November 2020 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: November 2020
November Babies

November Babies

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

November Babies. Last Saturday night 14112020 ada celebration untuk November babies di rumah parents in-law Mrs. A iaitu di kampung Jiboi Baru. Mrs. A ingatkan tahun ini tiada sambutan disebabkan PKPB tapi ada juga yang rajin nak organize iaitu b.i.l Mrs. A yang Alang tu.

November Babies tak cukup corum disebabkan PKPB tak lepas balik dan ada yang kuarantin.

november babies
From left Imran, KakNgah Anies, Along Haiqal dan Putri Batrisya 

november babies
Ice-cream cake bakers cottage sponsor oleh Alang family

November babies lagi 3 orang yang tak hadir pada malam tersebut adalah s.i.l, dak abang dan juga Cuna. We all hanya berhubung melalui whatsApp aje pada malam tu. Bak kata s.i.l takpelah InSyaAllah tahun depan ada rezeki kita sambut sama-sama teringat kemeriahan di tahun 2018 [SINI]

Sambutan malam tu diadakan lepas maghrib. Adik dan Aryssa dah datang awal dari pagi. Along datang petang. Mr. A dan Mrs.A datang selepas maghrib adalah bawa sedikit buah tangan. Kebanyakkan food dah tersedia time Mrs. A sampai. Cuma tolong potong-potong buah aje. Menu malam tu organizerlah yang sediakan iaitu N wife Alang. Lain-lain menu utama adalah satay. Alhamdulillah rezeki.

Betapa PKP telah membataskan pergerakan manusia. Marilah kita sama-sama sentiasa berdoa agar covid 19 akan segera meninggalkan muka bumi ini. Ya Allah hanya kepada mu kami berserah dan meminta pertolongan makbulkanlah permintaan kami.

November Babies semoga dikurniakan umur yang berkat, sejahtera di dunia dan juga di akhirat kelak.





Hujung Minggu Yang Aktif.

Hujung Minggu Yang Aktif.

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Hujung Minggu Yang Aktif. Kisah dua minggu yang lalu huhuuhu... hujung minggu yang aktif dan terlebih rajin al-maklumlah badan dah terasa berat sangat dek lama sangat tak melakukan aktiviti keluar peluh. Last Mrs. A melakukan aktiviti keluar peluh [SINI]. Pada petang Sabtu 07112020 lebih kurang pukul 5.15 petang Mrs. A telah join Aryssa dan Adik brisk walking dari rumah ke Forest Park kemudian kembali semula ke rumah. Adik dan Aryssa sejak tak boleh ke sekolah dah banyak kali depa brisk walking dan jogging Mrs. A aje yang malas. 

Hujung Minggu Yang Aktif

Hujung minggu
Selfie seketul sementara menunggu dua beradik kat belakang tu

Hujung minggu
Aryssa dan Adik di permulaan brisk walk tu kemain laju lagi

Di permulaan aktiviti ni Mrs. A memang ada add tracking apps guna Google Fit mula-mula memang alert sekejap tengok, sekejap tengok tapi setelah meleka... syiok punya pasal brisk walking sambil membebel kat Aryssa dan Adik dah terlupa pasal tracking steps tu ๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž. Bila dah sampai rumah baharu teringat bila check tengok-tengok mende alah tu dah stop di kilometer 3.99 dengan steps 5248 sahaja calories burned pun tak nampak adoiiila... ralat sungguh. Kalau nak di kira jauh dari rumah Mrs. A ke Forest Park dan pusing ikut jalan belakang kembali ke rumah Mrs. A adalah lebih kurang 5 kilometer. Takpelah next time nak pastikan apps Google Fit tu merekod dengan jayanya gittewww...

