2023 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: 2023
Tugasan Usher Dan Sekretariat Di Lexis Hibiscus Port Dickson

Tugasan Usher Dan Sekretariat Di Lexis Hibiscus Port Dickson

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Tugasan Usher Dan Sekretariat Di Lexis Hibiscus Port Dickson. Lagi kisah campak belakang pada 12122023 Mrs. A ditugaskan menjadi usher la pulak untuk Majlis Menandatangani Perjanjian Bekalan Air Pukal di antara SAINS dan PAIP. Kemudian selepas selesai majlis tersebut terus diadakan pulak Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Syarikat (MALP) yang sekretariatnya adalah seorang Mrs. A. Februari yang lalu Mrs. A ke [SINI] untuk penutup tahun 2023 ini ke Port Dickson pula 😎

Untuk tugasan usher itu bukan Mrs. A seorang aje lagipun Mrs. A bukanlah usher sepenuhnya yang kena bertugas dari awal hingga habis event. Mrs. A sekadar membantu serba sedikit sahaja. Kekdahnya Mrs. A tak perlu pun pergi awal seperti usher yang lain-lain. 

Tugasan Usher Dan Sekretariat Di Lexis Hibiscus Port Dickson.

Lexis Hibiscus Port Dickson.
Punyalah busy time itu, ini aje satu gambar beramai yang helok jelas dan lawa eh! 😝

Oleh kerana event akan bermula pada pukul 2.30 petang dan Mrs. A pulak naik kenderaan syarikat serta pergi bersama seorang Ketua Jabatan yang hanya akan terlibat pada sebelah petang so we both gerak trip kedua iaitu lebih kurang pukul 11.45 pagi. Sebelum itu kena pula pergi collect goodies yang mereka pagi tadi tu tak sempat collect sebab kedai belum buka lagi ngeh! ngeh! ngeh!

Lexis Hibiscus Port Dickson.
Goodies untuk VIP PAIP

Mrs. A sampai di Lexis Hibiscus pukul 12 lebih hampir ke pukul 1.00, kebanyakkan persediaan untuk event dah ready. Mrs. A cuma di maklumkan kedudukan tetamu sahaja nanti mudahlah nak arahkan mereka ke meja mana satu. Lebih kurang setengah jam Mrs. A membiasakan diri kat dalam Ball Room Person In Charge (PIC) pun dah suruh we all pergi lunch. Roselle nama tempat untuk lunch tu. Haish! rezeki jangan ditolak haruslah we all segera ke situ dan menikmati buffet lunch yang mewah gittewww.... Alhamdulillah syukur. Tapi ntah! kenapa tak snap photo masa lunch di Roselle ni pun tak tahu huhuuuhuuu... Selesai lunch naik semula ke Ball Room siap sedia untuk bertugas 😎

Tugasan Usher Dan Sekretariat Di Lexis Hibiscus Port Dickson.

Lexis Hibiscus Port Dickson.
Dari tepi pun bolehlah hahaa..

Lexis Hibiscus Port Dickson.
Setahun yang lalu dia SAINS sekarang dia dah jadi warga PAIP

Di Lexis Hibiscus Port Dickson
Berbaju batik adalah PAIP baju korporat putih SAINS

Event berjalan dengan cepat dan ringkas sahaja. Setelah semua tetamu sampai majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan CEO dari PAIP kemudian ucapan CEO SAINS terus sahaja menjamu selera. Selesai menjamu selera diadakan press conference sesi soal jawab bersama pihak media. Setelah selesai PC acara bertukar-tukar hadiah pulak kemudian event pun bersurai itu settle untuk mereka yang tidak terlibat dengan MALP. As for Mrs. A pula itulah permulaan tugas sebenar huhuhuuu... 

MALP mula pukul 5.00 petang di Hibiscus Boardroom. Sama level dengan Ball Room tu cumanya ke sebelah hadapan lagi dari Ball Room. Jika ikut agenda mesyuarat sebenar takdelah banyak mana. Tapi tulah hal-hal lainnya yang banyak 😌😌😌 kekdahnya masa mesyuarat drag sampai ke malam. Bila waktu Asar dah hujung tanduk mereka berhenti untuk solat kemudian terus aje solat maghrib sekali. Mujurlah Mrs. A cuti solat so ketika mereka naik ke bilik bersolat jemaah Mrs. A pun menjamu selera ngeh! ngeh! ngeh!

