November 2021 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: November 2021
Timurbay Seafront Residence - Balok Kuantan

Timurbay Seafront Residence - Balok Kuantan

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Timurbay Seafront Residence - Balok Kuantan. Sebelum sambung citer Kuantan day 2 Mrs. A share dulu tempat we all menginap pada hari seterusnya dari 5-7 November 2021 iaitu di Timurbay Seafront Residence di Pantai Balok Kuantan. Timurbay Seafront Residence ini adalah sejenis 'Service Apartment'.

Seperti yang Mrs. A dah pernah bagitahu dalam entry sebelum ini. Percutian ini adalah mengikut planning Mr. A dan team bola ex u16 Malaysia 89/90 di mana untuk kali yang ke 8 mereka sepakat memilih Kuantan sebagai tuan rumah (organiser). Kekdahnya segala aturcara/ program dan juga tempat tinggal semua yang join adalah diuruskan oleh orang kuantan (team Kuantan). Unit Mrs. A sekeluarga adalah di TB-12-23.

Timurbay Seafront Residence - Balok Kuantan.

Balok Kuantan
Queen bed ini terletak depan balkoni

Balok Kuantan
Tersedia juga satu single room

Balok Kuantan
Living hall tempat lepak-lepak nonton TV luas juga selesa aje letak tilam kecik untuk tidur

Balok Kuantan
Pantrynya complete dengan segala kitchen utensil. Washing Machine pun ada ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Balok Kuantan
Ini balkoni luar yang depan queen bed tu.
Nak stay sini boleh contact no tu 017-2112213 My Splendid Suite

Timurbay Seafront Residence - Balok Kuantan.
Balok Kuantan
View dari balkoni.
Sorrylah Mrs. A oiii! ko tak dapat view swimming pool mahu pun pantai derrr..๐Ÿ˜œ

Balok Kuantan
Tak perlu risau tempat parking memang dah disediakan

Timurbay Seafront Residence - Balok Kuantan.

Peti sejuk takde ke? Eh! hahahhaa... mestilah ada besar pun besar cuma Mrs. A terlupa pulak nak snap gambar, lagipun peti sejuk tu tersorok di sebalik kabinet kayu sebelah pintu masuk. Pagi-pagi kalau nak order breakfast dihantar terus ke bilik pun boleh. Cuma kena order dululah pada sebelah  malam sebelumnya. Tapi Mrs. A tak order pun lebih selesa breakfast kat luar. Ada juga WIFI percuma. Ada kemudahan water heater dan jugak tekanan air yang kuat. Hurmm... terlupa pulak snap gambar bilik air. Lain-lain kemudahan yang ada, terdapat juga kedai runcit kalau nak beli jajan di sebelah bawah bangunan. 

Tahap keselamatan pun bagus sangat tapi tulah Mrs. A kurang selesa dengan cara tersebut. Iaitu kita terpaksa menggunakan access kad nak naik lif, nak keluar/ masuk ke parking lot dan ke pantai semua perlu guna access kad. Kalau dia bagi dua access kad should be okay tapi Mrs. A dapat satu sahaja. Kekdahnya kalau Mrs. A dah bawa kad tu so Mr. A kenalah minta tolong gang bola dia hantar sampai ke bilik guna access kad depa muaaahaaaahaaa....

Selain daripada itu Mrs. A memang puashati stay kat Timurbay Seafront Residence ini. Insha'Allah jika dikurniakan rezeki pada masa-masa akan datang teringin nak repeat lagi.




Kuantan - day 1

Kuantan - day 1

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Kuantan - day 1. Okay sambung kisah ke Kuantan. On the way ke Kuantan tu we all singgah makan tengahari di Chenor iaitu rumah Uda emak saudara Mr. A. Sehari sebelum tu Mr. A memang dah bagi tahu Uda yang kami nak singgah lunch siap buat request nak makan ikan patin masak tempoyak. Perjalanan we all ke Kuantan tak ikut highway pun ikut jalan Kuala Pilah - Batu Kikir - Jempol bukan jugak Muazzam. Mr. A tak nak ikut highway ghisauuuu traffic jam. Al-maklumlah cuti Deepavali.

