Semalam 14112014 AJK 5S telah organize satu gotong-royong di workstation masing-masing. Petang sebelum hari gotong-royong tu wakil dari setiap unit telah dijemput ke perbincangan ataupun dalam ertikata lainnya meeting. Tujuannya adalah untuk menerangkan apa yang harus setiap unit perlu buat time gotong-royong tersebut. Menurut AJK 5S dalam rondaan terbaru mereka ada tempat yang perlu disusun atur semula. Memana-mana unit yang ada lebihan cupboard ke, cabinet ke atau apa-apa sahaja yang mahu atau tidak mahu bolehler... tukar suka sama suka.
Kekdahnya Friday morning tu warga kerja terlibat dengan penuh rajinnya bergotong-royong dengan meriahnya. [hahhaaa...meriah! uolllss] Kebetulan pula pada hari gotong-royong tu dua orang staff dari Dept. HR telah mengadakan makan-makan sempena birthday mereka. Amboi! gembira sangat we all bertambah-tambah rajinnya nak bergotong-royong. Alhamdulilah rezeki yang tidak disangka-sangka dapat makan breakfast foc.
Yalah... bukan senang nak menjayakan gotong-royong ni. Faham-faham ajelah kekadang memanglah kita telah diarahkan wat gotong-royong tapi ada jugak masa-masa tertentu kita tak boleh nak turut serta yalah bz dengan tugas hakiki. Lagi satu bila hati malas tu so macam-macamlah alasan kita reka-rekakan... Pokok pangkalnya diri-sendiri kalau kita rasa memang nak buat maka dengan senang hati kerja jadi mudah.
Tapi Mrs. A time ni memang kerja-kerja hakiki tengah takde. If nak ikutkan Mrs. A ni lagilah haru kerja kena ikut dateline mesti siapkan paperwork tu sebelum meeting. Mujurlah time ni takde meeting tu yang penuh semangat bergotong-royongnya tu habis bilik bos pun kasi bersih.
Oklah jom layan gambar.
|
On going |
|
Sebelum |
|
Selepas |
|
On going |
|
Selepas |
|
Bilik Boss : On going |
|
Bilik Boss : Selepas |
|
Bilik Boss : On going |
|
Bilik Boss : Selepas |
|
Sampah yang berjaya dikumpulkan untuk dibuang/ recycle |
Walaupun ada dikalangan officemate yang menyambung aktiviti gotong-royong they all selepas lunch break tetapi tidak bagi unit Mrs. A. Sebelah petang we all meneruskan kerja hakiki masing-masing yang telah tertunda disebelah pagi tadi. Wahai! boss tak perlu risau hokeh! anak-anak buah you ni cerdik dalam membahagi kerja, we all tak pernah lupa moto syarikat Keperluan Anda Keutamaan Kami tu.
Wahai manusia yang bergelar bos di mana-mana jua anda berada cubalah belajar berterima kasih janganlah asyik dok pandai komplen aje kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Sharing is caring.
Wah, siap ada sebelum dan selepas yer ^-^
BalasPadam