo Hazelnut" 

Itu air Mrs. A Black Canyon Ais Coffee hurmm... peminat coffee harus cuba ni sedap bak hang.
Food pulak set untuk 4 pax. Walaupun dah order set tapi Adik order jugak Chicken Chop all time favorite dia tuh!

Ini Air Aryssa Cappucino Oreo 

Ini pulak ice-cream dessert. Serve after habis makan.
After lunch takkan nak terus balik aje pulak dah kebetulan keluar tu jalan dan tengok-tengoklah apa yang menarik. Kids ajak singgah di MPH Bookstore tengah buat sales kat ruangan bawah. Oleh sebab buku punya pasal Mrs. A pun layanz....


Banyak novel John Grisham tapi 20% jer...
MPH Bookstore punya sales tak ler... macam Big Bad Wolf tu kans...?? Satu kotak besar RM100. Wow! berbaloi-baloi. Ini cerita kawan Mrs. A yang membeli sekotak RM100 tulah, katanya pilih-pilih ikut suka anak-anak punya buku dan jugak mak/pak pastu penuhkan kotak dan bayar.

Kemudian setelah penat berlegar-legar kat buku-buku tu, Adik dan Along nak beli buku katanya. Okaylah anak nak beli buku takkan ibu kata tak payah pulak. Tapi yang ibu payah tu buku yang nak dibelinya berat sangat untuk umur depa tu haish!!

Tapi beli jugaklah. Takpe nanti ibu dengan babah pun boleh baca katanya.

Hah! tu dia Yakjuj Makjuj tu Adik yang nak beli satu lagi tu Along

Dua buku aje dah RM51. Hurmm... ibu tak beli apa-apa Aryssa pun takde yang berkenan di hati. Kemudian  baliklah apa lagi. Amboi! bukan main excited si Adik tu dalam keta dah start baca buku tu. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah ya dik..

Esoknya tu sempat jugak kids dan Mrs. A balik kampung. Walaupun without Mr. A yang sibuk dengan agenda politiknya di Sungai Besar, ada aku kisah. Huh! sabar yolah. Lagipun kids bising nak balik, nak balik ditambah pulak emak Mrs. A tu memancing-mancing balikler.... nenek ada buat rendang ni..., ada rendang ayam dengan rendang daging huish! mana boleh tahan hoi!

Okay! sesampai aje di kampung acara ini harus didahulukan.

Along and Putri Talia

Budak tecik tu tak nak bergambar berdua dengan Mrs. A tu yang kena guna khidmat Along Haiqal tu

Heaven sangat bila ada kat kampung yang paling heaven sebab dapat makan masakan mak Limah. Lagipun dah semacam tradisi sebelum berpuasa Mrs. A akan balik kampung kemudian 1st day puasa sama-sama dengan emak.

Cuma tahun ini memang tak dapat coz emak Mrs. A akan ke rumah Kakngah Mrs. A di Krubong, Melaka. Hari kedua puasa emak dah ada appointment untuk operate matanya yang sebelah kiri. Planningnya mak akan duduk sana selama seminggu atau dua untuk berehat sepenuhnya. Alhamdulillah sehingga entry ini ditulis operate mak berjalan lancar.

Malam itu we all pulang semula ke Seremban. Motif harus pulang adalah sahur nanti tak bolehlah nak biarkan Mr. A tu sensorang lagipun inikan sahur yang pertama pada Ramadhan 1437H.

Okay! itu sahaja cerita dua hari sebelum puasa. Akhir kata selamat menjalani ibadah puasa buat semua readers.



4 ulasan:

MRS.A my blog my stori ©