Hujung minggu
Perjalanan brisk walking sewaktu pergi ikut jalan lain (kira sebelah hadapan)
yang nampak bumbung tu SJKC Kanchong

hujung minggu
Aryssa kata tak ramai macam biasa. Lorrr.... patutler... PKPB uols!๐Ÿ˜จ๐Ÿ˜จ๐Ÿ˜จ

Malam tu bila tengah rilexs-rilexs sambil tengok phone terbaca pulak status whatsapp kawan-kawan berkaitan SOP ketika PKPB alamak! riadah tidak dibenarkan ๐Ÿ˜•๐Ÿ˜•๐Ÿ˜• lalu Mrs. A pun menGoogle semata-mata nak tahu dan pastikan SOP PKPB berkaitan aktiviti sukan. 

~ Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN ~

Phewww!!! mujurlah dibenarkan. Petang tu Mrs. A, Aryssa dan Adik sempat jugaklah brisk walking dua tiga round di Forest Park kemudian barulah we all gerak pulang.

Hujung minggu yang aktif
Hujung minggu
Time nak balik dua-beradik tu dah jauh Mrs.A tinggalkan depa bukannya brisk walking lagi dah jalan macam biasa sambil membawang cet!

Hujung  minggu
Jalan sebelah belakang ni ada construction iaitu disebalik hoarding hijau. Kurang selesa sikit cause banyak anjing. Tapi anjing-anjing tu takdelah kacau. Nun sayup-sayup yang nampak bumbung banyak tingkap tu pulak SMK Forest Height

Pemenang brisk walking pada petang itu adalah ibu yeay!!! tua pun boleh! eh! tiberrr.... muahhhaaaaa so kekdahnya lebih kurang pukul 6.20 petang macam tu Mrs. A dah sampai rumah. Kalau masuk fun run kira lambat jugak tu untuk jarak 5 kilometer. #poyolahkomrsahoi Lambat sebab stop bergambarlah, menunggu Aryssalah bump dengan kawan-kawan sembanglu. Aryssa dan Adik tu kekdahnya tak jalan laju pun lebih kepada membawang. 

Kononnya petang Ahad tu nak brisk walking lagi. Elok dah siap bagai hujan turun melebat pulek! so kekdahnya jump rope kat porch rumah ajelah.

Hujung minggu
Kasi chancelah Sis terapung sekali sekala

Lama sangat dah tak skipping dah lupa cara-cara mudah nak skipping a.k.a jump rope. Struggle jugaklah mula-mula tu tapi setelah beberapa percubaan oklah practice make perfect. Skipping je sesuka hati dah penat stop hahahaa... takdelah Mrs. A buat lompat 30 kali pastu stop 1 minit rehat. Kemudian lompat lagi dan lagi dan seterusnya stop 5 minit rehat pulak. Lebih kurang 20 minit cukuplah tu sakit koting den ha! Actually lebih kepada nak support Aryssa road to kurus katanya tapi ibu pulak yang overrrr....

Okay itu sahaja kisah Hujung Minggu Yang Aktif. Harapnya maintainlah tak mau hangat-hangat tahi ayam huhuhuuhu...




Cenderahati Dari Blogger Dana

Cenderahati Dari Blogger Dana

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Cenderahati Dari Blogger Dana. Keriangan berganda hahahaaa... tiberrr... kat office dapat hadiah misteri sampai rumah tengok kat atas almari make-up Mrs. A ada sampul surat tapi dah boleh agak ini mesti cenderahati yang Dana cakap tu kot, bila bukak sah memang betul heheheee... touching iols!

Alhamdulillah terima kasih Dana walaupun kita tidak pernah bersua muka tapi blog telah menjalinkan ukhwah sesama kita. Manalah tahu satu hari nanti ada pulak rezeki kita berjumpa kan..kan..kan...

Cenderahati Dari Blogger Dana.

cenderahati
Tasbih dan face mask extender

Menurut Dana cenderati itu adalah tanda terima kasih beliau kerana rajin berkunjung ke blog beliau DANA  Yeay! Mrs. A suka, touching pun ya jugak sebab Mrs. A termasuk dalam senarai yang Dana bagi cenderahati itu. Terbaiklah Dana. Mrs. A doakan Dana dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selalu.

Blog Dana adalah salah satu blog yang memang Mrs. A suka singgah. Salah satu faktornya adalah suka entry yang ditulis dari hati gittewww... Lagi satu Dana rajin masak-masak dan share resepi, selalu tengok gambar masakan dia sedap-sedap je... Pernah jugak la terinspirasi nak jadi macam Dana yang rajin masak-masak walaupun pada hari bekerja. Tapi nampak gayanya menjadi nyata sekejap ajelah di waktu PKP hari tu. Bila dah bekerja ni ke laut semula masak-masak di hari kerja tu adeh!

Okay itu sahaja nak share kisah Cenderahati Dari Blogger Dana. Semoga ukhwah berpanjangan dan manis-manis sentiasa.





Hadiah Misteri Dah Sampai

Hadiah Misteri Dah Sampai

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Hadiah Misteri Dah Sampai. Petang semalam sebelum balik dari office mujur tak jauh lagi dari kotak barang-barang delivery, terima call LZ katanya ada barang Mrs.A kat kotak. Eh! pelik sikit cause Mrs. A takde order barang pastu check jugaklah. Bila check nama pengirim oh! baru Mrs. A ingat hadiah misteri menang segmen dari blogger Misya kekdahnya.

Hadiah Misteri Dah Sampai.

hadiah misteri
Kasi chancelah pemenang nak enterframe sekali ha ngeh! ngeh! ngeh!

Alhamdulillah rezeki Mrs. A menang hadiah misteri dari Misya kerana join segmen [SINI] Hadiah tersebut merupakan sekeping folder case from Skirtbysisters untuk simpan dokumen ataupun sijil-sijil pun boleh.

Terima kasih Misya hadiah dah pun selamat Mrs. A terima. Semoga Misya dilimpahi rezeki selalu. Kalau readers nak tahu Misya juga adalah seller/ agent untuk F.timber brand kalau berminat nak beli hand bag F.timber bolehlah skodeng  instagram ftimberbymisya_putrajaya macam-macam ada uols.

Okay itu sahaja nak share kisah Hadiah Misteri Dah Sampai.



Happy 18th Birthday Along

Happy 18th Birthday Along

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Happy 18th birthday Along. Semalam 6 November adalah ulang tahun kelahiran anak sulung Mrs.A yang mesra dipanggil Along. Allahu sekejapan aje dah 18 tahun itulah masa sekarang terasa sangat cepat. Mrs. A dan babahnya pun tua dah huhuhuhuu....

Tahun lepas ketika celebrate birthday bersama family kecil kami Along sedang menghadapi SPM [SINI] tahun ini pulak masih study lagi tapi secara on-line cuma lebih rilexs sedikit study on-line pun bukan hari-hari ada seminggu cuma 2 atau 3 kali sahaja. Alhamdulillah malam tadi adalah sedikit celebration kecil-kecilan among us gittewww...

Happy 18th birthday Along.

Happy birthday
Happy 18th birthday Along dah remaja anak ibu hiks!

Happy birthday
Haruslah ada moments potong-potong kek gitttewww....

Happy birthday
Beli pizza pulak as requested by Aryssa kalau ikut birthday boy dengan Adik nak KFC

happy birthday
Beli cake di Secret Recipes Jusco S2 sebab sini takde Bakers Cottage dah closed

hapyy birthday
Ada jugak moments ibu suap kek kat Along ha!
tapi tak tahu apsal ibu over ketawa ntah! ngeh! ngeh! ngeh!

Alhamdulillah syukur rezeki dapat meraikan birthday Along yang ke 18 tahun kecil-kecilan sahaja sekadar termampu. Tahun lepas ada juga celebration untuk Novemberian [SINI] tahun ini tak pastilah pulak lagipun PKPB area kami dan s.i.l terlibat sama. Memang agak sukar nak berkumpul beramai-ramai pada masa PKP nih! Sama-sama kita berdoa semoga virus COVID 19 akan segera meninggalkan muka bumi ini. 

