MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Lunch Di Me'nate Seremban

Lunch Di Me'nate Seremban

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Lunch Di Me'nate Seremban. Kisah campak belakang pada 12062022 yang lalu. Plan asal nak makan di tempat favorite [SINI]. Unfortunately dah tersilap timing sampai-sampai aje "bang kami dah tutup petang nanti baru open semula", kata adik waiter tu.

Terus Mr. A kata "kita makan tempat lainlah yang western kat Dataran Centrio tu". Oh! Me'nate ke tanya Mrs. A?  Boleh dia kata "ntah! saya tak tahu nama tempat tu apa" ngeh! ngeh! ngeh! anak-anak dan Mrs. A follow aje gittewww... lagipun ini pertama kali Mrs. A makan-makan di Me'nate biasa dengar cerita orang jer...

Lunch Di Me'nate Seremban. 

Me'nate Seremban
Berempat sahaja Along masih di perantau menuntut ilmu ketika ini gittewww....

Dah namanya 1st time we all masuk aje terus cari tempat duduk ngeh! ngeh! ngeh! terasa macam pelik-pelik sikit bila manusia di Me'nate tu tengok-tengok. Ke Mrs. A je yang berperasaan begitu. Kekdahnya kalau nak makan steak tu terus aje ke tempat yang depa panggil machine tu just my assumption. Sebabnya di menu tu tak banyak pun pilihan steak kalau nak pilih steak kena ke machine gittewww kata abam waiter. Bila Mrs. A pi kat machine tu la....? ingatkan apo ko bondo machine rupanya sejenis ice-cream freezer di satu sudut. Di dalam machine tu ada pelbagai jenis steak dah siap packing mengikut jenis, berat dan harga so kita pilihlah nak yang mana satu ikut bajet masing-masing. Harga yang tertulis di packaging tu dah siap masak kiranya end product punya harga. Hehehe... okaylah kan kalau kira macam tu. 

Kemudian kita pilih  nak dimasakkan secara well done, medium well atau medium. Mrs. A pun tak ingat kat Me'nate ni ada 5 cara masak ataupun 3 je cara masaknya. Yang pasti Mrs. A pilihkan untuk Adik dan Mr. A jenis well done dan Mrs. A punya medium well itupun sebab adik waiter yang recommend untuk Angus F1 Striploin tu sedap dimasak medium well. Knowing Adik dengan Mr. A tu takdenya depa nak makan daging yang ada merah-merah hai!πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡ Oh! ya lagi 2 jenis masak tu namanya medium rare dan rare yang ni rasanya Mrs. A memang tak makanlah kot huhuhu... merah-merah bangat dong macam tak masak teroks! 

Lunch Di Me'nate Seremban. 

Me'nate Seremban
Aryssa makan Seafood Aglio E Olio 

Me'nate Seremban
Berry Blaster, Iced Mocha, Hazelnut Kitkat Choc. Frape

Me'nate Seremban
Ini Mrs.A punya sama je lebih kurang dengan Adik dan Mr. A

Me'nate Seremban
Alhamdulillah sedap tak caya tengok piring tu 😝

Lunch Di Me'nate Seremban. Alhamdulillah rezeki. Thank you babah next time kita datang lagi ya ajak Along sekali 😊😊😊


5 Ogos 2009 - 5 Ogos 2022

5 Ogos 2009 - 5 Ogos 2022

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

5 Ogos 2009 - 5 Ogos 2022. Alhamdulillah 13 tahun sudah setiaku di sini eecewwahhh! ngeh! ngeh! ngeh! Sebenarnya entry ni dah taip dari Jumaat lepas tapi hari ni baru siap. Jumaat lepas genap sudah 13 tahun Mrs. A berkhidmat bersama SAINS. Love and hate relationships gitttewww.... Ada hari dan masa rasa seronok aje nak pergi bekerja ada masa pulak macam sakit hati, nyampah dan malas pulak nak pergi bekerja. Rasanya ramai aje yang ada perasaan macam Mrs. A ni ialah dah nama pun manusia tiada yang sempurna pun.