Di Lexis Hibiscus Port Dickson
Refreshmentnya western bolehlah cuma dah sejuk nasib ko lah Mrs. A oiii!

Kemudian lebih kurang pukul 7.30 malam mesyuarat bersambung semula adjourned lebih kurang pukul 8.20 malam. Alhamdulillah tamat MALP tamatlah tugas Mrs. A pada malam itu. Tetapi ada yang masih belum tamat lagi sambung pula dengan Mesyuarat Lembaga Tender hah! past baton kepada sekretariat Lembaga Tender pula bertabahlah. As for Ahli Lembaga Tender sama 3 orang VIP tu cuma LA dah boleh angkat kaki. Ku fikirkan dah boleh balik tetapi CEO suruh we all pergi dinner pulak di Roselle. Aduh! Ketua Jabatan semua setuju haruslah Mrs. A follow sebabnya Mrs. A kan naik kereta syarikat gittewww...

Di Lexis Hibiscus Port Dickson
Mrs. A order angus sirloin steak dah malam kena order secara ala-carte

Sementara tunggu kereta sempatlah snap IπŸ’“Hibiscus

Dapat goodies comel jugak

Pung pang pung pang 11.21 malam barulah sampai office memanglah ingat dengan tepat sebab gigih Mrs. A thumb print uols!

Esoknya tu sampai kat cubicle, officemate bagitahu kak muka akak ada dalam FB Dato Seri la. Ha! yeke! terus Mrs. A tengok FB Dato Seri dan save gambar tu πŸ‘‡ muahahhaa...

Di Lexis Hibiscus Port Dickson
Say cheese katanya masa ni YB LA belum sampai lagi

Di Lexis Hibiscus Port Dickson
Punyalah fokus tak sedar masa bila photographer ni snap

The End.



Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Cucunda

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Cucunda

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Cucunda. Kisah campak belakang pada 26112023 menyantuni majlis aqiqah & cukur jambul cucunda pertama sebelah Mr. A. [SINI] Program cukur jambul tu adalah pukul 11.00 pagi tapi biasalah we all sampai lambat sikit lebih kurang pukul 12.00 tengahari gittewww...

Majlis diadakan di rumah keluarga mertua KNgah (niece) di Taman Pinang Gading. Sewaktu we all sampai tu acara kemuncak memotong sejemput rambut cucunda tu telah pun selesai muahahahaa... So we all terus ajelah menjamu selera. 

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Cucunda.

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Cucunda.
Adira bersama apak-apak sedara beliau. Dah terlelap dia masa ni 😊

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Cucunda.
Adira&mama bersama Toknyang Is dan Toknyang Sheikh

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Cucunda.
Favorite Tokbah ni 😍

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Cucunda.
Haruslah ada Nekbu di situ 😝

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Cucunda.
Gambar beramai cuma tiada Aryssa dah balik Penang dan Keyna dah balik UMK

Semoga Adira S menjadi anak solehah apabila dewasa nanti. Alhamdulillah majlis meriah dan berjalan lancar.


Seekor Kucing Putih Comot Tiba-Tiba Muncul

Seekor Kucing Putih Comot Tiba-Tiba Muncul

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Seekor Kucing Putih Comot Tiba-Tiba Muncul. Sewaktu Mrs. A sampai ke rumah selepas kerja pada petang Jumaat 24112023 ternampak ada makhluk berbulu di atas rak kasut. Mrs. A pelik dan hairan sebabnya tak pernah nampak dia ekor sebelum ni, kesian je tengok dia comot dan lemah. Sambil bercakap dengan dia ekor tu eh! kau sape ha! camne leh tersesat kat sini. Pergi balik mesti bibik ko risau.

Mrs. A pun terus aje masuk dalam rumah. Dalam hati berkata nanti dia pergilah tu balik rumah tuan dia.

