MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Kenduri Tahlil Arwah

Kenduri Tahlil Arwah

As salam and greetings to dear readers.

Pada 1 Januari 2016 iaitu sempena tahun baru dan juga hari Jumaat yang barakah parents inlaws Mrs. A telah organize kenduri tahlil arwah.

Takde apa-apa gosip tetiba kat dalam group family WhatsApp m.i.l hantar message tulisnya diminta semua anak cucu balik bla..bla..bla.. kenduri tahlil ha! cenggitulah lebih kurang katanya.

Tetapi ada jugalah hai!!!... ahli group yang salah faham dan assumed PD yang m.i.l  tulis tu adalah Port Dickson tetapi yang betulnya adalah 'pada'.

Hurm...kekdahnya yang salah faham tu datang lambat yang amat dah selesai pun tahlilnya cuma tunggu masuk waktu Isyak jer... nak solat Isyak.

Bak kata m.i.l ialah orang tua yang tulis macam tulah. Tapi pendapat Mrs. A tak salahkan m.i.l pun. Ialahkan orang yang tak faham tu tanya ajelah kat WA tu bukan susah pun. Kalau benda lain boleh pulak bertanya ini benda simple cenggitu pun nak buat susah-susah.

Jom layan gambar sementara menunggu orang yang salah faham tu...

Mr. A membelek muka, Banglong peace yo!


Imran the nephew menyahut cabaran untuk Azan maghrib


Shhh... Opah tengah solat sunat der....


Setelah beberapa ketika menunggu dan calling-calling akhirnya imam a.k.a F.i.l kata kita mulakan ajelah maghrib pun bukannya panjang lagi.

Alhamdulillah tahlil berjalan lancar. Terima kasih emak dan abah sebab organize tahlil ini. Semoga doa kita semua sampai kepada roh- roh yang kita sayangi. Amin. In Sha Allah.
2015 Dalam Kenangan

2015 Dalam Kenangan

Tak terasa tahun 2015 beberapa jam sahaja lagi akan berakhir, akan menjelang tahun baru 2016...

Buat Keluarga:
Kamulah yang terpenting dalam kehidupan Mrs. A.

Buat Kawan-kawan:
Maaf ya... Kalau Mrs. A ada silap dan salah tidak disengajakan.

Buat Sahabat:
Jangan lupakan Mrs. A, bila suatu masa nanti kita terpisah.

Buat yang tak sependapat:
Maaf bila selama ini Mrs. A selalu salah di mata kamu.

Buat yang sayang pada Mrs. A:
Mrs. A juga sayang pada kamu

Buat orang yang pernah menyakiti Mrs. A:
Terima kasih kerana kamu mengajar Mrs. A bagaimana untuk terus bersabar.

Buat rakan-rakan di Alam Maya:
Terima kasih sebab setia 'save' Mrs. A di 'contact' kamu.

Terima kasih semua sebab ada dalam hidup Mrs. A, yang menjadikan tahun 2015 sebuah coretan hidup yang bermakna.

Maaf dan terima kasih untuk segalanya.

Tahun 2015 dalam kenangan, semoga tahun 2016 akan membawa sejarah baru yang manis dan lebih bermakna.



Credit to group WA.
Hadiah GA Sudah Diterima

Hadiah GA Sudah Diterima

Tak sangka dapat hadiah GA tudung bawal satin. Bila dapat aje wow! tempat kelima aje hadiah dah cantik pastu siap tunjuk dengan officemate. Hurmm... excited tak excited tu. 

Tadaaaa.... 

 Mrs. A pemenang tempat ke lima

Terima kasih kepada owner blog Magic Baked kerana bagi hadiah yang cantik ini Mrs. A suka..... Jauh sungguh datangnya nun dari Kedah sana. Alhamdulillah rezeki sertai 1st GA Magic Baked  



Wordless Wednesday #61

Wordless Wednesday #61

Food@Rowsix Aeon S2


Happy Birthday To Ayah

Happy Birthday To Ayah

Happy birthday to ayah a.k.a Bang Ngah. Actually Ayah tu adalah panggilan kids kepada b.i.l Mrs. A tak ingat dah! ntah macam mana dari Pak Ngah bertukar kepada ayah. Tak kisahlahkan as long as depa tahu siapa bapa sebenar mereka muaaahaaaaa... if not mahu sentap babah depa tu. 


Ice-Cream cake yang Mrs. A tolong belikan tu

Tarikh sebenar birthday Bang Ngah adalah a day before we all buat surprise tu. Sunday sebelum gerak ke wedding cousin Mrs. A yang di Seremban tu. Tetiba Angah Mrs. A bisik 
Angah: Oit!! aku ingat lepas balik wedding kang nak celebrate birthday Bang Ngah. 
Mrs. A: Hah!?? lorrr... aku ingat nak terus balik Seremban je... 
Angah: Alahai... baliklah kampung balik. Nah! duit kau tolong belikan kek blaaa..blaa..blaaa... katanya.
Kids: Bolehlah ibu pleaseee.... (serentak).
Mrs. A: Adoyai... ini yang haku.. lemah nih! oklah..oklah...

