September 2018 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: September 2018
Lunch Out Di Casa Lagenda Seremban 2 dan Tak Sengaja Sampai ke Tg Agas

Lunch Out Di Casa Lagenda Seremban 2 dan Tak Sengaja Sampai ke Tg Agas

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Lunch Out Di Casa Lagenda Seremban 2 dan Tak Sengaja Sampai ke Tg Agas.


Last weekend Mr. A ajak lunch kat luar ialah dah lama we all tak outing yang cukup korum a.k.a complete 5 sekeluarga. Tapi outing pun setakat nak jalan-jalan cari makan jer... Bila Adik tanya Babahnya "kita nak makan kat mana?" jawab babah ikut jelah hurm... jawapan yang suka buat orang tertanya-tanya tau.#annoying

Tempat lunch yang we all nak pergi tu tak jauh mana pun hahahahaa.... di Seremban 2 je iaitu tempat favorite we all sekeluarga. Restoren ini sudah tukar nama da...
 
kat buku menu dah tukar Restoren Casa Lagenda tapiiii...
di bangunan atas masih lagi tulis Restoren City Park Oriental
Office mate Mrs. A bagi tahu Restoren Casa Lagenda ini ada juga branch dia kat area Ampangan, Seremban iaitu dekat-dekat area Pusat Dakwah tu kira dekat lagi yang tu dengan rumah Mrs. A tapi tulah Mrs. A tak tahu pun ngeh! ngeh! ngeh! dan belum pernah cuba makan dekat branch yang tu lagi. In Sha Allah coming soon nak try sama tak rasanya dengan Restoren yang dekat area Seremban 2 ni. Ha! lagi satu ada kawan sekolah Mrs. A cakap Restoren Casa Lagenda ni ada juga branch dekat Melaka ha.. haiiiii... yang ini lagilah Mrs. A tak tahu. Hurm... rupanya hebat juga founder/ owner Restoren Casa Lagenda ni ada "branches" giteww...

Ini adalah menu yang we all order kalau makan kat sini. Alhamdulillah sedap sampai habis licin.
Ada macam-macam menu ikan tapi we all loyal dengan siakap asam nyonya
Ingatkan habis lunch terus balik rumah. Eh! tak jugak jalan-jalan lagi rupanya. Agains bila Adik tanya Babah "kita nak pergi mana"? jawapan annoying yang sama hahahaha..."ikut ajelah.". Ikut punya ikut akhirnya sampai ke Jeti Tg Agas, Port Dickson. 

Ha nampak tak brother baju biru yang sedang pegang pancing tu? Brother tu jauh datangnya dari KL gitew sengaja jalan-jalan pergi memancing nak hilangkan bosan katanya. Surprise Mrs. A ingatkan dari Seremban paling jauh rupanya ada yang dari K.L ha!
Actually Mrs. A pun tak pernah sampai ke Jeti Tg Agas ni lagi. Ini adalah kali pertama. Ramai rupanya si kaki pancing ni... bukan sahaja orang lelaki, orang perempuan pun ada dan ada juga family  dari atok, nenek, anak dan cecucunya. Ini satu pengalaman baru untuk Mrs. A patutlah ada pepatah kata jauh perjalanan luas, pemandangan memang pun.

Oleh kerana we all bukan datang nak memancing so we all ambil kesempatan selfi-selphot ajelah.

Along
Aryssa
Yang nampak sikit baju merah tu adalah Adik and Us hiks!
Eh! nak share jugaklah dapat beli sengkuang calit tapi tulah tak wow! yang macam dalam IG Fasha Sanda  tu. 

Sengkuang calit sos sikit namanya ni huhuhuu RM tiga hengget
Sengkuang calit tu beli kat area pantai Blue Lagoon cos sebelum tu kononnya nak naik ke rumah api yang dekat PNB Ilham Resort tu tapi bila samapi situ signboard tulis "dilarang bawa kereta ke rumah api" terus tak jadi muahahhhaaaa.

Okay itu aje kisah Lunch Out Di Casa Lagenda Seremban 2 dan Tak Sengaja Sampai ke Tg Agas. Have a nice weekend dear readers.

