Potlucks Dan Baca Yasin - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Potlucks Dan Baca Yasin

1 April 2022

Potlucks Dan Baca Yasin

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Potlucks Dan Baca Yasin. Salam Jumaat yang barakah. Hari ini 01042022 ada bacaan Yasin dan juga potlucks sempena menyambut Ramadhan di office. Oleh kerana dah masuk fasa endemik kekdahnya bacaan Yasin telah diadakan di surau office. Actually ada pilihan hari ini nak join online pun boleh nak ke surau pun boleh. Mrs. A pilih ke surau sebab rindu ferfeeling duduk bersimpuh gittewww...😝😝😝 Takde gambar pulak kat surau cause tak bawa handphone tadi. 

Selepas selesai bacaan Yasin semua dijemput makan-makan. Alhamdulillah mewah betul dengan makanan. Sporting semuanya menjayakan potlucks sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Ada yang bawa secara individu dan ada juga yang pakat-pakat satu department kumpul duit bawa menu heavy. Yang tak bawa pun takpe boleh aje join makan-makan rezeki dikongsi bersama gitttewww...

Potlucks Dan Baca Yasin.
Potlucks
Mrs.A bawa kek congo bar & pandan order aje dari kawan😊

Potlucks
Kat sini station heavy-heavy kata Kak A tea lady

Potlucks
Station heavy jugak 😊

potlucks
Mrs. A amik menu πŸ‘†
Mee kari tu nak makan time lunch cause malas nak keluar

Alhamdulillah Potlucks dan baca Yasin dipermudahkan olehNYA. Semoga ukhwah sesama rakan sekerja akan sentiasa manis-manis dan diberkati selalu. Semoga syarikat akan terus maju jaya begitu juga kakitangan semua.


5 ulasan:

  1. Alhamdulillah, program berjalan lancar..rezeki makan2..

    hari ni ramai yg buat makan2..di office sini pun sama..

    BalasPadam
  2. Potluck ini bagusnya macam-macam makanan dapat rasa.
    Alhamdulillah salam Ramadhan.

    BalasPadam
  3. opis dana pun sama jugak kak, kebanyakan opis semua buat makan-makan hari ini hehehhe

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..rezeki dikongsi bersama..ofis saya pun 1hb ritu buat makan-makan sempena menyambut bulan Ramadan..

    BalasPadam
  5. best nya dpt mkn ramai2πŸ˜€πŸ‘

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©