Catuan Air Di Daerah Rembau dan Tampin Di Jadual Semula - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Catuan Air Di Daerah Rembau dan Tampin Di Jadual Semula

7 November 2014

Catuan Air Di Daerah Rembau dan Tampin Di Jadual Semula

Sebelum ni Mrs. A dah pernah kongsikan berkenaan catuan air berjadual di dua daerah tersebut iaitu daerah Rembau dan daerah Tampin (baca sini). Tetapi setelah beberapa ketika pihak syarikat mendapati usaha berkenaan tidak menampakkan hasil seperti apa yang dirancang. 

Contohnya syarikat plan minggu ni catuan lima hari seminggu pastu paras air di empangan mestilah dah takat ini. Tetapi resultnya tak dapat takat yang dikehendaki itu. Ini contoh sahaja fakta sebenar biarlah rahsia ngeh!ngeh!ngeh!. Eh! takdelah cenggitu fakta sebenar Mrs. A pun kurang pasti kekdahnya. Tetapi percayalah syarikat telah berusaha sehabis baik untuk penduduk-penduduk di daerah berkenaan.

Kat sini Mrs. A kongsikan jadual catuan air yang terbaru bermula 10 November 2014 sehingga 21 November 2014. Tempoh catuan bermula 10.00 pagi hingga 10.00 pagi keesokkan harinya. Berita baiknya pulak tiada catuan pada hari Sabtu dan Ahad. So if sedara-mara datang atau anak-anak balik bercuti tak perlu risau.

Credit to portal syarikat untuk jadual ini.

Jika masih tak berpuashati lagi boleh melayari laman web ni www.sainswater.com atau hubungi talian bebas tol  1-800-88-6982 untuk keterangan lanjut.

Oh! ya sesambil tu Mrs. A nak pesan ni.... BIL AIR JANGAN LUPA BAYAR.



1 ulasan:

  1. kena tadah air siap2 laa kannn...senang nak mandi@memasak...mekasih ye singgah blog sy (^_^)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©