Disember 2021 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Disember 2021
Kuantan - day 2

Kuantan - day 2

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Kuantan - day 2. Lagi sehari dah nak masuk tahun baharu 2022 kisah holiday ke Kuantan Mrs. A belum jugak habis posting lagi adehhh! Okay hari ini nekad nak habiskan jugak menulis entry Kuantan day 2 ini ehcewahhh! sambung kisah dari [SINI]

Di pagi hari kedua tu we all breakfast di Taj Restaurant (Sri Dagangan Business Center). Walaupun ada complimentary breakfast untuk guest Kosma Business Hotel tapi ntah kenapa Mr. A kata nak makan kat tempat lain cause nak cari roti canai. Pusing-pusing cari makan tu ternampak kedai mamak terus singgah.

Kuantan - day 2.
Kuantan day 2
Haruslah wefie dulu sementara menunggu roti canai, roti telur dan roti sardin sampai ๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡

Kebetulan pada masa ini hari Jumaat 05112021 office Mrs. A ada program bacaan Yasin online (google meet) alhamdulillah sempat jugak Mrs. A dan anak-anak join sekali. Itulah pulak bagusnya online ni hatta di Penang dan sedang bercuti pun boleh jugak join kalau naklah hahahaha.... [gigih ko Mrs. A hoi!]

Selepas breakfast terus balik hotel untuk check-out. Sementara itu Mr. A keluar sekejap jumpa kawan katanya. Begitu begini lebih kurang pukul 12.00 tengahari we all pun check-out dari Kosma Business Hotel. Destinasi seterusnya adalah ke Balok. Pada waktu ini hujan di sepanjang perjalanan dari Kuantan City ke Balok. Sejujurnya Mrs.A ketiduran. ๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘ Bila terjaga Mr. A cakap dah sampai Balok. Saya pusing-pusing nak cari tempat makan ni katanya. Planning nak makan nasi campur, alhamdulillah terjumpa satu restoren ni kat pantai Balok bersebelahan kubur, bila tengok banyak pilihan lauk-lauk we all pun terus singgah makan tengahari kat situ. Hurm... ntah apa nama restoren tu tak ingat pulak cari-cari dalam MySejahtera tak jumpa pulok! Tiada pulak bergambar di restoren tersebut huhuhuu... cause masing-masing tak sabar nak habis makan nak bergambar di tepian pantai di belakang restoren.

Setelah Mrs. A dan anak-anak habis makan we all sepakat ke tepian pantai untuk bergambar. Mr. A masih di situ kerana sedang we all makan-makan tu ada pula kawan dia (team bola ex u16 Malaysia 89/90) serta keluarga join lunch di situ.

Kuantan - day 2.
Kuantan day 2
Encem boi dah kurus

Kuantan day 2
Tak tahulah apa motif posing camni ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Actually ada banyak gambar ngeh! ngeh! ngeh! dua ketul cukuplah ya untuk tatapan readers blog ๐Ÿ˜Š. Tidak berapa lama selepas itu we all pun gerak untuk check in di [SINI]  Lepak-lepak sahaja di dalam bilik meluruskan badan dan menunaikan kewajipan. Sebelah petang dalam pukul 5.00 petang baharulah we all turun untuk meninjau kawasan ๐Ÿ˜. Planning nak mandi swimming pool terus tapi tertangguh sementara menunggu giliran. Disebabkan harus mengikut SOP bila mana hanya 50% sahaja dibenarkan berada di kawasan swimming pool so kita kena booking dulu (tulis nama dalam buku log petugas). Adik dah beratur siap-siap rupanya dan dah bagi nama. Datang semula dalam satu jam kata abam la petugas inform adik kepada ibu dan kakaknya hiks!