Seekor Kucing Siam
Pendatang Asing Tanpa Izin = PATI

Sambil-sambil tu tanya juga pada Mr.A, Along dan Adik kucing sape kat luar tu? Tahu ke sape punya? Hurm... masing-masing pun tak menjawab buat acuh tak acuh jer... huhuuuhu... sabar yolah. Kemudian  Mrs. A pun meneruskan rutin kehidupan, malam tu lebih kurang pukul 9.00 Mrs. A keluar tengok dia ekor masih ada eh! tak boleh jadi ni terus snap gambar dan war-warkan dalam group taman sesiapa yang ada kehilangan kucing boleh datang ambil di rumah No xxx. Unfortunately sampailah ke pagi esoknya tu tiada seorang pun penghuni taman yang claim itu adalah kucing depa sobs! sobs! 😒😒😒

Esoknya tu Mrs. A pun bagi dia makan dan minum. Mrs. A pun namakan dia Pati shortform dari pendatang asing tanpa izin.πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Actually Mrs. A pun tak tahu ni jenis kucing siam ke apa tapi adalah sikit gaya kucing siam tu walaupun hidung dia tak hangus tapi telinga dia adalah sikit-sikit hangus. Kemudian Mrs. A pun bersihkan hidung dan telinga dia. Kakitangan dia pun Mrs. A bersihkan. Cakap dengan Mr. A kalau dia  masih ada lagi dalam 2 tiga hari ni, nanti nak bawa dia pergi vet. 

Seminggu berlalu Pati masih ada lagi di rumah Mrs. A dah bermastatutin dah dia makan, minum semua cukup hahahhaaa... bagus si Pati ni pandai berak dan kencing dalam litter box tak payah ajar gayanya dia macam dah biasa je berak kencing dalam litter box. Firasat Mrs. A rasa Pati ni telah diabaikan ataupun dibuang oleh tuannya. Kalau betullah cis! dasar manusia durjana eh! ntahlah tak tahulah kalau salah kang berdosa pulak bersangka buruk. Walaubagaimanapun pada 30112023 dikurniakan rezeki masa dan kemampuan Mrs. A pun membawa Pati ke klinik Haiwan Ampangan. Sebenarnya pada 29 dan 30 haribulan tu Mrs. A tak sihat demam batuk selsema dapat MC 2 hari. Hari kedua MC tu macam dah okay sikit tu yang bawa Pati jumpa vet.

Seekor Kucing Putih Comot Tiba-Tiba Muncul.

Seekor Kucing Putih Comot
Manalah aku nak dibawa pergi ni ? Bising mulut dia waktu ni

Seekor Kucing Putih Comot
Dah sampai Klinik Haiwan Ampangan yang sebelah Dapur Bunda tu

Sampai di klinik kena tunggu sekejap sebabnya ada kucing lain sedang mendapatkan rawatan. Masa register tu kelakar bila adik kaunter tanya nama kucing, Mrs. A jawab takde panggil Pati je sebab dia kucing datang tanpa izin hehehhee tergelak adik kaunter tu. Tunggu dalam 15 minit dah sampai turn Pati masuk jumpa vet. Mrs. A pun bagitahulah vet "Pati ni tiba-tiba je datang tak tahulah kena buang kot, pastu dia selsema dan nafas berbau". Vet pun check dalam mulut dan lidah Pati "Oh! patutlah lidah dia sakit dan mulut ada ulser macam baharu nak menjadi" kata vet.

Bila Mrs. A tanya berapa anggaran umur Pati ni vet kata kucing dewasa ni umur dalam setahun ke dua tahun, Minta vet checkkan juga dah mandul ke belum? Vet kata kalau nak tahu itu kena cukur perut dia. Sambil tu tekan-tekan bawah perut Pati katanya skarang ni takde pregnant. Buat masa ini tak boleh nak cukur dulu biar dia sihat. Kalau nak mandulkan pun tunggu dia dah sihat baru boleh. Vet bagi ubat cacing, ubat kutu dan suntik antibiotik pada Pati menjerit dia marah hahahhaaa... Di samping itu ada juga bekalan ubat-ubatan yang kena dihabiskan dalam masa 14 hari.

seekor kucing putih comot
Empat jenis ubat untuk Pati sehari sekali makan

Seekor Kucing Putih Comot
Muka kasihan sangat dengan hidung berair
Waktu ni baru sahaja sampai rumah selepas pulang dari klinik