Mrs. A dah pernah rasa juga perasaan menjadi seorang penganggur sejujurnya status penganggur bagi seorang Mrs. A pada ketika itu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Walaupun waktu tu Mrs. A dah berkahwin tapi in between nak mencari pekerjaan tu hidup langsung tak ceria mudah sangat terasa nak nangis. Tempat favorite Mrs. A nangis kat dalam bilik air πŸ˜†πŸ˜…πŸ˜‚ Husband selalu aje pujuk katanya tak mati de takde kerja sayakan ada apa guna saya ni cenggitulah selalu kata-kata dia bila tengok Mrs. A nangis. Tapi tak jalan pun pujukan dia tu Mrs. A tetap juga menangis adoiii! bila diingat-ingat balik kelakar pulak rasa.

Those were the days zaman muda remaja Mrs. A bekerja di Kuala Lumpur kiranya pernah bergelar warga kota selama beberapa belas tahun. Pada ketika itu dalam tahun 90an kerja senang dapat. Kekdahnya selalulah tukar-tukar kerja. Tapi bila dah bekerja dengan company yang kira bagus tu foreign company to be exact bos pun mat salih ha πŸ˜™ Mrs.A setia aje di situ sampailah company tu dah mengalami masalah terutamanya yang base di Malaysia. Projek baharu tak dapat, projek-projek sedia ada pulak dah banyak yang siap. Projek Dubai mereka bungkus itu yang company mereka di Malaysia pun terus sakit. Kalau ada pun waktu tu projek di Ipoh, Perak haish! tak gigihlah nak ke Ipoh laki den pun tak bagi muahahhaaaa so grab ajelah retrenchment benefit yang company offer tu jadilah Mrs. A penganggur bermula Mei 2009 lebih kurang 2 bulan tanam anggur. Alhamdulillah rezeki Mrs. A diterima bekerja di SAINS bermula 5 Ogos 2009 sehinggalah hari ini.

5 Ogos 2009 - 5 Ogos 2022. 

Pagi Jumaat lepas ditakdirkan office ada buat bacaan Yasin. Alhamdulillah rezeki Mrs. A berkongsi laksa bersama-sama jemaah yang lain sebagai tanda syukur genap 13 tahun bersama SAINS😍😍😍. Tradisi di office ni jika ada baca Yasin kakitangan akan sumbang makanan ikut suka hati masing-masing nak sumbangkan apa ikut kemampuan. Alhamdulillah setakat ini ramai aje penyumbang-penyumbang yang budiman selalu ada banyak aje makanan yang dikongsi semoga Allah memberkati kita semua.

Ogos
Sebelah pompuan

Ogos
Selalunya bidai tu akan dibuka jika ada majlis/ baca Yasin bersama-sama

Terjumpa gambar sewaktu last day di Leighton Contractors (M) Sdn Bhd sajalah nak tepek sini sebagai kenangan huhuhuuu...

LCM
Bersama gang retrenchment 😝 yang sempat bergambar. Masa ni Mrs. A takde smartphone pun guna camera digital siap ada tarikh gittewww...





Wordless Wednesday - AGM KSR

Wordless Wednesday - AGM KSR

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday - AGM KSR

Memandangkan kisahnya dah lama sangat terperam di draf kekdahnya Mrs. A buat cerita bergambar ajelah. Annual General Meeting Kelab Sosial & Rekreasi (AGM KSR) actually sekali dengan jamuan raya pada 24 Syawal 1443H yang lalu.

Wordless Wednesday - AGM KSR

Wordless Wednesday
Tempat kejadian adalah di Laman Puteh walking distance aje dari office

Wordless Wednesday
Ahli KSR only 😝

Wordless Wednesday
Presiden KSR sedang berucap 

Wordless Wednesday
Ayam masak merah

Wordless Wednesday
Jelatah

Wordless Wednesday
Ulam-ulaman

Ada macam-macam menu tiga ini je yang Mrs. A sempat snap. Biasalah memang Mrs. A ni sejenis bukan food blogger muahahaaaa...

Wordless Wednesday - AGM KSR

Wordless Wednesday
Bersama AJK KSR

Wordless Wednesday
Gang semeja makan

Wordless Wednesday
Kak N

Wordless Wednesday
Q for kambing golek πŸ˜‹

Wordless Wednesday - AGM KSR
Girls Day Out : Lunch Sushi King

Girls Day Out : Lunch Sushi King

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Girls Day Out : Lunch Sushi King. Kisah last weekend outing bersama Aryssa sebabnya nak beli barang-barang keperluan Aryssa nak sambung belajar. Mrs. A ajak Aryssa beli barang-barang dia tu di Aeon S2 senang setempat lagipun Mrs. A dah hadam (sebelah office je) selok-belok kat Aeon S2 ni al-maklumlah asal lunch aje ke sini muahahhaaa... (over ko Mrs.A hoi!) 