Kekdahnya we all pun gerak ke pantai dahulu (ini pantai yang berlainan bukan yang di belakang restoren tu) sementara menunggu giliran nak mandi pool. Pantai ini terletak berhadapan dengan Timurbay Seafront Residence ("TSR"). Kepada guest TSR yang nak ke pantai kena ikut gate yang nak bukanya tu wajib ada access kad. Adehhh! time ni access kad ada pada Mr. A so terpaksalah we all buat muka tebal tumpang access kad sesapa yang nak ke pantai muahahhaaa... Meriah di tepian pantai ni ada aktiviti sewa ATV jugak.

Kuantan - day 2.
Kuantan day 2
Aryssa dan Adik sedang mandi laut Mrs. A tengok je sambil jaga selipar dengan HP ๐Ÿ˜„

Kuantan Day 2
✌๐Ÿ’–

Kuantan day 2
Buai-buai buai ku laju ๐Ÿ˜œ

Kuantan day 2
Aryssa

Kuantan day 2
Adik

Agak-agak dah sampai giliran we all untuk mandi pool so we all pun gerak semula ke swimming pool Timurbay Seafront Residence. Alhamdulillah timing just nice sampai-sampai aje nama dipanggil, siap depa check attire lagi tu sesuai ke tidak nak mandi pool. Okay sesuai lepaslah masuk pool. Ada beberapa jenis pool, dewasa, kanak-kanak dan jakuzi. Memang happening cause tak ramai manusia gittewww...

Kuantan Day 2
Pool dewasa yang luas

Kuantan day 2
Ini di jakuzi kalu tak silap namanya
 
Kuantan day 2
Nak tengok sunset kononnya

Kuantan Day 2
๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Kuantan Day 2
Ha! tu dia kena kering baru dibenarkan ke lif

Disebabkan telah kedenganran azan maghrib makanya we all pun bergegaslah untuk naik ke bilik. Terpaksalah mengelap baju/seluar dengan towel, gigih dan bersungguh sampai takdak air menitik muahahhaaa.... Alhamdulilah dipermudahkan elok je dapat naik lif terus.

Malam tu Mrs. A dan anak-anak lepak bilik aje dinner pun Mr. A yang tapaukan. As for Mr. A pulak dalam pukul 10.00 macam tu depa ada perjumpaan di dewan kalau tak silap untuk penyerahan jersi katanya. Actually ada juga sesi bertukar-tukar hadiah dikalangan para isteri. Tapi disebabkan pada ketika itu Mrs. A belum masuk lagi dalam group WhatsApp Mommies Kebabooommm so Mrs. A tak joinlah. Mrs. A tahu pun esoknya tu ketika breakfast Zarin (wife abam Jamil bukan nama sebenar) tanya awat malam tadi tak join sekali. Sorry dear sis tak tahu Mr. A tak de cakap apa-apa pun. Kekdahnya terus Zarin add Mrs. A dalam grup Mommies Kebabooommm. Okay itu sahaja kisah Kuantan - day 2. Next Mrs. A sambung lagi Kuantan - day 3 pulak. InSyaAllah. Doakan Mrs. A rajin๐Ÿ’ช





Wordless Wednesday #7/2021 - Belated Birthday

Wordless Wednesday #7/2021 - Belated Birthday

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #7/2021 - Belated Birthday 

Kisah dua minggu lepas, officemate planning buat surprise untuk celebrate birthday boss. Kekdahnya Mrs. A pun follow ajelah ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

WW
Boss pi basuh mug dia ๐Ÿ˜€ kita wefie dulu....

WW
Menu-menu breakfast aje

WW
bang!bang! tembak paler dia eh! muahahhaaa

WW
Tiba-tiba muncul pulak sorang lagi bukan dari department we all ๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘ M dah gerak kebetulan nenek dia meninggal hari yang sama

WW
Happy sesangat ha! Mr. Boss al-maklumlah sebelum ni tak pernah pun buat surprise-surprise nih!

Alhamdulillah walaupun simple tapi penuh makna tersurat dan tersirat. 



