Program Terapi Minda - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Program Terapi Minda

24 Julai 2024

Program Terapi Minda

Bismillahhirahmannirrahim... 


As Salam and greetings to dear readers.

Program Terapi Minda. Kisah campak belakang 26062024 Mrs. A join program anjuran office bagi mencukupkan KPI jam training gittewww... Program ini diadakan di LPPKN cawangan Negeri Sembilan. Okaylah sepelaung aje dari office.

Pagi tu Mrs. A gerak dari rumah seperti biasa 7.30 pagi. Nak kena singgah office sekejap sebabnya nak kena hantar projektor dan laptop office yang Mrs. A pinjam sehari sebelum tu untuk Mesyuarat Lembaga Pengarah. Alhamdulillah dipermudahkanNYA sesampai aje Mrs. A di area parking office kedua-dua person in-charge yang Mrs. A nak serahkan tu ada pulak melintas depan kereta Mrs. A 💃💃💃 hah! apa lagi terus Mrs. A serahkan di situ jugak tak perlu dah naik ke office. Sambil Mrs. A cakap sorry uols sis ada kursus pagi nih! nak cepat ni dan terus berlalu pergi ngeh! ngeh! ngeh! 

Actually ini pertama kali Mrs. A menjejakkan kaki ke LPPKN cawangan Negeri Sembilan. Masa Mrs. A sampai tu kira awal lagi lebih kurang pukul 8.10 pagi peserta yang dah sampai baru 2 tiga orang. Lagipun program bermula pukul 9.00 pagi. Pendaftaran dan minum pagi pukul 8 okayje awal tak kalut 😊😊😊

Program Terapi Minda. 

Terapi Minda
Sebelum program bermula kita selpie selpot dulu 😜

Dalam program terapi minda ni ada 3 orang fasilitator yang bagi talk di awal pagi tu haruslah ice-breaking yang ini urusetia aje yang uruskan. Urusetia minta peserta program main kotak bingo. Seronok jugak dapat beramah mesra dengan lain-lain peserta dari daerah-daerah kiranya yang tak kenal bolehlah kenal-kenal gittewww sebab nak penuhkan kotak untuk dapat bingo. Unfortunately sampai ke sudah Mrs. A tak dapat bingo pun mereka yang awal dapat bingo dah cukup 5 orang huhuhuhuu....

Selepas itu fasilator untuk slot 1 bercakap mengenai meningkatkan Resiliensi Diri. Kemudian fasilator kedua ustaz dan seterusnyalah sambung di sebelah petang fasilitator ketiga dan penutup tu urusetia punya aktivti.

Okaylah supaya tidak lupa sajalah Mrs. A nak share kat my blog my stori di antara objektif program terapi minda itu.
  1. Membantu peserta mengurus stres demi kesejahteraan diri serta memantapkan personaliti dalam pencapaian dan produktiviti organisasi;
  2. Membantu peserta meningkatkan daya tahan diri dengan mengenali personaliti diri dan hubungan keluarga serta organisasi dalam mengharungi cabaran kehidupan;
  3. Memberi penekanan terhadap kepentingan peranan dan tanggungjawab dalam membentuk wawasan yang unggul;
  4. Memberi penekanan kepada kombinasi antara minda, jasad dan emosi ke arah kehidupan seharian yang lebih positif.
Program Terapi Minda. 

Terapi Minda
Aktiviti berkumpulan

Terapi Minda
Tiup belon lepaskan stress 😎

Terapi Minda
Jom mengundi 

Terapi Minda
Sempat ko selfie ya Mrs. A 😀

Terapi Minda
Final aktiviti sebelum penutup

Terapi Minda
It's a wrap 👏👏👏

Program Terapi Minda. 

Sejujurnya dah veteran ni takdelah beria sangat nak pergi training tapi sebagai pekerja makan gaji kena pergi jugak sebab nak penuhi KPI. Alhamdulillah program terapi minda sedikit sebanyak terkesan juga dalam diri Mrs. A. Masih banyak jam training lagi nak cukupkan KPI ini. Next kena pergi lagi. InsyaAllah semangat! 💪💪💪


13 ulasan:

  1. Alhamdulillah training melegakan jiwa raga

    BalasPadam
  2. sy suka training2 mcm ni sbb semangat tu lain maciam😁

    BalasPadam
  3. Ahkak pun tak berapa beria sangat nak joint training, tapi dah terpilih untuk joint, kena pergi juga

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah
    Lepas ni terapi poket pula (PMX dah janji)

    BalasPadam
  5. Dulu zaman masih kerja, saya sukaaaa sangat jika ada kesempatan utk training di luar kantor 😁🤭. Macam refreshing juga kan dari kerjaan hari2 . Apalagi kalo trainingnya menarik

    BalasPadam
  6. Terbaik..saya sedang melakukan terapi saya dengan update blog.

    BalasPadam
  7. W'salam Mrs. A..
    Rindu baca blog Mrs. A *hugs*.. Bagus kursus terapi minda macam ni mungkin sesuai untuk I juga di waktu-waktu begini.. ;-)

    BalasPadam
  8. Suka tengok kawan2 yang berkerja, dapat join macam2 program anjuran pejabat dll.

    BalasPadam
  9. Seronok juga ada aktiviti macam ni. Selain mengejar KPI, dapat juga tambah ilmu.

    BalasPadam
  10. Selalu juga LPPKN menjemput untuk kursus tapi selalu was-was sebab takut pengisiannya tak kena dengan jiwa. Huhu.

    BalasPadam
  11. pejabat saya pun ada program terapi minda ni, tapi masa tu saya dalam cuti paternity... tak dapat nk join..

    BalasPadam
  12. bestnyer asyik gi training je.. hehe

    BalasPadam
  13. Dapat menambah lagi ilmu selain dapat kenalan baru. Bagus juga program terapi minda ni kan.. nanti nak cuba cadangkan dekat tempat kerja lah..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©