Selamat Pengantin Baharu Syera & Ariff - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Selamat Pengantin Baharu Syera & Ariff

27 Jun 2024

Selamat Pengantin Baharu Syera & Ariff

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Pengantin Baharu Syera & Ariff. Last weekend 23062024 dengan izinNya dapat menyantuni majlis perkahwinan Syera iaitu officemate Mrs. A. Walaupun Syera bukan base di HQ tapi dia dan Mrs. A menjadi mesra dan agak rapat disebabkan sama-sama terlibat di dalam team netball syarikat untuk ke SBAM Kedah 2023.[SINI]

Majlis persandingan telah di adakan di Rumah Abang Jamil (Venue 1), Seremban. Mrs. A pergi ditemani oleh Adik dan Aryssa. Actually ini adalah kali pertama Mrs. A sampai ke Rumah Abang Jamil, sebelum ini selalu mendengar cerita kawan-kawan ke Rumah Abang Jamil hehehee kali ini Mrs. A pulak dapat pergi okaylah tercapai hasrat nak ke Rumah Abang Jamil eh! 😂😂😂

Selamat Pengantin Baharu Syera & Ariff.

Selamat Pengantin Baharu
Bergambar bersama pasangan mempelai

Selamat Pengantin Baharu
Thank you Adik dan Aryssa temankan ibu 😘

Selamat Pengantin Baharu
Bersama team netball yang sempat hadir

Selamat Pengantin Baharu
Eh! ada jugak tunang dak sorang tu 😊

Setelah puas bergambar, kami sama-sama minta diri untuk pulang. Lagipun Syera dah nak gerak untuk bergambar out-door pulak. Sebelum tu sempatlah team netball yang ada tu bergambar di signboard RAJ 😜😜😜

Selamat Pengantin Baharu
123 SAINS!

Selamat Pengantin Baharu
Souvenir yang simple but nice

Kemudian kami tak terus pulang sebabnya Adik ajak tengok wayang. Mrs. A layankan ajelah. Lagipun Mrs. A memang teringin nak tengok cerita Zim Zim Ala Kazim tu. Sebelum tu Aryssa dah survey showtime di website TGV. Oakylah sesuai waktu tayangannya pukul 3.40 petang tu. Kekdahnya selepas itu Mrs. A terus aje drive menuju ke Aeon S2. Mrs. A dan Aryssa gigih berbaju kurung ha!

Selamat Pengantin Baharu
Terpaling pegi kenduri kata Aryssa 😂😂😂

Ramai juga orang yang sama-sama nak menonton Zim Zim Ala Kazim. Elektronik booth nak beli tiket pun semua Q panjang. Sebab ramai agaknya TGV ada buka kaunter tiket jugak. We all pun beli dari kaunter biasa dapatlah tiket fizikal seperti dahulu.

Selamat Pengantin Baharu
Zim Zim Ala Kazim

Cerita Zim Zim Ala Kazim ini adalah komedi muzikal so takyahlah nak expectation terpaling sihir seram sangat .😊😇 As for Mrs. A okaylah seronok juga nonton cerita komedi muzikal lakonan Ustaz Kazim ni. Macam boleh relate dengan kehidupan sebenar dia. Wallahualam.


10 ulasan:

  1. Ooo geng netball ye. teringat zaman jadi empire. cantik pengantin.

    BalasPadam
  2. Selamat Pengantin Baru Syera dan ariff..

    BalasPadam
  3. Yang di tunggu-tunggu kedua mempelai adalah di satukan dalam pernikahan,selamat yaa

    BalasPadam
  4. selamat pengantin baru utk kedua mempelai...hehe..ada ya Rumah Abang Jamil..teringat movie Madu Tiga...

    BalasPadam
  5. Macam nak dekat sama muka MrsA dengan pengantin. Team netball semua harus tinggi lampai 😄

    BalasPadam
  6. Cute juga packaging souvenir dari pengantin 😍.

    Jadi pengen nonton movie ini. Semoga saja nanti masuk Netflix jadi bisa saya tonton juga 🤭

    BalasPadam
  7. amboi.. abang jamil yer.. hahahah

    BalasPadam
  8. dan lagi tuuu g tengok wayang yaa... ramai kata filem ni ok tp tu laa kan... kutipan krg memberangsangkan...

    BalasPadam
  9. Tahniah buat pengantin. Popular dah Rumah Abang Jamil ni. Banyak cawangan sudah merata negeri. Teringin nak sampai juga tapi belum ada jemputan lagi di sini. hihi...

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©