Road to KSR Mini Karnival - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Road to KSR Mini Karnival

2 Ogos 2019

Road to KSR Mini Karnival

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Road to KSR Mini Karnival. Kat office Mrs. A sekarang ini musim demam bersukan telah melanda macam-macam jenis sukan dan permainan ada, pilih aje mana-mana nak tapi tulah sesiapa ahli KSR yang nak join tu kena ha bayar seploh hengget. Hurm... takpelah seploh hengget pun sploh hengget la Mrs. A okay jer...

Oleh kerana KSR tidak menghadkan berapa banyak jenis sukan atau permainan yang ahli hendak turut serta so kekdahnya Mrs. A telah melibatkan diri dalam dua jenis permainan iaitu bowling dan satu lagi tak lain dan tak bukan semestinyalah netball.

Cara sukan dan permainan dimainkan adalah mengikut base office masing-masing. As for Mrs. A  wakil HQ lah cos base Mrs. A adalah di HQ. Buat mereka yang duduk di Daerah pula haruslah mewakili Daerah masing-masing ha gitteww..... Daerah-Daerah yang terlibat adalah Daerah Seremban, Daerah Port Dickson, Daerah Rembau, Daerah Tampin, Daerah Jempol, Daerah Kuala Pilah dan Daerah Jelebu.

Road to KSR mini karnival untuk bowling tu ramai sangat yang berminat nak wakil HQ huhuhuu... kekdahnya organiser decided supaya mengadakan selection terlebih dahulu. Biar fair and square, nanti harapnya takdelah yang masih tidak berpuashati sebab tak dapat main lawan daerah-daerah. So Mrs. A pun tak terkecualilah kan gigih tau pi selection bowling kat Mydin S2.

We all bersaing di frame yang sama
Gang netball jugak
Ha! cer teka Mrs. A berjaya tak?

Actually ada lagi sheets keputusan ni tapi yang ni pointer yang hebat-hebatlah #hebatlahsangat
Untuk bowling setiap daerah termasuk HQ mesti hantar dua team. Satu team empat orang. Kena pilih 5 lelaki dan tiga perempuan. Team A 3 lelaki 1 perempuan dan Team B 2 lelaki dan 2 perempuan. Kalau tengok list tu lelaki yang terpilih dah tentulah yang no 1 hingga 5 walaupun pointer 5 dan 6 sama tapi ikut rule yang mata games terakhir akan dipilih sebagai penentuan. So yang terpilih adalah no 5 tu. Tiga orang perempuan wakil HQ yang terpilih adalah no 12, no 13 dan no 16. Hehehehee muka ada senyum. Alhamdulillah Mrs. A terpilih untuk wakil HQ bagi team bowling.

Hari kejadian pertandingan bowling tu adalah esok. Tolong doa-doakan team HQ menang ya. InSyaAllah. Okaylah Road to KSR Mini Karnival to be continue. Kisah netball pulak later dan jugak keputusan bowling tu.




11 ulasan:

  1. Selamat bersukan MrsA..selamat berjaya..setuju..sepuluh hinggit pun sepuluh hinggit laaaaa..hati gembira..badan sihat..ramai kawan..memang mantop.terbaiklah.

    BalasPadam
  2. seronok tengok Mrs A aktif sangat kan :)

    BalasPadam
  3. Yeah!! Tahniah mrs a sebab terpilih..
    Good luck untuk pertandingan nanti..

    BalasPadam
  4. Majulah sukan untuk negara... selamat beriadah...

    BalasPadam
  5. badan pun sihat..dpt elakkan penyakit..tahniah mrs A!

    BalasPadam
  6. kiranya hampir semua daerah ambil bahagian ya?

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©