Lazada Shopathon Blogger Contest: Session #2

Lazada Shopathon Blogger Contest: Session #2

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Lazada Shopathon Blogger Contest: Session #2


Lazada Shopathon Blogger Contest: Session 2 telah pun bermula pada 21 September 2018 yang lalu dan akan berakhir pada 27 September 2018. Hurm... sempat lagi readers kalau nak join. Jom sama-sama kita join memeriahkan Shopathon Blogger Contest ni manalah tahu rezeki menang pasti seronok sampai mak mertua lalu pun tak perasan hahaha.....

Lazada Shopathon Blogger Contest: Session #2
Shopathon Sale
Shopathon Sale ini akan diadakan pada 27 September 2018 don't forget to save the date ya!

Okay tak mahu berceloteh panjang lebar lagi meh! sini Mrs. A nak bagi tahu 3 favorite brands di Lazada online shopping ataupun senang kata di LazMall yang Mrs. A suka adalah:-

1. PANASONIC

Lazada Shopathon Blogger Contest: Session #2
LazMall - Panasonic Official Store
Mrs.A memang suka beli barang-barang elektrik jenama Panasonic ni. Sebabnya sudah terbukti barang-barang jenama Panasonic yang Mrs. A guna sebelum ini memang tahan lama dan berkhidmat dengan bagus. 

Sekarang ni Mrs. A berkira-kira nak beli rice cooker baru yang lebih besar dari yang sedia ada sebabnya sekarang nasi kena masak lebih kalau sikit tak cukup dan kena masak lagi hahaha... sebab kucing-kucing Mrs. A pun suka makan nasi selain kibble.

Lagi satu plan nak beli adaah standing fan,  sebab standing fan dalam bilik Aryssa dah rosak. Oleh sebab itu Aryssa telah ambil standing fan yang ada kat dapur dan sekarang ini kat dapur takde fan fuhhh... bertabah ajelah dengan keadaan yang panas suam tu.

Yeay! kalau menang besar Shopathon Blogger Contest ini nanti (psstt...berangan tak kena bayar doh!) bolehlah Mrs. A shopping terus di LazMall Panasonic official store so tak perlu susah payah nak jalan-jalan cari kat kedai ataupun shopping mall ialah sekarang ni zaman perlu berjimat cermat kalau pergi shopping mall kang mesti terlebih bajet ialah nak-nak pula pergi dengan anak-anak bila nampak KFC ke, McD ke dah depa minta singgah situ pula hahaha...

2. MAC

Lazada Shopathon Blogger Contest: Session #2
LazMall - MAC Lipsticks
Dahulu Mrs. A dah pernah guna lipstick brand Mac ni jenis yang satin tu lama dah, color apa ntah dah lupa, time kerja KL dahulu tapi since dah pindah ke Seremban susah nak jumpa brand Mac so dah tak guna.

Last week tengok kat instagram ada sorang retis ni tak ingat la pula siapa dia duk tunjuk dia pakai lipstick brand Mac ni cantik-cantik color dia tu yang Mrs. A pun teringin nak jugakkk.... beli dapat satu pun dah okay kot. Hurmm... takpe 27 September 2018 nanti boleh shopping sempena shopathon sales hehehehe....

3. Design Home Sport


Lazada Shopathon Blogger Contest: Session #2
LazMall - Design Home Stationary Exercise Bicycle
Oleh kerana Mrs. A ni seorang netballer tapikan semenjak habis Sukan Bekalan Air Se-Malaysia pada bulan Ogos yang lalu dah lama tak main netball tau sebab gang netball tu kebanyakkannya busy dengan macam-macam hal. Jadinya pada fikiran Mrs. A adalah baik mencari alternative lain untuk mengeluarkan peluh dan kekal dengan gaya hidup aktif walaupun duduk di rumah sahaja.

Alternative yang terbaik adalah Mrs. A nak beli satu exercise  bicycle seperti yang ada terdapat di LazMall tu. Bila tengok harga berbaloi-baloi sangat tu. Kalau Mrs. A menang contest ni lagilah untung laju je order online nanti. Fuh! mujur ada Lazada memberi idea dan sangat memudahkan.

