Corat-Coret Majlis Perkahwinan Ucu - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Corat-Coret Majlis Perkahwinan Ucu

10 Oktober 2018

Corat-Coret Majlis Perkahwinan Ucu

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Corat-Coret Majlis Perkahwinan Ucu


Makcikku tawen lagiii... hiks! Time Ucu nak kahwin tu we all anak-anak sedara suka aje menyakat dia dengan kata-kata tulah makcikku tawennn lagi... tapi Ucu okay jer... tersenyum dan ketawa dengan usikan tu takdelah pula dia nak sentap. Ucu ini yang sebenarnya adalah mak sedara kepada Mr. A iaitu adik bongsu M.I.L. Jodoh Ucu bersama suami terdahulu tak panjang kerana bercerai  mati [SINI]. Hampir beberapa tahun suaminya meninggal Ucu bertemu jodoh dengan suami yang sekarang ini dan juga merupakan kawan satu sekolah dia dahulu kala. Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah S.W.T. tiada siapa yang mampu menghalang.

Okaylah tak mahu tambah mukadimah panjang lagi meh! sini Mrs.A sambung kisah perjalanan konvoi orang Seremban ke Kg Paya Luas, Temerloh Pahang iaitu ke rumah Ucu. Planningnya berkumpul di Jiboi pada hari Sabtu [29092018] pukul 2.30 petang kira macam lepas Zohor gitew... nak gerak ke Temerloh. Tapi tulah yang muncul di Jiboi time tu cuma The 'A' family jer, family Along dan family Alang tak muncul-muncul sehingga waktu yang dijanjikan. M.i.l kata gerak aje dulu  nanti on the way tu janjilah tunggu kat mana-mana stesen minyak. F.i.l dan family Ateh tak ikut sekali. Biasalah f.i.l dia kalau jalan jauh dan tidur rumah orang dia tak mau haiiii... #dahfahamdah

Kekdahnya dari Jiboi tu hanyalah dua kereta aje iaitu satu kereta The A family dan satu kereta lagi  m.i.l and of courselah family s.i.l. Nak pergi tu konvoi ikut jalan Kuala Pilah dan singgah kat Petronas Jalan Kuala Pilah menunggu family Along & Alang.

Majlis Perkahwinan Ucu
Sementara menunggu family Along & Alang tu Mrs. A pun selfie-selphot la dulu. Time ni juga tetiba Mrs. A teringat yang hari ini adalah anniversary we all yang ke 17 tahun. Sambil wish Mr. A sambil tergelak-gelak kah! kah! kah!
Lebih kurang 15 minit menunggu kemudian family Along dan Alang pun sampai. Then we all pun geraklah menuju ke Kg Paya Luas, Temerloh. Alhamdulillah perjalananan petang itu lancar cuaca pun elok jer... tak hujan. Sepanjang perjalanan tu singgah sekejap kat Batu Kikir cos kat tepi jalan tu ternampak pula orang jual buah berangan. Tak tahulah siapa yang nak makan buah berangan tu keempat-empat kereta pun stop dan membeli berangan. Mahal baq hang satu kilo 32 hengget gitew. Tapi Mr. A beli dalam 20 hengget je cukuplah untuk A family jer...

Setelah hampir satu jam lebih perjalanan dah nak masuk waktu Asar konvoi pun sepakat nak singgah kat Masjid Daerah Bera untuk solat Asar.

Masjid Daerah Bera sempat gak Mrs. A snap seketul gambar ha
Kalau tak salah Mrs. A dalam pukul 5.30 petang macam tu konvoi pun sampai kat rumah Ucu. Time tu orang-orang kampung tengah sibuk lagi merewang, potong-potong bawang, bersih-bersihkan daging dan juga minum-minum petang eh! we all lettew sesampai aje terus dijamu melantak bihun dan kuih-muih. Kemudian tak lama tu we all terus ke home stay yang m.i.l dah siap-siap booked. Actually bukanlah home stay sebenar tapi rumah family suku-sakat m.i.l yang tak duduk situ pun tapi kira macam rumah persinggahan mereka. Haish! lupa pulak nak ambil gambar time kat home stay tu. Okaylah selesa semuanya complete macam duduk kat rumah sendiri.

Kemudian selepas maghrib we all gerak semula ke rumah Ucu cos malam tu adalah majlis nikah Ucu. Unfortunately Mrs. A tak tahu pun cos Mrs. A takde dalam group WA kahwin Ucu tu yang ada Mr. A tapi dia pun tak amik tahu so tu yang tak bawa baju extra untuk majlis nikah. So pakai ajelah baju siang tadi hahahhhaiiii....