Jemput Along Cuti Semester

Jemput Along Cuti Semester

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Jemput Along Cuti Semester. Kisah hari Jumaat 24122021 lepas Mrs. A bercuti untuk jemput Along di IKTBN, Alor Gajah. Along cuti semester satu minggu sahaja. Walaupun planning awal IKTBN cuti semester adalah dua minggu. Tetapi entah macam mana Pengarahnya tukar fikiran satu minggu sahaja sudah memadai katanya.

Menurut Along Pengarah tak nak tempoh menunggu sebelum dibenarkan masuk belajar semula nanti jadi lama disebabkan tempoh kuarantin wajib satu minggu. Kekdahnya cuti seminggu bersama keluarga kemudian lagi seminggu itu diminta untuk menjalani tempoh kuarantin di asrama pula kira bercuti jugaklah cuma bezanya terkurung di asrama huhuhu....

Jemput Along Cuti Semester.

Along
Along dan rakan-rakan seperjuangan ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Oleh kerana pada masa yang sama adalah musim cuti sekolah kekdahnya Adik dan Aryssa pun sama-sama ikut sekali. Planning we all memang selepas ambil Along akan singgah kampung dan tidur semalam lalu. Jadinya pagi-pagi Jumaat lebih kurang pukul 9.00 pagi Mrs. A tiga beranak pun gerak dari rumah Seremban untuk ambil Along. 

Tapi planning sedikit bertukar disebabkan bonet dah penuh dengan barang-barang 3 beranak ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† kekdahnya terpaksalah singgah kampung dulu turunkan barang-barang. Aryssa pun tak jadi ikut bila dah berjumpa dengan sepupu-sepapatnya (anak-anak Paklang & Maksu) kat rumah nenek. Mereka dah sampai kampung sehari sebelum tu. Setelah turunkan barang-barang Adik dan Mrs. A pun pergilah ambil Along. Time Mrs. A sampai di IKTBN haruslah singgah di pondok pengawal terlebih dahulu untuk ambil suhu dan scan MySejahtera setelah itu baharulah dibenarkan masuk ke blok asrama lelaki. Walaupun Mrs. A sampai lambat lebih kurang pukul 10.30 pagi tapi masih ramai lagi anak-anak yang menunggu ibu bapa masing-masing takdelah Along tu syahdu sangat happy-happy aje dia bersama kawan-kawanya. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Alhamdulillah planning ambil Along dan singgah di kampung memang terbaik cause dapat berjumpa dengan adik-beradik Mrs. A yang lain iaitu Alang dan Adik Mrs. A serta keluarga masing-masing. Angah Mrs. A pun ada juga balik cuma dia tak tidurlah sampai tengahari balik malam. Friday and Saturday well spent.



Hantar Mr. A ke KLIA

Hantar Mr. A ke KLIA

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Hantar Mr. A ke KLIA. Petang 15122021 sebelum Mr. A bergerak ke KLIA telah diadakan solat asar berjemaah di Jiboi. Actually tak planning pun ntah macam mana boleh pula Sheikh Zaki nak datang dan solat berjemaah di Jiboi. 

Terima kasih s.i.l dan suami kerana berusaha mengadakan jamuan minum petang tak sangka pulak ramai yang hadir.

MR.A
Solat asar berjemaah di Jiboi
KLIA
Jamuan ringan

KLIA
Alhamdulillah s.i.l masak mee goreng

KLIA
Bacaan doa oleh Sheikh Zaki

KLIA
Azan dilaungkan sebelum bertolak

Walaupun flight Mr. A dijadualkan pukul 11.05 minit malam tapi rombongan umrah Mr. A dinasihatkan berkumpul awal di KLIA lebih kurang pukul 7.00 malam cenggitu. Time we all gerak dari Jiboi tu lebih kurang pukul 6.00 petang yang hantar ke KLIA, 2 buah kereta sahaja. Mrs. A sekeluarga naik sekali dengan kawan Mr. A dan isteri. Satu kereta lagi s.i.l sekeluarga. Manakala family abang lang Mrs. A pula terus dari rumah mereka dari Damansara.