Mrs. A letakkan Pati di luar rumah area porch sahaja tak bagi dia indoor pun. Sebabnya kucing-kucing Mrs. A tu indoor depa macam tak suka dan belum serasi lagi. Adalah sekali pagi Sabtu 2 Disember tu Mrs. A keluar nak bagi Pati makan tengok-tengok Pati  takde. Aduhh! mula dah fikir bukan-bukan nyesal pun ada apsal tak kurung dia dalam sangkar tu. Panggil-panggil tak datang jugak sedih teringat yang dia baharu je 2 kali makan ubat. Tidak berapa lama tu Mrs. A tengok jiran depan Mrs. A ni halau-halau macam kucing pastu Mrs. A kuatkan suara panggil si Pati lagi alhamdulillah memang dia. Bila dia nampak Mrs. A berlari dia datang balik ke arah rumah Mrs. A. Ya Allah syukur Allah bagi semula almaklumlah dah jatuh kasih pulak dengan si Pati ni.

Sehingga entry ini ditulis dah 6 hari Pati makan ubat 8 days to go kemudian nak pergi follow up jumpa vet. Setakat 12 hari ini Pati sangat berselera dan kuat makan. Setiap hari Mrs. A bagi dia wetput sekali pagi dan juga petang sebabnya vet advice bagi makanan lembut memandangkan lidah dia sakit. Kibbles sentiasa ada je itupun dia selalu habiskan kibbles tu bila letak tak lama tu tengok dah habis itu yang Mrs.A kata dia kuat makan. Tapi itulah selsema dia masih ada lagi cuma dah kurang sikit. Mohon readers dan rakan blogger doakan kesembuhan Pati ya. Mrs. A selalu jugak pesan pada dia main kat area porch aje jangan pergi rumah jiran ngeh! ngeh! ngeh! Doa yang baik-baik InsyaAllah akan hadir yang baik-baik sahaja. Okay setakat itu sahaja kisah Pati untuk kali ini. Kalau ada perkembangan lain later Mrs. A cerita.






Barakallah Fii Umrik Along

Barakallah Fii Umrik Along

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Barakallah Fii Umrik Along. Kisah campak belakang sehari selepas tarikh lahir Along. Tahun lepas [SINI] Mr. A takde angin takde ribut tiba-tiba bawa pulang kek birthday Along dan pizza. Sehari sebelum tu iaitu pada 0611 Mr. A suruh Mrs A yang belikan kek, masa itu dia ada di KL katanya belikan dulu dia tak sempat nak beli. 

Waktu tu Mrs. A menolak sebab busy. Lagipun Along kerja, balik pun dia dah penat. S.i.l juga ada planning nak sambut birthday November babies di Jiboi so Mrs. A pun takdelah berat sangat nak sambut sesama we all sahaja. Dah babahnya nak sambut jugak we all layankan aje...😍

Barakallah Fii Umrik Along.
Barakallah Fii Umrik
Dah! bujang πŸ‘Œ

Barakallah Fii Umrik
Disebabkan malam tu ada training netball teruslah Mrs. A berpakaian sport

Alhamdulillah tercapai hajat babah dia 😊😊😊 barakallah fii umrik Along. Ibu dan babah sentiasa mendoakan Along berjaya di dunia mahupun di akhirat. Dengan bertambah usia semoga bertambah matang dan rajin menambah amal ibadat.


Kejohanan Bola Jaring Piala Datuk Bandar MBS

Kejohanan Bola Jaring Piala Datuk Bandar MBS

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Kejohanan Bola Jaring Piala Datuk Bandar MBS. Kisah Sabtu lepas 19112023 Mrs. A terjebak bermain bola jaring untuk kejohanan bola jaring piala Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban short formnya MBS. Pada mulanya Mrs.A suka-suka aje ajak team SAINS join. Entah macam mana ramai pulak berminat. 

