Perlawanan Persahabatan Bola Sepak PBPBNS dengan BH Massa - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Perlawanan Persahabatan Bola Sepak PBPBNS dengan BH Massa

20 Ogos 2019

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak PBPBNS dengan BH Massa

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak PBPBNS dengan BH Massa. Perlawanan persahabatan tersebut adalah di antara Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Negeri Sembilan (PBPBNS) dengan BH Massa. Actually PBPBNS ini baru sahaja ditubuhkan dan Mr. A adalah salah seorang wakil yang telah dilantik sebagai AJK oleh persatuan. Mulanya Mrs. A ingatkan Mr. A main-main jer... Saturday tengahari time Mrs. A tengah masak, Mr. A cakap "esok saya ada friendly match dengan TV3 ada Abu Bakar Atan sekali tau datang". Hahahha... yo yo ooo jer... awak ni kata Mrs. A pulak. Betul la tak caya esok jom turun padang Rahang katanya.

Hurm... last weekend memang takde ke mana-mana pun dedua hari tu Mrs. A kena memasak lunch. Sunday tu awal betul dah siap masak al-maklumlah ex-player NS ni order nak makan awal cos petang nak beraksi di padang katanya muahhahaaaa... Mrs. A pun layankan ajer... Awal petang tu Mr. A keluar dulu cos dia kena pergi meeting terlebih dahulu di wisma PBNS. Aryssa, Adik dan Mrs. A keluar dah lewat petang dalam pukul 4.45 cenggitu.

Sudah agak lama Mrs. A tak singgah ke padang Rahang a.k.a Rahang Square ni ntah bila ia bertukar wajah pun Mrs. A tak perasan. Rumput di padang Rahang ni dah ditukar ke rumput sintetik kemudian dah ada grand stand jugak. Wah! terbaik gittew...

#pbpbns
Mr. A bergambar bersama Abu Bakar Atan
#pbpbns
Old friend Satwan Singh (Setiausaha PBNS sekarang) and Mr. A
#pbpbns
Sebelum memulakan perlawanan, sesi warm-up and chit-chatting
#pbpbns
Ahli-ahli Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Negeri Sembilan (PBPBNS) bergambar bersama pihak Pengurusan dan lain-lain official yang terlibat
#pbpbns
PBPBNS vs. BH Massa
#pbpbns
1st eleven kata Satwan Singh. Comel-comel sangat dah semua yang berjersi kuning tu ngeh! ngeh! ngeh!
 #otaimasihberbisa
#pbpbns
Semangat betul yang No 23 tu hiks!
Agak-agak readerslah siapa yang menang dalam perlawanan persahabatan pada petang itu? ngeh! ngeh! ngeh!

#pbpbns
Dua orang supporter yang begitu excited pada petang tu muahhahaaaa....
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak PBPBNS dengan BH Massa pada petang itu berjalan lancar cuaca pun sangat baik. Walaupun di awal-awal tu ada tanda-tanda macam nak hujan tapi tak hujan pun cuma drizzling aje itu pun sekejap sangat. Masa perlawanan mereka pun takdelah ikut sangat 45 + 45 tapi tambah lagi selepas tu dalam 30 minit ialah ramai bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan yang turun petang tu so semua mereka dengan sportingnya turun bermain.

Di separuh masa pertama PBPBNS lead dah 3 kosong tapi tulah bila sampai di separuh masa kedua BH Massa bermain laju so apa lagi tak terkejar yeop! hahhahaa... akhirnya BH Massa berjaya menyumbat gol sehingga 7 manakala PBPBNS pulak hanya mampu menambah 2 gol sahaja. Kekdahnya keputusan pada petang itu adalah 7 BH Massa berbalas 5 PBPBNS. Okaylah tu walaupun dah otai-otai tapi masih berbisa gittew...


14 ulasan:

  1. Wah suami isteri mmg aktif bersukan..

    BalasPadam
  2. Wak kaki bangku.
    Dah bertahun tak sepak bola

    BalasPadam
  3. Wahh banyaak gol game hari tu..masing2 masih berbisa.

    BalasPadam
  4. kalau tengok game bola live memang meriah. tukang support pun jadilah kan

    BalasPadam
  5. tahniah kpd Mr A kerana telah bermain sebaik mungkin. Cuma nasib x menyebelahi pasukannya.

    BalasPadam
  6. uncle ni tengok dari jaoh je la... kaki bangku! (bisik)

    BalasPadam
  7. 7-5 tu... byk gol tu. Siap ada komentar sukan lagi. kerrlassss

    BalasPadam
  8. otai masih berbisa..5 gol tu..

    BalasPadam
  9. perhhhhhh 5 gol kira power gak la dpt gak kejar wlupun tak dpt sama hehe

    BalasPadam
  10. semangat nak berlawan tu penting! dasat dasat!

    BalasPadam
  11. saya sudah gantung kasut bola sejak tahun enam lagi..

    itupun atas sebab yang terlalu unik untuk diceritakan hehehehe

    BalasPadam
  12. aktif betul bersukan suami isteri ni yeee

    BalasPadam
  13. Seronok tengok orang bersukan...diri sendiri x tau nak pi tgok sapa..laki plak mmg takde

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©