MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Abah

Abah

Hari ini genaplah tiga tahun arwah Abah meninggalkan kami semua. Sekejap sahaja masa berlalu pejam-celik, pejam-celik dah tiga tahun Abah pergi buat selama-lamanya. 

Al-Fatihah buat arwah Abah Hj Azalli bin Hj Juri. Semoga Abah damai di alam sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman di sisi Allah SWT.


Al-Fatihah

Abah akan sentiasa dalam kenangan kami sekeluarga. Tarikh Abah meninggal sama dengan tarikh lahir beliau 11.12.1936 - 11.12.2012. Mungkin ada benarnya orang kata yang tarikh lahir seseorang itu akan sama dengan tarikh kematian. Wallahualam. 


Telatah Si Comel

Telatah Si Comel

Sekarang ini babies si Koko tu dah 44 days old umur depa. Mulut dah bising... suara dari sliding door depan dah boleh dengar. Bila kasi duduk dalam cage mulalah buat muka kasihan. Cengitulah telatah si comel sekarang.

Ibuk!!! tolong we all tak mau duduk dalam ini. Banyak uol punya tak mau, pi tidurlah dah pukul satu pagi nih!

Ibuk!!!.. we all pun nak layanzz.... Running Man la... 

Sehingga sekarang keempat-empat ekor tu takde nama lagiks! Along, Aryssa dan adik asyik selisih pendapat aje nak bagi nama. Bila Mrs. A kata nak letak nama kemelayuan tu tak nak pulak. Nanti bila kids dah balik dari kampunglah kot baru cerita balik nak letak nama apa ngeh! ngeh! ngeh!


Ait!! mana pulak sekor lagi anak aku nih! kang yang lain dah sudah menyusu, mula la dia sibuk.
Aku nak berehat pun tak senang

Eiiii... geramnyalah aku tengok ko nih! kecik. Kalau ibu ko tak tengok memang aku dah sekeh-sekeh ko nih!

Okay! itu saja nak up-date pasal telatah si comel-comel yang dah berumur 44 days itu.

Last Weekend

Last Weekend

Di musim cuti sekolah ini sana sini situ ada wedding invitation. Makna kata tidak hairanlah dalam sehari tu kekadang sampai tiga wedding sekali. Kekdahnya kalau rajin boleh pergi semua kalau malas sikit pilihlah nak pergi yang mana tapi janganlah langsung tak pergi tak eloklah macam tu kansss... Lainlah kalau ada hal lain yang lebih penting. 

Ha! ini cerita wedding invitation yang Mrs. A pergi. Okay! kasi gambar pengantin lama dulu ngeh!ngeh! ngeh!

Kak ngah tolong amik gambar makngah dengan babah tu

Inilah Kak ngah the niece, jangan salah Kak ngah lagi ya!! Gadis ayu memakai shawl yang dia nak niago tu

Wedding ini side Mr. A punya. Pengantin lelaki itu anak saudara sepupu Mr. A kiranya we both mak/ pak saudara sepupu pengantin apak-apak sangat uols! Tapi wedding ini selesa timing orang yang datang dan pergi smooth and steady takdelah berdedai sebagaimana wedding beberapa minggu yang lalu.

Oleh kerana kedua-dua pengantin tu bekerja di pejabat SUKNS kekdahnya ramai betul tetamu depa tuh! orang-orang seangkatan dah tu pulak ramai pulok! VIP yang datang amboi! kemain kembang-kempis lagik jurucakap a.k.a DJ a.k.a juruheboh majlis tu membuat pengumuman. Hurrmmm perlu kerrrr??? Itulah bisik-bisik gossip dikalangan penggossip instant ngeh! ngeh! ngeh!


Girls gossip

Gang gossip hiks!

Tu dia mamarazzi telah berjaya mengambil curi gambar VVIP itu walaupun dari belakang dan tiny aje nak tepek gak

Seorang lagi VVIP yang telah menjadi mangsa mamarazzi

Nieces & parents in-law

Finally our family bergambar bersama pengantin 

Gambar family tu semua ada kecuali Ateh sekeluarga (b.i.l) dan juga siapa ya??? Hurmmm....cer cari siapa yang tiada???

Along, Aryssa dan Adik yang takde mereka berada di side Mrs. A. Mereka dah seminggu lebih duduk kampung ambil peluang sementara tak mengaji, cikgu mengaji kata cuti dua minggu. Amboi! seronok bukan main ya...

Jalan-jalan Zoo Melaka bersama Maksu & Makngah family.

