Hari Raya Aidiladha 2022 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Hari Raya Aidiladha 2022

12 Julai 2022

Hari Raya Aidiladha 2022

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Hari Raya Aidiladha 2022. Indah Aidilfitri kerana kemaafan, indah Aidiladha kerana pengorbanan gittewww.... 😊😊😊 Hari raya Aidiladha tahun ini dapat kita lihat meriah dengan ibadah korban termasuklah di kampung Mrs. A. Ada 6 ekor lembu dan 3 ekor kambing untuk korban. Alhamdulillah rezeki emak Mrs. A di saat-saat akhir dapat masuk satu bahagian korban. Walaupun pada awalnya imam kata dah cukup tapi ntah macam mana sehari sebelum hari raya tu imam datang balik tanya pada mak Mrs. A masih nak join lagi tak korban? Ditakdirkan masih ada kekosongan satu bahagian. Dengan gembiranyalah mak Mrs. A kata nak.

Mrs. A dan anak-anak balik kampung pada hari Sabtu iaitu sehari sebelum raya. Pada pagi Sabtu tu Adik ada kelas untuk ambil lesen motor itu yang we all balik sebelah petang. Indahnya percaturan Allah Mrs. A dan Aryssa dapat berbuka di kampung bersama emak. We all bertiga buat puasa sunat Arafah pada hari Sabtu (9 Zulhijjah 1443H) tu.

Hari Raya Aidiladha 2022. Sambut tetap sambut walaupun sederhana tapi tetap terkesan dihati. Ntah! kenapa 2021 Mrs. A takde buat posting Aidil Adha ralat pulak rasa mungkin disebabkan PKP kot duduk rumah sendiri tiada apa yang menarik nak cerita.

Hari Raya Aidiladha 2022.

Hari Raya Aidiladha
Alhamdulillah dapat bergambar bersama emak/ nenek di pagi raya

Hari raya Aidiladha
Emak dan anak sulungnya 😍 jarang-jarang berlaku ni Along Mrs. A nak bergambar 😅

Hari Raya Aidiladha
Along baru balik dari masjid sebab tu gambar atas sekali dia takde

Hari Raya Aidiladha
Simple aje menu Aidiladha kami
Mujur dah settle hidang Mrs. A teringat nak snap 😝

Sepertimana tahun-tahun sebelumnya selepas solat dan berhari raya di kampung. Family kecil Mrs. A akan gerak pula untuk berhari raya ke Jiboi iaitu side Mr. A. Itulah yang tak dapat nak bergambar raya baju sedondon dengan adik-beradik Mrs A yang lain. Family Angah sampai dalam tengahari waktu tu we all dah sampai Jiboi pun ngeh! ngeh! ngeh! Family Alang tak balik kampung raya Aidiladha kali ini, sama jugak dengan Maksu adik bongsu Mrs. A tu dia balik beraya sebelah husband di Kelantan. 

Di Jiboi seperti biasa meriah dan havoc cumanya raya Aidiladha ni tiada sesi bergambar sepertimana di hari raya Aidilfitri 2022 yang lalu [SINI]. Kalau ada pun seketul gambar dak ooo ot gittewww...😂😂😂

Hari Raya Aidiladha 2022.

Hari Raya Aidiladha
#ootdraya

Itu sahaja nak share kisah hari raya Aidiladha Mrs. A. Didoakan ibadah korban kita semua diterima olehNYA. InsyaAllah. Salam Aidiladha buat readers blog Mrs. A blog stori serta maaf zahir dan batin.



10 ulasan:

  1. salam aidil adha..wah ada korban kambing juga

    BalasPadam
  2. Amin. Semoga diterima segala amal ibadah kita.

    BalasPadam
  3. SALAM AIDILADHA MRSA N FAMILI BHGIA BERAYA DISAMPING BERKORBAN

    BalasPadam
  4. Seperti biasa, baju Mrs A memang letops!

    BalasPadam
  5. salam aidiladha maaf zahir batin cik mrsA ittuuuh.,. ;p

    BalasPadam
  6. Salam AidilAdha, Mrs. A. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..dapat mak Mrs A join korban...semoga ibadah kita diterima Allah swt..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©