MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
#SBAM2018 - Day 4 @ Last

#SBAM2018 - Day 4 @ Last

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

#SBAM2018 - Day 4 @ Last

Adeh! lama betul ha nak up-date kisah #SBAM2018 - Day 4 @ Last harap masih ada yang nak tahu la.. ya apa kisah di hari last tersebut. Eh! cerita sport lagilah nampaknya ya.

SBAM2018
Penghuni bilik 502 is ready to go for breakfast #kaminakbalikdah
Semua kontingen dan pegawai yang terlibat diminta turun breakfast di Coffee House seawal jam 6.45 pagi cos bas akan bergerak ke Educity Sport Complex kurang lebih dalam pukul 8.00 pagi untuk acara penutup iaitu sama juga lokasinya sewaktu acara perasmian di hari pertama tu [SINI]

Selepas selesai breakfast, sementara menunggu semua ready untuk naik bas. Kita bergambar dulu....

The bowler and the netballer not to forget the dragon penjaga Pulai Spring Resorts hiks!
Tudung sama color dengan Mrs. A tu SBAM Ipoh dia main netball SBAM Johor dia tukar kepada Ping Pong
The netballers and coach tapi bukan penghuni Room 502
Complete team with coach
Walaupun tak sabar nak balik rumah tapi tetap juga terbit sedikit rasa sedih kat dalam hati masing-masing ialah bilalah lagi agaknya dapat mengulangi moment cenggini bersama kawan-kawan office. Eh! emo pulak Mrs. A. Okay tak lama tu semua yang naik bas diminta naik bas dan kenderaan lain-lain pun sama gerak serentak ke Educity Sport Complex, Nusajaya.

Sesampai di sana ada juga kontingen dari negeri lain yang dah sampai. Dan di hari terakhir ni jumlah yang terlibat takdelah seramai sewaktu di hari perasmian/ pembukaan. Mrs. A difahamkan ada juga kontingen daripada beberapa negeri lain yang dah pulang awal dan mereka tak tunggu sehingga acara penutup. Ialah kalau dah takde apa-apa kepentingan buat apa nak tunggu sampai ke penutup iya dak? Kansss....

Tetapi kontingen SAINS telah diarahkan supaya tunggu sehingga acara penutup habis kerana berdasarkan pengalaman lalu iaitu SBAM Ipoh we all pulang awal tapi tulah kesian mereka yang tinggal dua tiga ketul tu bila naik ke pentas sendu takde penyokong katanya huhuhuhu.....

Eh! ada lori MILO la... Kenapa rasa air milo dari lori milo ni sedap? Rugi sesiapa yang tak cuba.
Oren nyer... SAINS. Nampak tak Mrs. A disitu?
Okay kasi gambar closed up sket!

GD & WD
Sis AJK SBAM
Setelah semua acara penyampai hadiah dan penutup selesai. Kontingen pun snap gambar beramai-ramai
Simbolik acara penutup SBAM Johor 2018. CEO SAJRanhill menyerahkan bendera kejohanan kepada CEO SADA yang bakal menjadi tuan rumah untuk SBAM 2020 Kedah Darul Aman
Dua team SAINS yang menerima pingat di hari penutup adalah...

Team Ping Pong. Tahniah uols keep it up for the better place. In Sha Allah SBAM Kedah 2020
dan semestinyalah team futsal 2nd place
Tahniah semua. Salute dengan semangat team work uols
Tamatlah sudah kisah SBAM2018 - Day 4. Apa lagi baliklah hahahaha... tak terus balik dear readers sempat pulak depa menyinggah di JPO huwaaaaaa....waaaa....waaaa... mana yang tak nak tu terpaksa jugalah layanzkan aje...abes tu ko nak balik camne? jalan kaki!? Mrs. A tak beli apa-apa pun kat JPO cuma craving nak minum kopi jer... so belilah kopi hipster kat SB JPO tu


Alhamdulillah finally selamat sampai ke Seremban dalam pukul 7.00 malam. Balik best time sampai tu Mr. A dah sedia menunggu. Yesss.... rindu A family.