Taman Rama-rama admissionnya lebih mahal dari zoo kata my b.i.l

Sang bedal di Taman Rama-Rama hasil WA Aryssa

Dah lapar ke? Layanzz.. nampak tak sedar diri kena snap

Okay itu jer... cerita last weekend. Walaupun seronok tinggal berdua-duaan tapi sunyi terngiang-ngiang suara dan keletah mereka bertiga. Huhuhuuu....



MYiDEAKiNi.com Random RM200 Bloglist Lelaki dan Wanita

MYiDEAKiNi.com Random RM200 Bloglist Lelaki dan Wanita

Bismillahhirahmannirrahim...


Alhamdulillah berkesempatan juga untuk turut serta dalam segmen MYiDEAKiNi.com. Hari ini 7 Disember 2015 merupakan hari terakhir untuk turut serta dalam segmen Bloglist Lelaki dan Wanita di blog MYiDEAKiNi.com.

Kenapa Mrs. A ingin tersenarai dalam bloglist MYiDEAKiNi.com.??? Mestilah nak menang duit muahhaaaaa... amboi! materialistiknya Mrs. A tu kan? Muntah hijau tuan blog MYiDEAKiNi.com baca nanti. Pasti awal-awal lagi dah kena slash.

Kenyataannya bukan itu sebab utama okeh! Sebab-sebab kenapa Mrs. A hendak tersenarai adalah untuk menambah kenalan dan merapatkan lagi silaturrahim di kalangan sesama blogger.

Tuan blog yang friendly telah menarik minat Mrs. A untuk tersenarai dalam bloglist beliau.

Tuan blog juga sangat rajin up-date blog dalam sehari boleh ada dua tiga entry harap-harap trafik yang masuk berjangkitlah ke blog Mrs. A juga.

Lagi pun sebagai tanda yang Mrs. A nih! suka support rakan blogger yang anjurkan segmen kerana Mrs. A sendiri tak berani nak anjurkan segmen.

Okay! jom klik banner di atas untuk joint dan maklumat lanjut cepat dah takde masa nih! tamat pukul dua belas malam nanti.




Fesyen Jubah Terkini ke Pejabat

Fesyen Jubah Terkini ke Pejabat

Kita semua sedia maklum bahawa semua pejabat tentunya mempunyai 'dress code' yang harus diikuti oleh setiap pekerja. Ada pejabat yang mengharuskan para pekerja memakai pakaian formal dan ada juga pejabat yang membolehkan para pekerja memakai pakaian smart casual. Bagi kaum wanita Muslimah khususnya, pakaian seperti baju kurung, dress labuh dan blouse merupakan beberapa jenis pakaian yang sering menjadi pilihan untuk hadir ke pejabat. 

Cuba bayangkan kalau pejabat kita cantik dan menawan seperti gambar di bawah. Ha..! semestinyalah fesyen kita ke pejabat pun harus seiringkan! kan..kan..?? Betul tak?

Mrs. A

Mrs. A pun selalu aje dilema di pagi hari, apalah aku nak pakai hari ini? Nak pakai yang ini ke nak pakai yang itu? Haish!! pening dibuatnya. Tapi sekarang ini dilema itu berjaya juga dikurangkan dengan menambah koleksi jubah moden untuk dipakai ke pejabat. Jika dahulu jubah hanya digayakan apabila ingin menghadiri majlis-majlis keagamaan, namun kini ia juga sesuai untuk dijadikan sebagai pakaian ke pejabat.

Kenapa!! tak percaya? Cuba tengok ni...

mrsablogstori.blogspot.com

Jubah yang simple dengan rekaan yang modern. Contohnya seperti koleksi jubah berwarna kelabu di atas yang mempunyai rekaan batwing sleeve. Sungguh anggun dan menawan. Hurm... memang tinggi confident level bila jumpa customer dengan gaya jubah begini.

Mrs.A my blog my stori

Yang kedua, gayakan koleksi jubah yang direka dengan perincian lace seperti berikut. Koleksi jubah ini dikenali sebagai jubah lace modern. Ia juga mempunyai potongan yang menyerupai potongan dress Muslimah.

fesyen-jubah

Untuk fesyen jubah yang ketiga, anda juga boleh memadankan koleksi jubah moden tersebut dengan pemakaian outerwear seperti cardigan. Ia memberikan anda penampilan yang lebih ‘corporate’ dan ‘smart’.

