Majlis Kahwin SIL #Final - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Majlis Kahwin SIL #Final

20 November 2014

Majlis Kahwin SIL #Final

Finally hari yang ditunggu-tunggu pun tiba iaitu Sunday 09112014 hari langsung dalam erti kata lain hari persandingan eeececewah...!!! macam Mrs. A pulak yang nak bersandingnya ngeh!ngeh!ngeh! Time ni lebih kurang pukul 10.00 pagi Mrs. A & hubby dah gerak ke Jiboi kira awal lerrrr tu dari 2 hari sebelum-sebelum tu dan dah ready berpakaian tema excited bangat. Cuma pakaian tema Along & Adik jer... yang ada pada Mrs. A time ni tu yang depa dok asyik calling-calling tu, baju Aryssa dari malam semalam lagi dah get ready kat Jiboi.

Sesampai jer... kat Jiboi Mrs. A tengok caterer tengah bz menyusun atur makanan. Mil dah pun siap berbaju tema cuma yang the boys/ mans aje... masih lepak-lepak lagi breakfast dan wat hal memasing. Bebiras tengah bz menyiapkan diri dan kids memasing tetapi kaklong jer... belum sampai lagi coz bz menyiapkan pulut kuningnya, kek dan sweets for candy booth. Itu part kaklong dia memang expert dan willing to do it. Bertuah ko sil ada kaklong yang cenggitu.

Actually part we all (anak-anak & menantu-menantu) adalah support parents in-laws sambut dan melayan tetamu jer... part-part hidang-menghidang memang 100% caterer. Kira we all ni jadi usher cenggitu ngeh!ngeh!ngeh!

Sebelum tetamu datang jom kita bergambar dulu....
Ini sempat snap kat sesiapa yang ada di area pelamin time tu.



Time ni Mrs. A sempat tangkap Mil untuk bergambar.
Uuuu.. oolsss sure pelik nape Mrs. A lainkan.
Actually untuk majlis ni aje.
In Sha Allah dear readers doa-doakan ya sedikit hari lagi semoga Mrs. A akan terus berhijab.
For majlis ni shawl & baju, sponsor by my beloved parents in-laws.



Ha! ni ler...budak kecik yang anti-sosial tu, yang duk asyik dengan gajet jer.. tu
Time ni biras Mrs. A nak bergambar berdua jer... suh dia tunggu.
Tapi dia nak dukung jugak kat mama dia.
Solutionnya biras Mrs. A kata sorrokkan dia kat belakang.
Tapi dapat jugak menyelitkan diri dia.



Wedding sekarang ada memacam booth. Time sil ni dia ada sediakan photo booth. So sesiapa nak bergambar bolehler choose apa-apa emoticon yang berkenan.

Cutie - Aryssa

Along

Ada jugak candy station. Ini untuk kids 12 below ajer yer...
Candy station ni yang berusahanya adalah niece iaitu anak kaklong dan juger kaklong sendiri.
Yang buat cake cecomel tu kaklong & partner.



Sebelum usher bertugas kena makan dulu ngeh!ngeh!ngeh!
Awal lagi Mrs. A dengan Nija my biras no 3 tu dah minta izin kat Mil nak makan dulu
Time tu baru 11.30 pagi tak silap. Mil kata pergilah nanti orang dah ramai.
Ni ler...menunya. Tapi Mrs. A tak amik semua jenis.
Ada kari kambing dan ikan goreng masam-manis but not in my plate.



Ada satu lagi booth cendol tapi Mrs. A terlupa pulak nak snap picture. Maybe booth tu jauh sikit dari gate depan tu yang terlepas pandang. Dah tu pulak Mrs. A pun tak sempat merasa waaa...waaa..aawa  akibat bz sangat menjadi usher kalau appraisal boleh dapat excellence kot. ngeh!ngeh!ngeh!

Okaylah jom... kita layan gambar.

Fil yang segak bergaya lengkap bersamping tengah bz mempersilakan tetamu masuk.
Siapaler ... yang nampak separuh jer tu


Usherer sempat bergambar. Tapi... mana sorang lagi??? takkan...curi tulang kot???


