HTJS - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: HTJS

6 November 2014

HTJS

HTJS

Hospital Tuanku Jaafar Seremban hah! kenapa pula dengan hospital ni? Actually anak Bil yang admitted kat sini. Last week Friday nite tetiba jer... dia jatuh terkulai macam dah tak bernyawa kat riba ayah dia. Dia memang tak berapa sihat tapi elok ya aktif bermain dengan cousins they all di siang hari kat rumah my parents in-law time tu.

Kisah benarnya all anak sedara hubby time Friday tu absent tak gi sekolah. Tauler... Thursday malam 30102014 tu ada meeting pembahagian tugas kat Jiboi. So my kids and the nieces/ nephews amik kesempatan tidur kat sana. If ikut Mrs. A memang taklahkan tapi time my kids minta izin tu Mrs. A said no tak boleh tapi setelah didesak ermmm.. pi tanya babahlah. Pastu babah dia tu pun kata sukahatilah tu yang menjadi absent beramai-ramainya tu. Alasan dah habis exam gi sekolah pun main aje.

Time anak my Bil pengsan tu Mrs. A dah amik kids balik rumah lepas kerja Friday terus amik bawak balik coz Saturday plan nak gi wedding cousin. Dah malam time dinner my hubby call kata Haziq pengsan ada kat emergency room HTJS. Kononnya nak gi malam tu jugak tapi Aryssa pun dah tidur pastu masing-masing kepenatan so esok ajelah gi visit cenggituler diputuskan

Esoknya lepas gi wedding otw balik singgah ler HTJS. Baru Mrs. A tahu sekarang ni wad kanak-kanak dan wanita adalah di building yang baru. Memula ingat habisler... kena jalan jauh ni tau jelah berdasarkan experience parking kat area HTJS ni memang hazab. Ni beberapa tahun yang lalu punya experiencelah. Tapi sekarang ni tidak lagi kat building baru ni mudah dan banyak parking. Tempat parking yang disediakan adalah sekali dengan building hospital tu bertingkek-tingkek parking area ea teh! kau. 

Tapi ada yang tak best jugak. Iaitu kepada kanak-kanak yang di bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk walaupun time tu waktu melawat. Memula we all selamba ajer...serbu nak masuk pastu guard (India) tu tahan. Kakak/Abang anak umor berapa bawah doblas tak boleh masuk.[sila baca ikut slang india ya..ngeh!ngeh!ngeh!] Eh! tapi ni time melawat kata Mrs. A. Ya kakak ini undang-undang baru. Bangunan baru, undang-undang baru kata dia. Oh! ok. Jangan salahkan dia. Dia pun menjalankan tugas aje.



Contohnya anak-anak Mrs. A ni punyalah excited nak jumpa Haziq tapi tak dapat. Muka tak puashati terutamanya si adik garang macam nak telan orang jer.. Walupun kat belakang tempat dia duduk menunggu tu disediakan taman permainan tapi takde mood katanya.



Sementara itu Along telah berjaya meloloskan diri kerana dia memang 12 tahun tak kisah ler...bawah ke atas ke bonus bagi yang berbadan besar. Mrs. A tunggu kat luar bersama adik dan Aryssa take turn sementara Along dengan babahnya masuk. Bila babah dia dah keluar selamba jer cakap Aryssa boleh masuk dia 12 tahun terpinga-pinga we all tapi lakonan berjaya. Aryssa pun dapat meloloskan diri. Memang takde rezeki bagi adiklah nak berlakon pun tak boleh nampak sangat tak real dengan size badan yang petit cenggitu takkan 12 tahun kot.

Kat dalam yang ada adalah my bil, sil & fiance dia dan my parents in-law. Apa sebab-musabab Haziq jadi cenggitu time Mrs. A merisik khabar tu tak tahu lagi. Tapi sehingga entry ni up Haziq dah pun discharged. Harap-harap itu cumalah demam panas biasa aje.

3 ulasan:

  1. hehehhe lawak part mnenipu umur arrysa tu..

    BalasPadam
  2. Hospital tmpt penyebaran pnykt terutm yg mlbtkn jgkitan bakteria.. ia akn mudh menyerang org2 yg keimunn bdn die rendah. Knk2 sgt2 bwrisiko n boleh mmbw maut jika jgktn serius, sb itu pihak hospitl mgmbil tindkn sbgtu.. d tmpt ldy dh lm undg2 ni dikuatkuasakan.. ttp jika ada yg msk n djgkiti risiko dtggung sdri.. dn ia akn bkl menjgkiti knk2 lain yg berdektn dgn patient..

    BalasPadam
  3. mana2 hospital pun sekarang ni, tak benarkan anak2 kecil bawah umur 12 masuk, mungkin kerana bimbang jangkitan penyakit agaknya.. semoga anak saudara Mrs A cepat2 sembuh ye..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©