MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Lunch Di Shanaaz Bistro Dataran Centrio S2

Lunch Di Shanaaz Bistro Dataran Centrio S2

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Lunch Di Shanaaz Bistro Dataran Centrio S2. Kisah lunch ini kejadiannya adalah pada akhir Ogos yang lalu. Bos tiba-tiba baik hati nak belanja Legal Dept lunch di atas daun pisang di Shanaaz Bistro. Sewaktu ditanya pendapat Mrs. A okay ke kalau lunch kat tempat tu. Mrs. A excited sebabnya belum pernah lunch di atas daun pisang di Shanaaz Bistro.

We all pergi secara car pool Mrs. A bawa kereta sendiri Anor dan seorang lagi naik sekali dengan Mrs. A. Yang lagi 3 orang naik kereta sorang lagi dan bos naik kereta dia sebabnya bos nak pegi fetching anak-anak dia dulu.

Lunch Di Shanaaz Bistro Dataran Centrio S2.

Shanaaz Bistro Dataran Centrio S2.
Bergambar dulu sementara menunggu bos dan anak dia

Shanaaz Bistro Dataran Centrio S2.
Selain set menu di atas daun pisang tu kita boleh juga minta menu add-on
subject to add-on paymentlah gitteww 😊

Pada waktu itu selain daripada S tiada kerana cuti bersalin, seorang lagi adik kakitangan sementara Legal dept iaitu Ami tiada (on leave). Pendapat Mrs. A #foodreviews Mrs. A suka set banana leaf tu πŸ˜‹Actually Mrs. A dah repeat pun sekali lagi tapi dengan officemate yang lain. Kekdahnya menu set banana leaf akan sedikit berbeza mengikut hari. Sebabnya masa Mrs. A lunch dengan officemate yang lain tu ada satu menu tak sama dengan hari lunch bersama Legal Dept.

Kalau tak suka dengan set banana leaf ada jugak menu-menu lain yang kita boleh order contohnya nasi beriyani ada juga nasi putih dan lauk-pauk lain dan juga menu goreng-goreng.

Shanaaz Bistro Dataran Centrio S2.
Bergambar bersama bos dan anaknya, yang seorang lagi tak jadi ikut

Alhamdulillah kenyang perut suka hati. Terima kasih bos belanja kami lunch. Didoakan sentiasa dimewahkan rezeki. Okay next boleh belanja lagi eh! Selepas itu terus pulang semula ke office meneruskan kerja hakiki masing-masing. Sekali sekala keluar bersama-sama terasa happy semoga ukhwah yang terjalin sentiasa mewangi sampai bila-bila.




Sambutan Birthday Di The Urban Affair Dataran Centrio Seremban 2

Sambutan Birthday Di The Urban Affair Dataran Centrio Seremban 2

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Sambutan Birthday Di The Urban Affair Dataran Centrio Seremban 2. Kisah throwback 27062024 yang lalu. Sambutan Legal Birthday babies Mar - Jun di The Urban Affair Dataran Centrio Seremban 2. Actually yang gigih dan bising-bising suruh buat celebration ini adalah bos Mrs. A tapi tulah masa hari kejadian tu boleh pulak dia tak hadir.

Pada mulanya ada juga perancangan we all nak tunda tarikh lain. Tapi bila difikir-fikir semula semua perancangan dah berjalan macam pagi tu yang ditugaskan membeli kek dah pi beli kek. Yang ditugaskan menempah tempat dan persiapan event pun dah settle. So we all sepakat sekata meneruskan tanpa kehadiran En. Bos gittewww... 

Pada petang selepas waktu bekerja we all semua dengan kenderaan masing-masing bergeraklah ke The Urban Affair. Tempat yang dah siap reserved tu adalah bangunan yang sebelah di seberang jalan.

Sambutan Birthday Di The Urban Affair Dataran Centrio Seremban 2.

