September 2021 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: September 2021
Ulang Tahun Perkahwinan

Ulang Tahun Perkahwinan

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Ulang Tahun Perkahwinan. Tabarakallah 20 tahun sudah Mr. dan Mrs. A di alam rumahtangga doakan kami hingga ke Jannah ya.... Semalam 29 September 2021 genaplah 20 tahun usia perkahwinan Mrs. A dan husband. InSyaAllah lagi 5 tahun dah boleh digelar Jubli Perak gittewww...

Semalam 29092021 lebih kurang pukul 12.30 tengahari macam tu entah apa mimpi Mr. A tiba-tiba call Mrs. A katanya pukul 1.00 nanti tunggu kat bawah/ lobby office. Bila Mrs. A tanya kenapa nak belanja lunch ke dia tak jawab pun dia kata turun ajelah jangan banyak citer muahhhaaa... hurm... sabar yolah dah faham dah fiil dia memang cenggitu suka nau-nau nak wat surprise. Nak dekat lunch hour tu Mrs. A pun turun ajelah lebih kurang 10 minit gak tunggu baru dia sampai terus Mrs. A masuk dalam kereta. 

Bila sampai kat traffic light lampu merah dia pun keluarkan paper bag Poh Kong. Waaa sukanya iols 😍😍😍 bila tengok isi kandungan paper bag tu πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ terus mencuba dedua gift tu, satu okay ngam size Mrs. A. yang satu lagi tu terlebih panjang. Dipendekkan cerita Mrs. A ajak pergi Poh Kong semula dan tukar ikut citarasa Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh!

Ulang Tahun Perkahwinan - Sebelah malam pulak ada small celebration. Tahun lepas kepci [SINI]

Ulang tahun perkahwinan
Kasi chance ibu dengan babah potong kek ya anak-anak 😜

ulang tahun perkahwinan
Mr. A belikan ice-cream cake

Pastu dia suruh Mrs. A order Pizza Hut. Mrs. A food panda kan ajelah minta Aryssa yang orderkan. Mrs. A dan Aryssa memang selalu jadi tukang order cause the boys kurang arif flavor apa yang nak order gittewwww...πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘

Ulang tahun perkahwinan
Mushroom soup, chicken wing and pizza 2 ketul

Ulang tahun perkahwinan
Kena guna pisau betul baru boleh potong, ice-cream cake tu masih keras lagi

Ulang tahun perkahwinan
Along dan Adik, Aryssa tukang snap aje

ulang tahun perkahwinan
Eh! mintak sikit πŸ™ˆπŸ™ˆ

Pasanganmu adalah takdirmu. 
Pasanganmu adalah rezekimu, pilihanmu, takdirmu. Maka jangan memandang kepada selain milikmu, dan jangan membanding-bangdingkannya dengan yang bukan milikmu. 
Ustaz Dr. Syafiq Riza Basamalah, MA.

Suka dengan kata-kata kat atas ni kekdahnya itu yang Mrs. A share kat blog. Tabarakallah 20 tahun sudah. Selamat ulang tahun perkahwinan buat diri sendiri 😊dan husband. Semoga kami istiqamah  hijrah ke arah yang lebih baik untuk sama-sama menuju ke Syurga Firdausi.



 
Aktiviti Cuti Hari Malaysia

Aktiviti Cuti Hari Malaysia

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Aktiviti Cuti Hari Malaysia. Di sebelah pagi pada cuti hari Malaysia tu Mrs. A telah berjogging. Memang teringin sangat nak berlari pagi tu, ajak Aryssa tak nak, ajak Adik pun tak nak so #mrsarunning seorang diri. Seorang pun boleh tapi tulah bila selfie-selpot muka sumer garang je muahhahhaaa...

Kalau sebelum ni Mrs. A rekod larian guna Apps Strava tapi pagi cuti hari Malaysia tu Mrs. A sajalah tukar nak cuba Apps Jom Run pulak. Terpengaruh selepas view IG seorang kawan yang champs ni buat promosi larian guna Apps Jom Run. 

Mrs. A mula keluar berlari dari rumah lebih kurang pukul  7.58 pagi. Dari gate rumah brisk walk sehingga melepasi guard post. Macam biasa lepas guard post barulah lari jangan tak lari. Disebabkan running seorang diri terpaksalah selfie muka pun garang jer...πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ 

Aktiviti Cuti Hari Malaysia - #mrsarunning
Cuti Hari Malaysia
Tak  mampu nak haplod kat IG muahahhaaaaa...

