Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024

10 September 2024

Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024. Kisah pada Sabtu 10082024 Mrs. A turut serta di dalam aktiviti Kelab Sosial & Rekreasi (KSR) syarikat tempat Mrs. A bekerja. Selain netball bowling adalah salah satu lagi aktiviti sukan kegemaran Mrs. A. So kalau ada pertandingan samada bowling atau netball harussssss... Mrs. A join gittewww...

Eh! sebelum tu dah sebulan rupanya Mrs. A tak up-date blog huhuuuhuu... Actually banyak aje kisah nak diblogkan cuma tulah kemalasan dan tidak berjaya mencuri masa itulah penyebab utamanya 😢

Dua minggu sebelum tarikh pertandingan tersebut penganjur yang terdiri daripada AJK KSR telah menyiarkan iklan kepada seantero Ahli KSR 😄😄😄. 

Pertandingan Terbuka Bowling
Kemahen iklannya 😎

Di awal-awal syarat pertandingan setiap pasukan terdiri dari 4 orang dan salah seorang mestilah perempuan. Tetapi apabila penganjur mendapat pelbagai maklumbalas ramai yang kurang bersetuju dengan syarat tersebut. Kekdahnya mereka telah menukar syarat tersebut kepada terbuka, makna kata terserah kepada peserta nak bentuk pasukan ikut suka hati, nak semua lelaki ke, semua pompuan ke, campur-campur ke haish! terserah janji bayar yuran penyertaan.

Sementara itu pasukan Mrs. A kekal mengikut syarat yang awal eeecewahhhh! Nama pasukan Mrs. A adalah Storm. Actually Storm tu adalah nama brand bola bowling. Mrs. A follow aje mereka yang arif di pasukan Mrs. A tu. Advantage jugaklah kepada seorang Mrs. A sebabnya 3 orang peserta lelaki tu memang bowlers mereka bertiga tu adalah wakil syarikat sewaktu SBAM Kedah 2023 yang lalu.

Sambutan umtuk pertandingan terbuka bowling berpasukan tersebut macam pisang goreng panas belum sempat tarikh tutup diumumkan kesemua 22 tempat telah fully booked. Alhamdulillah rezeki Mrs. A sebab register awal takdelah kempunan tak dapat turut serta gittewww...

Sebelum tarikh pertandingan tu kena pi cabut undi dulu untuk lane. Mrs. A tak pergi pun hantar wakil sahaja.

Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024.



Pertandingan Terbuka Bowling
Undian diadakan di LRA Sg Terip

Sebelum hari kejadian tu adalah 2 kali Mrs. A pi praktis itupun bukan dengan team Storm dengan adik-adik Legal Dept. dan juga team Billing.

Pertandingan Terbuka Bowling
Bola bertuah telah selamat dipulangkan

Pertandingan Terbuka Bowling
Training masa 4 Ogos 2024 di Ole-Ole Superbowl Mydin S2

Pertandingan Terbuka Bowling
Training 7 Ogos selepas waktu kerja

Pertandingan Terbuka Bowling
Meriah dengan team Billing ni 😍

Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024.

Pada hari kejadian tu semua peserta dinasihatkan datang awal. Okaylah tu Mrs. A datang di dalam jangka masa yang helok-helok saja 😊

Meh! Mrs. A belanja photo masa hari Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024.

Pertandingan Terbuka Bowling
Meja urusetia pengurus pasukan ditugaskan mendaftar pasukan masing-masing kena tunjuk kad pekerja hokeh!

Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024.
Selepas Timbalan Presiden KSR memberi kata-kata aluan dan merasmikan kita berdoa dulu sebelum bermula

Pertandingan Terbuka Bowling
Bergambar beramai acara wajib ada 😝

Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024.
Thank you for coming memberi semangat 💪 sayang you both kerana Allah

Pertandingan Terbuka Bowling
Biarlah gambar

Pertandingan Terbuka Bowling
Berbicara 😝

Alhamdulillah Storm johan dan individu lelaki jatuhan pin tertinggi. Johan dapat wang tunai RM500. Individu dapat RM100. Okay sekian hiks!




5 ulasan:

  1. Confirmlah menangkan…ada 3 professional bowlers. Yang lady in pink tu pun apa kurangnya

    BalasPadam
  2. kalau dah ada org hebat bowling kompem mng punyalah. x mng tu mmg pelik😁

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©