Seremban Pets Fiesta - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Seremban Pets Fiesta

18 Disember 2017

Seremban Pets Fiesta

As Salam and greetings to dear readers.

Seremban Pets Fiesta.

Seremban pets fiesta telah berlangsung selama 2 hari iaitu hari Jumaat dan Sabtu (15-16.12.2017). Masanya dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Seremban Pets Fiesta ini dianjurkan oleh Kelab Kucing Malaysia (KKM) dan juga Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Actually kids dan Mrs. A lebih excited nak tengok kekucing sahaja. Tetapi bila sesampai sahaja di dewan MPS itu di bahagian luarnya we all dihidangkan dengan pelbagi jenis rabbit. Humanggg......aiii!!! serius jakun sekejap  we all muahahhhaaaaa... sebabnya most of the rabbit memang we all tak pernah tengok pun. Saiz besar-besar, gebu-gebas yang takde bulu ala-ala kucing spinx tu pun ada juga dan yang telinga capang besar sampai ke tanah pun ada ha! macam gambar kat bawah ni.
Seremban
Hi! Mr. Rabbit telinga panjang tengoklah camera tu
Seremban
Eiii lah hai geram betullah
Fiesta ini dinamakan Seremban Pets Fiesta mungkin sebab ada banyak haiwan kot, lain-lain haiwan yang ada adalah sugar glider, ikan laga ada juga burung dan rabbit. Walaupun yang mendominasi fiesta ini adalah kekucing lagipun dah tentu ler penganjurnya KKM iyor idok!! Peminat kucing memang harus pergilahkan rugi sesangat kalau tak pergi. Ada macam-macam jenis kucing time ni disamping tu juga ada pertandingan kucing dan jualan barang-barang keperluan kucing.

Meh! sini Mrs. A belanja gambar si comel yang sempat Mrs. A snap.

Seremban
Oiit apa ni snap-snap gambar kiter pulak!? Kalau tak salah yang ni jenis american short hair.
Kalu silap harap jangan saman
Seremban
Ni tak ingat jenis apa?
Seremban
Nak sign kerrrr...
Seremban
Bengal yang sombong
Seremban
Jenis British Short Hair. Ada banyak ekor time ni. Jenis ni semua tuan depa over protected.
Siap cover plastik dan ada tulis jangan cucuk dan sentuh
Huish!!!! giler... tak protected harga ribu-riban nih!! Tengok alas dia tu pun special uols!!! Seremban Pets Fiesta sangat mengasyikkan.

Seremban

Seremban

Semoga Seremban Pets Fiesta dijadikan annual events barulah best.

8 ulasan:

  1. best nyer dpt tgk si bulus bulus dah lama sy x g event cm ni...

    BalasPadam
  2. Cantiknya bulu bengal tu. Macam harimau pun ada. Seronok bawa anak2 ke sini ye.

    BalasPadam
  3. Lah... tak tau pun ada event ni.. Kalau tau dah ajak akak bawak anak2 buah pegi.. huuu

    BalasPadam
  4. Ceria muka Mrs. A bila nampak kucing comel..
    Nampak teruja di situ ;-)

    BalasPadam
  5. Anak den pun suka tengok kekucing mcm ni. Maknya nak tengok, no hal tp nak membela ada sedikit kemalasan di situ hihi

    BalasPadam
  6. Suka kucing Bengal tu.. warna dia lawa..

    BalasPadam
  7. Geram aih tengok kucing-kucing tu..comey! Kite kat rumah bela kucing bese tu je..hiks.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©