Gerak dari rumah lebih kurang pukul 11.00 pagi.

cuti-cuti-Kuantan
Setelah setengah jam perjalanan kita selfie-selpot ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

On the way ke rumah Uda tu adalah singgah sekejap di Petronas tak tak pasti pulak Petronas daerah mana masing-masing sibuk nak melepaskan hajat. Walaupun dah bebrapa kali konvoi ke rumah Uda tapi simpang nak masuk ke rumah Uda tu masihlah jugak Mr. A tak perasan so kita waze ajelah. Alhamdulillah sampai juga ke rumah Uda tanpa sesat lebih kurang pukul 2.30 petang gittewww... Actually rumah Uda ni adalah kedai makan senang cerita rumah kedai gaya kampung.

Kuantan
Betul-betul Uda masakkan patin tempoyak untuk anak sedaranya ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Alhamdulillah rezeki tengahari makan masakan Uda. Rumah kedai Uda ni betul-betul berhadapan dengan sungai Pahang. Sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan Mrs. A sekeluarga tumpang solat zohor kat rumah Uda. Time Mrs. A solat sempat pulak Aryssa bergambar di tepi sungai.

Kuantan
๐Ÿ™…๐Ÿ™…๐Ÿ™…

Lebih kurang pukul 4.00 petang we all pun gerak menuju ke Kuantan to be exact ke Kuantan city.

Kuantan
Insha' Allah nanti kami datang lagi ๐Ÿ˜Š

Pada kebanyakkan masa dalam kereta on the way tu Mrs. A ketiduran sahaja ๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡ sedar-sedar dah sampai Kuantan city.

Kuantan - day 1.
Kuantan
Sedar-sedar dah sampai pintu gerbang Kuantan ni sempat jugak Mrs. A snap ๐Ÿ˜Š

Sampai aje haruslah terus nak cari hotel. Hotel tu Mr. A minta tolong abang angkat dia yang carikan. Abang Wan namanya so dia yang suggest Kosma Business Hotel. Nak mencari Kosma Business Hotel we all tanya pakcik 'Waze' jer... kisahnya [SINI]. Lebih kurang pukul 6.00 petang macam tu we all selamat check-in hotel. Rilexs kat bilik hotel sampai ke malam. 

Sebelah malam selepas Isyak plan nak pergi dinner ikan bakar di Tanjung Lumpur. Planning Mr. A nak dinner di Anna Ikan Bakar Petai yang famous tu. Malam tu Abang Wan yang temankan we all. Walaupun Abang Wan dah bagi tahu tak jamin ada tempat ke tidak tapi we all degil jugak nak pergi dan tengok sendiri dulu muahahahaaa....

Kuantan - day 1.
Kuantan
Sambil-sambil queue tu snap la gambar nih! tihhberrr... depa mai kata maaf dah sold out ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ

Tak pa hai! kata abang Wan jom kita pergi cari tempat lain pulak. Dah jangka kan... kalau dah time macam ni (9.00 malam) memang orang tengah ramai. Ialah abang Wan we all pasrah may be next time gittewww. Follow abang Wan ke satu kedai lagi, kedai yang ini pun ramai orang jugakkkk dan dah pasang nota HABIS!!! Nak pergi Mail Ikan Bakar jauh sikit dari tempat we all berada tu kang ke sana, ke sini, ke situ terus semua tak merasa kata abang Wan so kita pilih aje yang dekat-dekat sini yang ada kosong. Kekdahnya we all dinner di Restoren Selera Tok Esah. 

Kuantan
Pari bakar, udang butter, siakap 3 rasa dan sotong goreng tepung

Kuantan
Abang Wan tepi sekali berbaju hijau sebelah dia gang bola Mr. A

Kuantan
๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š ๐Ÿ˜Š 

Lama juga we all melepak di Restoren Selera Tok Esah menunggu Mr. A berborak macam-macam story keluar al-maklumlah dah lama tak berjumpa. Walaupun happy tapi terasa sedikit kekurangan bila memikirkan Along anak sulung Mrs. A tak dapat join kali ini. Along baharu kembali semula belajar so memang takde excuselah kalau nak ikut pun. Tapi mujurlah Along redho aje bila dia tengok status we all tu. 

Selepas dinner memang takde plan nak ke mana-mana lagi dah. So we all terus aje balik hotel berehat dan tidur ๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด. Okay itu sahaja kisah Kuantan day 1 nanti Mrs. A sambung lagi Kuantan day 2. Insha'Allah.