Gambar kiri atas adalah selfie pertama pada hari itu setelah berlari 1.37 km. (officemate Mrs. A replied apsal garang sangat muka tu) πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… Gambar lain-lain tu tak ingat kilometer ke berapa lagi pun di Apps Jom Run "free" Mrs. A tiada features bergambar macam Apps Strava dan di setiap gambar ada tulis kilometer ke berapa gambar tersebut kita snap.

Hari Malaysia
Oiii!!! Jom Run apsal KM kau sikit ha!?

Menjadi sedikit musykil di fikiran Mrs. A sehingga sekarang kilometer yang direkod oleh Jom Run lebih pendek berbanding Strava walhal time nih! Mrs. A siap keliling tasik Forest Park lagi cause tasik dah open dek Fasa 3 PPN. Hurmmm... next running Mrs. A nak try Apps lain pulaklah maybe Garmin atau Suunto.

Lagi 10 minit pukul 9.00 tak salah Mrs. A dah sampai rumah semula. Tengok penghuni rumah masih dibuai mimpi lagi huhuhuu.... haish! sabar yolah. Kekdahnya Mrs. A pergi beli aje breakfast iaitu roti canai as requested by Mr. A di Restoren Yusof  A, Jalan Rahang. Kiranya breakfast pagi tu makan roti canai sahaja.

Aktiviti Cuti Hari Malaysia - Lunch at Casa Lagenda City Park Seremban 2

Sedang Mrs. A kemas-kemas tu Mr. A cakap lunch nanti kita makan luarlah tempat biasa kat S2 tu. Nanti bagi tahulah budak-budak saya nak keluar jap. Yeayyy!!! I likes tak yah masak gittewww... Alhamdulilllah setelah beberapa bulan terkurung dek PKP akhirnya dapat jugaklah family day out walaupun masih ada lagi sedikit rasa paranoid. 

Pada cuti Hari Malaysia 16 September itu cukup corum we all lunch di Restoren Casa Lagenda City Park Seremban 2 tempat Favorite babah depa.

Hari Malaysia
Along, 😊, Aryssa, Mr.A dan Adik

Hari Malaysia
Ferfeeling adegan minum dalam K-Drama 'Lovers of the Red Sky' 😝

Hari Malaysia
Siakap masak asam nyonya

Hari Malaysia
Udang butter basah. Udang butter kering terlupa nak snap

Hari Malaysia
Taufu masak apa ntah tak ingat

Hari Malaysia
Disebabkan sayur pucuk keledek tiada time tu tukar kepada sayur Bendi

Hari Malaysia
Portion seorang Mrs. A

Hari Malaysia
Girls thing 😍😍😍 #wefie

Ku fikir selepas lunch terus pulang ternyata meleset sangkaan itu muahhaaahaa.... Ntah! apa mimpi Mr. A dia bawak pergi jalan-jalan Port Dickson. Konon-kononnya nak lepak di tepian pantai, nan hado uols. Manusia terlalu ramai di tepi-tepian pantai dari Batu 4 Telok Kemang tu sehinggalah ke Batu 10 Blue Lagoon huwaaaaa....waa...waa.. takpelah takyah  turun seriau pulak SOP ke laut nanti. 

Kekdahnya we all jalan-jalan naik kereta ajelah. Gigih jugak tu singgah ke Lexis Hibiscus nak surveylah konon. Ya Ampun ramai sungguh umat manusia ha! dengan bas-basnya dengan kereta penuh parking tinjau kat area lobby pun ramai sangat orang. Hurm... ntah mana datang pun tak tau πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Balik ajelah jawapannya lagipun hari dah petang. On the way nak balik tu singgah sebentar di PD Famous Cendol pekena cendol dulu lagipun cuaca panas sangat, memang sesuai untuk minum cendol.

Aktiviti Cuti Hari Malaysia - Minum cendol di PD Famous Cendol

Nama aje PD Famous Cendol tapi kat sini ada macam-macam stall minuman dan makanan jugak. Ini jugak adalah pertama kali Mrs. A singgah di sini. Ada pelbagai jenis cendol, ada cendol pulut, cendol ais-krim, cendol jagung dan lain-lain lagi.

