MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Majlis Kahwin SIL #Part 2

Majlis Kahwin SIL #Part 2

Saturday 08112014 sebelah petang adalah majlis nikah Sil. Memula memanglah Mrs. A plan nak gi  pagi dalam pukul 10.00 cenggitu tapi sayangnya tak menjadi kenyataan ialah bila dah kat rumah sendiri ada jelah pulak benda nak dicolek-colek bak kata orang Negeri Sembilan tu yang tersasar ke  tengahari sampai di Jiboi. Biras Mrs. A yang lagi dua pun dah sampai tapi cuma kaklong jer.. belum sampai. Sesampai jer... jengok-jenguklah apa yang patut dibuat.

Inilah hantaran Sil kepada pihak lelaki yang sempat Mrs. A snap.
Hantaran pihak lelaki takde la pulak camne ler... pulak bolehkan tak snap lansung rasanaya time ni hantaran tu telah dibawa pergi ke homestay.
 

Majlis nikah sebelah petang ni parents in-law budget untuk 100 orang aje... Itu termasukklah side lelaki dan we all serta jiran-jiran terdekat. Jamuannya guna catering yang sama dengan hari bersanding esoknya iaitu package harga kira sekali Saturday + Sunday. Mrs. A pun rasa guna khidmat catering adalah lebih mudah dan teratur. Tuan rumah tak perlu risau urusan makan minum, mana nak hidang, mana nak basuh pinggan/ cawan pastu mana nak layan tetamu. Huuhuuuuhuu... tak terkejorrrr...yop kalau buat sendiri semua tu. Guna khidmat catering ni tuan rumah hanya perlu fokus melayan tetamu aje.


Father in-law yang nikahkan sendiri anaknya. Alhamdulillah dengan dua kali lafaz maka sahlah kedua-dua mempelai ini menjadi suami-isteri yang sah. Actually sekali lafaz pun masa ni dah! ok tapi adalah lebih afdal dibuat 2 kali lafaz tu yang 2 kali tu. Kemudian imam pun bacakan taklik sesambil mengusik pengantin lelaki.


Time ni Mrs. A diri jer.. dah takde ruang sesuai nak duduk. Ada jiran-jiran terdekat sedara-mara side we all dan of coz kaum kerabat side lelaki.


Alhamdulillah finally they got married. Semoga berbahagia hingga ke Jannah.


As usual Aryssa pasti tak akan melepaskan peluang bergambarnya. Time ni selepas maksunya dah ready bersiap sementara dipanggil ke depan untuk acara akad nikah.


 Ibunya pun sama. Nak jugak....


We all ler...sister in-laws kepada pengantin perempuan tu...
Susun aturnya memang kena sangat dari kiri kaklong, kakngah, kaklang, kakteh.
Sil sorang jer... perempuan dalam adik-beradik hubby yang lima bersaudara tu.
Itu pasallah dia ada ramai kekakak ipar ngeh!ngeh!ngeh!


Kemudian sebelah malam pulak ada majlis berinai dan bunga api TAPI......[iklan jap]
Sil pakai songket kuning diraja gitu. Berarak dengan iringan selawat nabi dengan kaum kerabat side lelaki. Time ni Mrs. A sorang jer joint berarak the biras tak joint yelah Mrs. A nak snap photo. Jurugambar time ni tengah makan la pulok. 


Tapi............ mana bunga api ni... pengantin dah nak sampai ke rumah dah ni. Sedeh!! bunga api yang ditempah khas itu tidak menyala. Lama tau pengantin duk tunggu bunga api macam-macam cara Bil & Mr. A buat adalah satu tu yang Along sampai curah minyak barulah menyala itupun tak sempat snap kerana dok asyik sangat mengomen kot.


Iniler rupa bentuk bunga api tu walaupun ada enam tak silap tapi satu jer... yang menyalanya. Hei!... choi betullah habis Mr. A kena bahan coz bunga api tu mission dia. Dia yang tempah kat kawan dia. Walaupun malam tu kawan dia si tuan bunga api tu datang tapi bilamana dia sendiri bakar pun tak menyala jugak. Apa masalahnya pun tak pasti la pulak tak sempat nak gosip lagiks.