Ketibaan pengantin selepas Zohor.
Amboi! sil kemain ko ya naik keta kuda lagiks... kellassss macam Dato' Siti.
Jauh juger pengantin berkereta kuda dari homestay Gedung Lalalng (side lelaki stay kat situ) hingga ke Jiboi lebih kurang 4km cenggitu.



Kereta kuda tu boleh tahan lajunya kata pengantin lelaki.
Perasan tak bunga manggar tu tinggal satu ajer..
Tercabut di pertengahan jalan akibat lajunya kuda itu.
Kereta kuda ni mission Mr. A. Siap promotion sesiapa berminat boleh contact dia.



Cantikkan pengantin dengan baju color hijau muda cenggini


Family photo tapi... Nija sekali lagi tak dapat dikesan

Sementara itu ada jugak acara potong birthday cake.
Ini special untuk mereka yang DOB jatuh pada bulan November termasuk ler... sil.
Kakngah (niece), lain-lain nephews, Ateh, dan ibu pengantin lelaki.



Terima kasih yang tidak terhingga daripada kami seisi keluarga kepada YAB Dato' Seri utama Hj Mohamad bin Hj Hasan kerana sudi hadir.




Kawan-kawan Ex-Stadian tak melepaskan peluang bergambar bersama YAB Dato'Seri Utama yang juger merupakan Ex-Stadian.



Mrs. A pun nak jugak.....
Sebelah Tok Mat bapa saudara hubby iaitu adik Abah. (Fil)



Officemate Mrs. A

Walaupun bos Mrs. A yang lelaki tu datang dengan family dia. Tapi bolehkan tidak berjumpa. Itulah bila Allah kata tak jumpa maka tak jumpalah dengan kehendakNya walaupun berada di tempat yang sama.  On Tuesday Mrs. A cakap dengan bos kenapa you tak datang kata nak datang. Pastu dia kata eh! I datanglah dengan isteri dengan anak-anak I puasI duk perati you tapi tak nampak pun. Takpelah I salam dengan your Fil ajer... la yeker...bos nape you tak tanya sesiapa yang berbaju tema tu pastu suruhler.. depa cari I. Takpelah,  I tak mau kacaulah you bz kot kat dapur. Hurmm.. bila Mrs. A mencongak-congak time kedatangan dia yang awal lagi tu kemungkinan besar time tu Mrs. A tengah menjamu selera tu pasal yang tak sedar kehadiran bos sendiri.


Aryssa & Sumaiyah bersama Poney

Emak Mrs. A datang bersama family Angah


Thank you to my friends. Actually yang girl tu kawan Mrs. A dan boy tu kawan hubby. 
Beberapa tahun yang lalu we both matchkan mereka berdua. Dah jodoh menjadiler....


Along Mrs. A pun datang dari Puchong. Dia datang lambat sikit. 
Siap calling suruh emak & angah tunggu sampai dia datang.



Last sekali penutup dengan gambar family sekali lagi.



Terima kasih kepada semua rakan-rakan, saudara-mara, jiran tetangga dan juger kepada semua tetamu yang sudi hadir. Maaf sekiranya ada kekurangan dan cacat-cela dalam majlis tersebut. Maaf jika aku tak sempurna. eh!eh!eh! itu tajuk drama slot akasia TV3. [iklan jap].

Banyak beza wedding zaman sekarang dengan time Mrs. A dodulu (13 tahun lampau). Anyway itu kita kongsi-kongsikan di lain postlah ya. Thank you for reading.



7 ulasan:

  1. sweet color baju pengantin tu...

    selamat pengantin baru buat pengantin :)

    BalasPadam
  2. jemput join > http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...semoga pengantin berbahagia hingga ke Jannah...aamiin

    BalasPadam
  4. selamat pengantin baru
    cntik warna baju pengantin

    BalasPadam
  5. Serious tak cam Mrs. A bila berhijab, kena tenung sorg2 baru jumpa Mrs. A.. Hehehe

    BalasPadam
  6. Wow,matchmaker menjadi la plak.... mesti meriah ni siap de poney &yb lagi....tahniah utk pasangan...;-)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©