Happy Birthday To Ayah - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Happy Birthday To Ayah

22 Disember 2015

Happy Birthday To Ayah

Happy birthday to ayah a.k.a Bang Ngah. Actually Ayah tu adalah panggilan kids kepada b.i.l Mrs. A tak ingat dah! ntah macam mana dari Pak Ngah bertukar kepada ayah. Tak kisahlahkan as long as depa tahu siapa bapa sebenar mereka muaaahaaaaa... if not mahu sentap babah depa tu. 


Ice-Cream cake yang Mrs. A tolong belikan tu

Tarikh sebenar birthday Bang Ngah adalah a day before we all buat surprise tu. Sunday sebelum gerak ke wedding cousin Mrs. A yang di Seremban tu. Tetiba Angah Mrs. A bisik 
Angah: Oit!! aku ingat lepas balik wedding kang nak celebrate birthday Bang Ngah. 
Mrs. A: Hah!?? lorrr... aku ingat nak terus balik Seremban je... 
Angah: Alahai... baliklah kampung balik. Nah! duit kau tolong belikan kek blaaa..blaa..blaaa... katanya.
Kids: Bolehlah ibu pleaseee.... (serentak).
Mrs. A: Adoyai... ini yang haku.. lemah nih! oklah..oklah...

Itulah tak sampai hati nak hampakan harapan orang. Sementelah pula orang itu adik-beradik kita sendiri. Ialah bukankah menggembirakan hati orang lain itu adalah amalan yang dituntut.


Ayah dah tua ler... tak payah la tiup-tiup lilin katanya.
Tapi we all paksa gak dia tiup cuma, lagu tak habis lagiks dia dah tiup ngeh! ngeh!ngeh!

A simple celebration but priceless

Kekdahnya selepas habis wedding. Mrs. A family serta Angah family dan jugak mak Mrs. A (mak naik kereta angah) berpecah ikut haluan masing-masing. Petang nanti baru jumpa semula di kampung. Sementara itu babahnya sempat pulak pergi kedai gunting rambut. Tujuannya untuk menggunting rambut along & adik yang dah panjang katanya.

Lebih kurang pukul 4.30 petang barulah we all gerak ke kampung sebelum tu pergi beli cake dulu. Signature dish tu untuk birthday celebration kansss... Alhamdulillah planning berjalan seperti yang di plan. Selepas habis doa Bang Ngah pun sempat buat ucapan sepatah dua kata. touching pulak iols time nih! Terima kasih semua atas segalanya dan dia terharu sangat.

#syukurselalu.

4 ulasan:

  1. Eh, kena arrow kat kek tu anak panahnya ada 2..? Satu utara satu selatan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ee eh! eh! ialah uncle cakap baru Mrs. A perasan.
      Staf Bakers Cottage salah draw da...

      Padam
  2. Hepi belated bezday to bang ngah

    BalasPadam
  3. anak2 buah aida semua panggil aida ibu, tau.
    aida memang bahasa kan diri aida as ibu :)
    lebih mesra gitu, instead of mak andak.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©