Itu yang timbul cadangan nak minta Kelab Sosial dan Rekreasi (KSR) SAINS sponsor team netball dan guna nama syarikat. Gigihlah Mrs.A dan beberapa orang dari team netball buat proposal untuk mendapatkan bajet menyertai kejohanan tersebut. Malangnya pihak KSR SAINS yang telah bermesyuarat memutuskan proposal itu perlu di bawa ke Mesyuarat Pengurusan Kanan Syarikat pula ini kerana jika mengikut perlembagaan KSR SAINS mereka perlu mendapat kelulusan semua ahli dan menurut mereka ada ahli yang tidak bersetuju. Kekdahnya KSR SAINS akan memohon bajet di peringkat syarikat bukan kelab. Okay sebelum sambung cerita up-gambar Mrs.A pergi training dulu😝

Kejohanan Bola Jaring Piala Datuk Bandar MBS.

Kejohanan Bola Jaring
Walaupun banyak team turun training/ FM, SAINS hanya kami bertiga sahaja πŸ˜‡

Sementara menunggu mendapatkan bajet dari syarikat yang tak pasti lagi tu. Tambahan pula bukan semua netballer menunjukkan kesungguhan yang tinggi. Dapat juga info suruh segera register sebabnya sambutan hangat dah nak hampir cukup 20 team, ding-dong-ding-dong ada yang tak sependapat, haish! macam-macam drama hahahhaa... kekdahnya Mrs.A dan 4 orang lagi SAINS join team luar guna bajet sendiri. Biarlah yang tinggal tu join kemudian atas nama SAINS. Cenggitulah hasrat kami berlima. 

Sewaktu kami berlima dah join team luar tu team SAINS yang tinggal tu tak tahu kisah lagi. Setelah keputusan mesyuarat diumumkan, syarikat hanya akan sponsor yuran penyertaan sahaja lain-lain bajet seperti sewa court sewaktu training dan makan-minum sewaktu hari kejadian sendiri tanggung daaa...So masa tu adalah sorang team netball ni calling-calling Mrs. A terus Mrs. A ambl kesempatan bagitahu dia Mrs. A dan 4 orang lagi dah join team luar. Uols yang tinggal tu set-uplah untuk join atas nama SAINS sambil minta dia maklumkan dalam group WhatsApp netball tapi dia tak maklumkan. Mrs. A pun masa tu busy dah terlupa. Hah! drama bermula selepas seseorang mengamuk kat group muahahhaa kenapa takde yang pm tepi dia.Terjadilah perang dingin seketika. Mrs. A tak salahkan dia pun tak tahulah orang yang sampaikan pada dia tu cakap apa sebabnya yang lagi dua orang bila Mrs A bagitahu okay je depa. 

Eh! panjang lebar pulak iklannya. Okay sambung semula cerita kejohanan bola jaring Piala Datuk Bandar MBS. Sebelum hari kejohanan tu sempat 2 kali aje we all training bersama itupun tak cukup korum ialah faham masing-masing busy with life 😜.

Kejohanan Bola Jaring
Kami Felix

Kejohanan Bola Jaring
Training sambil FM

Kejohanan Bola Jaring Piala Datuk Bandar MBS.

Kejohanan Bola Jaring Piala Datuk Bandar MBS diadakan di Paroi Center Court. Waktu pendaftaran bermula dari pukul 8 pagi sehingga 8.45 pagi. Untuk turut serta di dalam kejohanan ini semestinyalah ada syarat-syarat dan terma yang mesti dipatuhi. Di antara syarat utamanya adalah KP mestilah 05 iaitu lahir di Negeri Sembilan syarat ini terpakai untuk mereka yang mendaftar atas nama kumpulan/ kelab sendiri. 

Jika mendaftar atas nama syarikat mestilah syarikat di Negeri Sembilan dan kad pekerja adalah syarat yang mesti ditunjukkan. Seandainya team SAINS yang join mereka yang lahir di Selangor dan Melaka masih lagi menepati syarat kerana bekerja di Negeri Sembilan gittewwww...

Kejohanan Bola Jaring
 Banner ni tergantung tinggi sejajar dengan tangga tu yang gambar mendongak tu hahhhaaa...

Kejohanan Bola Jaring
Total ada 8 kumpulan Felix di kumpulan E. Jumlah pasukan bertanding 24 pasukan

Masa permainan adalah 7-1-7 iaitu 7 minit masa bermain dan rest 1 minit. Terdapat 2 court untuk pertandingan dijalankan. Felix dapat court 1. Sewaktu di peringkat kumpulan team Felix menang sekali dan kalah sekali kekdahnya we all naib johan kumpulan dan layak untuk ke pusingan seterusnya iaitu pusingan kalah mati.