The End.
HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN


Siapa join hari sukan negara Sabtu lepas a.k.a HSN? Okay sep sket cos Mrs. A pun join tau main netball ngeh! ngeh! ngeh! Dari apa yang Mrs. A tengok di Soc Med meriah sesangat hari sukan negara yang diadadakan secara serentak di seluruh negara pada hari Sabtu lepas [13102018].

Macam-macam acara sukan diadakan kepada mereka yang suka marathon boleh join marathon, futsal pun ada bukan setakat dewasa aje kanak-kanak pun ada juga haish! macam-macam sukan ada meriah sungguh uols itulah apa yang Mrs. A rasakan sewaktu turut serta dalam hari sukan negara peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi [KOMBES]

Walaupun pagi tu cuaca hujan tapi mujurlah hujan hanya di awal pagi subuh dan beransur renyai-renyai dalam pukul tujuh macam tu kemudian lebih kurang pukul lapan hujan dah berhenti sepenuhnya. Gang netball begitu bersemangat sekali dalam group WA seawal pukul 7.30 pagi ada yang dah sampai di KOMBES hahahahaaa.... tapi Mrs. A ntah kenapa mood ke laut so kekdahnya Mrs. A adalah yang paling akhir sampai hew! hew! hew! Okay sesampai aje haruslah posing dua tiga ketul dulu for WA status gitewww... #tolongjangankecam

HSN

HSN
Player import 1

HSN
Player import 2 
Oleh kerana Mrs. A sampai agak lambat iaitu lebih kurang pukul 8.45 pagi cenggitu cos pergi breakfast dulu di KRS Restoren, so tempat nak parking kereta nan hado ha! puas keliling-keliling cari parking di luar KOMBES. Parking dalam ko jangan mimpilah, nak masuk pun tak boleh dah. Itu pekerja RELA tak bagi derrrr.... so terpaksalah parking agak jauh dan sedikit menapak bersama anak Mrs. A si Adik. Mujur jugalah Adik nak ikut ada juga kawan Mrs. A menapak.

HSN
Macam-macam aktiviti ada. Mrs. A join HSN Netball Open N9
Actually okay jer... timing Mrs. A sampai tu takdelah lambat mana cos acara perasmian dijadualkan pukul 9.00 pagi. Games netball dijangka  bermula pukul 10.00 pagi. Cuma registration netball perlu seawal 8.00 pagi, itu biar jelah pengurus netball yang uruskan. Seorang dua lambat datang tak jadi hal kot. #sesuatusangat

Banyak sungguh team yang join untuk HSN Netball Open N9 iaitu sebanyak 21 team kesemuanya. Hebat betul sambutan Netball Open tahun 2018 ni. So organiser bahagikan kepada 7 grup, satu grup ada 3 team. Ha! cer cari mana team Mrs. A? Kalau cari SAINS sampai bulan depan pun tak jumpa kot hah haiiii.... cos team tak guna nama SAINS sebaliknya mengguna pakai nama Ayer 9 cos ada import dalam team ni bukan semuanya staff SAINS sedehhh! uols!

HSN
Games pertama Ayer 9 adalah perlawanan ke 9 gelanggang B vs. Uitm S3
HSN
Games kedua Ayer 9 vs. Kirana
Sewaktu pertama kali mendapat WA cabutan undi group Ayer 9 bersama dengan Uitm S3 dan Kirana terus terkeluar perkataan "adoi! nape satu group dengan Uitm S3 dan Kirana. Nape tidak Netses". Haish! tangan siapalah yang cabut undi ni. Nampak tak, nampak tak [negative sangat ko Mrs. A oiii! hahaha...] Berdasar pengalaman Mrs. A dah tahu dedua group tu tough uols! Hurm! ntah pa pe jer... Mrs. A ni kan belum berjuang dah mengaku kalah. #tolongjangantiru

Sebelum bermula haruslah warm-up dulu. Ayer 9 pilih sudut kat luar ni. Ada lagi dua tiga team yang warm-up kat area ni tapi pandailah pula jurukamera ni ambil macam hanya ada team Ayer 9 je time tu.