Hari Malaysia
Cendol jagung pilihan Mrs. A πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Sebelum pulang tu sempat bergambar dengan 'Bro Hari Malaysia'. πŸ‘πŸ‘πŸ‘ Beliau memang dibayar upah oleh PD Famous Cendol sebagai tarikan untuk customer bergambar pada Hari Malaysia tersebut.

Hari Malaysia
Selamat Hari Malaysia tanahairku yang tercinta πŸ’–πŸ’–πŸ’–

Cuti Hari Malaysia well spent Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Okay itu sahaja kisah aktiviti cuti Hari Malaysia Mrs. A sekeluarga.





Wordless Wednesday #4/2021 - Face Mask

Wordless Wednesday #4/2021 - Face Mask

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #4/2021 - Face Mask. Tak banyak idea nak menulis Mrs. A buat cerita bergambar ajelah sempena Wordless Wednesday nih! Dapat idea nak cerita kisah face mask ni pun bila baca entry di blog legend Ben Ashaari ialah sedikit hari lagi kita mungkin dah tak perlu untuk pakai face mask lagi so kekdahnya nanti bolehlah scroll blog sendiri sambil mengimbau kenangan face mask yang pernah Mrs. A pakai.

Mrs. A bukanlah seorang penggemar face mask pun tapi suka matchy-matchykan warna face mask dengan baju yang dipakai dalam erti kata lain sedondon dengan warna baju. Rasanya kebanyakkan perangai perempuan memang cenggitu kot eh! 😜😜😜

Wordless Wednesday #4/2021 - Face Mask. 

WW
Awak nampak Ungu 😊😊😊
WW
Di awal-awal pemakaian face mask Mrs. A setia dengan brand Medicos (headloop) warna biru ni

WW
Kemudian Mrs. A dah bertukar rasa ke brand Himaya

WW
Awak nampak biru 😜😜😜

WW
Mrs. A suka warna-warna dari brand Himaya ni

WW
Bila dah disarankan pakai double face mask Mrs. A suka brand Rimask

WW
Rimask so far ada 3 warna jer...

WW
Selepas pulang berkerja tengok-tengok ada parcel Rimask red 

WW
Bila guna fabrik face mask kena beli filter jugak. 

WW
Seller claim 5 layers so haruslah seorang Mrs. A ngecek muahhhaaaa

Wordless Wednesday #4/2021 - Face Mask. 

Semusim yang lalu bila face mask ataupun pelitup muka diwajibkan Mrs. A selesa guna yang bertali tapi tulah, takde pulak snap gambar hurm... terasa ralat sikit di situ. Kisah lain face mask Mrs. A [SINI]



Mesyuarat Makcik-Makcik

Mesyuarat Makcik-Makcik

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mesyuarat Makcik-Makcik. Mesyuarat makcik-makcik sempena Kak Ngah A (niece) nak kahwin 😊 Nama mesyuarat jadi makcik-makcik cause yang dijemput hanyalah makcik-makcik sahaja. Pakcik-pakcik tidak dijemput memandang pada tarikh mesyuarat tu Along (b.i.l) tiada di rumah, ada hal tertentu yang tidak dapat dielakkan. So kekdahnya biras (Kaklong) Mrs. A kata mesyuarat makcik-makcik on tetap on nanti kita up-date aje keputusan mesyuarat kepada pakcik-pakcik so pepakcik ikut ajelah keputusan mesyuarat gittewww...

Mesyuarat Makcik-Makcik.

Mesyuarat makcik-makcik
Tempat mesyuarat rumah kaklong

Time 'family get together' di Jiboi sebelum ini biras/kaklong Mrs. A dah ada bagitahu dia nak buat mesyuarat nak discuss tentang majlis kahwin Kak Ngah. InsyaAllah tarikh langsung yang dirancang adalah Februari tahun depan. Tak lama lepas tu ada jugak group whatsapp makcik-makcik diwujudkan. Dalam tulah siap dimaklum agenda hahahaa... tergelak Mrs. A baca  antara agenda mesyuarat adalah    1. tema pakaian; 2. agenda majlis; 3. D day & before majlis; 4. menu makan dan lain-lain hal yang bersangkut-paut teringat pulak mesyuarat pembahagian tugas time s.i.l nak kahwin tahun 2014 [SINI]

