Netball Pertama Di Tahun 2020 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Netball Pertama Di Tahun 2020

15 Februari 2020

Netball Pertama Di Tahun 2020

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Netball Pertama Di Tahun 2020. Malam tadi ntah macam mana Mrs. A rajin jer... nak pi bernetball bila coach ajak. Actually coach ajak kat manager team SAINS pastu dia pun bagitahu la kat team siapa free coach ajak main netball kat center court dalam pukul 8.30 malam. Mahu tak laju dah gian sangat nak bernetball ha! setelah lima bulan stop. Last Mrs. A aktif adalah pada bulan September tahun lalu kisahnya tuh di [SINI]. Tapi tulah tak ramai pun yang dapat datang malam tadi tu. Yang gigih datang cuma 3 orang sahaja al-maklumlah masing-masing busy with life lagipun Saturday night. No heart feeling, we all okay je faham.

Netball Pertama Di Tahun 2020.

Netball Pertama Di Tahun 2020
Tiga mak-mak orang hiks!
Walaupun we all ni satu company tapi tulah, department lain-lain. Ada jugak yang office pun kat tempat lain itu yang bila berjumpa macam-macam cerita pasal netball keluar. Cerita paling hot semestinyalah kisah SBAM 2020 di Kedah. Sedar tak sedar sekejap aje 2 tahun dah berlalu. Kini dah sampai masa untuk Sukan Bekalan Air Se Malaysia ("SBAM") di SADA pula, 2 tahun lepas Johor kisahnya tuh di [SINI] Dari desas-desus yang didengar SBAM 2020 tak pastilah team netball akan turut serta atau tidak. Because company katanya nak jimat cost so hanya akan turut serta untuk separuh daripada acara yang dipertandingkan dan acara tersebut pulak yang boleh memberi pingat sahaja huhuhuu.... sabar yolah.

Okay takpe lupakan sementara kisah SBAM 2020 sambung lagi citer netball pertama di tahun 2020 Mrs. A malam tadi. Malam tadi tu Mrs. A takdelah pergi seorang seperti biasa ditemani oleh Aryssa dan Adik. Adik malam tadi pulak jadi paparazzi suka pulak dia snap gambar Mrs. A tengah main sajalah dia tu nak membahan lettew...

Netball Pertama Di Tahun 2020.

Netball Pertama Di Tahun 2020
Position Mrs. A semestinyalah defender GD
Bila dah tak larat tukar position GK
Actually GK adalah position sebenar Mrs.A 
Malam tadi tu main sampai tiga set ha amik kau merecik-recik peluh almaklumlah dah lama tak main. Main pulak dengan budak kolej Linton lagilah hongeh nak koja budak-budak muda belia tapi tetap seronok tak terkata.

Netball Pertama Di Tahun 2020

Netball Pertama Di Tahun 2020
Sebelum warming-up bergambar dulu kata coach
Ada jugak team lain yang main dengan we all iaitu team Kirana dan team Stella. Dedua team ni memang aktif selalu aje depa turun bernetball. Kalau ada event netball pasti 2 team tu ada jugak huhuhu... sabar yolah main dengan team power-power ha!

Lebih kurang pukul 10.30 malam Mrs.A dan team SAINS minta diri pulang dulu coach dengan gang dia masih main lagi tu. Tapi we all tak larat dah ngeh! ngeh! ngeh! Harapnya lepas ini akan ada lagilah citer netball ya! Mohon readers doakan pihak pengurusan Mrs. A akan hantar team netball jugak untuk SBAM 2020 di SADA, Kedah. Semoga ada rezeki team netball InSyaAllah.


23 ulasan:

  1. hebat mrs A maseh aktif dan sehat.. :p

    BalasPadam
  2. Wah aktif juga Mrs A. Oklah tu sihat tubuh badan bergerak. Jangan sakit badan.

    BalasPadam
  3. Tiga orang je datang..macam mana nak main tuh...pakai team lawan sikit ke..haha

    BalasPadam
  4. Patutla badan mrs.A mantain. Rajin bersukan.

    BalasPadam
  5. tringt zaman awal msk keje dlu aktif main netball opis..lps tu dh tkde team sbb ada yg bersara, pindah opis dan mcm2 lg..dlu2 mmg ada juga friendly match ngan certain company...tp skarang kalo soh main ..tk brp larat dh nk lari kejar bola..hehe..tu psl jd GS or GA..dlu2 bole la jd WA 0r WD hehe

    BalasPadam
  6. BESTNYA KAK, dah lama dana tak main netball... kalau dapat main puas hati betul kan

    dulu dana selalu jadi GA , tapi kadang bila malas nk shoot rela jadi GK heheheh

    BalasPadam
  7. Seronoknya. Tu yg badan cumel je ye. Active. Zaman netball akak dah lama berlalu.

    BalasPadam
  8. Seronoknya. Saya dah lama tinggalkan gelanggang. Rindu pulak rasanya..

    BalasPadam
  9. Best tengok mrs A aktif bersukan..

    BalasPadam
  10. seronoknya...sekurang2nya boleh release tensen..

    BalasPadam
  11. seronoknya main nettball dulu2 main juga

    BalasPadam
  12. Seronoknya....... Masih aktif lagi ....

    BalasPadam
  13. waalaikumussalam. best nya. dah lama nya saya tinggal kan sukan T_T

    BalasPadam
  14. hana pernah main netball masa zaman sekolah rendah ja... ngeheh =)

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah pasti sihat keluar peluh

    BalasPadam
  16. dasatttt tu... smpi 3 set! boleh lawan lagi laa nampaknya ya ;-)

    BalasPadam
  17. Teruskan latihan Mrs A mungkin kompeni akan hantar juga sebab netball dan pemain2 nya boleh mewarnakan sesebuah kontijen sukan

    BalasPadam
  18. seronok..masih aktif bersukan..

    BalasPadam
  19. fuff-- best nya !! saya tak pernah main GD / GK.. selalu main C je sebab suka berlari tak reti dok diam.. hee~

    BalasPadam
  20. Waa.. lamanya tak main netball.. sy slalu dapat position GA atau GS..
    Huhu.. rindu pula... btw, sy blogwalking n klik iklan.. semoga terus sukses dlm berblog..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©