Cikgu Mengaji Mereka Dah Kahwin - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Cikgu Mengaji Mereka Dah Kahwin

15 April 2019

Cikgu Mengaji Mereka Dah Kahwin

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Cikgu mengaji mereka dah kahwin. Mereka yang Mrs. A maksudkan tu adalah Along, Aryssa dan Adik ngeh! ngeh! ngeh! Anak-anak Mrs. A mengaji Al-Quran dekat rumah orang iaitu jiran setaman. Depa tu tak pergi KAFA pun. Time Along darjah dua dulu pernahlah hantar pergi KAFA tapi tulah terlebih main kot tu yang bila disuruh mengaji kat rumah tak lancar pun bacaan si Along. So terus cancel tak hantar pergi KAFA. Lantak pi lah apa orang nak kata, because they just know my name but not my story eh! tetiba muaahahaaaa....

Actually cikgu mengaji yang kahwin pada Sabtu lepas ini hanyalah mengajar Adik aje sekarang. Cos Along dan Aryssa dah khatam dua 3 tahun lepas. Sebelum mengaji dengan cikgu sekarang ini anak-anak Mrs. A mengaji dengan cikgu mengaji lain iaitu nenek Ami tapi tak sempat khatam pun kisahnya tu di [SINI]

Nak citer kisah wedding tapi intronya panjang lak hai hahahaa... Majlis persandingan cikgu mengaji mereka ini diadakan di Dewan MPS. Family mereka sangat islamik so kekdahnya tiada pelamin pun disediakan. Acara kemuncaknya adalah kedua mempelai potong kek dan beramah mesra dengan tetamu-tetamu yang hadir. Sangat simple dan friendly majlisnya.

Saliha kahwin
Sempat bergambar dengan adik pengantin jer... time ni dia tengah hantar kek pegantin yang dah dipotong-potong dari meja ke meja.
Saliha-kahwin
Along tukang snap gambar. Mr. A tak join cos dia busy dengan PRK DUN Rantau #busylahsangat
Langsung takde gambar pengantin huhuhu... itulah konon kejap-kejap lagi tapi bila nak balik pengantin busy round table segan pulak nak kacau so we all pun balik jelah.

cenderahati
Yeay! dapat pop-corn boleh makan dalam kereta ngeh! ngeh! ngeh!
Lagipun Adik nak ajak pi Mr. D.I.Y nak beli barang untuk projek periskop dia. Sedih jugaklah lepas ni Saliha a.k.a cikgu ngaji kata dia tak mengajar ngaji lagi dah. Dia akan ikut suami. Tugas mengajar mengaji akan diserahkan kepada ibu dia. Pheww!!! alhamdulillah lega Mrs. A dengar mula-mula Mrs.A ingatkan langsung tak mengajar dah. Haru-biru jugak nak cari tempat mengaji yang baharu untuk Adik ni. Terus Adik kena bebel dengan Mrs. A selalu malas pergi mengaji itu yang dah sekolah menengah pun tak khatam-khatam lagi tu.

Anyway selamat pengantin baru Mrs. A ucapkan buat Saliha dan pasangan. Sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua, walaupun pilihan keluarga semoga berbahagia till Jannah.





9 ulasan:

  1. Moga berbahagia hendaknya kedua mempelai aamiin.

    BalasPadam
  2. selamat pengantin baru kepada mempelai..
    Alhamdulillah, ada mak nya ganti mengajar..

    BalasPadam
  3. cantik adik pantin... mesti pantinnya pun cantik...

    BalasPadam
  4. Selamat pengantin baru pd cikgu ngaji...

    BalasPadam
  5. Selamat pengantin baru cikgu ngaji :) Best dpt popcorn. Hehe

    BalasPadam
  6. baru nk tgk gambar pengantin hehehe

    BalasPadam
  7. Muda lagi cikgunya baru kahwin..

    BalasPadam
  8. Selamat pengantin baru pasangan pengantin. semoga bahagia hingga akhir hayat.. :)

    BalasPadam
  9. Wah.. memang skrg orang bg popcorn je ye as goodies..
    Tahniah buat pengantin..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©