Setelah mengabaikan kejadian tu pengantin pun masuk ke rumah untuk majlis berinai dan tepung tawar. Setelah side lelaki settle tepung tawar side we all pulak. Tapi gambar ni turn Mrs. A ajelah yang lelain tak perlu kot.


Kemudian sesi bergambar. Cukuplah satu aje untuk readers ya. Ni semua anak-anak sedara pengantin perempuan 10 out of 11. Sorang lagi tu dia memang susah sikit, anti-sosial kekdahnya asyik berkepit aje dengan mama/ papa dia.
 

Kemudian sudah pastilah jamuan makankan..kan..kan... Simple aje buat stail buffet, nasi lemak, roti canai, buah-buahan dan kuih-muih.  Sebelah malam ni makanan tu masak sendiri cuma roti canai aje order.Alhamdulillah cuaca pun elok majlis pun berjalan lancar. Cuma part bunga api tu aje yang wat spoil. Ok. TBC.



Majlis Kahwin SIL #Part 1

Majlis Kahwin SIL #Part 1

Friday 07112014 selepas maghrib barulah Mrs. A & hubby gerak ke Jiboi untuk menolong apa yang patut. Actually hubby dah gi dari pagi tadi lagi tapi Mrs. A kerja. Dalam mesyuarat pembahagian tugas sebelum ni Mrs. A have mission to complish. Begitu juga dengan biras Mrs. A yang lagi dua orang tu itu iaitu Nija (Alang) & Lala (Ateh). Kaklong tak termasuk dalam mission ni. Mission dia lain daripada we all bertiga.

Jeng..jeng...jeng... mission we all kena settlekan hantaran hokeh! Hantaran untuk kedua-dua belah pihak lagi. Actually bekas-bekas hantaran tu dah tersedia tapi perlu touch-up dengan bunga-bunga segar untuk mencantikkan lagi.

Hantaran yang masih togel yang perlu di touch-up.
Ini pihak lelaki punya.


Pengantin lelaki dan perempuan request kekakak iparnya yang buatkan coz pengantin lelaki punya kaum kerabat duk nun jauh kat Pasoh, Gemas. Adalah lebih sesuai dibuat di Seremban aje dari kena turun naik keta takut bebunga segar tu nanti terkulai layu la pulak dah takde makna segarnya. So bila dah siap maka kekdahnya hantaran-hantaran pihak lelaki akan dihantar pergi ke homestay yang pihak keluarga lelaki dah sewa iaitu Homestay Gedung Lalang tak berapa nak jauh dari Jiboi kira-kira 4km cenggitu.

Biras Mrs. A yang Lala ni mission dia kena siapkan hantaran sebelah lelaki. Bebunga dia lebih kepada purple color. Amboi! Lala kemain khusyuk ko ya..



Sementara itu biras Mrs. A yang Nija kena siapkan hantaran belah perempuan iaitu Sil we all. Mrs. A pulak telah ditugaskan membuat sirih junjung kedua-dua belah pihak.

Jangan tak percaya buat sirih junjung tu...???? Huhuuuuhu... dah ler...Mrs. A ni tak berapa nak kreatif. Bolehkan pulak ketua mission (Nija) bagi mission membuat sirih junjung. Tapi Sil punya pasal buat jugaklah. Adalah Mrs. A print-out beberapa reka bentuk dan cecara membuat sirih junjung dari internet. Pastu tunjuk kat Sil dia nak mana satu dia pun macam faham jer... dia pilih yang simple tak banyak cerewet pun. Actually Mrs. A nak buat sebijik macam contoh tu tapi tak dapat direalisasikan kerana ada beberapa bahan tak cukup contohnya lidi penyucuk dengan tape pelekat hijau takde so tak dapatlah nak mengulung sirih kat lidi tu. Pastu katanya buat ajelah ikut kreativiti kakngah mengikut apa bebahan yang ada.


Sementara we all sibuk melakukan mission memasing.
Ini dua orang budak kerjanya we-fei-we-fei la pulak.