HSN
Warm-up bebetul ha 
HSN
jangan nak cheating
Masa permainan adalah 7-1-7 iaitu tujuh minit masa bermain, satu minit rest dan sambung lagi 7 minit. Sebelum game haruslah bergambar dulu. Lagipun tagline Ayer 9 gaya mesti menang. Adat bermain biasalah ada menang dan ada kalah ha gitew.

HSN
Rasa macam sorang tu yang paling over muahahhaaa....
HSN
Games pertama time Ayer 9 vs. Uitm S3
Oleh kerana masa sangat terhad so kebanyakkan team memang tak sempat bergambar dengan team lawan masing-masing. Cuma peringkat seterusnya dan final sahaja team vs. team diberi kelonggaran untuk bergambar. 

Okaylah tak mahu cerita pangjang lagi keputusan Ayer 9 vs. Uitm S3 adalah 1 -7 mujurlah dapat pecahkan telor hew! hew! hew! Sementara games Ayer 9 vs. Kirana pula keputusan adalah draw iaitu 6 sama. Tapi Kirana dikira layak ke peringkat seterusnya cos ikut kiraaan mata Kirana lebih banyak berbanding Ayer 9. Time Kirana vs. Uitm S3 mereka dapat 5 mata berbalas 8. Bila dicampur 5 dan 6 mata mereka berjumlah 11 sementara Ayer 9 pula hanya mendapat 7 mata jika dicampur kedua-dua games tersebut.

Apa lagi dah kalahkan baliklah!!! muahahaaaaaa..... Sebelum balik sempat ajak coach bergambar. Coach time ni paling busy cos dia as usual jadi Ref. Tapi jangan risau time Ayer 9 lawan coach tak blow pun we all pun faham apa itu conflicts of interest.
HSN
Senyumlah walaupun kau dot...dot..dot...
Meh! sini Mrs. A nak luah rasa sikit #sedarlah

"mungkin kau terlupa bahawa yang menentukan menang dan kalah itu adalah DIA. Apa kau ingat kau ambil import kau boleh menang, kau leka mereka juga manusia biasa tiada daya upaya sekiranya DIA tidak izinkan. Sedarlah wahai engkau-engkau yang merasakan diri bagus dan perasan bagus itu kerana menang dan kalah bukan terletak pada kuasa kuat atau tidaknya sejenis manusia. Kalau kau amati dengan teliti team Netses itu tidaklah sekuat team kita berdasarkan FM lalu tapi lihatlah DIA punya kuasa, mereka yang lemah itu sebaliknya mampu maju dan pergi ke peringkat seterusnya. Pertolongan DIA hadirkan dalam pelbagai cara tanpa yang kita duga. Sedarlah dan bersatulah team jangan biarkan minoriti mengatasi majoriti."

Mana yang faham-fahamlah yang tak faham sudah bak kata Ustaz Kazim.


Corat-Coret Majlis Perkahwinan Ucu

Corat-Coret Majlis Perkahwinan Ucu

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Corat-Coret Majlis Perkahwinan Ucu


Makcikku tawen lagiii... hiks! Time Ucu nak kahwin tu we all anak-anak sedara suka aje menyakat dia dengan kata-kata tulah makcikku tawennn lagi... tapi Ucu okay jer... tersenyum dan ketawa dengan usikan tu takdelah pula dia nak sentap. Ucu ini yang sebenarnya adalah mak sedara kepada Mr. A iaitu adik bongsu M.I.L. Jodoh Ucu bersama suami terdahulu tak panjang kerana bercerai  mati [SINI]. Hampir beberapa tahun suaminya meninggal Ucu bertemu jodoh dengan suami yang sekarang ini dan juga merupakan kawan satu sekolah dia dahulu kala. Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah S.W.T. tiada siapa yang mampu menghalang.