Sambutan Birthday
Sampai aje di The Urban Affair terus menuju ke meja yang dah reserved cuma food masa tu belum tersedia

Sambutan BIrthday
Cake is a must 😍

Sambutan Birthday
May baby 😝 bergambar solo bersama Cake

Sambutan BIrthday
We all lerrr... March to June babies itu 

Walaupun bos tidak dapat hadir sambutan tetap meriah eh! πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡ Actually kos semua ini adalah dari kutipan Tabung Hari Lahir Legal Dept. Semua staff diminta menyumbang ke THL setiap bulan berdasarkan amount yang telah dipersetujui.

Sambutan BIrthday
Okay yang ini bergambar satu department kecuali bos

InsyaAllah akan ada lagi sambutan birthday untuk the rest yang belum sampai tarikh birthday waktu ni. Till then itu sahaja kisah Sambutan Birthday Di The Urban Affair Dataran Centrio Seremban 2.





Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024

Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024. Kisah pada Sabtu 10082024 Mrs. A turut serta di dalam aktiviti Kelab Sosial & Rekreasi (KSR) syarikat tempat Mrs. A bekerja. Selain netball bowling adalah salah satu lagi aktiviti sukan kegemaran Mrs. A. So kalau ada pertandingan samada bowling atau netball harussssss... Mrs. A join gittewww...

Eh! sebelum tu dah sebulan rupanya Mrs. A tak up-date blog huhuuuhuu... Actually banyak aje kisah nak diblogkan cuma tulah kemalasan dan tidak berjaya mencuri masa itulah penyebab utamanya 😒

Dua minggu sebelum tarikh pertandingan tersebut penganjur yang terdiri daripada AJK KSR telah menyiarkan iklan kepada seantero Ahli KSR πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„. 

Pertandingan Terbuka Bowling
Kemahen iklannya 😎

Di awal-awal syarat pertandingan setiap pasukan terdiri dari 4 orang dan salah seorang mestilah perempuan. Tetapi apabila penganjur mendapat pelbagai maklumbalas ramai yang kurang bersetuju dengan syarat tersebut. Kekdahnya mereka telah menukar syarat tersebut kepada terbuka, makna kata terserah kepada peserta nak bentuk pasukan ikut suka hati, nak semua lelaki ke, semua pompuan ke, campur-campur ke haish! terserah janji bayar yuran penyertaan.

Sementara itu pasukan Mrs. A kekal mengikut syarat yang awal eeecewahhhh! Nama pasukan Mrs. A adalah Storm. Actually Storm tu adalah nama brand bola bowling. Mrs. A follow aje mereka yang arif di pasukan Mrs. A tu. Advantage jugaklah kepada seorang Mrs. A sebabnya 3 orang peserta lelaki tu memang bowlers mereka bertiga tu adalah wakil syarikat sewaktu SBAM Kedah 2023 yang lalu.

Sambutan umtuk pertandingan terbuka bowling berpasukan tersebut macam pisang goreng panas belum sempat tarikh tutup diumumkan kesemua 22 tempat telah fully booked. Alhamdulillah rezeki Mrs. A sebab register awal takdelah kempunan tak dapat turut serta gittewww...

Sebelum tarikh pertandingan tu kena pi cabut undi dulu untuk lane. Mrs. A tak pergi pun hantar wakil sahaja.

Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024.



Pertandingan Terbuka Bowling
Undian diadakan di LRA Sg Terip

Sebelum hari kejadian tu adalah 2 kali Mrs. A pi praktis itupun bukan dengan team Storm dengan adik-adik Legal Dept. dan juga team Billing.

Pertandingan Terbuka Bowling
Bola bertuah telah selamat dipulangkan

Pertandingan Terbuka Bowling
Training masa 4 Ogos 2024 di Ole-Ole Superbowl Mydin S2

Pertandingan Terbuka Bowling
Training 7 Ogos selepas waktu kerja

Pertandingan Terbuka Bowling
Meriah dengan team Billing ni 😍

Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024.