Setelah membeli barang-barang tu Aryssa kata lapar pulak so ajak lunch. Kononnya nak lunch kat food court nak nasi ayam tonggek. Tapi ntah! sejak bila Nasi Ayam Tonggek punya outlet tidak wujud lagi di Arena Food Court adehhh! sendu. Ketika sedang lalu di depan Sushi King ternampak ada seat kosong terus Mrs. A ajak lunch di Sushi King aje lagipun Mrs. A dah lama tak makan Salmon Steak set Sushi King nih! Aryssa okay aje lagipun ini pengalaman pertama dia 😊😊😊

Girls Day Out : Lunch Sushi King. 

Girls day out
Sebelum set lunch sampai tiga piring bergerak telah disambar Aryssa πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

Dalam menu set yang Mrs. A nak tu tiada pula Salmon Steak set so Mrs. A pilih ajelah menu lain yang ada sekali dengan nasi. Di menu set itu ada tiga pilihan je... uols! huhuhu... Mrs. A assume itu aje menu set di branch Aeon S2 ni tempat lain tak pastilah nak tanya hakak! Sushi King tu malaslah pulak lagipun dia busy ramai customer gittewww... 

Girls day out
Muka budak nak sambung belajar ke Seberang Perai, PP

Girls day out
Set pilihan Aryssa Grand Tenpura Yaki Sakana

Girls day out
Mrs. A cuba set Grilled Salmon Belly

Dalam semua menu set tiada air. So kekdahnya air kena order berasingan. Mrs. A pilih air mango peach. Aryssa pula pilih air ice honey lemon tea dan satu plain ice water tujuh puloh sen gittewww...

Alhamdulillah kenyang perut suka hati πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Setelah settle membeli di Aeon S2 girls day out diteruskan ke destinasi seterusnya ke Senawang pula iaitu Mydin dan Harmony Cat world dah dekat waktu asar barulah selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah dipermudahkanNYA.



Mrs. A join Giveaway BZ Satu 2022

Mrs. A join Giveaway BZ Satu 2022

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A join Giveaway BZ Satu 2022. Terjumpa posting Giveaway BZ Satu 2022 ini di blog mummy Ayu last Tuesday. Tertarik nak join cause ditakdirkan pada bulan Julai 2022 ini Mrs. A memang busy like a bee eeecewah! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ itu yang entry blog setakat ni ada dua jerr tu #tiberrr...

Okay kembali kepada tajuk mula-mula haruslah tepek banner seperti di bawah

Mrs. A join Giveaway BZ Satu 2022.

Mrs. A join Giveaway
KLIK

Syarat-syarat penyertaan Giveaway BZ Satu 2022 :-

πŸ’ FOLLOW blog ZARIDA
πŸ’ Beralamat di MALAYSIA
πŸ’ Buat satu posting dengan tajuk GIVEAWAY BZ SATU 2022 dan masukkan sekali banner di atas dalam entry tersebut dan back link ke entry giveaway di blog penganjur
 πŸ’ Sila tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen entry giveaway ini di blog penganjur.

Tarikh tutup Giveaway : 13 OGOS 2022, jam 11.59 malam

Dah nama pun Giveway haruslah ada hadiahkan...kan.... Nak tahu apakah hadiahnya silalah ke blog penganjur eh! muaahahahaaaa.....

Buat rakan blogger yang berminat nak join juga seperti Mrs. A boleh klik banner di atas untuk terus ke blog penganjur. Semoga bertuah.

Okay itu sahaja nak share citer Mrs. A join Giveaway BZ Satu 2022. 



