Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Majlis Penyerahan Bendera & Taklimat Kontinjen.
Majlis penyerahan bendera & taklimat kontinjen apo ko bondo ea tu? Ha! ingat tak sebelum ni Mrs. A dah pernah cerita pasal SBAM kat [
SINI] dan [
SINI].
Pada petang [25072018] telah diadakan majlis penyerahan bendera dan taklimat kontinjen oleh Chef De Mission dan juga Tuan Pengarah syarikat. Majlis ini serba ringkas sahaja dan semua yang terlibat di dalam Sukan Bekalan Air Se-Malaysia a.k.a SBAM 2018 adalah diwajibkan hadir. Majlis tersebut telah diadakan di ruang legar DS 2 Mall.
|
Beratur ikut acara sukan masing-masing |
Di antara ucapan Chef-De-Mission dalam taklimat kontinjen yang paling Mrs. A ingat adalah target syarikat pada penyertaan kali ini adalah untuk mendapatkan Top 3 daripada ranking keseluruhan. Katanya lagi, "
ialah uols dah training lama dah tu dari awal planning asal SBAM sepatutnya bulan Februari kemudian ke April dan akhirnya Ogos baru menjadi.
Kalau dicongak-congak hampir setengah tahun training, rasanya target Top 3 tu adalah realistik," tambahnya lagi.
Kemudian dalam ucapan Tuan Pengarah pula beliau mengingatkan agar semua peserta supaya menjaga nama baik syarikat jaga tingkah-laku masing-masing, bersukan dengan semangat kesukanan yang tinggi dan yang penting sekali
team spirit tu haruslah sentiasa ada. Tuan Pengarah juga dalam ucapannya menyatakan bahawa syarikat pada SBAM kali ini memang sengaja melebihkan bajet untuk tempat penginapan para peserta berbanding dengan tempat penginapan yang sebelum-sebelum ini. Beliau mahu para peserta pergi bersukan dan juga terasa selesa seolah-olah pergi holiday bersama family. Apa lagi habis aje dia cakap macam tu we all pun sambutlah dengan sorak-sorai tanda gumbira.... gitewww...
Selepas itu acara kemuncak penyerahan bendera syarikat dan bendera Negeri Sembilan daripada Tuan Pengarah kepada Chef-De-Mission pun dilakukan. Siap dengan parti popper bagai dari pelbagai sudut terkejut Tuan Pengarah hahahaa..... Unfortunaely tiada gambar cos Mrs. A duk busy recording video.
Dah selesai acara serah bendera tu, acara serah barangan yang di sponsor oleh syarikat pula kepada setiap pasukan. Takdelah untuk setiap orang mampuihh... la Tuan Pengarah macam takde kojo lain lak hai!!! simbolik sahaja kepada seorang setiap satu jenis sukan.
|
Wakil team netball sedang terima barangan sponsor dari Tuan Pengarah. Berterabur ha dengan serdak parti popper |
|
Incomplete team netball sorang lagi takde. Haruslah bergambar kat banner bola jaring tu. Adeh! terlindung la pulek! |
Aduh!!! terasa-rasa dah bahang SBAM 2018 yang akan berlangsung dari 4 Ogos hingga 6 Ogos di Johor nanti ha!
Walaupun terdapat 12 acara sukan yang dipertandingkan tetapi syarikat hanya menyertai 9 acara sukan sahaja. Jumlah peserta yang terlibat dalam acara sukan adalah seramai 110 orang dan 14 orang pula terdiri daripada AJK yang akan bertugas di sana nanti. So jumlah keseluruhan yang akan pergi ke SBAM 2018 di Johor adalah seramai 124 orang. Kalau tak salah Mrs. A kenderaan yang terlibat adalah 2 buah bas 3 van dan beberapa buah kereta. Fuh! dasat rasanya hahaha....
Okay itu sahaja kisah Majlis Penyerahan Bendera & Taklimat Kontinjen. Semoga semua team berjaya merealisasikan target syarikat untuk mendapat Top 3. Semoga Allah memberkati SBAM 2018. Johor mu tunggu kami datang.