Okay cukup sudah 3 favorite brands Mrs. A untuk Shopathon Sale pada 27 September 2018 nanti jom mark our calender supaya tidak lupa nak bershopping nanti.


Outing Bertiga Tengok Munafik 2

Outing Bertiga Tengok Munafik 2

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Outing Bertiga Tengok Munafik 2


Sewaktu cuti hari Malaysia tu Mrs. A pada mulanya takde plan pun nak outing. Tapi since Mr. A ada bagi RM suruh bawa budak-budak pi tengok movie haish! ada baiknya keluar cos nanti kalau tak keluar dia minta balik RM tu muahahhaaaa....

Outing bertiga jer... tengok cerita Munafik 2 cos Along time ni ada kat Jiboi rumah Opah/Atuk depa. Mr. A pula ada urusan lain.

Wefie depan entrance GSC Cinema Palm Mall
Walaupun pada mulanya Aryssa dan Mrs. A plan nak outing pergi membeli barang dapur dan makan di KFC tapi tulah dibangkang keras oleh Adik cos Adik nak pergi nonton movie. Kata Adik kalau setakat pergi giant pastu makan KFC dia tak nak ikut. Alahaiii!!! kesian pula kalau Adik stay kat rumah jer... tak sampai hati pula Mrs. A. Actually dari minggu sebelum tu lagi dia dah ajak babahnya pi tengok Munafik 2 tapi tak menjadi kenyataan. Adik punya pasal ibu ikutkan ajelah.

Sebelum tengok Munafik 2 tu haruslah mengisi perut dulu. This time we all makan kat KFC jer...

Di Palm Mall pun ada KFC tapi tulah tempatnya tersorok sikit
Lepak-lepak makan kat KFC slow and steady tak perlu nak rushing cos we all nak tengok munafik tu show pukul 3.45 petang time baru pukul 2.00 petang kot. 

Adik kata dia sepatut dah kira dewasa la cos dah dapat IC. 
Apa dia ingat dewasa tu dah bergaya sangat ke memang taklah dik hoi!!! harga tiket tu elok dikira harga children dah janganlah baik hati sangat nak ikut harga dewasa muahahhaaaa.....

Awal dah masuk cinema ha lampu pun tak switch off lagi
Apa pendapat Mrs. A tentang cerita Munafik 2 dan berapa bintang nak bagi. Sejujurnya Mrs. A suka dengan jalan cerita munafik 2 dan pelakon-pelakonnya pun berjaya melakonkan watak masing-masing dengan baik. Munafik 2 membuatkan kita terfikir-fikir sesungguhnya manusia berperangai munafik itu ada di mana-mana sahaja waima dikalangan kawan-kawan kita juga ada yang munafik dan hipokrit. Scene last time Adam kena seksa dengan kumpulan ajaran sesat tu Mrs. A touching tau sorok-sorok dengan Adik lap air mata dengan tisu hahahaha... sedih giteww... Mrs. A bagi empat setengah bintang out of 5 bintang.

Okay itu jer nak share kisah Outing Bertiga Tengok Munafik 2.
Apakah Hukum Bermain Duit Kutu?

Apakah Hukum Bermain Duit Kutu?

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Apakah Hukum Bermain Duit Kutu?

Kutu oh duit kutu huhuhuuhu... selama ini Mrs. A main jer... duit kutu tapi tulah alpa tak ambil tahu sangat hukumnya dari segi syarak. Ini apa yang Mrs. A cakap adalah pasal duit kutu tradisional bukan duit kutu yang besar-besar yang guna pakai undang-undang manusia, yang kena berdaftar dengan SSM bagai tu. #duitkututradisional

Eh! panjang lebar pula intro ha! okaylah nak share hukum bermain duit kutu daripada Ustaz Azhar Idrus a.k.a UAI

HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kepada kawan-kawan.

Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan:

"Saya berhutang kepada awak semua"

Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan:

"Saya bayar hutang awak"

Manakala jika kita adalah orang terakhir yang dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:

"Saya terima hutang awak semua kepada saya"

Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.

***Jika tidak dilafazkan akad-akad tersebut, hukumya menjadi HARAM.

Tapi bagaimana dengan hukum main duit kutu yang dah lepas?