Pada hari kejadian tu semua peserta dinasihatkan datang awal. Okaylah tu Mrs. A datang di dalam jangka masa yang helok-helok saja 😊

Meh! Mrs. A belanja photo masa hari Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024.

Pertandingan Terbuka Bowling
Meja urusetia pengurus pasukan ditugaskan mendaftar pasukan masing-masing kena tunjuk kad pekerja hokeh!

Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024.
Selepas Timbalan Presiden KSR memberi kata-kata aluan dan merasmikan kita berdoa dulu sebelum bermula

Pertandingan Terbuka Bowling
Bergambar beramai acara wajib ada 😝

Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024.
Thank you for coming memberi semangat πŸ’ͺ sayang you both kerana Allah

Pertandingan Terbuka Bowling
Biarlah gambar

Pertandingan Terbuka Bowling
Berbicara 😝

Alhamdulillah Storm johan dan individu lelaki jatuhan pin tertinggi. Johan dapat wang tunai RM500. Individu dapat RM100. Okay sekian hiks!




Program Terapi Minda

Program Terapi Minda

Bismillahhirahmannirrahim... 


As Salam and greetings to dear readers.

Program Terapi Minda. Kisah campak belakang 26062024 Mrs. A join program anjuran office bagi mencukupkan KPI jam training gittewww... Program ini diadakan di LPPKN cawangan Negeri Sembilan. Okaylah sepelaung aje dari office.

Pagi tu Mrs. A gerak dari rumah seperti biasa 7.30 pagi. Nak kena singgah office sekejap sebabnya nak kena hantar projektor dan laptop office yang Mrs. A pinjam sehari sebelum tu untuk Mesyuarat Lembaga Pengarah. Alhamdulillah dipermudahkanNYA sesampai aje Mrs. A di area parking office kedua-dua person in-charge yang Mrs. A nak serahkan tu ada pulak melintas depan kereta Mrs. A πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ hah! apa lagi terus Mrs. A serahkan di situ jugak tak perlu dah naik ke office. Sambil Mrs. A cakap sorry uols sis ada kursus pagi nih! nak cepat ni dan terus berlalu pergi ngeh! ngeh! ngeh! 

Actually ini pertama kali Mrs. A menjejakkan kaki ke LPPKN cawangan Negeri Sembilan. Masa Mrs. A sampai tu kira awal lagi lebih kurang pukul 8.10 pagi peserta yang dah sampai baru 2 tiga orang. Lagipun program bermula pukul 9.00 pagi. Pendaftaran dan minum pagi pukul 8 okayje awal tak kalut 😊😊😊

Program Terapi Minda. 

Terapi Minda
Sebelum program bermula kita selpie selpot dulu 😜

Dalam program terapi minda ni ada 3 orang fasilitator yang bagi talk di awal pagi tu haruslah ice-breaking yang ini urusetia aje yang uruskan. Urusetia minta peserta program main kotak bingo. Seronok jugak dapat beramah mesra dengan lain-lain peserta dari daerah-daerah kiranya yang tak kenal bolehlah kenal-kenal gittewww sebab nak penuhkan kotak untuk dapat bingo. Unfortunately sampai ke sudah Mrs. A tak dapat bingo pun mereka yang awal dapat bingo dah cukup 5 orang huhuhuhuu....

Selepas itu fasilator untuk slot 1 bercakap mengenai meningkatkan Resiliensi Diri. Kemudian fasilator kedua ustaz dan seterusnyalah sambung di sebelah petang fasilitator ketiga dan penutup tu urusetia punya aktivti.

Okaylah supaya tidak lupa sajalah Mrs. A nak share kat my blog my stori di antara objektif program terapi minda itu.
  1. Membantu peserta mengurus stres demi kesejahteraan diri serta memantapkan personaliti dalam pencapaian dan produktiviti organisasi;
  2. Membantu peserta meningkatkan daya tahan diri dengan mengenali personaliti diri dan hubungan keluarga serta organisasi dalam mengharungi cabaran kehidupan;
  3. Memberi penekanan terhadap kepentingan peranan dan tanggungjawab dalam membentuk wawasan yang unggul;
  4. Memberi penekanan kepada kombinasi antara minda, jasad dan emosi ke arah kehidupan seharian yang lebih positif.
Program Terapi Minda. 