Ini ler rupa kerangka sirih junjung yang Mrs. A kerjakan, memang jauh benar dari rupa bentuk asal yang kat internet tu coz kekurangan bebahan. (amboi! alasan kellaasss... sangat)

Side lelaki punya

Sil punya

Kemudian kena petik bebunga nih! ikut color side memasing.

Side lelaki punya

Sil punya

Time Mrs. A nak petik tu biras Mrs. A yang buat hantaran Sil tu suh tunggu dulu yelah ikut internet tu banyak bunga nak guna. Seriau la pulak kot-kot bunga dia tak cukup. Amboi! habis tu lambat la nak siap sirih junjung kakngah ni nanti kakngah nak pulang awal tau nak tengok Running Man. That is why yang siap kerangka aje dulu tu sementara menunggu bunga punya pasal.

Tapi itu gegurau senda we all aje tak lama tu Mrs. A petik je.. bebunga tu ikut suka hati.
Dari keras tangan Mrs. A tu jadilah cenggini hasilnya.

Sil punya

Side lelaki punya


Oleh kerana Mrs. A buat dua tu aje... for sure ler... Mrs. A siap dulu ngeh!ngeh!ngeh!. Tapiiii........ takdelah Mrs. A balik dulu nak tengok Running Man pun. Sesiapa yang berjaya settlekan mission kenalah tolong memana-mana mission yang tak settle lagi tu. Kekdahnya we all bertiga pun buatlah sesama hantaran side lelaki yang tak settle lagi tu. Alhamdulillah lebih kurang pukul 12.00 tengah malam cenggitu mission accomplish. Tapi bebunga yang tak habis tu we all pakat-pakat sambung esok apa yang patut dibuat.

Sementara itu time we all bebiras bz untuk settlekan mission hantaran orang-orang yang didapur pun ada mission jugak iaitu memasukkan telur dalam sarung. Lama betul proses ni setahu Mrs. A dari petang dah mula buat hingga ke tengah malam tak gak settle-settle. Adlah Mrs. A tolong seketul dua pastu dah minta diri pulang coz mata dah pedih. Lama sangat menenung bebenda ni dah ler..kat office menenung komputer kat rumah pun kena tenung-menenung lagi tu yang mata letih tu.



Lebih kurang pukul 12.30 malam cenggitu Mrs. A & hubby pun minta diri pulang anak-anak Mrs. A dan cousins depa tidur Jiboi they all memang dah bertungku-bertangga kat sini since Thursday lagi.

Sebahagian kanak-kanak riang itu. (abaikan yang bermisai tu) thats my bil (Along)

 Okaylah ini Friday punya citer lepas ni Mrs. A continue Saturday punya pulak.

Wordless Wednessday #20

Wordless Wednessday #20


Bertemu & bepisah adat manusia biasa

Bertemu & bepisah adat manusia biasa

Friday 07112014 adalah lastday buat pemilik blog Beautiful Creatures ini menjalani latihan peridustriannya di syarikat tempat Mrs. A bekerja. Selepas habis praktikal tersebut dia akan meneruskan lagi studynya yang masih berbaki dua semester. 

Sebelum ini memang ada pun students yang dah pernah buat praktikal kat unit ni tapi they all tak banyak kaitan dengan kerja Mrs. A tapi dengan adik blogger ni memang berkaitan dan dia selalu jer tolong Mrs. A itulah beza dia dengan adik- adik praktikal yang sebelum-sebelum ini. 

Last Wednesday 05112014 unit Mrs. A ada buat farewell untuk dia. Tapi ni Mrs. A bukan nak citer pasal farewell tu. Ini entry bergambar Mrs. A dengan dia ngeh!ngeh!ngeh!. Time nak upload gegambar dari camera ke pc yang Mrs. A amik time farewell tu baru realise takde gambar berdua. So Mrs. A pun pegiler...kat cubicle dia untuk bergambar. ouk! oooo time ni pulak kelik yang lagi sorang takde kat tempat nak mintak tolong amikkan gambar.