Okaylah tak mahu tambah mukadimah panjang lagi meh! sini Mrs.A sambung kisah perjalanan konvoi orang Seremban ke Kg Paya Luas, Temerloh Pahang iaitu ke rumah Ucu. Planningnya berkumpul di Jiboi pada hari Sabtu [29092018] pukul 2.30 petang kira macam lepas Zohor gitew... nak gerak ke Temerloh. Tapi tulah yang muncul di Jiboi time tu cuma The 'A' family jer, family Along dan family Alang tak muncul-muncul sehingga waktu yang dijanjikan. M.i.l kata gerak aje dulu  nanti on the way tu janjilah tunggu kat mana-mana stesen minyak. F.i.l dan family Ateh tak ikut sekali. Biasalah f.i.l dia kalau jalan jauh dan tidur rumah orang dia tak mau haiiii... #dahfahamdah

Kekdahnya dari Jiboi tu hanyalah dua kereta aje iaitu satu kereta The A family dan satu kereta lagi  m.i.l and of courselah family s.i.l. Nak pergi tu konvoi ikut jalan Kuala Pilah dan singgah kat Petronas Jalan Kuala Pilah menunggu family Along & Alang.

Majlis Perkahwinan Ucu
Sementara menunggu family Along & Alang tu Mrs. A pun selfie-selphot la dulu. Time ni juga tetiba Mrs. A teringat yang hari ini adalah anniversary we all yang ke 17 tahun. Sambil wish Mr. A sambil tergelak-gelak kah! kah! kah!
Lebih kurang 15 minit menunggu kemudian family Along dan Alang pun sampai. Then we all pun geraklah menuju ke Kg Paya Luas, Temerloh. Alhamdulillah perjalananan petang itu lancar cuaca pun elok jer... tak hujan. Sepanjang perjalanan tu singgah sekejap kat Batu Kikir cos kat tepi jalan tu ternampak pula orang jual buah berangan. Tak tahulah siapa yang nak makan buah berangan tu keempat-empat kereta pun stop dan membeli berangan. Mahal baq hang satu kilo 32 hengget gitew. Tapi Mr. A beli dalam 20 hengget je cukuplah untuk A family jer...

Setelah hampir satu jam lebih perjalanan dah nak masuk waktu Asar konvoi pun sepakat nak singgah kat Masjid Daerah Bera untuk solat Asar.

Masjid Daerah Bera sempat gak Mrs. A snap seketul gambar ha
Kalau tak salah Mrs. A dalam pukul 5.30 petang macam tu konvoi pun sampai kat rumah Ucu. Time tu orang-orang kampung tengah sibuk lagi merewang, potong-potong bawang, bersih-bersihkan daging dan juga minum-minum petang eh! we all lettew sesampai aje terus dijamu melantak bihun dan kuih-muih. Kemudian tak lama tu we all terus ke home stay yang m.i.l dah siap-siap booked. Actually bukanlah home stay sebenar tapi rumah family suku-sakat m.i.l yang tak duduk situ pun tapi kira macam rumah persinggahan mereka. Haish! lupa pulak nak ambil gambar time kat home stay tu. Okaylah selesa semuanya complete macam duduk kat rumah sendiri.

Kemudian selepas maghrib we all gerak semula ke rumah Ucu cos malam tu adalah majlis nikah Ucu. Unfortunately Mrs. A tak tahu pun cos Mrs. A takde dalam group WA kahwin Ucu tu yang ada Mr. A tapi dia pun tak amik tahu so tu yang tak bawa baju extra untuk majlis nikah. So pakai ajelah baju siang tadi hahahhhaiiii....