Terapi Minda
Aktiviti berkumpulan

Terapi Minda
Tiup belon lepaskan stress 😎

Terapi Minda
Jom mengundi 

Terapi Minda
Sempat ko selfie ya Mrs. A πŸ˜€

Terapi Minda
Final aktiviti sebelum penutup

Terapi Minda
It's a wrap πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Program Terapi Minda. 

Sejujurnya dah veteran ni takdelah beria sangat nak pergi training tapi sebagai pekerja makan gaji kena pergi jugak sebab nak penuhi KPI. Alhamdulillah program terapi minda sedikit sebanyak terkesan juga dalam diri Mrs. A. Masih banyak jam training lagi nak cukupkan KPI ini. Next kena pergi lagi. InsyaAllah semangat! πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ


Selamat Pengantin Baharu Syera & Ariff

Selamat Pengantin Baharu Syera & Ariff

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Pengantin Baharu Syera & Ariff. Last weekend 23062024 dengan izinNya dapat menyantuni majlis perkahwinan Syera iaitu officemate Mrs. A. Walaupun Syera bukan base di HQ tapi dia dan Mrs. A menjadi mesra dan agak rapat disebabkan sama-sama terlibat di dalam team netball syarikat untuk ke SBAM Kedah 2023.[SINI]

Majlis persandingan telah di adakan di Rumah Abang Jamil (Venue 1), Seremban. Mrs. A pergi ditemani oleh Adik dan Aryssa. Actually ini adalah kali pertama Mrs. A sampai ke Rumah Abang Jamil, sebelum ini selalu mendengar cerita kawan-kawan ke Rumah Abang Jamil hehehee kali ini Mrs. A pulak dapat pergi okaylah tercapai hasrat nak ke Rumah Abang Jamil eh! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Selamat Pengantin Baharu Syera & Ariff.

Selamat Pengantin Baharu
Bergambar bersama pasangan mempelai

Selamat Pengantin Baharu
Thank you Adik dan Aryssa temankan ibu 😘

Selamat Pengantin Baharu
Bersama team netball yang sempat hadir

Selamat Pengantin Baharu
Eh! ada jugak tunang dak sorang tu 😊

Setelah puas bergambar, kami sama-sama minta diri untuk pulang. Lagipun Syera dah nak gerak untuk bergambar out-door pulak. Sebelum tu sempatlah team netball yang ada tu bergambar di signboard RAJ 😜😜😜

Selamat Pengantin Baharu
123 SAINS!

Selamat Pengantin Baharu
Souvenir yang simple but nice

Kemudian kami tak terus pulang sebabnya Adik ajak tengok wayang. Mrs. A layankan ajelah. Lagipun Mrs. A memang teringin nak tengok cerita Zim Zim Ala Kazim tu. Sebelum tu Aryssa dah survey showtime di website TGV. Oakylah sesuai waktu tayangannya pukul 3.40 petang tu. Kekdahnya selepas itu Mrs. A terus aje drive menuju ke Aeon S2. Mrs. A dan Aryssa gigih berbaju kurung ha!

Selamat Pengantin Baharu
Terpaling pegi kenduri kata Aryssa πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ramai juga orang yang sama-sama nak menonton Zim Zim Ala Kazim. Elektronik booth nak beli tiket pun semua Q panjang. Sebab ramai agaknya TGV ada buka kaunter tiket jugak. We all pun beli dari kaunter biasa dapatlah tiket fizikal seperti dahulu.