Pastu haruslah kan mintak tolong orang lain sehingga beberapa percubaan barulah we both puashati. Nak tau kenapa...???

1st try.
Adikkk... eh!eh! nanti dulu we all tak sedia lagi... kliksss...jugak
so tu yang hasilnya cenggini.


2nd try.
Ok ready.. sambil Mrs. A cakap nape tangan ko menggigil tu yang Shera gelihati


3rd try. Ok kot cer.. akak tengok.
Huk! alor... nape muka akak macam orang meneran jerks...
One more times please!

Finally.
Oklah tu baru puashati. 


All the best to Shera semoga succes di dunia dan juga di akhirat. Oh! ya nak baca citer farewell sila singgah di blog Whateverapa-apasahaja


Catuan Air Di Daerah Rembau dan Tampin Di Jadual Semula

Catuan Air Di Daerah Rembau dan Tampin Di Jadual Semula

Sebelum ni Mrs. A dah pernah kongsikan berkenaan catuan air berjadual di dua daerah tersebut iaitu daerah Rembau dan daerah Tampin (baca sini). Tetapi setelah beberapa ketika pihak syarikat mendapati usaha berkenaan tidak menampakkan hasil seperti apa yang dirancang. 

Contohnya syarikat plan minggu ni catuan lima hari seminggu pastu paras air di empangan mestilah dah takat ini. Tetapi resultnya tak dapat takat yang dikehendaki itu. Ini contoh sahaja fakta sebenar biarlah rahsia ngeh!ngeh!ngeh!. Eh! takdelah cenggitu fakta sebenar Mrs. A pun kurang pasti kekdahnya. Tetapi percayalah syarikat telah berusaha sehabis baik untuk penduduk-penduduk di daerah berkenaan.

Kat sini Mrs. A kongsikan jadual catuan air yang terbaru bermula 10 November 2014 sehingga 21 November 2014. Tempoh catuan bermula 10.00 pagi hingga 10.00 pagi keesokkan harinya. Berita baiknya pulak tiada catuan pada hari Sabtu dan Ahad. So if sedara-mara datang atau anak-anak balik bercuti tak perlu risau.

Credit to portal syarikat untuk jadual ini.

Jika masih tak berpuashati lagi boleh melayari laman web ni www.sainswater.com atau hubungi talian bebas tol  1-800-88-6982 untuk keterangan lanjut.

Oh! ya sesambil tu Mrs. A nak pesan ni.... BIL AIR JANGAN LUPA BAYAR.



HTJS

HTJS

HTJS

Hospital Tuanku Jaafar Seremban hah! kenapa pula dengan hospital ni? Actually anak Bil yang admitted kat sini. Last week Friday nite tetiba jer... dia jatuh terkulai macam dah tak bernyawa kat riba ayah dia. Dia memang tak berapa sihat tapi elok ya aktif bermain dengan cousins they all di siang hari kat rumah my parents in-law time tu.

Kisah benarnya all anak sedara hubby time Friday tu absent tak gi sekolah. Tauler... Thursday malam 30102014 tu ada meeting pembahagian tugas kat Jiboi. So my kids and the nieces/ nephews amik kesempatan tidur kat sana. If ikut Mrs. A memang taklahkan tapi time my kids minta izin tu Mrs. A said no tak boleh tapi setelah didesak ermmm.. pi tanya babahlah. Pastu babah dia tu pun kata sukahatilah tu yang menjadi absent beramai-ramainya tu. Alasan dah habis exam gi sekolah pun main aje.

Time anak my Bil pengsan tu Mrs. A dah amik kids balik rumah lepas kerja Friday terus amik bawak balik coz Saturday plan nak gi wedding cousin. Dah malam time dinner my hubby call kata Haziq pengsan ada kat emergency room HTJS. Kononnya nak gi malam tu jugak tapi Aryssa pun dah tidur pastu masing-masing kepenatan so esok ajelah gi visit cenggituler diputuskan

Esoknya lepas gi wedding otw balik singgah ler HTJS. Baru Mrs. A tahu sekarang ni wad kanak-kanak dan wanita adalah di building yang baru. Memula ingat habisler... kena jalan jauh ni tau jelah berdasarkan experience parking kat area HTJS ni memang hazab. Ni beberapa tahun yang lalu punya experiencelah. Tapi sekarang ni tidak lagi kat building baru ni mudah dan banyak parking. Tempat parking yang disediakan adalah sekali dengan building hospital tu bertingkek-tingkek parking area ea teh! kau. 

