Pertandingan Bola Jaring Bakat Baru & Jemputan Tertutup Rembau - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Pertandingan Bola Jaring Bakat Baru & Jemputan Tertutup Rembau

20 Disember 2017

Pertandingan Bola Jaring Bakat Baru & Jemputan Tertutup Rembau

As Salam and greetings to dear readers.

Pertandingan Bola Jaring Bakat Baru & Jemputan Tertutup Rembau.

Pertandingan Bola Jaring Bakat Baru & Jemputan Tertutup Rembau ini adalah anjuran Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Rembau (KKTM) dengan kerjasama KBS Daerah Rembau dan Persatuan Bola Jaring Daerah Rembau. Kejadianya adalah pada minggu lepas 14122017. Oleh kerana Mrs. A masih injured amvoiii!!! ayat kemain (lutut kanan sakit) so Mrs. A tak main pun tapi acting as manager cos manager netball yang sebenar sedang bercuti.

Pertandingan Bola Jaring Bakat Baru & Jemputan Tertutup Rembau ini adalah bersempena dengan Program Creative Industri Festival 2017 yang bertempat KKTM, Rembau. Selain daripada bola jaring ada juga pertandingan sepak takraw dan pelbagai lagi acara lain.

Pada awalnya ada 16 team tapi semasa kejadian 3 team tidak muncul tinggallah 13 team. Pertandingan diadakan secara liga. Ada 4 group iaitu Group A, B, C dan D. Team netball office termasuk dalam group A. Untung group A, B dan C cos setiap group ada satu tak muncul so we all hanya perlu berlawan dua kali sahaja berbanding dengan group D yang terpaksa berlawan sebanyak 3 kali.

Tapi agak malang sekali hanya terdapat satu court sahaja so masa pertandingan telah dipendekkan kepada 5 minit (5-1-5) sahaja pada peringkat group sementara peringkat quarter, semi dan final maintian 7 minit (7-1-7). Lagi satu hujan turun pada sebelah pagi dan court sangat licin. berdepek-depek players jatuh. Sabar yolah!

Jomlah kita layan gambar pula.



Sebelah pagi sebelum games mula bergambar dengan mana yang sempat
Team office mara sampai ke peringkat separuh akhir. So dapatlah nombor 3 bersama team yang satu lagi. Kenapa no 3 bersama cos hadiah hanya berbeza untuk juara dan naib juara manakala nombor 3 dan 4 hadiah saguhati sahaja tak perlu lawan ler... dah hadiah ko sama buat lotih yolah.

Quarter final kalah mati team office telah berjaya kalahkan NBT Netballer. Fuh! fight habis game ni score 4 sama. Jadi terpaksa main lagi dengan cara bermainnya 3 center pass. Alhamdulillah team office berjaya buat 2 gol awal so menanglah akhirnya yang melayakkan team ke separuh akhir.

Lagi gambar.

1st game SAINS vs. Vicious (kalah)

2nd games SAINS vs Seven Anchor (Menang)
Settle aje peringkat separuh akhir Mrs. A dah angkat kaki dulu cos nak singgah kampung sementelah KKTM tu tersangatlah dekat dengan kampung Mrs. A. Itu pasal yang gambar iol takde time amik hadiah kat bawah ni.

Dapat plague dan RM biarlah rahsia muahahaaa...
The end kisah Pertandingan Bola Jaring Bakat Baru & Jemputan Tertutup Rembau. Majulah sukan untuk KSR SAINS.

9 ulasan:

  1. da lama tak bersukan niii...hehehe

    BalasPadam
  2. Tahniah dapat hadiah sagu hati.
    Mungkin lain kali boleh dapat johan pulak

    BalasPadam
  3. Bestnya, lama xmain bola jaring. Tapi selalunya takut je nak tngkap bola tu. Hahaa.

    Fatin follow sini, salam kenal dari https://fatinshahrizam.blogspot.my/

    BalasPadam
  4. seronoknya dapat bermain netball balik..rindu zaman muda dulu..setiap Jumaat hingga Ahad pasti turun padang berlatih...

    BalasPadam
  5. Tahniah pada pasukan Mrs A. Teruskan semangat bersukan. Mana tau boleh wakil negeri pula nanti =)

    BalasPadam
  6. Aktiviti bagus dan menyihatkan...

    BalasPadam
  7. Tahniah Mrs A.. Aktiviti yang sangat bagus..

    BalasPadam
  8. semangat kesukanan itu melebihi segalanya... tahniah sis & team!

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©