As Salam and greetings to dear readers.
Just The 4 Of Us.
Just the 4 of us, uols rasa apa maknanya tu? Cer teka...cer teka... haish! tak koser nak sentap hokeh! dah dua kali weekend we all outing without Mr. A. Last 2 weeks Mr. A busy dengan #pau last week pula kawan Mr. A minta tolong dia menguruskan pengebumian di makam Tuan Haji Said to be exact kawanya yang kematian isteri.
Siapa nak contact, macam mana cara, apa nak buat semua pun tak tahu cos dia orang luar. Orang luar tu maknanya bukan orang Seremban. Takpelah dimaafkan Mr. A memang selalu begitu kids and Mrs. A okay jer.... yang penting belanjanya dibiayai muahahhaaaaaa.....
Last 2 weeks tu we all outing menonton movie Justice League di GSC, Palm Mall. Kids yang beria-ria sangat nak tengok cerita nih! Mrs. A layankan aje. Mrs. A pun bukan tahu sangat kisahnya. Tapi bila dah tonton okaylah boleh layan, menarik juga kisahnya.
Justice League ini tak sesuai untuk orang yang tak boleh nak hadam ceciter superhero nih! cos dah namanya superhero so memang takdelah logiknya. Mrs. A memang tak follow pun Justice League so tak tahu kisah awal-awal terdahulu macam mana kekdahnya tak dapatlah nak bandingkan dengan Justice League 2017.
Permulaan cerita Justice League 2017 adalah Superman dah mati. Superman mati sewaktu berlawan dengan Batman ha! gitew... malas arrr... nak reviews kalau nak tahu cer la google ya banyak rasanya blog yang buat reviews.
|
Justice League @ Cinema 6 just the 4 of us. 3 adults 1 children |
Anak-anak Mrs. A ini memang penggemar nasi orangnya. So ke mana sahaja we all outing bila tanya nak makan apa mesti semua jerit nasi.... ha!!! gitew. Kalau nak makan nasi tempat sedap Black Canyon ajelah jawapnya. Hurmm... rasanya dah banyak kali kot bila outing ke Palm Mall mesti tempat pilihan depa Black Canyon. Kisahnya tu
SINI dan
SINI
|
Kids happy ibu pun happylah |
Time outing di Palm Mall hari tu terjadilah satu tragedi yang agak trajis kepada Mrs. A. Haish!!!! sabar yolah! [tak serik-serik ko nih! Mrs. A hoi!!!] Sewaktu nak keluar dari rumah Mrs. A pilih-pilih kasut lalu terpilihlah kasut yang sudah agak lama tak guna sebab kenapa kasut itu menjadi pilihan adalah konon-kononya nak sama color dengan shawl Mrs. A yang color mustard tu.
Dah sampai Palm Mall dari dalam kereta terus aje sarung tanpa usul periksa condition kasut tu cos nampak elok aje dari atas. Kasut ini pun satu tau, sengaja nak kenakan Mrs. A cos dari parking dah nak dekat sampai GSC tu elok aje, tetiba time tengah queue terasa longgar yang amat pastu bila Mrs. A check oh! noooooo.....!!! ternganga uols.
|
Hujungnya dah ternganga macam mulut buaya muaahhahaaaaa.. |
Mulanya tak nak bagi tahu kids sure kena gelak dan bahan punyalah. Tapi bila Aryssa perasan terus depa semua pakat-pakat gelakkan Mrs. A huwaaaaa.... nyampah! tau anak-anak zaman sekarang. Bila Mrs.A tengok masih ada masa lagi sebelum wayang start terus aje cakap dengan kids. "
Ibu nak beli kasut ni cer perati ada tak kedai kasut paling dekat dari sini." Walaupun kids tak setuju takut tak sempat tapi Mrs. A insist juga nak beli. Syukur ada kedai kasut yang dekat dan cepat pula dapat yang berkenan di hati. Terus rembat seketul. Masa rembat tu tak ingat langsung apalah salahnya ambil aje kasut lain kat kereta tak payah arrr... nak beli-beli baru bagai hangus bajet kat situ.
Okay just the 4 of us lagi di weekend baru-baru ini pula sewaktu dengan tengok Seremban Pets Fiesta tu. Selepas settle berpoya-poya di situ we all plan nak pergi lunch di The Chicken Rice Shop, Seremban Prima cos nanti senang terus nak pergi main bowling. Kenapa tCRS??? haish!! dah katanya kids suka makan nasi so tCRS ajelah senang.
|
Kita makan dulu.... |
Setelah kenyang perut suka hati barulah seronok nak membowling. Bowling di Seremban Prima adalah di tingkat atas sekali iaitu sejenis Ampang Superbowl.
|
Mulanya Mrs. A tak nak main cos lutut masih belum pulih sepenuhnya tapi terjebak jugakkk... |
Ingatkan dah habis bowling tiga frames dah boleh balik. Belum puas lagi tu Along dengan Adik nak main pool la pulak. Sekali-sekala Mrs. A layanzkan aje...
|
Selalu datang table pool not available kali ni balas dendam katanya |
Huhuhuhu.... tahun ini we all tak pergi bercuti lagi.... la Babah. Sekian kisah Just The 4 Of Us.
haha, sakan kena gelak eh. husband wa pun jenis membahan jugak. sakit jiwa kadang tu :D
BalasPadamHehehe...kisah kasut kopak ingat PC...pergi zoo...jalan2 sambil tengok binatang..tak sedar kasut kopak...asyik sangat..
BalasPadamSesekali bersuka ria dengan ank2 kan kak...nikmat tak ternilai...
Sepesen dengan anak-anak kitalah pantang ada peluang abislah jadi bahan diaorang...tu ngikut peel papa dia lah suka sangat nyakat huhu
BalasPadamKisah kasut kopak, ingat lagi masa praktikal, kasut mengajar jadi mulut buaya tiba-tiba.. Nasib baik jadi masa dah nak balik.. Cepat2 hantar jahit lepas tu.. haha
BalasPadamYg penting dpt bergader gader ngan anak gitu...
BalasPadamSesekali best jugak bila King tak ikut hihi....
Ohhh confirmlah den tak pi tengok cite tu, sebab mmg tak suka cite ala ala superhero mcm tu.
Sedap ek menu nasi kat Black Canyon, tak pernah masuk situlah MA.
SERONOKNYA DPT BERSAMA ANAK PENUHI MINAT MRK SAMBIL MKN2 SHOPING. JLN2 ETC...KASUT KOPAK NK BERI REZKI MRSA BERKASUT BARU ALHAMDULILLAH..
BalasPadamSeonoknya, lama xamin bowling. Tapi bila main je confirm ratu longkang. Hahaa
BalasPadamBesar-besar dah anak mrs A.. Seronok outing dengan anak-anak.. Sha memang minat citer superhero.. Kikiki.. Dah tengok dah Justic League dengan encik suami..
BalasPadamfamily bonding... bkn selalu kn dpt mcm ni...
BalasPadam