Mesyuarat makcik-makcik telah berlangsung pada 11 September 2021 walaupun masa yang diwar-warkan pukul 2.30 petang tapi Aryssa dan Mrs. A sampai paling lewat lebih kurang pukul 3.00 petang. Tapi ok jer... time Mrs. A sampai tu mesyuarat belum berlangsung lagi. Bebiras Mrs. A yang dah sampai duluan tu mereka sedang menjamu selera sebagaimana yang telah dimaklumkan lunch provided oleh organiser mesyuarat. Mrs. A lambat cause masak untuk lunch rumah sendiri terlebih dahulu atas permintaan Mr. A gitttewwww... [alasan win sangat] tapi Mrs. A makan jugak kat rumah kaklong tu muahahhaaaa....

Walaupun yang dijemput makcik-makcik tapi ada juga dua orang pakcik yang datang iaitu Alang (b.i.l) dan husband s.i.l.

Mesyuarat Makcik-Makcik.

mesyuarat
Lala, N, Mrs. A, Kaklong dan S.i.l

Mesyuarat
Seoarang pakcik melayan anak-anak sedaranya

Emak kaklong dan adik kaklong serta anak dia pun turut hadir ada satu gambar lagi ada Aryssa serta nieces tapi tak sesuai untuk tontonan umum 😜😜😜 

Alhamdulillah mesyuarat makcik-makcik berjalan lancar dan mencapai maksud yang diinginkan. Lama betul we all bermesyuarat hahahaa sampai ke pukul 6.00 petang walaupun agenda dah habis awal tapi biasalah bila dah ramai memakcik yang berkumpul memacam cerita keluar. Esoknya tu KakNgah, N dan s.i.l telah pergi membeli baju tema. Tema family pengantin dan mak-maksedara adalah sedikit berbeza.

Mesyuarat
Color tema family perantin 😊

Walaupun masing-masing nampak happy tapi tetap terasa sangat kelainannya tanpa kehadiran arwah M.i.l. Hanya doa yang mampu kami titipkan. Ya Allah cucurilah rahmat keatas roh arwah ibu kami. Hajah Zabidah binti Abu Bakar. Ψ§َΩ„Ω„َّΩ‡ُΩ…َّ Ψ§ΨΊْفِΨ±ْΩ„َΩ‡َΨ§ وَΨ§Ψ±ْΨ­َΩ…ْΩ‡َΨ§ وَΨΉَافِΩ‡َΨ§ وَΨ§ΨΉْفُ ΨΉَΩ†ْΩ‡َΨ§

Okay itu sahaja nak share kisah mesyuarat makcik-makcik. Mohon doakan majlis berjalan lancar dan diberkati olehNYA.


Dah Boleh Lari

Dah Boleh Lari

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Dah Boleh Lari. Entry ni dah lama pending kat draft huhuuhu... kisah lari jangan tak lari Mrs. A bermula semula pada bulan Jun 2021 time tu tiba-tiba terjebak join virtual run for Palestine [SINI]. Rentetan dari itu hampir setiap minggu Mrs. A berlari sehinggalah terhenti disebabkan dek PKPD di daerah Seremban. Tapi tulah dah lama tak lari nak mula balik ni adehhh! susahnya.

Rasa macam dah basi teruk kisah dah boleh lari ni tapi cerita jugaklah banyak dah gambar simpan kat gallery ni ha! Okay back to kisah virtual run for Palestine nih! salah satu syarat wajibnya kena berlari sejauh 7km jumlah larian tu boleh aje berperingkat macam yang Mrs. A buatlah. Larian pertama Mrs. A bersama Aryssa pada 05062021 sejauh 4.4km.

Dah boleh lari
Dah boleh lari
Sebelum lari tu wefie dulu 😊

Dah boleh lari
Dah separuh jalan selfie is a must gittewwwπŸ˜…

Esoknya tu Sunday morning 06062021 sambung berlari lagi masih ditemani Aryssa.