Cara untuk ke pusingan seterusnya itu adalah dengan cabut undi haruslah cross sebagaimana lazimnya naib johan akan bertemu johan kumpulan. Punyalah ghisauuu seandainya bertemu X Tiger team yang terpaling kuat tu unfortunately memang itu takdirnya we all jumpa X Tiger uols! hurmm... pasrah yolah lawan tetap lawan walaupun dah boleh agak keputusannya ngeh! ngeh! ngeh!

Kejohanan Bola Jaring
Muka pasrah hahahaa...

Pusingan kedua itu dilangsungkan pada pukul 1.50 petang. Kiranya ada masa satu jam lebih jugalah we all melepak di court sambil isi perut dan chit-chat. Coach team SAINS sewaktu ke SBAM pun ada datang juga siap bawa cookies dan kek brownies yang di buat sendiri. Dah lama tak jumpa masing-masing sembang kencanglah πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Untuk pusingan kalah mati tu team Felix bermain di court 2. 1st half Mrs. A tak main, 2nd half baharulah main kiranya semua pun dapat bermain oklah tu kalah 2-22. Kalah menang adat pertandingan apa yang penting dapat menambah lagi pengalaman dan ukhwah.

Kejohanan Bola Jaring
Kerana netball kami bersama ecewahhh! hahahaa....

Mrs. A tak tunggu sampai habis pun dah pukul 3 petang masa ni. So nak balik cepat nak solat zohor. Ada juga team Felix yang tunggu sampai habis kejohanan katanya johan adalah team X Tiger, naib johan team Kirana, tempat ketiga MBS dan keempat team yang ada beberapa orang ex-Sweeties (dodulu famous) sebabnya tak kenal team tu yang kenal ahli ex-Sweeties tu yang panggil Sweeties pun boleh! kan...

Sambung kisah team netball SAINS yang ada drama tu. Alhamdulillah sekarang ini we all dah berbaik semula. Kiranya yang marah-marah tu dah tak marah lagi so dah senyum dan borak-borak seperti biasa. Peace yo! ✌😍


Selamat Bersara Puan RA

Selamat Bersara Puan RA

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Bersara Puan RA. Jika pada bulan Julai yang lalu Mrs. A ada post kisah persaraan seorang pengurus kanan [SINI]. Pada bulan November 2023 ini seorang lagi officemate yang mesra di sapa Puan RA akan bersara wajib. Puan RA telah berkhidmat dengan Jabatan Bekalan Air NS terlebih dahulu sebelum SAINS ditubuhkan kiranya usia perkhidmatan Puan RA lebih tua dari umur SAINS ngeh! ngeh! ngeh!

Puan RA dan Mrs. A pernah jugalah partially di dalam satu department kira selalu jugaklah terlibat di dalam event yang sama. Lagi pula we both pemain bowling dan netball gittewww... Saja nak share Puan RA ni sejenis yang manja orangnya so sewaktu farewell pada 10.11.2023 tu asyiklah berendam air mata je muahahhaaaa.... 

Selamat Bersara Puan RA.

Selamat Bersara
Haruslah bergambar bersama untuk kenang-kenangan di masa hadapan 😊

Ada banyak juadah untuk breakfast pagi tu tapi tulah disebabkan busy ada kerja so Mrs. A pun tak dapatlah nak melawat kawasan sangat sambil snap-snap food yang begitu meriah pada pagi Jumaat tu huhuuhuu...

Selamat Bersara
Alhamdulillah cuaca pagi tu cerah seolah memahami ada majlis persaraan di rooftop

Selamat Bersara
Beberapa Pengurusan Tertinggi turut memeriahkan majlis

Aturcara majlis hampir sama dengan HA iaitu majlis dimulakan dengan bacaan doa, sepatah dua kata oleh CEO, ucapan Puan RA seterusnya acara serahkan cenderahati dari kakitangan, kemudian potong pulut kuning dan kek sambil diiringi lagu Allah selamatkan kamu. Kemudian jamuan makan untuk semua yang hadir.