Mari beristighfar kepada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebut. #untukingatandirisendiri

Wallahua'lam.

#SBAM2018 - Day 3

#SBAM2018 - Day 3

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

#SBAM2018 - Day 3


Okay meh! sini Mrs. A sambung lagi kisah Sukan Bekalan Air Se-Malaysia a.k.a SBAM2018 day 3 pulak. Oleh kerana team netball tiada rezeki menang maka teams selayaknya jadi supporters ajelah kepada team lain-lain yang berjaya masuk ke peringkat seterusnya. Bukan team netball aje yang kena pi jadi supporters tu, semua yang dah kecundang tu kena pi jugak.

Supporters terbahagi kepada dua kumpulan al-maklumlah bas kan ada 2 ha gitewww.... Team netball dan VB kena pi support team Futsal. Manakala darters (damak), karom dan badminton kena pi support takraw dan ping pong both are at different location dan jarak agak jauh di antara kedua-dua location tu. Sebelum berlepas tu masing-masing mestilah breakfast dulu di coffee house. Gila kentang tak breakfast choiii!!!

Okay!!! jom cerita bergambar pulokkk!!!

Cepatlah naik bebudak futsal oiiii... lama dah we all tunggu kat dalam bas ni
Lain-lain games yang still on di hari ketiga adalah...

Bowling
Fing Fong ooppsss! Ping Pong la
dan Takraw
My sleeping partner hiks! darters and karom girl kena pi support ping pong & takraw
Sementara games tak mula lagi. Kita wefie dulu
Sebelah pagi tu futsal suku air SAINS vs. PAIP. Yeay!!! kito monang so separuh akhir vs SAJRanhill fuh! yang ni supporters yang terlebih excited hahaha... kenangan betullah terjerit-jerit semangat sangat sebab tu kot SAJRanhill mental walaupun depa tuan rumah. Alhamdulillah SAINS mara ke final.

Final tu diadakan sebelah petang so we all lunch tengahari tu makan piza yang disediakan oleh pihak AJK. Walaupun ada piza disediakan tapi tetap gak jalan-jalan cari makan kat gerai sekitar situ ngeh! ngeh! ngeh!

Thank you Mr. Presiden (KSR) belanja we all makan 
Final futsal SAINS vs. AIS
Congratulations! team futsal naib johan futsal sbam 2018.
Takpelah walaupun kalah tapi we all puashati cuma kalah 0-1 jer...
kira takde luck je time ni dedua team power doh!
Selepas tamat kesemua perlawanan futsal tu we all semua dah boleh balik resort. Kalau tak silap time tu dalam pukul 3.30 petang. Sampai resort sambung balik makan piza yang tak habis tu gila banyak sorang 3 kotak personal piza. Rest and relax kat room 502 pastu selepas asar my sleeping partner ajak pergi swimming pool. Mrs. A pun layankan ajelah lagipun dari day 1st sampai sini dia dah duk ajak pi swimming pool tu. Lagipun Mrs. A memang dah standby swimsuit cos AJK dah bagitahu sesapa yang nak swimming bolehlah bawa swimsuit sesiap.

Sesampai aje di swimming pool tu haruslah wefei dulu
Towel pool disediakan so tak payah bawa towel bilik
Nampak tak tu siap bawak bekal doh!
Selain we both ada lagi dua orang penghuni bilik satu lagi yang rajin turun berenang-renang like us, sorang tu netballer juga dan dak kecik sorang tu anak coach. Swimming pool ni terletak di area yang berlainan dari resort iaitu berhadapan dengan Ramayana Lounge tempat we all dinner tu.

Nampak tak seat & table dining tu? Itulah dia Ramayana Lounge

Tak ramai orang pun time tu so
pool ini kita yang punya
Dah puas berenang we all pun nak balik bilik dah
Seperti malam sebelum itu dinner still kat tempat yang sama. Dinner malam tu ada buggy kosong yang jadi mangsa we all suruh pi hantar.

