Alhamdulillah

December 01, 2015

Alhamdulillah tu umum sedia maklum itu adalah ucapan syukur kita yang beragama islam setelah memperoleh sesuatu kebaikkan atau apa sahaja yang kita inginkan diperolehi dengan izinNYA. Tapi "Alhamdulillah" ini lain sikit. Okay itu cerita kemudian. Iklan dulu ngeh! ngeh! ngeh!

Lunch break tengahari tadi tanpa disangka-sangka Mrs. A dan seorang lagi gang lunch telah berjaya membeli barangan RM1 ringgit di Seven Eleven yang we all selalu melaluinya jika ingin ke AEON S2. Perasaan excited terlebih sangat bukannya apa ini adalah percubaan kali keempat dan alhamdulillah berjaya membeli. 

Sebelum ini sepanjang kempen barangan RM1 itu berlangsung seingat Mrs. A sudah tiga kali membuat percubaan untuk membeli, unfortunately bila tanya kat staff 7E tu semedang jawabnya dah habis. Kalau ada pun ubat nyamuk Fumakilla asap tu aje. Ubat nyamuk tu we all tak nak itu tak sesuai untuk kediaman taman kalau duduk kampung bolehlah kot.

Tayang sikit ;-)
RM1

Lagi satu yang Mrs. A excited pagi tadi bila on blog tengok di ruangan komen. Ada komen dari Mama Cake Tahniah! Mrs. A... awak terpilih sebagai pemenang bertuah 1st giveaway mb...;-) whatsapp saya ya... Alhamdulillah syukur tak sangka menang walaupun tempat kelima hiks!

Okaylah back to line Alhamdulillah yang Mrs. A nak cerita ini actually nama orang. Hah! kenapa tak percaya??? Actually Mrs. A pun tak percaya? Tapi ini kisah benar this morning ada staff baru, kekdahnya staff HR pun kenalkanlah dia kepada setiap orang di setiap corner office sesampai aje di tempat Mrs. A dia pun diperkenalkan kemudian dia bersalaman dengan officemate sebelah Mrs. A.

Mrs. A cuma senyum aje kemudian tanyalah pada staff HR tu kak nama dia siapa terus akak tu cakap Alhamdulillah pastu Mrs. A kata lagi akak ni cakaplah betul-betul saya tanya nih! iyo dik namo ea Alhamdulillah panggil Alham. Oh! okay sorry ya.. Blushing iols memang itu nama dia ler... first time berjumpa dengan orang yang namanya Alhamdulillah. Pelik tapi benar.

Itulah tak tahu nak komen apa, kenapa agaknya ya parents dia letak nama itu. Bukanlah nama itu tak baik cuma kesian menjadi bahan. Walaupun tiada niat untuk membahan tapi pada pandangan Mrs. A macam tak sesuai pula. Wallahualam.

Zaman sekolah dulu ada kakak ini nama dia Suhaimi tapi dia malu dengan nama tu katanya nama lelaki. Patutlah bila orang tanya nama dia susah sangat nak bagi tahu. Biasa dia akan cakap panggil Along aje. Banyak kali Mrs. A cakap dengan dia nama Suhaimi tu unisek lelaki pompuan boleh. Tapi dia tetap malu jugak.

Ada sorang lagi kawan Mrs. A ni nama dia Norzaimi. Pernah sekali time tu gi traning instructor bacakan list nama semua perempuan tapi tak bacakan nama dia. Peliklah we all dia pulak panik nama dia takde kemudian dia tanya Cikgu kenapa nama saya tak sebut. Eh! nama awak apa? Norzaimi katanya cari punya cari ada. Cuma instuctor ingat itu nama lelaki ngeh!ngeh!ngeh! Tapi mujurlah dia ni jenis brutal takde kisah sangat kecik punya hal pada dia.

Moral of the story parents perlu bijak memilih nama yang baik-baik untuk anak-anak.


You Might Also Like

8 comments

  1. nowadays nama anak2 cantik2 belaka kan..

    ReplyDelete
  2. nama anak2 sekarang ni kalau tak dua tiga perkataan tak sah kan Mrs A, kak ana pun sama bila pii 7/11 je stok dah habis, lambat sokmo hihi :)

    ReplyDelete
  3. Betul...itu tanggungjawab ibu bapa beri nama yang baik maksudnya pada anak anak..

    ReplyDelete
  4. Tahniah Mrs. A.. menang ada ong..
    Alhamdulillah.. ;-)

    ReplyDelete
  5. Tahniah Mrs. A.. menang.

    Nak cari susu jugak yang RM1 tu.. hari ni last.
    ntah ada lagi ntah la

    ReplyDelete
  6. tak sempat nak beli apa2 kat 7e. rmai sgt yg beratur

    ReplyDelete
  7. wahhh sempat rembat ye...

    btw tahniah

    ReplyDelete
  8. aida x berkesempatan shopping brg singgit kat 7e tu.
    7e byk aje yg dekat dgn opis ni.
    malas nak kuar :) hi hi hi...
    best la dpt susu tu. anak2 aida suka sgt susu tu.

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me