Selamat bersara Puan RA semoga ceria dan sihat-sihat selalu didalam menjalani umur persaraan dah tak payah fikir pasal kerja pejabat lagi 😊



Bertemu Dan Berpisah Adat Manusia Biasa

Bertemu Dan Berpisah Adat Manusia Biasa

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Bertemu Dan Berpisah Adat Manusia Biasa. Dah lama sangat tak menulis di blog bersawang dah blog ha! huhuhuuu... Okaylah sebelum terlambat Mrs. A nak up-date kisah sedih ni. Petang tadi selepas asar Aina tiba-tiba datang kat tempat Mrs. A sambil cakap bye! bye! sister. Aduh! terkejut Mrs. A sambil tanya bye! bye! nak ke mana. Kiter last day la kak kat SAINS dah dapat kerja kat Melaka so dapatlah dekat selalu dengan husband katanya. Seriouslah macam tak percaya tiba-tiba aje huwaaa sedih! 😒😒😒 yang benar kakak katanya lagi.

Bertemu Dan Berpisah Adat Manusia Biasa.

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
All the best Aina

Walaupun Aina baharu aje join SAINS dept pun tak sama tapi Mrs. A dan dia dah mesra gara-gara satu team netball untuk ke Sukan Bekalan Se-Malaysia (SBAM 2023). Berbulan-bulan dah berlatih netball bersama-sama kemudian sama-sama berkampung di UUM Sintok untuk acara SBAM tu fuh! memang sedihlah begitu banyak kenangan tercipta bersama dan masih segar lagi diingatan.

Tapi takpelah bagus untuk Aina jugak tak perlu dah nak travel jauh-jauh dari Melaka. Kalau tak tu kesian jugak dengan dia selalu aje travel jauh-jauh nak-nak bila ingatkan time training dulu habis training dah senja dah tu kena balik Melaka. Bertabah dia waktu tu. Alhamdulillah dah tinggal sejarah.

Bertemu Dan Berpisah Adat Manusia Biasa.

Jom layan moments bersama Aina dan team netball.

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Di majlis serah bendera kontijen sebelum ke SBAM

Pagi Rabu 23 Ogos masing-masing teruja nak naik bas ke UUM Sintok

Makan-makan petang di Restoren Rusni Changlun, Kedah

Day 2 team netball pergi support games takraw

Hari perlawanan sebelum ke court kita bergambar dulu di Inasis Proton 😝

Bertemu Dan Berpisah Adat Manusia Biasa. Sayang kamu kerana Allah semoga ukhwah terjalin indah sampai ke Jannah.
UMK Kampus Kota

UMK Kampus Kota

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

UMK Kampus Kota. Kisah weekend lepas Mrs. A hantar niece side Mr. A register masuk Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota di Pengkalan Chepa. Mula-mula niece dapat tahu dia dapat UMK ni menangis dia, jauh sangat katanya. Calling-calling bapa sedaranya iaitu Mr. A sambil nangis-nangis. Minta tolong nak tukar universiti lain. Boleh tu boleh tapi tetap juga satu semester kena study di UMK sebabnya dah ada penempatan, dah terlambat baharu nak bagi tahu huhuuu. Actually dari 10 pilihan yang diminta UMK adalah senarai pilihan terakhir kalau tak silap ceritanya.

Mr. A kata takpelah dah rezeki ke situ pergi ajelah study di UMK tu lagipun Kampus Kota bukan Jeli atau Bachok sebabnya Kampus Kota ni dekat dengan  air-port Kota Bharu pergi/ balik boleh aje naik flight sekejap aje dah sampai. Kawan babah ada kat KB tu so takyah risau-risau nanti babah arrange kata Mr. A memujuk anak sedaranya mendengarkan itu ceria kembali si Keyna tu ngeh! ngeh! ngeh!

Alhamdulillah bapa sedara ada rezeki lebih so kongsi-kongsilah dengan anak sedaranya Mrs. A okay je sokong apa yang baik. Jadi itulah sebabnya yang pergi hantar adalah Mr. and Mrs. A, Keyna and mama (Kaklong) sahaja.