Baju melayu pink PakNgah adik m.i.l dialah yang walikan Ucu
Isderas clan sedang bermain sesama depa sementara menunggu acara akad nikah dan bertahlil
Time nikah malam tu pengantin pakai baju color coklat dan rombongan pengantin lelaki pakai baju tema depa merah menyala gitew. Sementara sebelah we all pula temanya caca-merba ngeh! ngeh! ngeh!
Alhamdulillah selamat majlis akad nikah berjalan lancar. Kemudian tetamu pun dijamulah dengan makanan yang sedap tau paling Mrs. A suka patin gulai tempoyak. Kiranya yang ni memang signature dish orang Kg. Paya Luas ni. Kemudian malam tu acara paling ditunggu-tunggu adalah karok la kau dan teka biji labu.

Nilah muka-muka tunggu turn nak karaoke. Yang lucunya karaoke nya cara lama iaitu guna CD 
 Dah puas karaoke hari pun nak hampir nak pagi we all pun geraklah balik ke home stay. Esoknya tu dalam pukul 10.00 pagi barulah we all gerak ke rumah Ucu. Di hari persandingan tu pasangan pengantin pakai baju hijau sedondon.

Kemahen... tau Ucu macam pasangan pengantin muda remaja
Haruslah bergambar kat pelamin kan. Aryssa dengan Jubah Flary yang Mrs. A beli tu kononnya untuk Mrs. A size L tapi besar bila Aryssa pakai muat pulak pada dia so bagi dia terus
Mrs. A guna pakai ajelah baju mana yang ada
Bergambar bersama pengantin dan suku-sakat m.i.l yang punya home stay tu
Okay selesai sudah majlis kahwin Ucu. Konvoi balik juga pada petang itu cos Mrs. A kerja esoknya tu dan juga Danial (nephew) pula ada PT3. Alhamdulillah konvoi selamat sampai ke Seremban tapi malam jugaklah sampainya dan balik tu we all tak ikut Kuala Pilah pun cos mendapat perkhabaran jalan Kuala Pilah-Seremban traffic jem teruk. Balik tu ikut mana ntah Mrs. A pun tak perasan al-maklumlah most of the time dalam kereta tu Mrs. A ketiduran derrr....

16 ulasan:

  1. Alhamdulillah...moga terus berbahagia hingga syurga buat mempelai...aamin.

    BalasPadam
  2. tahniah utk ucu n suami... barakallahulakuma...

    BalasPadam
  3. tahniah kpd mempelai..
    sedap gulai tempoyak ikan patin..

    BalasPadam
  4. meriahnye...blogwalking sini jap..terserempak blog yang menarik ni..keep it up

    BalasPadam
  5. Happy belated anniversary ye Mrs A. Moga kenal bahagia aamiin.

    Temerloh dan patin masak tempoyak berpisah tiada :D

    BalasPadam
  6. Tahniah kepada mempelai. Betul tu, jodoh itu rahsia Allah Taala :)

    BalasPadam
  7. Selamat pengantin baru dan tahniah pada pengantin...

    P/s: sempat makan ikan patin tempoyak tak kat Temerloh tu??.

    BalasPadam
  8. Meriahnyaaa....😊 tq sebab singgah blog kita walaupun bulan 6 hari tu baru nak bw skrg😅😅😅

    BalasPadam
  9. ALHAMDULILAH.. rahasia ALLAH.. semoga terus berbahagia hingga akhir usia.

    BalasPadam
  10. ALhamdulillah, meriah berkumpul bersama sanak saudara....

    BalasPadam
  11. Tahniah kepada pengantin, semoga bahagia hingga ke akhirat. Bukan main meriah lagi siap ada masa nak berkaraoke. :)

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah, Tahniah buat pasangan pengantin baharu, jauh menghantar ye Mrs A :)

    BalasPadam
  13. meriah.. semoga pasangan pengantin bahagia hingga akhir hayat..

    BalasPadam
  14. Meriah jugak ye MA walaupun perkahwinan kali ke 2.... siap ada nikah dan bersanding. Patin tempoyak tu mmg tak boleh tolak wei.... sedapnyaa...
    Kan.... jodoh itu rahsia Allah, moga perkahwinan kali ni kekal bahagia hingga ke akhir hayat dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah

    Happy anniversary jugak utk MA berdua moga kekal bahagia hingga ke syurga

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©