As Salam and greetings to dear readers.
Batu 8, Port Dickson.
Dah namanya pun Batu 8, Port Dickson apa lagi tentulah nak mandi-manda di lautan nan biru gitew... Actually tak plan pun nak mandi laut ni. Tiba-tiba aje Kak Ngah Mrs. A ajak. Kebetulan weekend 23122017 semua adik-beradik Mrs. A balik kampung kecuali Along.
We all balik kampung tujuan utamanya nak memenuhi wedding invitation jiran sekampung. [psstttt ... sebab Mrs. A memang sejenis yang suka gi wedding invitation nih! muahahhahaaaa] Hah! meriah betul rombongan Mak Limah ke jemputan kahwin anak jiran sekampung tu yang ni a day before ke Batu 8, Port Dickson.
|
Rumah pengantin tu walking distance jer... dari rumah mak Mrs. A |
Walaupun keesokkan harinya itu ada lagi satu wedding invitation tapi we all tak pergilah cos semua dah tune mood nak mandi laut. So selepas lunch di rumah barulah we all konvoi ke Batu 8, Port Dickson.
Konvoinya pun 3 biji kereta jer... ketua konvoi adalah Alang Mrs. A. Al-maklumlah yang gegirls ni failed sikit kalau bab-bab jalan nih! Jadi gegirls follow ajelah pada yang pakar. Dari kampung menurut Alang adalah dekat kalau ikut jalan Pengkalan Kempas so we all okay jer... follow.
Bila Alang tanya nak mandi batu berapa nih!? Mrs. A kata yang happeninglah dan yang penting sekali mesti ada toilet tempat mandi yang selesa selepas mandi-manda tu. Mulanya Alang bawa ke Batu 7 tapi ya... ampun.... umat manusia terlalu ramai dan tempat nak parking pun nan hado ha! terus aje lajak ke depan lagi tulah yang sampai ke Batu 8. Walaupun ramai juga umat manusianya tapi oklah masih ada tempat parking dan khemah untuk disewa.
Jom layan gambar pulok!!!
|
Kalau nak selesa sewa aje khemah RM40.00 |
|
Pelampung kalau nak sewa RM5 satu. 'Adik' tazabarrr.... dah nak turun ke laut. |
|
Mandi sampai kecut. Asyiklah duk mendongak tengok kapal terbang yang lalu lalang sambil duk kira Air Asia ke, Malindo ke MAS ke ngeh! ngeh! ngeh! |
|
Tanam...tanam jangan tak tanam. |
|
Ramaikan!? pada 24122017 |
Memang dah expected ramai orang dah namanya hari cuti dan lagi cuti sekolah tak payah arrr nak pelik sangat. Lagipun kalau mandi laut Mrs. A memang suka tempat yang ramai orang cos barulah meriah dan happening. Kalau sunyi jer... tak best cos laut itu menakutkan cia..cia...cia....
Lama betul we all mandi lebih kurang 6.30 petang barulah naik. Lagi satu yang buat sampai ke malamnya tu nak menunggu bilik mandi tu berbaris cos semua pun nak mandi ha! ko hadaplah ya...
Kemudian on the way balik tu sempatlah we all dinner dulu, semua pun dah lapar mana taknya dah berendam sampai kecut tentulah lapar.
|
Dinner @ Tg Agas |
Alhamdulillah kids semua puashati sekali-sekala dapat berkumpul memang seronok tak dapat bercuti jauh-jauh bercuti macam ini pun mereka dah happy sangat. Itu sahaja kisah mandi-manda di Batu 8, Port Dickson.
kira 2 in 1 laa ni yekk... perrrggghhh time cuti sekolah mmg xleh pisah dgn org ramai
BalasPadamRamai sungguh umat di tepi pantai Mrs. A.. Cuaca pun best so layan.. Bila ada kat certain areas di PD memang nampak kapal terbang rendah. Tu yg asyik mendongak iyer dak, hehehe
BalasPadamPantai Teluk Kemang memang jadi favorite dari dulu lagi.
BalasPadamSporting sungguh adik beradik ek....
BalasPadamLamanya tak gi PD. Saya kalau mandi laut suka duk hotel MA senang sikit nak salin salin. Yang tak sukanya tulah... nak kena beratur nak membilas badan