Selamat Pengantin Baharu
Zim Zim Ala Kazim

Cerita Zim Zim Ala Kazim ini adalah komedi muzikal so takyahlah nak expectation terpaling sihir seram sangat .πŸ˜ŠπŸ˜‡ As for Mrs. A okaylah seronok juga nonton cerita komedi muzikal lakonan Ustaz Kazim ni. Macam boleh relate dengan kehidupan sebenar dia. Wallahualam.


Potong Kek Birthday Kat Hospital

Potong Kek Birthday Kat Hospital

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Potong Kek Birthday Kat Hospital. Kisah campak belakang pada 30 Mei 2024 yang lalu sewaktu dengan Mr. A warded πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… dan nak menjalani ERCP. 

Actually sebelah pagi tu Mrs. A pergi kerja sebabnya ada kerja yang perlu settle ghisauuu jadi isu pulak kalau kerja tu lambat dilaksanakan huhuhuuu... Alhamdulillah kerja tersebut berjaya selesai dan dipermudahkan olehNYA. 

Pagi-pagi tu keluar kereta je dah dapat jeritan happy birthday kak! Allahu terharunya dengan si S ni ingat dia birthday Mrs. A 😘😘😘 Kemudian gang satu department dan seorang ni buat surprise pulak bagi hadiah  sambil nyanyikan lagu birthday beramai-ramai aduh! iols yang exhausted ni terus menangis touching dan rasa happy bercampur-baur. Hurm! dah tua-tua ni benda simple pun boleh buat meleleh air mata eh! hahaaha...

Potong Kek Birthday Kat Hospital.

Birthday
Mr. A suruh potong kek depan katil dia sambil tu depa duk nyanyi lagu birthday 😍

Birthday
Sewaktu Mrs. A sedang tunggu Mr. A buat ERCP Along dan Adik minta nak keluar sekejap.
Rupa-rupanya depa pi beli kek

Waktu Mrs. A potong kek tu ada family Ateh dan juga family s.i.l serta f.i.l pun ada. Meriah jugaklah walaupun keadaan Mr. A waktu tu kurang sihat. 😊

Ada jugak adegan lawak dari seorang nurse ni meluru masuk sambil bagitahu eh! tolong jangan nyalakan lilin ya bahaya sini banyak medical instrument, ngeh! ngeh! ngeh! we all sekeluarga golak yolah sebabnya memang family we all dah stop amalan meniup lilin sejak beberarpa tahun lalu #bukananjuranislam

Okay Mrs. A nak shared jugaklah pemberian dari kawan-kawan yang sempat di snap.

Birthday
Dari legal team

Birthday
Dari Dekwa

Birthday
Dari sahabat lama. Terima kasih datang visit

MasyaAllah TabarakAllah terima kasih kepada semua sahabat, sedara-mara dan juga kawan-kawan yang telah menitipkan doa dan ucapan sewaktu birthday Mrs. A yang ke 4 puh tut tahun samada secara bersemuka mahupun di media sosial FB dan IG. InsyaAllah semoga doa yang baik-baik akan berbalik jua kepada kalian semua. Syukur di atas nikmat sihat ini.



Mr. A Warded 7D6N

Mr. A Warded 7D6N

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mr. A Warded 7D6N. Mr. A warded lagi asbab sakit yang sama sepertimana tahun lalu [SINI] Walaupun menjaga pantang larang makanan yang tak boleh diambil oleh pesakit gout, mencuba macam-macam supplement dan makan ubat ikut aturan tapi kalau dah rezeki mendapat sakit tu sakitlah jugak. Sabar dan tabahlah wahai Mr. A ya... 😒😒😒

Itulah orang kata perangai memang boleh diubah tapi itulah payah-sepayahnya kalau nak berubah tanpa azam dan nekad. Macam itu jugalah dengan Mr. A ni payah nak ubah perangai bila diajak ke hospital, menanggung sakit di rumah dah 2 tiga hari, bila Mrs. A ajak ke hospital tak nak pulak.

