Last Weekend - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Last Weekend

8 Disember 2015

Last Weekend

Di musim cuti sekolah ini sana sini situ ada wedding invitation. Makna kata tidak hairanlah dalam sehari tu kekadang sampai tiga wedding sekali. Kekdahnya kalau rajin boleh pergi semua kalau malas sikit pilihlah nak pergi yang mana tapi janganlah langsung tak pergi tak eloklah macam tu kansss... Lainlah kalau ada hal lain yang lebih penting. 

Ha! ini cerita wedding invitation yang Mrs. A pergi. Okay! kasi gambar pengantin lama dulu ngeh!ngeh! ngeh!

Kak ngah tolong amik gambar makngah dengan babah tu

Inilah Kak ngah the niece, jangan salah Kak ngah lagi ya!! Gadis ayu memakai shawl yang dia nak niago tu

Wedding ini side Mr. A punya. Pengantin lelaki itu anak saudara sepupu Mr. A kiranya we both mak/ pak saudara sepupu pengantin apak-apak sangat uols! Tapi wedding ini selesa timing orang yang datang dan pergi smooth and steady takdelah berdedai sebagaimana wedding beberapa minggu yang lalu.

Oleh kerana kedua-dua pengantin tu bekerja di pejabat SUKNS kekdahnya ramai betul tetamu depa tuh! orang-orang seangkatan dah tu pulak ramai pulok! VIP yang datang amboi! kemain kembang-kempis lagik jurucakap a.k.a DJ a.k.a juruheboh majlis tu membuat pengumuman. Hurrmmm perlu kerrrr??? Itulah bisik-bisik gossip dikalangan penggossip instant ngeh! ngeh! ngeh!


Girls gossip

Gang gossip hiks!

Tu dia mamarazzi telah berjaya mengambil curi gambar VVIP itu walaupun dari belakang dan tiny aje nak tepek gak

Seorang lagi VVIP yang telah menjadi mangsa mamarazzi

Nieces & parents in-law

Finally our family bergambar bersama pengantin 

Gambar family tu semua ada kecuali Ateh sekeluarga (b.i.l) dan juga siapa ya??? Hurmmm....cer cari siapa yang tiada???

Along, Aryssa dan Adik yang takde mereka berada di side Mrs. A. Mereka dah seminggu lebih duduk kampung ambil peluang sementara tak mengaji, cikgu mengaji kata cuti dua minggu. Amboi! seronok bukan main ya...

Jalan-jalan Zoo Melaka bersama Maksu & Makngah family.

Taman Rama-rama admissionnya lebih mahal dari zoo kata my b.i.l

Sang bedal di Taman Rama-Rama hasil WA Aryssa

Dah lapar ke? Layanzz.. nampak tak sedar diri kena snap

Okay itu jer... cerita last weekend. Walaupun seronok tinggal berdua-duaan tapi sunyi terngiang-ngiang suara dan keletah mereka bertiga. Huhuhuuu....



13 ulasan:

  1. asalam wah meriahnya gambar berbicara

    BalasPadam
  2. wah meriahnya MRS A, eh eh kak ngah tu pun iras2 wajah MRS A kan patut tersalah hari tu hihi :)

    BalasPadam
  3. tengah musim makan makan ni... :-))

    BalasPadam
  4. sekarang memang musim kenduri... memang banyak betul jemputan..
    but,, kenduri mmg best sebab blh kumpul sanak saudara, kawan2,jiran..kan..

    BalasPadam
  5. banyak kenduri dan anak2 pun minta jalan sempena cuti sekolah

    BalasPadam
  6. masa untuk reunion semula kan bila ada wedding ni

    BalasPadam
  7. masa gi wedding nilah boleh dressup cantik kan.. :)

    BalasPadam
  8. aida da gi da tmn rama2.
    sekali aje la bwk anak2.
    tak ingat plak entrance fee nyer brape.

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Bukan. Kak ngah tu my niece.

      Padam
    2. Saya ni kalau baca saya tumpu habis. Kalau blog menariklah. Itu yg saya tanya tentang kakngah tu.

      Pic yg pertama tu u dgn hubby ke.

      Saya ada buat entry baru. Jengoklah:
      http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

      Padam
    3. Yes, Mr. & Mrs. A hiks!
      Iya ke tu tumpu habis? tapi kat entry Mrs. A ada mention itu kak kngah the niece.

      Padam

MRS.A my blog my stori ©