Dah boleh lari
Snapshot larian  Mrs. A.
Mrs. A guna Apps Strava untuk rekod larian. 

dah boleh lari
Aryssa 😍

Dah boleh lari
Muka ada happy setelah berjaya menamatkan larian

Aktiviti larian Mrs.A setakat hari ini adalah ikut trek larian yang sama iaitu dari rumah Mrs. A terus berlari sehingga ke Forest Park sepanjang laluan tu memang dah disediakan trek untuk pejalan kaki dan juga trek untuk berbasikal. Kekdahnya memang selalu ada aje orang yang jogging dan berbasikal. So takdelah rasa awkward sangat. Jarak larian Mrs. A didalam Apps tu selalu berbeza-beza rasanya Strava kira juga larian yang ulang-alik, patah balik, patah balik tu. 

Jikalau lari dengan Aryssa dia selalu tertinggal kat belakang so kekdahnya Mrs. A akan selalu ada adegan larian ulang alik nak tengok maa..naaaa? Aryssa ni ha cenggitulah! Ha! jangan underestimate seorang veteran ya muahahhhaaaa....

Larian terkumpul Mrs. A selama 2 hari adalah 4.4km + 4.7km sudah cukup dan lebih 7km. Tempoh larian untuk Run for Palestine by Runsteur itu adalah sepanjang 22 Mei sehingga 20 Jun 2021. Yeay!    I have finished the race hahahhaa... over la ko Mrs. A hoi!

Dah boleh lari
Penganjur ada juga bagi template macam kat atas ni so editlah sendiri masukkan gambar biar jadi memories gittewww...
 
Dah boleh lari lain kali Mrs. A sambung lagi kisah #mrsarunning. Ada beberapa siri lagi running ingat nak cerita sekali tapi macam malas nak sambung lagi huhuhuu...

Teringat pulak blogger NUR yang selalu running ntah kenapa blog dia dah tak aktif. Ada sesiapa tahu?





Family Get Together - BBQ Kambing Perap dan Ayam Perap Farm Grill

Family Get Together - BBQ Kambing Perap dan Ayam Perap Farm Grill

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Family Get Together - BBQ Kambing Perap dan Ayam Perap Farm Grill. Sempena Negeri Sembilan telah memasuki fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) eeecewahhhh! kemahen hahahaaa... Family side Jiboi telah sepakat nak adakan majlis get together al-maklumlah dah lama tak berkumpul sambil membawang gitttewww... Mr. A telah bermurah hati nak sponsor kambing perap dan ayam perap Farm Grill cause ada agen terdiri dari kawan-kawan dia juga walaupun tak dapat harga kawan-kawan muahhahaaa.... 

Kejadian family get together tu adalah pada Saturday night 04092021. Aturcara majlis seperti biasa solat Maghrib di Jiboi dan buat juga tahlil arwah M.i.l. kemudian terus solat Isyak sekali. Unfortunately time tu  biras N dan Mrs. A tak dapat turut sama berjemaah cecuti bendera merah.

BBQ Kambing Perap dan Ayam Perap Farm Grill.

Family get together
Sebelah petang dah mula bakar-bakar semestinyalah tugas Along πŸ˜€ anak Mrs. A yang sulung

family get together
Dalam satu bekas cenggini ada 3 ke 4 slice

family get together
Yang ni Mrs. A terlupa nak makan dah kekenyangan

Family get together
Ayam perap FarmGrill ni sizenya besar-besar

Family get together
Ini aje gambar makan-makan yang elok sikit huhuhuuu... dah kenyang makan BBQ Mrs. A sambung makan steamboat 

Selain daripada BBQ kambing perap dan ayam perap ada jugak menu steamboat ala-ala Johnny's πŸ˜‹πŸ˜‹. 
Family get together
Tak pastilah namanya apa fruit custard ke truffle ke hahhaaa... Ini b.i.l (sulung) yang bawa a.k.a Papa

Family get together malam tu tak cukup corum, family Ateh tak dapat join depa balik Port Dickson. Lagi seorang yang tak dapat join adalah Banglong S (nephew) dia kerja time tu tak sempat balik. Suasana terasa sedikit kehilangan tanpa kehadiran arwah m.i.l πŸ˜”πŸ˜’. F.i.l pun dah tak  banyak bercakap macam dulu-dulu. Lebih banyak bersedih mengimbau kenangan lalu. Kami cuma mampu berdoa agar sedihnya terus berkurang seiring waktu berlalu. 

Subhanallah Alhamdulillah semoga silarturrahim terus terjalin hingga ke Jannah.