Hantar Mr. A ke KLIA. 
KLIA
Selamat sampai KLIA kita wefie dulu sambil cari Gate 5/6

KLIA
Feeling heret beg kat KLIA tu lain maciiiam muahhhaaaa....

KLIA
Time we all sampai rombongan dah ramai yang ada termasuk mutawif

KLIA
Terima kasih Alang & family for coming

KLIA
S.i.l and family

KLIA
Thank you Eric

Adehhh! baharu perasan gambar kawan dan isteri yang hantar sekali tu tiada pada Mrs. A ada pada handphone depa. Flight rombongan umrah dan ziarah yang Mr. A join ini dari KLIA terus ke Madinah (Saudi Airlines). Lebih kurang pukul 10.00 malam Mr. A dan rombongannya pun dah kena boarding we all follow sampailah dia naik train ngeh! ngeh! ngeh! Mrs. A dan anak-anak selamat sampai ke rumah Seremban lebih kurang pukul 11.20 malam dapat call dari Mr. A katanya dah masuk dalam flight tunggu nak takeoff.

Waktu Malaysia dan Madinah jarak lebih kurang 5 jam ke belakang.

KLIA
Dah selamat sampai airport Madinah katanya

Lebih kurang pukul 8.45 pagi Khamis tu time Mrs. A kat office dapat WhatsApp dari Mr. A katanya dah selamat mendarat di airport Madinah lebih kurang pukul 3.30 pagi waktu di sana. Alhamdulillah didoakan dikurniakan umrah yang mabrur buat Mr. A dan seluruh ahli rombongan Amjad Umrahajj travel & tours Sdn Bhd serta selamat pergi dan kembali ke tanah air.



Wordless Wednesday #6/2021 - The Coffee Bean & The Tea Leaf

Wordless Wednesday #6/2021 - The Coffee Bean & The Tea Leaf

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #6/2021 - The Coffee Bean & The The Leaf

Mungkinkah ini WW terakhir Mrs. A di tahun 2021 ini eh! muahahhaaaa.... Coffee-coffee bersama Aryssa dan officemate tetapi di masa dan branch yang berlainan gittewww..... ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

The Coffee Bean & The Tea Leaf
Last weekend memenuhi permintaan Aryssa nak kopi-kopi katanya

The Coffee Bean & The Tea Leaf
Ibu orang sebelah nih! membawang pasal MC plus katanya

The coffee bean & the tea leaf
Mrs. A order caramel machiato & jingle berry swir...

Wordless Wednesday #6/2021 - The Coffee Bean & The Tea Leaf

The coffee bean & the tea leaf
11.11.2021 Lunch break ke new branch TCBTTL Dataran Centrio

The Coffee Bean & The Tea Leaf
Coffee pilihan Mrs. A time ni adalah Hazel Nut Americano semestinya hot

The coffee bean & the tea leaf
Kami pilih food yang sama chicken spageti #legaldept

Okay itu sahaja nak share kisah coffee-coffee bersama peminat kopi ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜



Stor Berpusat Di Nilai

Stor Berpusat Di Nilai

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Stor Berpusat Di Nilai. Pada hari Khamis yang lalu 09122021 Mrs. A dan semua kakitangan yang terlibat dengan perihal dokumen departmen masing-masing telah diminta untuk pergi ke stor Nilai. Tujuannya adalah untuk sorting dokumen yang dah berterabur sewaktu dipindah oleh mover. Untuk rekod sebelum ini stor syarikat ada di beberapa tempat iaitu di Rasah, Lavender, Jalan Pasar dan Sg Terip.

Bagi tujuan penjimatan kos dan pengurusan stor yang lebih sistematik pengurusan tertinggi telah mengarahkan semua stor sediada ditamatkan sewanya dan berpindah ke Nilai to be exact ke bangunan Majlis Perbandaran Nilai (MPN). Menurut pengurusan tertinggi harga sewa di MPN jauh lebih murah berbanding dengan harga sewa stor-stor sediada sebelum ini. Kekdahnya pada hari tersebut berduyun-duyunlah we all ke stor berpusat di Nilai. Moh! layan gambar.