Itulah tak sampai hati nak hampakan harapan orang. Sementelah pula orang itu adik-beradik kita sendiri. Ialah bukankah menggembirakan hati orang lain itu adalah amalan yang dituntut.


Ayah dah tua ler... tak payah la tiup-tiup lilin katanya.
Tapi we all paksa gak dia tiup cuma, lagu tak habis lagiks dia dah tiup ngeh! ngeh!ngeh!

A simple celebration but priceless

Kekdahnya selepas habis wedding. Mrs. A family serta Angah family dan jugak mak Mrs. A (mak naik kereta angah) berpecah ikut haluan masing-masing. Petang nanti baru jumpa semula di kampung. Sementara itu babahnya sempat pulak pergi kedai gunting rambut. Tujuannya untuk menggunting rambut along & adik yang dah panjang katanya.

Lebih kurang pukul 4.30 petang barulah we all gerak ke kampung sebelum tu pergi beli cake dulu. Signature dish tu untuk birthday celebration kansss... Alhamdulillah planning berjalan seperti yang di plan. Selepas habis doa Bang Ngah pun sempat buat ucapan sepatah dua kata. touching pulak iols time nih! Terima kasih semua atas segalanya dan dia terharu sangat.

#syukurselalu.

Selamat Datang Annur Husna

Selamat Datang Annur Husna

Ouch!! sudah enam hari tak up-date blog. Tak boleh jadi nih! hari ini kena up-date juga cewah! semangat tu penting. Last week memang busy sesangat di officelah nak pergi ladiz pun tak sempat uols. Inilah padahnya bila semua benda nak dibuat last minit tapi bukan salah Mrs. A salah orang-orang yang tut... biarlah rahsia. Mungkin 'dia itu' tak pernah dengar quote 'if you are fail to plan, you are planning to fail. Unlike CEO before dia memang guna pakai quote itu sebab itulah dia pergi kot untuk terbang lebih tinggi kerana sangkar ini terlalu kecil buat orang seperti dia. Haish! apalah yang ko dah merepek ni Mrs. A hoi!!

Actually nak cerita pasal kedatangan orang baru dalam family side Mr. A. Bukanlah orang yang datang tetapi family b.i.l dapat new baby. Mrs. A pun terkejut tetiba aje kat grup family WhatApps update si L dah selamat melahirkan baby girl. Both baby dan ibu sihat. 

Saturday petang sebelum ke wedding officemate Mrs. A pun singgah dulu kat rumah b.i.l coz dah tak sabar nak tengok baby tu. Walaupun kids kata jangan tunggu depa sekali. Oh! tidaaaak!!! tak sabar nak tengok. Excited bangat seh! coz dah lama takde baby dalam family.

Mr. A ferfiling ada baby kecik lagi kerr... ?? Hiks!

Ini hadiah dari  family Mrs. A. Apa kes lah abang si baby tu cenggitu gaya matanya.
Tapi apa yang we all notice jeles lettew.
Sebelah dia cousin yang datang melawat juga..
(Credit photo to WA family)

Nampak tak disudut sebelah kanan tu.. (color biru je ada pink dah habis) Ituler... hadiah Mrs. A and family.
Closed up newborn 3.2kg.
Time ini biras N & family datang visit.
(Credit photo to WA family)

Semoga menjadi anak yang solehah kepada kedua ibubapa ya Annur Husna. Bertambah lagi seorang kaum hawa dalam family side Mr. A. Syukur alhamdulillah.


Jalan-Jalan Mid Valley

Jalan-Jalan Mid Valley


Last weekend kononnya nak ambil kids balik Seremban tapi tidak menjadi kenyataan lagi. As usual Saturday petang Mrs. A gerak balik ke kampung tapi agak lewat juga coz tunggu hujan berhenti. This week hari-hari hujan dah tu pulak lebat bagat seh! takut Mrs. A dibuatnya.

Sunday kids planning nak gi tengok wayang bersama maksunya. Pastu maksunya tu ajak Mrs. A jugak tetiba pulak ibu pun ikut serta lagipun dah lama bebenor tak gi Mid Valley tu yang laju ajer mengekornya tu.

Antara prop sempat disnap 

Kononnya nak tengok wayang tapi menyopping pulak jadinya.

Hasil pancingan hari ini

Acara wajib setiap kali ke shopping mall


Duduk sekejap melepaskan lelah

Nakkkk....!! jugak bergambar kat kapal angkasa Star Wars

Sampai rumah terus aje mandi sebab nak pakai Tshirt Star Wars tu.
Kalau tak... suruh mandi berkali-kali pun belum tentu mandinya

Along pada mulanya nak joint tapi entah macam mana sentap terus tak nak pergi. Aryssa sejak dari Wednesday telah berjaya meloloskan diri mengikut Makngah & family lepak Melaka. Kekdahnya adik seorang ajelah yang pergi.


MRS.A my blog my stori ©