MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee

Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee. Setelah puas survey di beberapa tempat akhirnya Mrs. A berjaya  membeli headloop face mask untuk wanita bertudung a.k.a untuk Hijabista di Shopee. Heheheee... shopee kan aje senang dan mudah gittewww.... Eh! macam iklan la pulak! muahahaaaa.. Untuk makluman ini bukan post berbayar pun sajalah Mrs. A nak share mana tahu ada readers bertudung di luar sana yang tengah survey-survey jugak macam Mrs. A sebelum ni so bolehlah dapat idea sedikit sebanyak.

Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee.
Headloop face mask
Cenggini la rupa belakang (back) headloop face mask untuk wanita bertudung yang Mrs. A beli di Shopee tu
Headloop face mask untuk wanita bertudung yang Mrs. A beli di Shopee ini jenis 3 ply disposable dan 95% Bacterial Filtration Efficiency (BFE). Semalam dah guna so far so good. Tali face mask tu oklah kuat alhamdulillah tak mudah putus. Selesa pakai setakat jalan kaki dari office (DS2 Mall) ke Aeon S2 ditengah panas mentari masih selesa lagi. Takdelah timbul gatal-gatal atau rashes. Kalau nak cakap pasal kualiti Mrs. A pun takdelah pakar sangat tapi kenalah ambil tahu juga tak maulah jadi Aiman tak kisah dan Tipah tertipu giittewww.....

Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee.
Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee
Front face mask tu cengginilah colornya.
Sebelum ni Mrs. A tak beria pun membeli face mask atau pelitup muka ini cause office ada supply untuk staff. Tapi semenjak office cut cost membelikan reusable face cover a.k.a basuh dan guna semula so nak tak nak kenalah membeli untuk anak-anak. Pada bulan May yang lalu Mrs. A beli face mask di farmasi yang jenis bertali kalau tak silap satu kotak 50 hengget. Bukan Mrs. A yang beli pun Mr. A yang tolong belikan time tu memang kena beli cause dah back to work dan wajib pakai face mask. Di awal back to work dulu office memang supply face mask ni untuk semua staff tapi jenis yang ear loop. Tapi Mrs. A tetap terimalah dah office supply walaupun Mrs. A tak guna tapi boleh je bagi anak-anak yang guna jimat dah di situ. Tetapi bermula bulan Ogos 2020 office dah supply pelitup muka jenis macam gambar kat bawah ni.

washable 25-30 times
Bermula Ogos 2020 office supply yang cenggini
Adoiiilaa.... sejujurnya Mrs. A tak suka jenis ni bila pakai rasa pelik, bila tengok ketawa sendiri sebab imagine macam pakai spender kat muka muahhaaaaaa.... kekdahnya yang ni Mrs. A tetap jugaklah terima pemberian dari company yang disayangi #sayanglahsangat  tapi bagi Mr. A yang pakai ngeh! ngeh! ngeh! Sorry for my imaginasi melampau ya buat mereka yang suka pakai jenis washable nih!

Okaylah back to kisah beli headloop face mask untuk wanita bertudung di Shopee. Jadinya setelah dua bulan lebih berjaya tidak membeli face mask. Akhirnya pada 26 Ogos 2020 Mrs. A terpaksa jugaklah membeli so Mrs. A shopee kan aje beli untuk anak-anak jenis yang ear loop dan untuk Mrs. A jenis yang headloop tapi Mrs. A tak beli dari seller yang sama, Mrs. A beli dari seller yang berlainan.

Untuk seller yang jenis ear loop tu memang terbaiklah servisnya beli 26 Ogos esoknya tu 27 Ogos dah dapat. Alhamdulillah bersyukur sangat cause memang kalau tak sampai pada 27 haribulan tu 28 haribulan tu 3 ply face mask kat rumah memang dah out of stok ada kemungkinan Adik ke sekolah tak pakai face masklah jawabnya. Aryssa ok lagi no hal pakai jenis washable tu.

As for Mrs. A pulak headloop face mask yang Mrs. A order tu delivered semalam iaitu pada 1 September 2020. Kalau tak sampai semalam Mrs. A punya face mask jenis bertali pun dah out of stok jugak. Tapi mujurlah dah sampai so selamat tak perlulah nak pakai jenis ear loop tu lecehlah nak kena ada extender bagai. Mrs.A sebelum ni pernah juga cuba pakai extender tu tapi memang tak masuk jiwalah itu yang Mrs. A lebih prefer jenis bertali. Tapi yang jenis headloop ini adalah lebih mudah dari yang bertali.

Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee.
Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee
Cenggini rupa belakangnya (back) bila pakai.
Sekarang ini face mask dah jadi satu keperluan mujurlah harga pun dah mampu beli takdelah macam awal-awal PKP dulu harga Yahudi sungguh. Lagipun sekarang ini dah banyak pilihan hendak beli di mana-mana. Tetapi InShaAllah selepas ini Mrs. A akan beli lagi di seller yang sama semestinyalah di Shopee. Testimoni Mrs. A bagi 5 bintang.

Memandangkan PKPP sehingga Disember 2020 kekdahnya memang setiap bulanlah kena beli tak mau beli sekali banyak nanti bila banyak anak-anak tak reti nak berjimat cermat memang mentaliti manusia begitu kot bila nampak banyak je mulalah tak sedar diri guna. Sama jugaklah macam lauk di rumah kenduri kahwin bila nampak banyak lagiiii... kita pun ambil tak hengat eh! tiberrrr.... #peringatanuntukdirisendiri. Okay itu je nak share Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee.







Welcome September

Welcome September

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Welcome September. Pejam celik pejam celik dah 1 September di tahun 2020 sekejap aje masa berlalu. Semoga di bulan September ini Mrs. A akan lebih rajin memblog dan semoga beautiful quotes di bawah ini akan terkena tempiasnya kepada seorang Mrs. A

Welcome September.

Welcome September
Welcome September
Welcome September. Minta yang baik-baik, doa yang baik-baik. InShaAllah akan datang yang baik-baik juga.







Happy 7th Blogiversary

Happy 7th Blogiversary

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Happy 7th Blogiversary to Mrs. A my blog my stori. Apo ko bondo blogiversary tu hahahaa... Dari apa yang Mrs. A baca blogiversary maknanya terma yang digunakan sebagai ulang tahun kelahiran untuk sesuatu blog ha gittewww... Hari ini genap 7 tahun sudah Mrs. A menulis blog. Happy 7th blogiversary to Mrs.A my blog my stori walaupun kau sendu tapi Mrs. A tetap sayang dan bangga dengan kau love unconditionally eeecewaaahhhh.... hahhahaaa.

Happy 7th Blogiversary.
Happy Blogiversary

Pada hari ini 22 Ogos 7 tahun yang lalu entry pertama Mrs.A sebagai seorang blogger [SINI] bila baca balik kelakar pun ada ngeh! ngeh! ngeh! nampak sangat ayat-ayat seorang blogger yang belum matang. Time tu Mrs. A guna ganti nama aku. Rasanya dah dua tiga kali jugak bertukar ganti nama sepanjang 7 tahun Mrs. A berblog ni dan sehingga hari ini Mrs.A adalah yang paling serasi InSyaAllah tak akan bertukar kot dalam masa terdekat ini.

Sama jugak macam blogger-blogger lain header blog pun dah beberapa kali juga Mrs. A tukar sayangnya Mrs.A tak keep track pulak setiap kali Mrs. A bertukar header. Ada dua ke tiga je yang masih ada tapi kat dalam laptop ni jumpa dua, rasanya ada satu lagi tapi gambar tu dalam pc kat office la pulak.

Happy 7th Blogiversary 

Happy 7th Blogiversary
Di awal berblog header suka letak gambar sendiri 
Happy 7th Blogiversary
Pernah guna header ni juga rasanya yang ni sebelum header sekarang
Selama 7 tahun berblog banyak jugaklah ilmu blog yang Mrs. A dah kutip contohnya macam SEO, size gambar harus kecil dan sebaik-baiknya tuliskan title text dan alt text, post setting kena tulis label;permalink; search des. dalam post tak bagus kalau letak banyak sangat link, broken link kena cek berkala dan remove. Mrs. A sekadar ambil tahu sahaja dan praktikkan serba sedikit tak ambil serius sangat kalau kena keluar modal lagilah Mrs.A kedekut muahhhaaaa....

