AIDIL ADHA 1440H - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: AIDIL ADHA 1440H

14 Ogos 2019

AIDIL ADHA 1440H

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

AIDIL ADHA 1440H. Hari raya Aidil Adha 1440H pertama kali mak Mrs. A buat menu sate gara-gara terjebak dengan besan Kelantan beliau hiks! Buat sate ni kekdahnya taklah susah sangat cumanya leceh banyak step nak kena buat.

aidil-adha
Adik sedang menolong Paksu siang daging dan ayam, Along pulak tukang perati jer... haish!
aidil-adha
Ini bahan-bahan perapannya bawang merah 1kg, serai, halia, lengkuas dan bawang putih lain-lain kena letak air gula dan campur sedikit gula kabung
aidil-adha
Dah perap lebih kurang tiga-empat jam proses mencucuk pun bermula
aidil-adha
Dah settle cucuk inilah hasilnya ayam tiga ekor dan daging 3kg
Dah habis cecucuk tu we all tak bakar pun simpan terus dalam fridge ialah plannya nak makan untuk pagi raya so pagi besok tu selepas subuh barulah b.i.l a.k.a Paksu memulakan tugas sebagai pembakar sate ngeh! ngeh! ngeh!

aidil-adha
Adik menolong Paksu membakar sate, subuh sepieiiii... dah bakar dah
Bila dah siap bakar 1st trip tu semua rasa dulu jeng...jeng...jeng... alhamdulillah sedap ada rasa sate gitteww.... 

Hari raya Aidil Adha tahun ini Mrs. A sekeluarga tak balik Jiboi pun selepas solat raya tu macam tahun-tahun sebelum ni. Because m.i.l dan adik-beradik Mr. A datang beraya ke kampung. Ini gara-gara Mrs. A lahhh.. jugak ngeh! ngeh! ngeh! pergi post gambar Adik sedang mencucuk sate kat grup WhatsApp family terus bila Along abang ipar Mrs. A tengok. Pagi raya tu katanya kat grup WA sate ada lagi tak? Orang Jiboi on the way nak pi beraya Lubok China ni hahahaa... 



aidil-adha
Haish! malu-malu pulak mak Limah tu borak dengan besan jiboinya a.k.a mak Bedah
aidil-adha
Sate ayam yang dah siap bakar tu
Time family Jiboi datang tu Mr.A dengan Along anak sulung Mrs. A takde kat rumah pun depa kat masjid pi tolong korban ada 5 ekor lembu korban yang nak kena sembelih. Tapi m.i.l dah siap-siap call Mr. A kata dia on the way nak datang raya Lubok China ialah manalah tahu kot-kot selisih jalan la pulok! haru-biru-celaru pulak jadinya nanti. Family Jiboi datang 2 kereta je family Along dan Alang yang lelain tu beraya kat the other side so terlepas la konvoi ke kampung Mrs. A. Unfortunately Mrs. A langsung tak snap-snap gambar haish! langsung tak ingat time tu ralat sungguh rasanya. Dua gambar kat atas ni pun Along abang ipar Mrs. A yang snap blurrr pun blurrlah at least ada jugaklah dua ketul.


aidil-adha
Ni je ha rupanya gambar raya Aidil Adha yang ada snap sendiri-sendiri je
AIDIL ADHA 1440H. Tingkatkan pengorbanan, suburkan keikhlasan. Maaf zahir dan batin.



22 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya Aidil Adha...... Balik Raya Lubuk Cina ya....... kami balik raya Linggi sekejap ajer.....

    BalasPadam
  2. Salam aidiladha 1440H
    Biasanya raya merendang aje, sesekali menyate tentu best

    BalasPadam
  3. SONOKNYA RAYA KORBAN SAMBIL MKN SATE SALAM AIDILADHA MRSA N FAMILI

    BalasPadam
  4. Salam Aidiladha..ada gak aktiviti compare ngan SA yang terbaring sakit perut penangan pms+gastrik sekali harung...

    BalasPadam
  5. Salam Aidil Adha untuk Mrs A sekeluarga....bestnya..saling kunjung-mengunjung, mengerat silaturahim..

    BalasPadam
  6. Salam Aidil Adha Mrs A.
    Walaupun katanya leceh nak buat sate ni tapi ramai tenaga takpe hehe... Mesti lagi puas makan kan sampai 3 kilo dagingnya tu :)

    BalasPadam
  7. Perggg... panjang betul baca entry Wordless nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah pasal so I deleted WW muahahaaaaa....

      Padam
  8. Salam AidilAdha Mrs A.. Sha pernah buat masa puasa aritu.. Memang rumit.. Nak sediakan bahan perapan, pastu perap, cucuk, bakar.. Tapi hasilnya puas makan..

    BalasPadam
  9. Fun la buat sate ni. Semua kena buat kerja sebelum memakan nya.

    BalasPadam
  10. meriah nya kak, menu sate ayam tuh... lagi best bila buat sndiri...

    salam aidil adha kak

    BalasPadam
  11. Salam Aidil Adha. Seronok dan meriah berkumpul bila masa raya ni kan

    BalasPadam
  12. selamat hari raya aidiladha.. meriah sgt tu haa.. sis kat sini pun tahun ni meriah dgn daging. penuh peti. alhamdulillah =D

    BalasPadam
  13. meriahnya sambutan raya dia

    BalasPadam
  14. Seronoknya reramai buat sate :)

    BalasPadam
  15. Selamat hari raya Mrs A dan famili. Dah lama plak rasanya tak makan sate... ermmm

    BalasPadam
  16. sate kalau buat sendiri puas makan..

    nikmatnya terbaik la gitu..

    lagipun makan ramai-rami..

    best giler

    BalasPadam
  17. salam aidiladha..meriah satay homemade

    BalasPadam
  18. wahhhhh banyak sate!!! pagi2 lg dah mkn sate yaa...

    BalasPadam
  19. hahahaa.. kelakar, tp menjadi satay tu ye. lepas ni boleh bt lagi

    BalasPadam
  20. Selamat HAri Raya..meriah ye dengan makanan.kami sambut ala kadar sahaja

    BalasPadam
  21. Seronoknnya masak ramai2.. satay tu serious nampak.sedap

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©