Salam Jumaat - Kita Jaga Allah, Allah Jaga Kita

Salam Jumaat - Kita Jaga Allah, Allah Jaga Kita

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat - Kita Jaga Allah, Allah Jaga Kita

salam jumaat

Kredit : @noumanalikhanofficial

Sajak 'Atuk Merdeka'

Sajak 'Atuk Merdeka'

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Sajak 'Atuk Merdeka'. Walaupun hari ini dah 1 September Mrs. A sajalah nak blogkan mengenai sajak 'Atuk Merdeka' ini. Sajak ini ada kenangan yang tersendiri sewaktu zaman persekolahan Mrs. A yang lalu fuyyoo.. lama gila dah ni tahun 1992 time tu Mrs. A form 5. 

Mrs. A pun dah ingat-ingat lupa. Sajalah Mrs.A tanya pakcik Google tadi kebetulan terjumpa pulak sajak 'Atuk Merdeka' ini semula. Seingat Mrs. A time tu cikgu suruh tulis mengenai kemerdekaan Malaysia apa-apa sajalah mengenai sajak ke, pantun ke, cerita ke tak kisahlah janji berkaitan kemerdekaan. Punyalah mengelabah tak tahu nak buat apa, Mrs. A lah orang yang paling last hantar huhuhuhu... ntah! macam mana seorang Mrs. A terjumpa sajak 'Atuk Merdeka' ni fuh! selamat lagipun cikgu tak kisah kau copy paste ka idea sendiri ka janji ada muahahhaaaa....

Sajak 'Atuk Merdeka'

Mrs.A
Gambar tiada kaitan dengan Sajak Atuk Merdeka ngeh! ngeh! ngeh!


Sajak 'ATUK MERDEKA'
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi kayu.

Jika kau menjadi kayu,
Jadilah kayu golf,
Disebut kayu tetapi besi,
Diulit Dato', tauke dan menteri.
Jangan kau menjadi tunggul.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi pagar.

Jika kau menjadi pagar,
Jadilah pagar karan,
Dipicit suis power berjalan,
Dirempuh diusik, boleh pengsan.
Jangan kau jadi pagar makan padi.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau besar nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi mangkuk.

Jika kau menjadi mangkuk,
Jadilah mangkuk purba zaman batu,
Buruan ahli arkeologi setiap waktu,
Membawa bukti tamadun dan ilmu.
Jangan kau menjadi mangkuk hayun.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi bintang.
Jika kau menjadi bintang,
Jadilah bintang di langit,
Tiada boleh ditukar wang ringgit,
Tidak boleh dijolok dikait.
Jangan kau menjadi bintang tiga.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi seluar dalam.

Jika kau menjadi seluar dalam,
Jadilah seluar dalam Superman,
Sarung di luar nampak gentleman,
Tiada manusia memberi komen.
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin MERDEKA .

Jika kau ingin MERDEKA ,
Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka,
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat,
untuk membeli kayu,
untuk membeli pagar,
untuk membeli mangkuk,
untuk membeli bintang,
untuk membeli seluar dalam,
untuk membeli MERDEKA.

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA !!!


Time cikgu check hasil kerja Mrs. A tu tergelak-gelak dia baca hahahaa tapi tak dapatlah A B C D E F G hurm... sendu hahahhaa...itulah yang membuatkan Mrs. A ingat sangat pasal sajak Atuk Merdeka sehingga ke hari ini. Kenangan menggamit jiwa sungguh!

Lagipun sekarang ni kita semua dah betulkan yang biasa kan...kan..kan... bukan pagar makan padi ya tapi pegar kekdahnya pegar itu adalah sejenis burung ooooppsss!

Walaupun ketika zaman persekolahan tu Mrs. A tak pernah ambil tahu siapakah pencipta sajak 'Atuk Merdeka' tersebut tapi hasil tanya pakcik Google, Mrs. A dah tahu dah penciptanya adalah seorang kartunis lejen dan kartunis yang memang Mrs. A minat jugak iaitu Kartunis Ujang. Mrs. A pun memang follow IG dia @kartunis_ujang jom la follow eh! tiberrr... hahhaaa

Okay itu sahaja nak citer secebis kenangan di bulan kemerdekaan.



MRS.A my blog my stori ©