Stor Berpusat Di Nilai.

Stor
Bilik ini department Mrs. A yang punya tengok pun dah letih

Stor
Celaru sungguh luar kotak tulis lain bila buka department lain punya huhhuhu...

Stor
Dokumen dah bercampur-aduk kena keluarkan dari kotak

Stor
S dan M sedang sorting

Stor
Terpaksa sorting satu persatu nak hadamkan dokumen apa ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ

Stor
Gambar ni Mrs. A snap dari dalam keta sewaktu dalam perjalanan pulang ๐Ÿ˜Ž
1st time tahu kewujudan benda nih!๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Stor Berpusat Di Nilai.

Pada hari Khamis 09122021 tersebut arrangement ke stor berpusat di Nilai telah diuruskan oleh Unit Pentadbiran (UP). Pada sebelah pagi telah disediakan breakfast dan pada tengahari pula turut disediakan lunch. Walaupun pada awalnya bos Mrs. A kurang setuju untuk department Mrs. A turut serta disebabkan tiada transport dan tiada mover untuk tolong mengangkat barang-barang di dalam kotak yang semua sedia maklum berat ya'amat. (kami semua gegirl jer...) Tetapi UP bertegas kena juga turut serta pada hari tersebut cause atas arahan Pengarah. Menurut UP Pengarah akan melawat stor berpusat di Nilai pada 16122021 dan beliau mahupun keadaan di stor tersusun dan semua dokumen telah ditagging dan dikenal pasti kepunyaan siapa.

Hasil perbincangan pic department Mrs. A kekdahnya department Mrs. A telah disediakan transport dan jaminan hanya tagging sahaja kerja angkat-mengangkat tidak perlu jika terpaksa pun boleh minta tolong abam-abam yang gagah perkasa dari deparment lain.

Bagi diri Mrs. A sendiri memang nak pergi ke stor untuk mencari dokumen-dokumen Mrs. A berkaitan Cosec. Dokumen Cosec yang telah dihantar ke stor dahulu kala adalah tanpa pengetahuan Mrs. A. Dokumen tersebut dihantar ke stor atas arahan bos dan officemate Mrs. A yang lain yang telah diarahkan sorting ke dalam kotak tetapi listing tiada pada Mrs. A. Dipendekkan cerita alhamdulillah akhirnya jumpa juga dokumen Cosec setelah Mrs. A buka beberapa kotak di stor pada hari kejadian. Kalau setakat tengok luar kotak aje memang sampai kiamat takkan berjumpa kerana realitinya di luar kotak tulis lain dan bila check di dalam kotak itulah dokumen yang Mrs. A cari gitttewww....

Dokumen-dokumen Cosec Mrs. A setelah sorting dan di masukkan semula kedalam kotak adalah sebanyak 3 kotak sahaja. Phewww!!! settle satu part. Next planning nak lupus pula kot. Tetapi dokumen-dokumen yang lain itu adalah dokumen department tetapi bukan Mrs. A yang punya walaupun begitu haruslah Mrs. A tolong juga apa yang patut. Dah tu ko ke stor dari pagi sampai ke petang haruslah ada progress yang baik.


Kenduri

Kenduri

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Kenduri. Alhamdulillah pada malam Sabtu yang lalu 04122021 selamat sudah kenduri doa selamat Mr. A nak pergi umrah dan juga tahlil arwah buat mereka yang telah pergi mendahului keluarga yang lain. Rezeki Mr. A dijemput lagi untuk menunaikan umrah InSyaAllah pada 15122021. Walaupun tiada perancangan langsung untuk Mr. A buat umrah dalam masa terdekat ini tapi itulah dah rezeki beliau. 