Hari Raya Aidiladha 2022

Hari Raya Aidiladha 2022

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Hari Raya Aidiladha 2022. Indah Aidilfitri kerana kemaafan, indah Aidiladha kerana pengorbanan gittewww.... 😊😊😊 Hari raya Aidiladha tahun ini dapat kita lihat meriah dengan ibadah korban termasuklah di kampung Mrs. A. Ada 6 ekor lembu dan 3 ekor kambing untuk korban. Alhamdulillah rezeki emak Mrs. A di saat-saat akhir dapat masuk satu bahagian korban. Walaupun pada awalnya imam kata dah cukup tapi ntah macam mana sehari sebelum hari raya tu imam datang balik tanya pada mak Mrs. A masih nak join lagi tak korban? Ditakdirkan masih ada kekosongan satu bahagian. Dengan gembiranyalah mak Mrs. A kata nak.

Mrs. A dan anak-anak balik kampung pada hari Sabtu iaitu sehari sebelum raya. Pada pagi Sabtu tu Adik ada kelas untuk ambil lesen motor itu yang we all balik sebelah petang. Indahnya percaturan Allah Mrs. A dan Aryssa dapat berbuka di kampung bersama emak. We all bertiga buat puasa sunat Arafah pada hari Sabtu (9 Zulhijjah 1443H) tu.

Hari Raya Aidiladha 2022. Sambut tetap sambut walaupun sederhana tapi tetap terkesan dihati. Ntah! kenapa 2021 Mrs. A takde buat posting Aidil Adha ralat pulak rasa mungkin disebabkan PKP kot duduk rumah sendiri tiada apa yang menarik nak cerita.

Hari Raya Aidiladha 2022.

Hari Raya Aidiladha
Alhamdulillah dapat bergambar bersama emak/ nenek di pagi raya

Hari raya Aidiladha
Emak dan anak sulungnya 😍 jarang-jarang berlaku ni Along Mrs. A nak bergambar πŸ˜…

Hari Raya Aidiladha
Along baru balik dari masjid sebab tu gambar atas sekali dia takde

Hari Raya Aidiladha
Simple aje menu Aidiladha kami
Mujur dah settle hidang Mrs. A teringat nak snap 😝

Sepertimana tahun-tahun sebelumnya selepas solat dan berhari raya di kampung. Family kecil Mrs. A akan gerak pula untuk berhari raya ke Jiboi iaitu side Mr. A. Itulah yang tak dapat nak bergambar raya baju sedondon dengan adik-beradik Mrs A yang lain. Family Angah sampai dalam tengahari waktu tu we all dah sampai Jiboi pun ngeh! ngeh! ngeh! Family Alang tak balik kampung raya Aidiladha kali ini, sama jugak dengan Maksu adik bongsu Mrs. A tu dia balik beraya sebelah husband di Kelantan. 

Di Jiboi seperti biasa meriah dan havoc cumanya raya Aidiladha ni tiada sesi bergambar sepertimana di hari raya Aidilfitri 2022 yang lalu [SINI]. Kalau ada pun seketul gambar dak ooo ot gittewww...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Hari Raya Aidiladha 2022.

Hari Raya Aidiladha
#ootdraya

Itu sahaja nak share kisah hari raya Aidiladha Mrs. A. Didoakan ibadah korban kita semua diterima olehNYA. InsyaAllah. Salam Aidiladha buat readers blog Mrs. A blog stori serta maaf zahir dan batin.



Salam Jumaat: 10 Amalan Pada Awal Zulhijjah

Salam Jumaat: 10 Amalan Pada Awal Zulhijjah

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat: 10 Amalan Pada Awal Zulhijjah. Dah lama tak buat posting Salam Jumaat sajalah nak share 10 amalan yang boleh diamalkan pada awal bulan Zulhijjah yang Mrs. A baca dari perkongsian Ustazah Asma' Harun.
  1. Anjuran untuk tidak memotong, mencabut dan mencukur rambut, bulu mahupun kuku ke atas orang yang melakukan ibadah korban.
  2. Berpuasa pada hari Arafah.
  3. Perbanyakkan berdoa dan saling mendoakan antara satu sama lain.
  4. Menghidupkan suasana hari raya dengan takbir.
  5. Perbanyakkan berzikir.
  6. Perbanyakkan sedekah dan menghubungkan silaturrahim.
  7. Mentadabbur ayat al-Quran.
  8. Mendirikan solat sunat hari raya Aidiladha dan tidak menjamah makanan sebelumnya.
  9. Melakukan ibadah korban bagi yang mampu.
  10. Makan dagingkorban dan berikan kepada asnah fakir miskin.
Salam Jumaat: 10 Amalan Pada Awal Zulhijjah
MRS.A my blog my stori ©