Si Bobot Kencing Tak Lawas

Si Bobot Kencing Tak Lawas

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Si Bobot Kencing Tak Lawas. Bobot tu adalah salah seekor kucing Mrs. A. Dah lama tak bercerita pasal kucing, kali nih! nak share kisah Bobot.  Kali terakhir kisah kucing [SINI]. Sejak bila sebenarnya Bobot kencing tak lawas Mrs. A pun tak pasti tapi dalam minggu lepas dia selalu buat hal sendiri tak kisah sangat nak berebut-rebut Mrs. A dengan 5 ekor yang lain. [Perasan lak ko hai Mrs. A oiii hahaha...] Maksud berebut tu adalah pagi-pagi bila Mrs. A buka pintu bilik semua dah tunggu depan pintu, masing-masing menggesel minta dibelai dan garu-garu pipi tapi Bobot takde pun.

Menjawab persoalan seorang officemate macam mana Mrs. A boleh tahu Bobot sakit tak boleh kencing tu kalau kencing pun sikit aje. Dah jadi tabiat Mrs. A rasanya catlover memang ada naluri yang sama kot. Bila kekucing perangai lain dari kebiasaan Mrs. A akan perasan dan cari gali apa masalah depa. Begitulah dengan Bobot pagi-pagi Isnin (15112021) lebih kurang pukul 5.45 pagi rutin seorang Mrs. A adalah membersihkan cat liter anak-anak bulus. Sewaktu Mrs. A duk asyik scoop-scoop tu si Bobot ni pun sibuklah nak buat bisnes jugak so Mrs. A pun stop bagi laluan kat dia dulu tapi tengok setitik je kencing dia tak macam biasa laju macam air terjun yang akan menyebabkan clumping seketul besar tu. Belum habis scoop lagi dia dah masuk semula kencing lagi tapi air kencingnya tak keluar pun. Dari situlah Mrs. A dah dapat agak yang dia ada masalah kencing tak lawas.

Si Bobot Kencing Tak Lawas.

Si Bobot kucing Mrs. A
Mr. A yang bagi dia nama Bobot.
Tapi bila emak Mrs. A datang rumah we all dia panggil Coweng. 

Planning Mrs. A nak bawa Bobot pergi jumpa vet pada hari Sabtu (20112021) tapi bila google kisah kucing kencing tak lawas, 3 hari je boleh membawa kematian terus hari Selasa petang minta kebenaran bos nak balik awal sejam cause nak bawa kucing ke klinik almaklumlah klinik yang Mrs. A biasa pergi tu tutup pukul 6.00. Kalau keluar pukul 5.15 petang memang tak sempat. Alhamdulillah bos memahami masa Mrs. A bagi tahu bos "I nak balik awal sikit petang ni", terus aje dia cakap kenapa kucing you sakit ke? [muahahhhaaaa... cet! membahan apo bos nih!] Sambil bos pesan jangan lupa tulis dalam log book.

Si Bobot Kencing Tak Lawas. 

Bobot kucing Mrs. A
Ibu.... titer nak pi mane nih!๐Ÿ˜œ

Kekdahnya lebih kurang pukul 4.15 petang Mrs. A pun terus balik ke rumah dam ambil Bobot. Carrier Bobot dah minta Aryssa bersihkan siap-siap. Time Mrs. A buka pintu rumah Bobot dengan Simba dah tercongok depan pintu tunggu masa nak keluar main petang-petang lettewww... Terus ajelah Mrs. A ambil Bobot dan masukkan dalam carrier. Adoiii! bising betul mulut dia time kat dalam keta.

Sampai kat Klinik Haiwan Ampangan ada seorang tengah tunggu turn. Lebih kurang 15 minit macam tu turn Bobot pulak masuk jumpa vet. Bila Dr. check pundi kencing Bobot katanya tak bengkak sangat pun. Pastu dia tanyalah ada tukar food ke? Mrs. A kata ada tapi food tu dah habis pun dah tukar yang lama punya semula. Lagipun yang lagi 5 ekor tu okay pulak takde masalah. Dr. bagi Bobot ubat lawas kencing untuk 7 hari dan minta tukar dietnya. Sambil tu Mrs. A kena pantau Bobot dalam seminggu ni bila dia masuk kat litter box kena check kencing dia normal ke tidak.

