Solat Hajat Sempena UPSR & UPKK 2016 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Solat Hajat Sempena UPSR & UPKK 2016

2 September 2016

Solat Hajat Sempena UPSR & UPKK 2016

As Salam and greetings to dear readers.

Alhamdulillah malam tadi Mrs. A dan family berkesempatan hadir ke solat hajat sempena UPSR dan UPKK 2016 anjuran pihak sekolah Aryssa.

Walaupun cuaca hujan namun kehadiran ibubapa dan anak-anak murid tetap diluar jangkaan. Itulah yang Mrs. A dengar dari ucapan guru besar sekolah, kami jangkakan kehadiran kurang dari 500 katanya tapi alhamdulillah sambutan begitu hebat. Berdasarkan pendaftaran kehadiran pihak sekolah mendapati jumlah yang hadir melebihi 500 katanya. Syabas dan terima kasih kami ucapkan kepada murid-murid dan juga para ibubapa.

Tempat lelaki solat di dalam surau manakala perempuan pula di dalam khemah.
Mrs. A nak shared sikitlah kaifiat solat sunat hajat ambil dari aturcara program solat hajat sempena UPSR & UPKK 2016 tersebut. Program ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam.

Pengertian:-

Solat sunat yang dikerjakan untuk memohon sesuatu hajat terhadap Allah mengenai semua hal samada untuk dirinya atau orang lain.

Boleh dikerjakan sehingga 12 rakaat dengan salam setiap selepas 2 rakaat.

Waktu solat hajat yang paling baik ialah di tengah malam.

Lafaz niatnya:

Image result for lafaz niat solat hajat

"Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala"

Rakaat Pertama: Baca surah Al Fatihah sekali dan surah Al Kafirun.

Rakaat Kedua: Baca surah Al Fatihah sekali dan surah Al Ikhlas.

Kemudian membaca doa solat sunat hajat.

Oleh kerana tak jumpa doa macam ini kat google.
 Mrs. A snap jer.. dari brochure yang sekolah sediakan.
Semoga hajat dan hasrat Mrs. A sekeluarga dan juga para ibubapa yang lain dimakbulkan hendakNYA. Semoga anak-anak mendapat keputusan UPSR & UPKK yang cemerlang dan gemilang In Sha Allah.

Namun walau apa pun keputusan Aryssa Mrs. A terima seadanya. kerana Mrs. A percaya ada di antara anak-anak itu, adalah seorang artis; yang tidak perlu memahami matematik.

Ada juga berjiwa usahawan, yang tidak peduli tentang Sejarah atau Kesusasteraan Inggeris.

Ada juga berkemungkinan ahli muzik, yang mana markah subjek kimia, tidaklah berharga.

Ada ahli sukan, iaitu mereka yang kemantapan fizikalnya jauh lebih penting berbanding subjek fizik.

Jika anak-anak mendapat markah tertinggi, baguslah. Namun jika tidak, tolonglah jangan rampas keyakinan dan maruah mereka. [ingatan untuk diri sendiri]


Kredit: Warkah guru besar untuk ibubapa.

16 ulasan:

  1. Good luck pd yg nk amik UPSR... All the best...

    BalasPadam
  2. All the best for all candidates. Takpe UPSR hanya permulaan. Goodluck dear aryssa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. upsr hanya permulaan.. kalau excel di sini, inyaAllah boleh dapat peluang belajar di tempat hebat dan peluang lebih tinggi utk terus suksess.. tapi x bermakna pelajar sekolah biasa x boleh berjaya.. yg penting usaha pada diri..

      Padam
  3. MOGA ANAK2 PEROLEH KEPUTUSAN CEMERLANG DLM UPSR KELAK BERKAT USHA ANAK2 MURID GURU2 IBUBAPA.

    BalasPadam
  4. Good luck untuk semua anak2.. moga dapat lakukan yang terbaik dengan tenang.

    BalasPadam
  5. Wkmsalam
    Semoga Aryssa memperoleh 6A dlam UPSR.
    Usaha, doa & Tawakkal.

    BalasPadam
  6. All the best.. rindu zaman sekolah ;)

    BalasPadam
  7. good luck utk anak anak UPSR lusa..

    BalasPadam
  8. nice share.. ada terbaca warkah pengetua tu kat parents murid2 sekolah dia kat singapore.. bagus betul pengetua tu..

    BalasPadam
  9. Insyallah. Semoga anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang. Yang penting mereka berusaha ke arah itu :)

    BalasPadam
  10. InsyaAllah.Good luck all!!msing2 ad kelebihnnya yng tersendiri.

    BalasPadam
  11. Doakan saya cemerlang dalam upkk

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©