Sports Day 2013
Sports day anak-anak aku Sabtu lepas (21.9.2013). Actually dah banyak kali event nih sekolah they all tangguh. Sebab-musababnya taklah aku tahu sangat maybe sekolah plan nak habiskan UPSR dulu. Yelah UPSR lebih priority dari sportlah!kan.... Semua anak-anak aku sama rumah sukan iaitu rumah biru aka Dol Said.
Aerobic dengan lagu hindi bhole curiya |
Khemah rumah biru aka Dol Said |
Memang sekolah sengaja bagi adik-beradik sama rumah bagi memudahkan ibubapa untuk menghantar sekali sekiranya terdapat latihan rumah masing-masing. Time sportday aritu aku yang hantar kebiasaanya babah they all hantar lagipun time ni babah tak berapa nak sihat kedemamman la pulak...Lepas dah hantar lebih kurang pukul 7.00am aku balik semula. Tak rajin ler..aku nak gi awal sangat. Aku bagitau anak-anak nanti pukul 10 ibu datang dengan babah.
Medal Aryssa Naib Johan lari menjungjung pundi kacang |
Medal Along Naib Johan "Perbarisan antara rumah sukan" |
Bukan semua acara sukan dijalankan hari Sabtu. Ada sesetengah acara sekolah dah buat dulu time hari-hari biasa. Mungkin nak save time la jugak. Contoh macam acara yang anak pompuan aku masuk "lari menjunjung pundi kacang" acara tu dah dijalankan dulu. Aryssa n the gang dapat tempat kedua bila tengok pingatnya tu yang aku tahu. Acara punya nama bikin aku ketawa hahahaaaaa... time ibu dulu takde acara ni Aryssa.
Pepagi lagi anak-anak aku dah bangun tak payah susah-susah kejutkan. Semangat betul they all nak gi bersukan. Along dia masuk perbarisan je. Kesian dia tak terpilih sewaktu pemilihan final. Memula dia bagitau masuk 3 acara. But then final day selection dia bagitau tak terpilih coz masa tu dia dah penat. Takpelah Along tahun depan cuba lagi. At least masuk perbarisan pun dapat pingat juger...
Cuma Adik punya acara je hari sports day tu. Agak aku acara balapan je sekolah buat time tu coz nak jimatkan masa. Aku dengan hubby sampai dalam pukul 10.15am. Dalam hati aku harap-haraplah acara Adik belum start lagi. Thank you Allah memang tak start lagi. Sesampai je aku terus pi cari they all cari kat khemah rumah biru aka Kasturi. Aku nampak adik tengah berjalan beriring-iringan dengan teacher nak pi amik air milo rupanya. Dia kata lepas habis Aerobik nanti baru acara dia start. Terserlah muka happy dia nampak ibu n babah.
50 meter pass baton |
Adik pelari keempat |
We all tak tunggu sampai habispun bila acara Adik dah tamat je we all gerak balik. Kesian adik dia tak menang pelari ketiga tak berapa nak laju lagipun baton jatuh waktu passing kat adik. Takpelah adik adat bertanding ada kalah ada menang. Tahun depan boleh cuba lagi.
Walaupun dalam surat diberitahu waktu ni sekolah ganti iaitu habis dalam pukul 1.00pm. Tapi ramai juga parents yang dah gerak balik. Lagipun babahnya demam tak larat dah cuaca panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan