Brisk Walk Di Forest Park - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Brisk Walk Di Forest Park

20 Julai 2020

Brisk Walk Di Forest Park

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Brisk Walk Di Forest Park. Sunday morning Aryssa, Adik dan Mrs. A membuat aktiviti brisk walk di Forest Park. Kalau ikut planning nak pergi Forest Park tu Saturday petang tapi tak jadi cause petang tu hujan. Forest Park ni dekat aje dengan taman tempat Mrs. A tinggal sekarang [SINI] ramai aje yang berjalan kaki ke sana tapi Mrs. A dan kids ada plan lain lepas tu so we go by car gittewww...

Apo ko bondo brisk walk tu? Brisk walk tu dari apa yang Mrs. A google maksudnya adalah aktiviti berjalan pantas/ laju. Tidak berlari dan tidak juga berjalan seperti biasa ha! bukan jalan lenggang kangkong ya... ianya lebih kepada berjalan dengan pantas/ laju. Brisk walk ini ikut suka hatilah berapa jauh nak jalan dan berapa lama nak jalan yang penting ikut kemampuan.

Brisk Walk Di Forest Park.


brisk walking
Aryssa, muka ada senyum happy dapat pi Forest Park
Meh! sini Mrs. A kongsikan fakta & kebaikan brisk walk.

Fakta berjalan pantas:-
  • Lakukan aktiviti jalan pantas anda pada kelajuan 4.8 kilometer sejam(km/j) hingga 8km/j.
  • Kelajuan lebih tinggi bermula 11.2 km/j hingga 16km/j. Menerusi aktiviti itu, denyutan jantung naik sekali gus membakar lebih kalori berbanding jalan pada kadar biasa.
  • Kuasa berjalan pantas membakar kalori sama jumlahnya seperti berlari laju tetapi tempoh masa lebih lama.
  • Berjalan pada kadar 7.2km/j selama satu jam membakar kalori seperti berlari setengah jam
  • Meningkatkan kelajuan berlari selama dua minit pada suatu masa, kemudian memperlahankan kelajuan.
  • Kelajuan berjalan tidak membakar kalori seperti berjalan biasa, tetapi menjadi latihan berkesan meningkatkan denyutan jantung, menyeimbangkan emosi dan meningkatkan kecergasan.
Kebaikan berjalan pantas 10 minit sehari atau 70 hingga 90 minit setiap minggu
  • Meningkatkan kecergasan badan
  • Mengurangkan sakit belakang
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Sensitiviti insulin meningkat
[kredit: bharian.com.my]

Brisk walking
Ada yang memancing.
Lama jugak we all kat Forest Park tu lebih kurang satu jam setengah. Aryssa dia tak brisk walk pun dia lebih kepada berjogging. Mrs. A dengan Adik je yang brisk walk. Adik ntah kenapa tak nak jogging selalu dia yang lari laju ke hadapan tapi pagi tu dia malas. Mrs. A memang tak plan nak lari lutut kondem derrr... huk!huk!huk! Mrs. A brisk walk dalam dua pusingan selebihnya tu jalan slow-slow atas batu sambil buka kasut. Adoiiila.... kelakar pun ada asyik duk sendawa-sendawa je nampak sangat banyak angin dalam badan tapi mujurlah keluar ikut atas kalau ikut bawah mau haru-biru muahahahaaa.....

Brisk Walk Di Forest Park
brisk walking
Siap buka kasut tau, adehhh! sakit uols!, orang kata kalau macam tu banyak toksin dalam badan Wallahulam. Mampu jalan separuh pusingan jer...

brisk walking
Adik
brisk walking
Permainan kanak-kanak mestilah ado
brisk walking
Trek basikal pun ada
brisk walking
Gigih buat menda alah parallel bar ni hahaaa...
brisk walking
ko mampu!?
brisk walking
Mrs. A was here  ehh!
Brisk Walk Di Forest Park. Semenjak PKP ini adalah 1st time Mrs. A keluar riadah bersama anak-anak. Seronok dan excited sangat. Harapnya lepas ni akan terus rajin nak menjalankan aktiviti sihat macam ni.








  • 15 ulasan:

    1. brisk walk mmg bagus utk perempuan..tak banyak pressure on lutut dan pergelangan kaki berbandiing dgn berjogging...akk pun tak tahan jalan atas batu2 refleksologi tu..samalah..mesti keluar angin...haha..

      BalasPadam
    2. Brisk walak ni tengah-tengah antara berlari dan berjalan pada pendapat PC.hehehe.Lagu dan cergas tapi langkannya tidak besar.

      BalasPadam
    3. Aktiviti riadah yang dapat menyihatkan badan

      BalasPadam
    4. Salam, blogwalking here. Oh, itu maksudnya brisk walk. Mmg ada perasan di tasik awam ada batu batu cam2. Baik utk kesihatan. Terbaik.

      BalasPadam
    5. tenang je taman tu, mesti best kan :)

      BalasPadam
    6. dana prefer lagi brisk walk dari berjoging kak hehehe... best nya park tuh, macam-macam ada macam takde orang sangat kak

      BalasPadam
    7. rajin riadah badan sihat laju je jalan

      BalasPadam
    8. Kawasan pun cantik.. memang seronok la kalau nak keluar kan peluh kat sini..

      BalasPadam
    9. Bestnya dapat brisk walk kat taman mcm ni.... kita selalu pusing taman rumah je... boringlah jugak lelama....
      Ye betul MA... nak lari takut lutut problem pulak.... baik baik boleh sujud jadi tak boleh pulak kang hahhaha

      BalasPadam
    10. pernah cuba.. dan menarik jua Brisk Walk ni. especially untuk orang slip disc macam saya ni xleh nak berlari sakan2.. just jalan laju dah memadai. janji buat consistent..

      BalasPadam
    11. PH pun sama, kalau jalan atas batu2 tu angin berzumba-zumba keluar :D

      BalasPadam
    12. Ya walk walk walk. Aktiviti yang sehat. Cantik kawasan tu, ada tasik lagi.

      BalasPadam
    13. aktiviti senaman paling mudah dan insya allah buat tiap2 hari seulan boleh kurus punya...

      btw kawasan pun tenang n nyaman je...

      BalasPadam
    14. haritu nampak meriah juga orang datang forest park ni. seronok brisk walk kat taman macam ni

      BalasPadam
    15. Syoknya briswalk tempat macam nie.. Sha dah stop sekejap sebab hujan pepetang..

      BalasPadam

    MRS.A my blog my stori ©