Kenduri ini organise by Mr. A dibantu oleh adik ipar dia dan s.i.l Mrs. A ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š. Mr.A yang plan  semua, dari segi menu, masak-masak sendiri aje, kekdahnya petang sebelum kenduri tu adalah rewang-rewang kenduri gittewww... Bahan-bahan mentah semua Mr. A yang uruskan. Kali ini siap ada pasang khemah cause Mr. A nak ajak kawan-kawan dia jugak. Tempat haruslah di Jiboi. Oh! ya hari Jumaat pagi sebelum kenduri tu Mr. A dah siap-siap pi menjemput mak mertuanya hehehe mak Mrs. A letteww... Maaf mak orang tak dapat cuti ada kerja yang mesti disiapkan juga sebelum hari Isnin.

Kenduri. 

Kenduri
Majlis dimulakan selepas solat magrib. Jemaah sedang tunggu yang lain-lain

Kenduri
Orang pangkal sedang ngecek apa yang kurang ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Kenduri
Menu malam tu ialah gulai ayam dengan kentang, ikan tenggiri sambal, sayur kacang campur udang, buah-buahan dan mee/ bihun sup

Kenduri. 

Actually yang beriya nak pergi tu adalah Mrs. A cause ada sekali malam tu Mrs. A tengok story FB kawan sekolah share tempat-tempat menarik di Mekah sambil tu cakap kat Mr. A tengok ni M dan husband dia pergi umrah bestnya bila kita nak pergi ni? Pastu Mr. A melawak okay-okay esok pagi kita pergi hahaha.... amvoi! suka dia membahan sis nih!. 

Tapi tak semena-mena 3 ke empat hari selepas tu dia cakap "bu tadi saya jumpa Zul lawyer (kawan we all) pakej umrah dia ada satu lagi kosong dia ajak saya". InsyaAllah saya rasa, saya nak pergilah". Okay tak bu?  Eh! haii saya yang beria nak pergi awak pulak yang dapat pergi ya... hurmmm... kuciwa saya tau hurmmm... takpelah dah rezeki awak sampai dulu, pergi ajelah ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“ jawab Mrs. A happy for him. Itulah bila difikir-fikirkan ini semua perancangan Allah jua Dia menjemput sesiapa yang Dia berkehendak untuk menjadi tetamuNYa siapalah kita untuk menafikan.

Dah namanya masak-masak sendiri so pagi-pagi Sabtu tu kami semua bebiras dan adik-beradik dah berkumpul di Jiboi. Merewang sesama sendiri aje takdelah sampai minta tolong jiran tetangga. Kenduri sikit sahaja bajet tetamu dalam 50 ke 60 orang. Jika sebelum ini ketua tukang masak adalah M.i.l (Al-fatihah buat arwah ibu mertuaku Hjh Zabedah bt Abu Bakar) tetapi sekarang s.i.l yang take over dibantu oleh biras N depa dua nih! memang pakar memasak yang lelain tu tukang sibuk jer.... eh! muahahhaaaaaa....

Kenduri
Emak Mrs. A dan emak mertua s.i.l

Kenduri
Lala & Cuna, N, Kaklong ✌

Kenduri
Salah satu tugas Mrs.A petang tu adalah menggoreng ikan tenggiri 

Kenduri
Kacau jangan tak kacau

Kenduri
Lala pulak take over bila kaklong dah penat

Kenduri
SD tak pernah tak lawak.
Terima kasih juga buat Satwan Singh kerana sudi hadir

Syukur alhamdulillah kenduri berjalan lancar walaupun ada rintik-rintik hujan tapi sekejap sahaja. Food pun mewah secukupnya. Doa kami sekeluarga semoga Mr. A selamat pergi dan selamat kembali dengan mendapat umrah yang maqbul. Mohon rakan-rakan blogger doakan Mrs. A pula ya dapat pergi umrah tidak lama lagi ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Aaamiiin.... InSyaAllah. #veranganitupercuma 








MRS.A my blog my stori ©