Road To KSR Mini Karnival - pt 2 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Road To KSR Mini Karnival - pt 2

26 Ogos 2019

Road To KSR Mini Karnival - pt 2

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Road To KSR Mini Karnival - pt 2. Okay sambung lagi kisah road to KSR mini karnival Mrs. A. Kali ini Mrs. A telah turut serta dalam selection netball untuk mewakili team HQ pula. Oleh kerana ramai sangat yang berminat untuk mewakili team HQ kekdahnya pengurusan KSR telah mencadangkan supaya diadakan inter game HQ iaitu di antara Wing A vs. Wing B. Apakah itu Wing A dan Wing B? Maksudnya bangunan office ni terbahagi kepada dua iaitu Wing A dan B so sesiapa yang department mereka duduk di Wing A dikira wakil Wing A dan begitu jugalah sebaliknya untuk Wing B.

Masing-masing nampaknya bersetuju dengan cadangan tersebut dan sambutan memang sangat menggalakkan. Sebelum inter game tu Wing A adalah dua tiga kali telah turun training bersama team coach. Team coach tu kira team campur-campurlah sesiapa yang berminat nak join boleh je turun ha gittew...

Road To KSR Mini Karnival - pt 2

Kejadian pada 05072019 training malam di Center Court, Paroi.
Road To KSR Mini Karnival - pt 2
Dah habis training wajib bergambar dulu sebelum pulang
Road To KSR Mini Karnival - pt 2
Macam-macam perangai macam-macam gaya ngeh! ngeh! ngeh!
Road To KSR Mini Karnival - pt 2
Agak-agak uols siapakah di antara semua tu master mind untuk pose-pose nih! muahahaaaaa....
Pada 12072019 tu we all bertukar tempat training pulok! kali ni di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi a.k.a KOMBES.

Road To KSR Mini Karnival - pt 2
Pukul 9.00 malam baru boleh on spotlight kata petugas tu sambil sound we all. "kan sebolah tu! surau bolum habis Isyak lagi tak dapek nak on pukul 8.45 doh! kato ea." Baik Tuan kami ngerti muahhaahaaha....
Road To KSR Mini Karnival - pt 2
Training bersama team KPJ dan Felix
Kemudian selepas tu we all start training petang pulak di Center Court, Paroi cos join training bersama team netball Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang akan menyertai Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia (MALA) 2019 di Melaka katanya. Haish! eloklah tu MPS road to MALA dan Mrs.A pulak road to KSR mini karnival.

Road To KSR Mini Karnival - pt 2
Haish! ni je muka-muka yang rajin training ha! kalau petang memang macam-macam sikit depa tu tau 26072019
Itu kisah training team Wing A kiranya team Mrs. A lettew. Tapi kalau team Wing B pula lain kisahnya. Apa yang Mrs. A difahamkan mereka training pada setiap petang Selasa dan Khamis 4.00 hingga 5.00 petang. Untungler... depa tu bos-bos sporting bagi kelonggaran untuk training di waktu kerja. 

Setelah masing-masing begitu bersemangat training maka hari yang ditunggu-tunggu pun tiba iaitu hari selection untuk wakil team HQ. Selection tersebut telah diadakan pada 07082019 bertempat di Center Court. Paroi bermula jam 4.30 petang. Pada mulanya Mrs. A mencadangkan diadakan 4 set games. Tapi boleh pulak mereka tak setuju katanya otai-otai tak larat nak bermain lama-lama. Kekdahnya diadakan dua set sahaja iaitu 10-3-10 [10 minit masa bermain rest tiga minit sambung lagi 10 minit] dan sekali lagi 10-3-10 settle.

Adooiii! la tak puas tau main, nak selection pun susah hahahhaaa... Kekdahnya yang lain-lain dah biasa main tu lepas tu pulun main lagi dengan team coach yang datang petang tu ha barulah mereciks peluh lepas tu. Eh! poyo la ko Mrs. A oiii!!!

Road To KSR Mini Karnival - pt 2
Wing A yang turun selection
Road To KSR Mini Karnival - pt 2
Wing B dan Wing A bergambar bersama we are HQ team ngeh! ngeh! ngeh!
Ha! cer tengok tu ramaikan team HQ yang nak jadi wakil team untuk vs. dengan daerah-daerah. Itu pasallah Pengurusan KSR minta diadakan selection terlebih dahulu.

Jeng..jeng...jeng... nak tahu tak siapa yang telah berjaya mewakili team HQ? Hurmmm... to be continue ya... kisah Road To KSR Mini Karnival muahahhaaaa.....



13 ulasan:

  1. bersemangat betul yg nak ambil bahagian ni ya! chaiyok chaiyok!

    BalasPadam
  2. Alaaa kita kusyuk baca nak tau sapa menang. cepatt updateee hehe

    BalasPadam
  3. heyy apa ni cite ada sambungannn...hahahhaha

    BalasPadam
  4. Nak cadangkan orang lelaki buat team netballlah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat sini memang ada team netball lelaki pun cuma tak selfie je heheheee...

      Padam
  5. Dah lama SA x main netball, ntah ingat ke tak lagi step2..hahaha...even untuk company pun SA x main..sibuk ngan zumba dan light workout je..

    BalasPadam
  6. bestnya...aktif2 semuanya, semoga Mrs A terpilih tuk wakil HQ..

    BalasPadam
  7. bersemangat semua.. semoga berjaya

    BalasPadam
  8. bestnya bersukan! bila entah diri saya nak bersukan huhu

    BalasPadam
  9. Aktifnye bersukan.

    Marina tengah on giveaway. Jom join.

    https://marinabashah.blogspot.com/2019/09/2nd-giveaway-by-marina-bashah.html?m=1

    BalasPadam
  10. semangat kesukanan yang bagus.. semoga berjaya..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©