Dan yang terakhir, tampil bergaya dengan fesyen jubah yang unik dan salah satunya adalah wrap jubah seperti berikut!

my blog my stori

Ha! sekarang ini dengan fesyen jubah moden dan minimalis seperti contoh-contoh di atas semestinya mampu mengurangkan dilema fesyen apa yang kita hendak pakai ke pejabat. Betul tak?? Actually Mrs. A pun bukanlah kaki jubah tapi dengan evolusi jubah moden sekarang pemakaian jubah sememangnya satu trend. 

Lagipun bila tengok kawan-kawan ofis Mrs. A yang sememangnya memakai jubah ke pejabat, jealous dibuatnya. Mujurlah fesyen jubah terkini seperti jubah-jubah di atas boleh di dapati di ZALORA Malaysia apa lagi cepat ajelah membelinya.


Wordless Wednesday #60

Wordless Wednesday #60


Google image


Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah tu umum sedia maklum itu adalah ucapan syukur kita yang beragama islam setelah memperoleh sesuatu kebaikkan atau apa sahaja yang kita inginkan diperolehi dengan izinNYA. Tapi "Alhamdulillah" ini lain sikit. Okay itu cerita kemudian. Iklan dulu ngeh! ngeh! ngeh!

Lunch break tengahari tadi tanpa disangka-sangka Mrs. A dan seorang lagi gang lunch telah berjaya membeli barangan RM1 ringgit di Seven Eleven yang we all selalu melaluinya jika ingin ke AEON S2. Perasaan excited terlebih sangat bukannya apa ini adalah percubaan kali keempat dan alhamdulillah berjaya membeli. 

Sebelum ini sepanjang kempen barangan RM1 itu berlangsung seingat Mrs. A sudah tiga kali membuat percubaan untuk membeli, unfortunately bila tanya kat staff 7E tu semedang jawabnya dah habis. Kalau ada pun ubat nyamuk Fumakilla asap tu aje. Ubat nyamuk tu we all tak nak itu tak sesuai untuk kediaman taman kalau duduk kampung bolehlah kot.

Tayang sikit ;-)
RM1

Lagi satu yang Mrs. A excited pagi tadi bila on blog tengok di ruangan komen. Ada komen dari Mama Cake Tahniah! Mrs. A... awak terpilih sebagai pemenang bertuah 1st giveaway mb...;-) whatsapp saya ya... Alhamdulillah syukur tak sangka menang walaupun tempat kelima hiks!

Okaylah back to line Alhamdulillah yang Mrs. A nak cerita ini actually nama orang. Hah! kenapa tak percaya??? Actually Mrs. A pun tak percaya? Tapi ini kisah benar this morning ada staff baru, kekdahnya staff HR pun kenalkanlah dia kepada setiap orang di setiap corner office sesampai aje di tempat Mrs. A dia pun diperkenalkan kemudian dia bersalaman dengan officemate sebelah Mrs. A.

Mrs. A cuma senyum aje kemudian tanyalah pada staff HR tu kak nama dia siapa terus akak tu cakap Alhamdulillah pastu Mrs. A kata lagi akak ni cakaplah betul-betul saya tanya nih! iyo dik namo ea Alhamdulillah panggil Alham. Oh! okay sorry ya.. Blushing iols memang itu nama dia ler... first time berjumpa dengan orang yang namanya Alhamdulillah. Pelik tapi benar.

Itulah tak tahu nak komen apa, kenapa agaknya ya parents dia letak nama itu. Bukanlah nama itu tak baik cuma kesian menjadi bahan. Walaupun tiada niat untuk membahan tapi pada pandangan Mrs. A macam tak sesuai pula. Wallahualam.

Zaman sekolah dulu ada kakak ini nama dia Suhaimi tapi dia malu dengan nama tu katanya nama lelaki. Patutlah bila orang tanya nama dia susah sangat nak bagi tahu. Biasa dia akan cakap panggil Along aje. Banyak kali Mrs. A cakap dengan dia nama Suhaimi tu unisek lelaki pompuan boleh. Tapi dia tetap malu jugak.

Ada sorang lagi kawan Mrs. A ni nama dia Norzaimi. Pernah sekali time tu gi traning instructor bacakan list nama semua perempuan tapi tak bacakan nama dia. Peliklah we all dia pulak panik nama dia takde kemudian dia tanya Cikgu kenapa nama saya tak sebut. Eh! nama awak apa? Norzaimi katanya cari punya cari ada. Cuma instuctor ingat itu nama lelaki ngeh!ngeh!ngeh! Tapi mujurlah dia ni jenis brutal takde kisah sangat kecik punya hal pada dia.

Moral of the story parents perlu bijak memilih nama yang baik-baik untuk anak-anak.


MRS.A my blog my stori ©