UMK Kampus Kota - di KLIA

UMK Kampus Kota
Bergambar bersama kaklong sebelum boarding KUL ✈ KBR 😊

Flight we all pagi 7.25 boarding time. Semua family Keyna hantar dia ke KLIA 😍😍😍 termasuklah bf dan mak/pak bf dia ngeh! ngeh! ngeh! Keyna mama/papa dan adik-beradik serta uwan gerak dari rumah seawal 5 pagi kemudian mereka solat subuh di surau KLIA. As for Mr. and Mrs. A pulak gerak dari rumah selepas subuh dihantar oleh kawan Mr. A. Keyna kena awal sebab dia kena check-in luggage. As for us sekadar hand luggage sahaja sampai time boarding pun dah kira okay gittewww...

UMK Kampus Kota
Inilah dia budak yang calling-calling sambil nangis tu πŸ˜‡

UMK Kampus kota
Dah boarding tunggu panggilan untuk masuk kapal terbang 

UMK Kampus Kota
Dapat seat kat kepak huhuu... menghalang view di bawah

UMK Kampus Kota
Sebelum take-off kita bergambar dulu ✌

Masa di dalam kapal terbang lebih kurang 50 minit aje diantara Klia ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bahru. Dalam pukul 9.30 cenggitu we all dah selamat mendarat. Sampai sahaja di KB kawan Mr. A dah sedia menunggu. Oleh kerana masih pagi dan belum breakfast we all pun planning nak pergi breakfast kemudian ronda-ronda dan jalan-jalan cari makan #jjcm. Kisah jjcm Mrs. A buat entry lainlah ya InsyaAllah.

UMK Kampus Kota.

Hari Keyna register adalah esoknya tu iaitu Ahad 1 Oktober 2023. Masa register adalah dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari setelah register boleh keluar semula bersama family dan masuk semula selewat-lewatnya 4.30 petang. 

UMK Kampus Kota
Ready to go

Dalam pukul 8.30 pagi we all dah keluar hotel sebab planningnya nak pergi breakfast dahulu di Kopitiam Kita. Setelah selesai breakfast we all pun menuju ke destinasi 😊 Register adalah secara drive-thru. So we all duduk aje di dalam kereta sehinggalah tiba di bawah khemah. Barulah turun bawa barang-barang sambil Keyna pergi ke meja registration ambil kunci bilik dan T-shirt untuk new student. 

Dibenarkan seorang sahaja peneman tapi Mrs. A ikut aje sekali kaklong dan Keyna. Barang-barang banyak memang tak terbawa kalau setakat 2 orang. Dahlah Keyna punya bilik di tingkat 3 naya pak karim nak hangkut ke atas ha! Aduh! hazab juga hangkut barang-barang ke tingkat 3 tu sampailah di mata terakhir tangga di tingkat 3 tu satu roda bag Keyna tercabut. 

Mujurlah ada seorang pakcik ni kesian kat Keyna tak tahulah ayah sape tu dia pun ambil beg tu tolong hantar hingga ke pintu bilik. Actually bukan we all aje yang terlebih peneman hampir kesemuanya bawa lebih dari seorang ialah hakak-hakak senior tu pun takdenya nak tolong hangkut beg junior, depa biarkan aje famiy yang hangkut.

UMK Kampus Kota

UMK Kampus Kota
Dapat katil no 2

UMK Kampus Kota
Ingatkan 1st come 1st serve rupanya ikut di form register tu siap
dah tulis no katil huhuu kesian Keyna dah cop tepi tingkap kena tukar katil no 2

Setelah selesai susun-susun barang Keyna we all keluar semula #jjcm. Kemudian dalam pukul 4.00 petang hantar semula Keyna ke hostel. Tibalah sangat berpisah sementara lebih kurang 4 tahun gittewww...

UMK Kampus Kota
Pesan mamanya dah siap pasang niat tu nak menimba ilmu jadi manusia bermanfaat

UMK Kampus Kota
😒😒😒

UMK Kampus Kota
Bye-bye Keyna jaga diri πŸ’ͺ

Kemudian we all pun gerak ke air-port boarding time dalam pukul 5.55 petang. Alhamdulillah selamat touch down di KLIA dalam pukul 8.00 malam sampai rumah Seremban lebih kurang pukul 10.00 malam. Esoknya tu kerja seperti biasa huhuuuu...


MRS.A my blog my stori ©