Harapan ibu semoga Along berjaya di dunia dan juga di akhirat kelak. Jadilah hamba Allah yang selalu dan sentiasa mentaati perintahNYA. Kita jaga Allah, Allah jaga kita. InSyaAllah. Okay itu sahaja nak share kisah happy 18th birthday Along. Selamat berhujung minggu dear readers. #kitajagaAllah #Allahjagakita






PKPB Di Daerah Seremban dan Banjir Kilat

PKPB Di Daerah Seremban dan Banjir Kilat

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

PKPB Di Daerah Seremban dan Banjir Kilat. Wah! lamanya Mrs. A tak bermonolog di blog. Ntahlah! apa kes mood merudum takde motivasi nak menulis kot. Bukan setakat di blog di lain-lain social media Mrs. A pun sama jer... sendu. Today paksa jugaklah menulis up-date seorang Mrs. A. Tiada apa yang menarik pun sajalah nak share esok daerah Seremban dah kena PKPB. 

PKPB di Daerah Seremban. 

PKPB
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat #PKPB

Hurm... tak tahulah nak suka ke nak sedih ke yang pasti Mrs. A kena bekerja seperti biasa essential services lah katakan. Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran pun dah siap sediakan format surat pengecualian PKPB so staff yang rasa-rasa berkeperluan kenalah print out sendiri. Mana yang rasa-rasa susah nak print out sendiri mintalah tolong kengkawan ha! gitttewww.... PKPB kali nih! takdelah haru-biru atau pun huru-hara sangat macam yang sebelum ini. Alhamdulillah pengalaman telah mengajar kita apa erti PKPB eeececewahhh!!! muahhhaaaaa...

Belum pun bermula PKPB di daearah Seremban ni satu lagi trajedi telah melanda rakyat Negeri Sembilan iaitu banjir kilat. Pagi tadi hujan lebat sangat lama pulak tu tapi Mrs. A tak sedar pun officemate yang cakap. Haish! teroks punya Mrs. A tidur tak hengat dunia. Patutlah Mrs. A tengok porch kat luar rumah tadi basah ingatkan hujan biasher-biasher jer... rupanya hujan luar biasa yang telah menyebabkan banjir kilat.

Banjir Kilat di Daerah Seremban.

banjir-kilat
Banjir kilat di Seremban 04112020 banyak kawasan terlibat di antaranya Mambau, Kuala Sawah, Rantau, Bolsom, Dato' Mansor, Dusun Nyior dan lain-lain lagi

Tumpang simpati kepada sedara mara sebelah Mr. A yang terlibat secara langsung dengan banjir kilat nih! iaitu keluarga PakNgah dan cousins Mr. A di area Kg Mambau dan Kuala Sawah. Trajedi sungguh! habis dalam rumah digenangi air mujurlah kereta sempat diselamatkan  ke atas jalan raya so tak kena air. Kalau tak bertabahlah nak pergi service kereta. Menurut salah seorang cousin Mr. A tu dia pun tak sempat nak selamatkan apa-apa nak gerak dari rumah bawah ke rumah atas pun air dah paras leher Allahhuakbar! dugaan sungguh. Tapi mereka tetap bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa katanya. 

Didoakan mereka yang terlibat dalam kejadian banjir kilat ini tabah dan banyak bersabar. Pasti ada hikmah disebaliknya. Walaupun Mrs. A tak terlibat secara langsung tapi tumpang sedih dan simpati. Mrs. A tahu ada insan-insan budiman yang membantu. Mrs. A ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang telah membantu samada dari segi wang ringgit mahupun masa dan tenaga. Semoga kalian semua dilimpahi rahmat dan rezeki selalu hendakNYA. InSyaAllah. 

Okay itu sahaja nak share kisah PKPB Di Daerah Seremban dan Banjir Kilat.




MRS.A my blog my stori ©