Tapi ada yang tak best jugak. Iaitu kepada kanak-kanak yang di bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk walaupun time tu waktu melawat. Memula we all selamba ajer...serbu nak masuk pastu guard (India) tu tahan. Kakak/Abang anak umor berapa bawah doblas tak boleh masuk.[sila baca ikut slang india ya..ngeh!ngeh!ngeh!] Eh! tapi ni time melawat kata Mrs. A. Ya kakak ini undang-undang baru. Bangunan baru, undang-undang baru kata dia. Oh! ok. Jangan salahkan dia. Dia pun menjalankan tugas aje.



Contohnya anak-anak Mrs. A ni punyalah excited nak jumpa Haziq tapi tak dapat. Muka tak puashati terutamanya si adik garang macam nak telan orang jer.. Walupun kat belakang tempat dia duduk menunggu tu disediakan taman permainan tapi takde mood katanya.



Sementara itu Along telah berjaya meloloskan diri kerana dia memang 12 tahun tak kisah ler...bawah ke atas ke bonus bagi yang berbadan besar. Mrs. A tunggu kat luar bersama adik dan Aryssa take turn sementara Along dengan babahnya masuk. Bila babah dia dah keluar selamba jer cakap Aryssa boleh masuk dia 12 tahun terpinga-pinga we all tapi lakonan berjaya. Aryssa pun dapat meloloskan diri. Memang takde rezeki bagi adiklah nak berlakon pun tak boleh nampak sangat tak real dengan size badan yang petit cenggitu takkan 12 tahun kot.

Kat dalam yang ada adalah my bil, sil & fiance dia dan my parents in-law. Apa sebab-musabab Haziq jadi cenggitu time Mrs. A merisik khabar tu tak tahu lagi. Tapi sehingga entry ni up Haziq dah pun discharged. Harap-harap itu cumalah demam panas biasa aje.
BMT dari Zahiril Adzim

BMT dari Zahiril Adzim

This morning 04112014 tetiba jer... receptionist datang kat tempat Mrs. A sambil menghulurkan envelop post ekspres. Tindakan reflex dari Mrs. A bila ternampak envelop tu yea..yea... dah! sampai confident sangat walaupun belum tengok lagi apa isi dalam envelop tu. Bila buka jer... yes memang sah BMT.

Alhamdulillah finally penantian Mrs. A telah berakhir. Penantianlah sangat. Amboi! intro tak boleh blah! setelah lebih kurang dua minggu menunggu cenggitu. Today Mrs. A dapat dah buku hasil karya Zahiril Adzim. plus..plus dengan tanda tangan ZA lagi. 

Mrs. A memang peminat ZA pun. Tapi tau pasal BMT setelah baca blog Hikayat Seorang Budak. Belum baca lagi BMT ni yelah baru jer... dapatkan baru belek-belek. Oh! rupanya BMT ni bukanlah sejenis novel seperti yang Mrs. A selalu dan suka baca.

BMT merupakan karya berbentuk puisi  dan catatan ZA. Belum pernah lagi dalam sejarah hidup Mrs. A membeli karya berbentuk puisi tetapi sengaja this time nak cuba sesuatu yang di luar kebiasaan something rare bak kata anak Mrs. A. Sebab utamanya tentulah kerana ZA itu sendiri. Tak tahu nak ulas apa lagi dah katam nanti baru boleh ulas ya...



Oklah if ada readers out there yang berminat juger dengan BMT ni, boleh terjah ke blog ZA. Setakat update Mrs. A ni (5.15pm 04112014) ZA masih open lagi kepada sesiapa yang ingin mendapatkan karya beliau ini.


MRS.A my blog my stori ©