Abangla buggy jadi mangsa kena snap gambar
Muka ada senyum dinner sambil dengar lagu

Malam ketiga juga ada disediakan bas for those yang nak keluar jalan-jalan. Malam ketiga ni depa pi Danga Bay dan juga Bazar Karat. Tapi Mrs. A tak join pun lutut sakit der...so duk bilik jer.. tengok tv. Okay tamat kisah #SBAM2018 - Day 3. 

To be continue later #SBAM2018 - day 4 @ Last.
Pencarian Bloglist Di Aimanabdullah.com

Pencarian Bloglist Di Aimanabdullah.com

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Pencarian Bloglist Di Aimanabdullah.com

Syaratnya sangat mudah untuk join pencarian bloglist di Aiman tak kisah ni eh! bukan Atk la Mrs. A oiiii... hahaha gurau aje jangan marah arrr... Aimanabdullah.com. Syaratnya cuma follow blog beliau dan buat entry Pencarian Bloglist Di Aimanabdullah.com

Mrs. A join
KLIK
Siapa cepat dia dapat katanya. Berminat sila klik banner di atas untuk ke blog penganjur Pencarian Bloglist Di Aimanabdullah.com

#SBAM2018 - Day 2

#SBAM2018 - Day 2

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

#SBAM2018 - Day 2


Sebelum memori Sukan Bekalan Air Se-Malaysia a.k.a SBAM2018 ini hilang dari ingatan Mrs. A adalah lebih baik kiranya Mrs. A up-date ya... buat readers yang nak tahu citer day 1 klik [SINI]

Day 2 morning diwar-warkan dalam group whatsapp haruslah breakfast di coffee house seawal jam 6.45 pagi cos bas akan berlepas ke destinasi games kurang lebih pukul 7.30 pagi. As for team netball we all satu bas dengan team futsal kerana lokasi berdekatan dan masa games lebih kurang sama. Netball punya lokasi games adalah di UTM, Skudai sementara itu futsal pula di Daiman Sri Skudai Sport Center kalau tak silap la.

Alhamdulillah time breakfast tu heaven betul macam-macam menu ada memang puashati sungguh room mates and Mrs. A melantak pagi tu ngeh! ngeh! ngeh! sampaikan team netball bilik satu lagi pun we all tak perasan ntah mana-mana depa.
SBAM
Gegambar tuan tanah sebelum berangkat ke UTM, Skudai
Walaupun dikatakan bas akan berlepas selewat-lewatnya pukul 7.30 pagi ke lokasi games, agains tak jugakkkk lewat sikit dalam pukul 7.45 pagi barulah gerak huhuhuu... Mula-mula bas hantar bebudak futsal dulu kemudian barulah hantar team netball. Ha! tak tahulah ajaran sesat mana kata bas tak boleh masuk sampai ke dalam kampus pastu  nak bertanya kat pak guard di post guard takde orang pula tu yang team netball gigih tau berjalan masuk ke dalam kampus sambil menolak troli barang-barangan nasib engkaulah Labu kena tolak troli.

SBAM
Sambil berjalan tu terjumpa pulak pokok ada banner ni terus we all singgah jap snap gambar
SBAM
Pastu sambung lagi tolak troli. Apa???  mana Mrs. A?? yang tukang snap tu ler...
Lain-lain team members lagilah dah berdesup laju tinggalkan we all 4 ketul ni
SBAM
Gambar sebelum game yang pertama iaitu menentang Perak
 Agak-agak readers we all menang tak?

SBAM
Gambar setelah berehat panjang haish!!! dalam pukul 2.00 petang macam tu barulah games kedua lawan Pahang
Huhuhuhu.... tiada satu gambar pun bersama team lawan daripada camera/phone we all cos semua masuk bergambar sekali. Photographer SAINS tak sampai pulak time ni  Lagipun mood semua ke laaaaauttt... dalam. Mesti dah boleh agakkan kalau mood masing-masing dah ke laut dalam tu jawapanya kalah lettew. Lagipun sewaktu 1st half games kedua salah seorang player terpaksa dikejarkan ke hospital akibat kecederaan. Itu juga penyumbang kepada team jadi sedikit caca-merba. Walaupun coach steady dengan kekalahan we all pada dia kalah sengit fight a.k.a kalah bermaruah tapi we all tetap sedih dan geram pun ada.