Selepas subuh Selasa 28 Mei tu Mrs.A dah cakap dengan dia jomlah ke hospital saya boleh amik EL je hari ini sebab takde meeting. Meeting yang dijadual hari Isnin semalam tu dah tangguh ke Jumaat 31 Mei. Eh! tapi dia degil jugak sambil cakap takpelah awak pergi aje kerja. So Mrs. A pergilah kerja walaupun hati galau tetaplah kena profesional bila dah berada di office gittewww...

Mr. A Warded 7D6N. 
Mr. A warded di Mawar Medical Center
Memori bergambar malam akhir di Mawar Medical Center.
Malam sebelum discharge sajalah turun jalan-jalan sampai ke lobby nak menghirup udara segar

Petang hari Selasa 28 Mei, sebaik sahaja Mrs. A habis lunch bersama KN dan Zit tiba-tiba dapat panggilan telefon dari anak bongsu Mrs. A si Adik katanya babah kena admitted di hospital Mawar pergi hospital naik ambulan, Aqil temankan. Apa lagi bergegaslah Mrs. A inform bos dan officemate nak kena pergi hospital sebab husband admitted. Alhamdulillah syukur rezeki dapat bos, officemate dan pengurusan yang memahami.

Dari office nak ke Hospital Mawar takdelah jauh sangat lebih kurang 10 ke 15 kilometer rasanya. Hujan pulak masa ni mujurlah tak lebat sangat so Mrs. A redah ajelah basahlah sikit-sikit. Sampai di hospital terus ke emergency sebab Mr. A masih di situ. Sedih pulak tengok dia terbaring lemah kat atas katil tapi masih boleh bercakap lagi. Tadi dah ambil darah tapi results belum tahu lagi. Tak lama tu nurse datang nak pergi x-tray pulak. X-tray ankle dan knee tempat sakit gout tu. By the time dah habis x-tray tu wad pun dah ready. 

Time tu dah pukul 3 petang rasanya terus ditolak ke wad. Mulanya ditolak ke 4 bedded kemudian Mrs. A bagitahu tadi ada request untuk bilik single check dengan kaunter admission katanya single belum ada kosong. Sebaik sampai di bilik 4 bedded mujurlah belum naik katil lagi. Staff admission bagitahu bilik single dah ada yang kosong. Alhamdulillah terus masuk ke bilik single yang pada masa tu cleaner sedang bersihkah fuh! memang betul-betul hot from oven nih! hahahaaa...

Mr. A warded di Mawar Medical Center
Berkampung di bilik Lili 21 7D6N

Mr.A warded di Mawar Medical Center
Malam pertama Mrs. A teman

Dah masuk wad tu kenalah masuk air dan lain-lain ubat lagi. Kemudian Dr Chan datang tengok lutut Mr. A yang bengkak. Dia bagitahu kena buat procedure nak keluarkan air dari lutut pulak. Haish! bertabahlah Mr. A yang penakut jarum tu huhuhuuu... Procedure tu mudah aje katanya cucuk jarum ke lutut tu kemudian keluarkan air. Air yang Dr Chan keluarkan dalam 4 tabung picagari kata Mr. A.

Sebelah malam Dr Dheepa iaitu Dr yang incharge admission Mr. A datang ward visit dan bagitahu result darah dan scan knee & ankle. Kena buat lagi ujian darah tu untuk monitor lagi dan buat ujian air kencing pulak sebab petang tadi tak buat lagi.

Bila results darah dah keluar untuk kali kedua dan air kencing dah diketahui. Doktor cakap bacaan tak berapa bagus. Dipendekkan cerita beberapa procedure lagi pihak hospital suruh buat iaitu
- ECG
- CT Scan
- Ultra Sound
- Echocardiogram

Setelah semua procedure tu dibuat jumpalah dek doktor-doktor tu batu di dalam hempedu. Ada dua batu kata mereka satu saiz 6mm dan satu 8mm. Sebelum ini ada dua doktor yang terlibat iaitu Dr Chan untuk gout dan Dr Deepa doktor incharge kes Mr. A tambah pulak seorang lagi doktor iaitu Dr Sattian untuk kes batu dalam hempedu. (biliary sepsis secondary o choledochilithiasis)