Si Bobot Kencing Tak Lawas. 
Bobot kucing Mrs. A
Dr minta bagi RC urinary S/O dan ubat lawas kencing sekali sehari selama 7 hari

Mrs. A dah pantau sehingga ke pagi tadi kencing Bobot masih belum normal lagi ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ Tapi dia tetap aktif dan masih mahu makan seperti biasa. Harapnya petang nih! dah okay ialah baharu 3 hari je Bobot makan ubat masih berbaki 4 hari lagi. Sambil tu Mrs. A ada juga bagi Bobot supplement vetri DMG liquid. Harapan Mrs. A mestilah nak Bobot sembuh segera risau dan sedih bila tahu kucing sakit ni.

Akhir kata Mrs. A juga mohon jasa baik rakan-rakan blogger untuk sama-sama doakan Bobot dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera. InSyaAllah mungkin ada doa rakan-rakan blogger yang diangkat dengan cepat oleh Allah SWT manalah kita tahukan. Amin Ya Rabbal Alamin.


Giveaway By Lady Dini 1.0

Giveaway By Lady Dini 1.0

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Giveaway By Lady Dini 1.0. Dah perasan giveaway ini semalam tapi baru hari ini Mrs. A berkesempatan untuk buat entry penyertaan. Okay harus tepek banner seperti di bawah.

Giveaway By Lady Dini 1.0. 

Mrs. A join Giveaway
KLIK

Giveaway By Lady Dini 1.0 ini singkat sahaja tempoh penyertaannya iaitu lebih kurang 7 hari. Buat rakan blogger yang nak turut serta sila klik banner di atas untuk ke blog penganjur. Syaratnya mudah sahaja dan tempohnya pun cepat memang sesuai untuk seorang Mrs. A yang kurang penyabar ni eh! ngeh! ngeh! ngeh!

Mrs. A join Giveaway By Lady Dini 1.0 semoga bertuah ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Kuantan : Kosma Business Hotel

Kuantan : Kosma Business Hotel

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Kuantan : Kosma Business Hotel. Sempena cuti Deepavali baru-baru ni Mrs. A sekeluarga telah bercuti ke Kuantan. Sebetulnya ikut Mr. A, team bola beliau ex-Malaysia u16 89/90 telah memilih Kuantan pula sebagai tuan rumah pada kali yang ke 8 ini. 

Okay sebelum bercerita panjang Mrs. A nak share mengenai Kosma Business Hotel di bandar Kuantan ini tempat we all transit sebelum ke destinasi sebenar. Kosma Business Hotel ini lokasinya sangat strategik seandainya untuk singgah bermalam kerana hanya berjalan kaki sahaja untuk ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, bersebelahan dengan Kuantan Mall, berdekatan dengan Stadium Darul Makmur dan dekat jugak kalau nak pergi ke Tanjung Lumpur tempat famous nak makan-makan seafood/ ikan bakar.

Kuantan : Kosma Business Hotel

Kosma Business Hotel
Katil queen ngamlah untuk Aryssa dan Mrs.A๐Ÿ˜Š

Kosma-Business-Hotel
Luggage kongsi dengan Aryssa

Kosma-Business-Hotel
Ada boiler kalau nak masak air buat nescafe panas

Kosma-Business-Hotel
Bathroom bersih dan yang penting ada water heater serta pressure yang kuat ๐Ÿ˜„

Kosma-Business-Hotel
Baring-baring meluruskan badan ✌

Kosma-Bussines-Hotel
Tak snap gambar ni pun pinjam Mr. Google aje

Kalau ikutkan Mr. A dia nak family room yang jenis connection room tu tapi disebabkan dah fully booked kekdahnya we all amik aje Standard A room bilik sebelah-sebelah so itu yang partner pun bertukar tu muahahhaaaa... Mr.A sebilik dengan Adik dan Aryssa dengan Mrs. A. Lain-lain kemudahan ada Wifi dan jugak complimentary breakfast. Okay sesangat kalau setakat nak tumpang tidur aje. Harga semalam sangat berpatutan gittewww...

Okay itu sahaja nak share pasal transit di Kosma Business Hotel next Mrs. A sambung cerita kisah kami di Kuantan lagi ya.






MRS.A my blog my stori ©