Baju melayu pink PakNgah adik m.i.l dialah yang walikan Ucu
Isderas clan sedang bermain sesama depa sementara menunggu acara akad nikah dan bertahlil
Time nikah malam tu pengantin pakai baju color coklat dan rombongan pengantin lelaki pakai baju tema depa merah menyala gitew. Sementara sebelah we all pula temanya caca-merba ngeh! ngeh! ngeh!
Alhamdulillah selamat majlis akad nikah berjalan lancar. Kemudian tetamu pun dijamulah dengan makanan yang sedap tau paling Mrs. A suka patin gulai tempoyak. Kiranya yang ni memang signature dish orang Kg. Paya Luas ni. Kemudian malam tu acara paling ditunggu-tunggu adalah karok la kau dan teka biji labu.

Nilah muka-muka tunggu turn nak karaoke. Yang lucunya karaoke nya cara lama iaitu guna CD 
 Dah puas karaoke hari pun nak hampir nak pagi we all pun geraklah balik ke home stay. Esoknya tu dalam pukul 10.00 pagi barulah we all gerak ke rumah Ucu. Di hari persandingan tu pasangan pengantin pakai baju hijau sedondon.

Kemahen... tau Ucu macam pasangan pengantin muda remaja
Haruslah bergambar kat pelamin kan. Aryssa dengan Jubah Flary yang Mrs. A beli tu kononnya untuk Mrs. A size L tapi besar bila Aryssa pakai muat pulak pada dia so bagi dia terus
Mrs. A guna pakai ajelah baju mana yang ada
Bergambar bersama pengantin dan suku-sakat m.i.l yang punya home stay tu
Okay selesai sudah majlis kahwin Ucu. Konvoi balik juga pada petang itu cos Mrs. A kerja esoknya tu dan juga Danial (nephew) pula ada PT3. Alhamdulillah konvoi selamat sampai ke Seremban tapi malam jugaklah sampainya dan balik tu we all tak ikut Kuala Pilah pun cos mendapat perkhabaran jalan Kuala Pilah-Seremban traffic jem teruk. Balik tu ikut mana ntah Mrs. A pun tak perasan al-maklumlah most of the time dalam kereta tu Mrs. A ketiduran derrr....

Netball : Friendly Match Bersama Team Netses

Netball : Friendly Match Bersama Team Netses

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Netball : Friendly Match Bersama Team Netses

Setelah hampir sebulan lebih berehat dari bermain netball finally last Saturday dapat juga menjayakan friendly match bersama dengan team Netses. Team Netses ini pun last minutes punya planning cos team lain yang diajak tu not available pulakkkk.... bila gang netball Mrs. A ajak friendly on Saturday morning. Haish! tak kisahlah asalkan ada sparring mana-mana team pun gang netball Mrs. A layanz...

Sebenarnyalahkan... amvoi apa punya ayat tu muahahhaaaa... kepada peminat-peminat netball ni kalau dah stop bernetball tu nak mulakan semula memang agak payah. Tetapi kalau dah mula tu jadi addicted dan susah pula nak stop walaupun ko takdelah fit mana pun haish!!! [Mrs. A lettew...]

Hari kedua mula training semula. Tak ramai join terpaksalah import jejaka muahahhaaaa
Penggerak kepada gang netball untuk bernetball semula adalah sempena persediaan team untuk turut serta dalam pertandingan netball pada Hari Sukan Negara (HSN) iaitu pada 13 Oktober 2018 nanti. Team netball ini bukanlah semuanya terdiri daripada gang office cos gang office ada yang tidak berminat untuk join dan ada juga yang tak available pada tarikh HSN tu.

Thank you sis bawa team Netses for FM yang juga junior Mrs. A time sekolah STAD dahulu kala
Walaupun gang netball Mrs. A yang ajak friendly tapi we all ngam-ngam tujuh orang tau huhuhuu... sebaliknya team Netses pulak yang ramai sampai depa boleh buat dua team gitew...

