Super KGV 10s 2019 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Super KGV 10s 2019

13 Disember 2019

Super KGV 10s 2019

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Super KGV 10s. Adehh!!! sorrylah kalau citer ini sudah sedikit basi muahhaaaaa... kejohanan ragbi Super KGV 10s ini kejadianya adalah pada 1 - 3 November 2019 yang lalu bertempat di Georgian Green dan Padang MPS, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kepada peminat-peminat sukan ragbi mesti mereka tidak asing lagi dengan kejohanan Super KGV 10s ini cause kejohanan ini merupakan kejohanan tahunan peringkat antarabangsa. Seperti tahun-tahun sebelum ini penganjur kejohanan tidak lain dan tidak bukan adalah SMK KGV.

Super KGV 10s 2019
super-kgv-10s-2019
Super KGV 10s 2019
Mrs. A pun baharu tahun ini terlibat secara langsung, terlibat setakat jadi supporterlah ngeh! ngeh! ngeh! Actually dari zaman sekolah menengah dahulu dah pernah dengar pasal kejohanan ni tapi tak ambil port sangat ialah Mrs. A bukannya main ragbi pun boypren pun takde yang main ragbi ehh!

Walaupun Super KGV 10s ini berlangsung selama 3 hari tetapi Mrs. A, m.i.l, kaklong dan kids hanya datang pada hari ketiga sahaja iaitu hari terakhir di sebelah petang cause nak tengok Im (nephew) lawan final. Im wakil SDAR lions U14. Sambil tu nak fetching Adik jugak yang jadi QM je tolong cikgu dia ialah nak main dah tak dapat pulak cause baca [SINI]. Adik tu dah jadi QM semenjak dari hari pertama lagi. Dialah tukang up-date bila Im sedang berlawan. Jom layan gambar pulak ya...

Super KGV 10s 2019

Super KGV 10s 2019
SDAR Lions & Georgian
Super KGV 10s 2019
Kaklong, Im and tahniah team SDAR Lions U14. MakNgah tumpang bangga.
Super KGV 10s 2019
Mak-mak je ada bapak-bapak ke laut

Super KGV 10s 2019
Sebahagian dari team SDAR Lions U14
Dalam kejohanan Super KGV 10s ini ada juga kategori perempuan. Kejohanan anjuran SMK KGV ini membabitkan 214 pasukan bertanding termasuk juga dari luar negara iaitu Thailand dan Sri Lanka, 10 kategori dipertandingkan, sebanyak 8 padang digunakan, pemain pula terdiri lebih kurang 3000 orang dan juga 40 pengadil terlibat. 

Dari apa yang Mrs. A baca kejohanan ragbi ini ada beberapa format iaitu format Rimau, Touch dan juga Tackle. Dalam kategori pemenang pun ada banyak iaitu ada Cup Champions, Plate Winners, Bowl Winners, Shield Winners, Saucer Winners dan Spoon Winner. Sejujurnya Mrs. A tak faham pun cara perkiraannya tu muahaaaaa.

Tapi kalau dalam pertandingan boling kalau dapat hadiah 'wooden spoon' tu, itu maknanya juara longkang sesuatu yang memalukan kalau di panggil suruh amik hadiah ke pentas tu malu wo... [ehh! iklan jap takde kena mengena dengan ragbi pun]

Super KGV 10s 2019
Super KGV 10s 2019
Kredit photo FB KGV 10s
Super KGV 10s 2019
Kengkawan Adik yang terpilih wakil Georgian Boys U13. Tahniah! you are the Cup Champions.
Itu sahaja nak share kisah Super KGV 10s 2019. Semoga berjumpa lagi di tahun 2020. InSyaAllah.

Kredit: FB PAGE KGV 10s




11 ulasan:

  1. tahniah!! jd juara..tak pernah lg tengok budak2 pompuan main ragbi..ingatkan bolasepak je yg ada team pompuan, ragbi pun ada..huhu..

    BalasPadam
  2. Wah.. Support anak-anak bersukan ye Mrs A.. Tahniah buat anak saudara Mrs A dan team... pompuan pun ada.. ohsem..

    BalasPadam
  3. anak buah ammi ada gak rasanya..dia wakil STJ

    BalasPadam
  4. Seronok juga tengok budak budak main ragbi ni. support dan memeriahkan suasana pun best juga :)

    BalasPadam
  5. Tahniah kepada team yg berjaya. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  6. Wow perwmpuan pun Ada main ragbi ye

    BalasPadam
  7. Ragbi perempuan kian popular di sekolah

    BalasPadam
  8. Kiranya satu family bagi moral supportlah lah ni yeh....tambahlah semangat Im ....Bapak bapak ni sungguhlah cari ikan kan hahahha

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©