Dr. Sattian dan Dr Deepa suggest kena buat ERCP. (nak tahu lanjut sila googleπŸ˜‰) Dr Chan pulak suggest buat procedure untuk gout di bahagian lutut. Aduh! fening we all mana satu nak buat dulu nih! Setelah Mr. A dan Mrs. A bincang we all putuskan buat ERCP sebab menurut pihak hospital ERCP ni kena buat jugak untuk mengelakkan kuman dari merebak dan keadaan hempedu Mr. A pada masa itu sangat kotor. Buat ERCP usaha untuk keluarkan batu dan letak sten supaya batu tak masuk ke saluran ntah tak ingat saluran apa kencing ke usus dan kuman dalam hempedu tidak merebak. Macam itulah pemahaman Mrs. A dari apa yang Dr Sattian terangkan. 

Kesan selepas buat ERCP ini berbeza mengikut individu menurut kata Dr Sattian. Ada yang selepas ERCP rasa sakit sikit-sikit sahaja. Ada yang akan dapat pancreatitis iaitu radang pankreas dan beberapa kesan sampingan biasa lain-lain. 

Mr. A warded di Mawar Medical Center
X-tray time

Mr. A warded di Mawar Medical Center
Nak pergi ultra sound

Mr. A warded di Mawar Medical Center
Dah bersedia untuk ERCP

Mr. A warded di Mawar Medical Center
30 Mei lebih kurang pukul 3 petang masuk OT untuk ERCP

Time ni Mrs. A menunggu di ruang menunggu luar bilik OT perasaan risau tak payah cakaplah dan macam-macam rasa ada. Tenangkan diri dengan membaca surah Yasin katam 3 kali uols! Actually procedure masukkan scoop dan pasang sten tu dalam 10 minit aje tapi campur tolak procedure bius, tempoh bertenang kat area OT jadilah lebih kurang dalam 2 jam gitteww... Sekejap-sekejap tengok siapa yang keluar dari pintu tu ramai jugaklah yang keluar masuk tapi bukan yang di tunggu. 

Setelah kurang lebih 1 jam setengah kemudian Dr Sattian pun keluar dia datang ke Mrs. A dan bagitahu sten dah berjaya dipasang tapi batu tak dapat dikeluarkan. Tak perlu risau kata dia batu biasanya akanpecah dan keluar sendiri melalui salur kencing.

Tak lama kemudian Mr. A dah disorong keluar dari OT kemudian terus ditolak masuk ke wad semula. Setengah jam awal tu keadaan Mr. A okay. Lapar katanya boleh makan ke? Doktor kata boleh kalau takde rasa nak muntah dan pening. Lalu dia pun makanlah bubur. Lepas makan tu rasa nak membuang pulak dah. Waktu membuang tu dia rasa tak selesa dan sakit di bahagian ari-ari. Kemudian selepas tu terus dia rasa sakit-sakit satu badan dan frust dan down. πŸ˜₯

Gedebak-gedebuk selepas ERCP tu Mr. A adalah salah seorang yang mendapat pancreatitis (radang pankreas) selepas ERCP. Sakit sangat kata dia tak tahan sampai doktor bagi dia morfin untuk kurangkan sakit tu. Menunggu proses nak recover tu yang sampai 7D6N itupun tak recover sepenuhnya.

Kesimpulannya dia memang frust sangat dengan keputusan ERCP tu gout pulih sakit lain pulak yang dapat. Akhirnya discharge pada 3 Jun lebih kurang pukul  3 petang.

Mr. A warded di Mawar Medical Center
Alhamdulillah home sweet home.

Sehingga ke entry ini di tulis dah sempat pergi follow-up Selasa lepas 😊. Mohon doakan Mr. A sembuh sepenuhnya dan tidak sakit selepas itu. Aaamiiin Ya Rabbi.





MRS.A my blog my stori ©