Memula lawan dengan team Netses yang ini
Kemudian lawan dengan yang ini
Alhamdulillah seronok we all last Saturday lagipun we all menang hehehhe... sehinggakan lutut Mrs. A dah sakit baliklah huhuhuhu... time berlawan kat court tu tak rasa apa tapi bila dah balik rumah dan sampai sekarang ni sakit derrr.... tak tahulah dapat main ke tidak time HSN nanti ni. Nak bagi tahu kat team pun serammm... dah lah team tak cukup orang sedehhh!!! Harapnya lutut Mrs. A ni sempatlah baik sementara this coming Saturday ni. No pain no gain bak kata omputih.

Thats all kisah Netball : Friendly Match Bersama Team Netses.

Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana.


Mrs. A tertarik nak join giveaway let's be beautiful by Ana Suhana ini sebabnya tentulah nak jadi beautiful muahahhhaaaa... okay #lawakjer

Giveaway
KLIK BANNER
Syarat-syarat untuk turut serta dalam giveaway let's be beautiful by Ana Suhana ini sangatlah mudah:-

1. Follow blog anasuhana.com;
2. Follow IG Ana Suhana;
3. Buat entri bertajuk Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana;
4. Jangan lupa tinggalkan url di bahagian komen entri di Blog Ana Suhana bukan blog Mrs. A tau jangan silap pula.

Okay kalau nak tahu hadiah untuk yang bertuah dan lebih terperinci lagi berkaitan giveaway let's be beautiful by Ana Suhana ini sila klik banner di atas untuk ke blog beliau.

Wordless Wednesday #118 - Happy 17th Anniversary

Wordless Wednesday #118 - Happy 17th Anniversary

Bismillahhirahmannirrahim...

 As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #118 - Happy 17th Anniversary

Sakinah, Mawaddah, Wa Rahmah
Alhamdulillah sudah 17 tahun 4 hari sudah usia pernikahan Mr. and Mrs. A. Tarikh sebenar majlis akad nikah adalah pada 29 September 2001. Kebetulan sama pula dengan tarikh mak sedara Mr. A nak nikah pada malam 29 September 2018 so we both pun tumpanglah pelamin dia untuk mencipta memori terbaru pada usia 17 tahun pernikahan kami. Semoga pernikahan kami sentiasa Sakinah, Mawaddah, Wa Rahmah.


LAZADA : Alhamdulillah Mrs. A Menang 2nd Prize - RM300 Lazada Shopping Vouchers

LAZADA : Alhamdulillah Mrs. A Menang 2nd Prize - RM300 Lazada Shopping Vouchers

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

LAZADA : Alhamdulillah Mrs. A Menang 2nd Prize - RM300 Lazada Shopping Vouchers.


Pasti semalam blogger yang turut serta dalam Lazada Shopathon Blogger contest tu dah terima email daripada Lazada team, senarai nama pemenangkan..kan..kan... hehehehe... termasuklah Mrs. A. Pada mulanya Mrs. A tak perasan yang Mrs. A menang cos duk cari nama Mrs. A nan hado ha!

Tapi..... bila Mrs. A teliti lagi sekali, betul-betul, eh! ada nama Maziah Azalli la... which is thats my name in the IC muaaahahahhaaaa.... senyum sensorang sambil up-date story kat IG dan up-date status WhatsApp gitew... okay over tau. Kemudian this morning dapat lagi email dari Lazada team dan dah reply pun email tu ASAP tau Mrs. A replied. Meh! sini Mrs. A share camne rupanya.

Congratulations! you are the winner
Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka-sangka yeay! nanti boleh la shopping lipstick Mac tu muahhaaaaaaa... Ha! kalau nak baca post Mrs. A tentang Lazada Shopathon Blogger Contest tu sila klik [SINI] dan [SINI]

Thank you Lazada team kerana memilih Mrs. A my blog my stori sebagai salah seorang pemenang. Kepada lain-lain pemenang, Tahniah! Mrs. A ucapkan dan selamat bershopping di LazMall lah ya 😊😊😊

MRS.A my blog my stori ©