Refree ntah apa-apa pastu pula personally Mrs. A rasakan GS tuttttt tu drama aje lebih Mrs. A body contact dia sikit je boleh pulak dia asyik-asyik terjatuh pastu bila GD SAINS body contact dia, terus fengsan sekejap muahahaaaaa tapi bazir masa betullah. Seriuosly Mrs. A sangat annoying time tu dan takde mood dah nak main. Haishh!!! nampak tak disitu mentally dah out. Hurmmm.. dah kalah-kalahlah Mrs. A oiii tak yah arrr... ko nak bagi memacam alasan muuahahhaaa....

LAP yang dua tahun dahulu we all kalahkan telah bangkit membalas dendam dengan mengalahkan SAINS pula tahun ini. PAIP 2 tahun dahulu we all tak sama group tapi bukanlah team pilihan pun. Sedangkan SAJRanhill team pilihan pun telah dikalahkan oleh PAIP di peringkat group lagi.

SBAM
Nampak tak tu muka macam asam kecut campur sedih sambil membeli kuih-muih untuk dimakan kat dalam bas huhuhuu...
Dahlah sedih ingatkan boleh balik resorts terus in your dream la Mrs. A oiii... Chef De Mission kata yang dah habis game tu kena pergi support yang masih bermain. So we all kena arrr... pi support volley ball cos katanya tempat volley ball seperjalanan nak balik ke resort nanti.

SBAM
Time we all sampai sedang berlangsung perlawanan di antara SAINS dengan LAP
 SBAM

SBAM
Tengok tu ramai tau supporter VB SAINS
SBAM
Ha.. tu dia supporters terbaek!!!!
Tetapi mujurlah supporter semua tak perlu tunggu sampai games habis lebih kurang pukul 6.00 petang cenggitu we all dah boleh balik resort. Perjalanan ke resort lebih kurang setengah jap kot tapi sempat gak we all tidur dalam bas.

Malam tu seluruh kontinjen dinner bersama-sama di Ramayana Lounge building yang berlainan di depan Pulai Spring Resort itu jugaklah just a walking distance.

SBAM

SBAM

Alhamdulillah syukur mewah dengan makanan. Selepas makan Mrs. A dan room mates 502 ambil kesempatan bergambar sakan di sekitar Ramayana Lounge kira macam release tense gitewww...

SBAM
Haiii lah Ehsan (gang SAINS) nape ko amik gambar we all blurrr...
SBAM
Sorang lagi tu tak koser bergambar, tak mau dia join gang masuk air ni ngeh! ngeh! ngeh!
 Ha! lepas tu Mrs. A dan sleeping partner ni... 

SBAM
Dia darters yang tersesat dalam bilik netballers
gigih tau keluar malam tu cos dia minta temankan lagipun bas disediakan for those yang nak pi jalan-jalan ke
SBAM
'Bazar Karat' kata orang JDT. hahaha.. muka buruk don't care cos nak show off tulisan atas pintu gerbang tu sebagai evidence Mrs. A dah sampai sini walaupun takde apalah yang luar biasa sangat pun ooopsssss....
Dipendekkan cerita esoknya tu team netball SAINS tak pergi pun ke UTM semula untuk melihat final netball. Tapi we all tetaplah mendapat perkhabaran bahawa title juara netball SBAM 2018 masih lagi dipegang oleh Air Selangor Sdn Bhd [AIS], naib johan pula Lembaga Air Perak [LAP], tempat ketiga Pengurusan Air Pahang [PAIP] dan tempat keempat adalah Syarikat Air Darul Aman [SADA]. Sesungguhnya tak sangka LAP dan PAIP berjaya mendapat tempat pada tahun ini. Anyway tahniah buat semua yang berjaya yang tak berjaya takpelah cuba lagi 2 tahun akan datang.

Team netball semua pun sedih sesangat tapi pujuk jelah hati sendiri. Adalah tu kat mana-mana salah dan silap masing-masing harapnya netballers ambillah iktibar dan pengajaran.

Okay tamat kisah #SBAM2018 - Day 2 to be continue ya....
MRS.A my blog my stori ©