Pernah juga ada pengalaman kena reject dengan Google Adsense gara-gara excited sangat kesudahanya hampa. Kisah Mrs.A bersama GA takdelah  manis sangat 4 kali apply barulah mendapat response itu kisah pada April 2015 Mrs.A masih ingat cause siap buat post tapi post tu Mrs.A dah revert to draft. Sorrrrry.... Apply kali keempat dapat response positif time apply tu url blog Mrs.A adalah mymaziah ntah apa Mrs.A punya bebal belum approve sepenuhnya lagi dah pi tukar kepada mrsablogstori terus tidak berapa lama selepas tukar tu dapat email dari GA tak dapat nak review url mymaziah tak wujud katanya. Ha mendapat padan muka ngko Mrs. A. Tapi sekarang GA dan Mrs.A dah comolot semula tiberrr.... hahhaaaa...

Lain-lain keseronokkan berblog selama 7 tahun ini bagi Mrs A adalah dapat berkenalan dengan rakan-rakan blogger walaupun sekadar di alam maya itupun suatu kepuasan juga. Selain daripada itu boleh join segmen, giveaway, blogger contest, review, advertorial dan macam-macam lagilah pernah juga Mrs.A menang dan bertuah ada yang dapat duit, ada dapat voucher dan ada jugak yang dapat hadiah. 

Tahukah readers dan rakan blogger sekalian walaupun Mrs.A dah berblog selama 7 tahun tapikan sekali pun Mrs.A belum pernah menganjurkan apa-apa segmen mahupun giveaway dek kerana risaunya tak boleh nak commit. Pernah Mrs.A tanya LZ yang dah ada pengalaman anjur giveaway bila dia jawab susah jugak haish! lagilah Mrs.A tak nak mencuba takut tak boleh nak commit cause Mrs. A kalau buat sesuatu mesti all out. Cuma pernah sekali Mrs.A bagi hadiah buat 7  orang pengomen tegar blog Mrs.A [SINI] itupun dah fening Mrs.A memikirkan nak bagi hadiah apa terutamanya untuk WP yang lelaki itu.

Walaupun sekarang ini telah wujud pelbagai media sosial IG, FB, Tiktoks, Youtube tetapi Mrs. A rasa sangat serasi dengan platform blogger. Blog adalah satu medan untuk Mrs. A meluah rasa dan berkongsi cerita. Haish! susahlah nak cerita hanya blogger yang loyal sahaja faham kot. Rasa macam dah panjang lebar kisah Happy 7th Blogiversary Mrs. A ni dikesempatan ini juga Mrs.A dengan rendah diri memohon ampun maaf seandainya sepanjang 7 tahun Mrs.A berblog ini ada mengguris mana-mana perasaan readers samada di dalam entry blog mahupun sewaktu singgah komen-komen di blog rakan-rakan blogger. Mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Happy 7th Blogiversary to Mrs. A my blog my stori kalau nak baca lagi kisah aku seorang blogger boleh klik [SINI]







Wordless Wednesday #4/2020 - Google Adsense

Wordless Wednesday #4/2020 - Google Adsense

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #4/2020 - Google Adsense

Pin Google Adsense Mrs. A dah selamat sampai  #18082020

AGM Kelab Sosial & Rekreasi Di Musim PKPP

AGM Kelab Sosial & Rekreasi Di Musim PKPP

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

AGM Kelab Sosial & Rekreasi Di Musim PKPP. Kejadian pada 13082020 Mrs. A diminta menghadiri Annual General Meeting Kelab Sosial & Rekreasi syarikat atau bahasa melayunya Mesyuarat Agung Tahunan oleh Encik Bos di LRA Sg Terip. AGM tahun lepas di [SINI].

Mrs. A dapat tahu kena hadir AGM Kelab Sosial & Rekreasi ini pun last minutes. Petang Rabu tiba-tiba bos WhatsApp "esok you pergi AGMkan pukul 2 petang di Sungai Terip?" Terkejut kita hahahaa... Mrs. A dengan naivenya jawab "taklah bos itu yang terpilih sahaja I tak dapat apa-apa Memo pun. Dari apa yang I dengar hanya 10 orang aje dari bahagian yang tertentu yang kena pergi". "Ia... youlah yang salah seorang dari 10 orang tu, so esok you pergilah" kata bos. Kekdahnya Mrs. A pun kena la pergi dah arahan gittewww... Kehadiran kali ini terpaksa dihadkan kerana masalah ruang dewan yang terhad. Kuota untuk 60 orang sahaja untuk penjarakan sosial. Cukup-cukup korum kehadiran untuk menjalankan mesyuarat.

AGM Kelab Sosial & Rekreasi Di Musim PKPP.


AGM Kelab Sosial & Rekreasi Di Musim PKPP
Excited jumpa gang netball almaklumlah dah setengah tahun tak jumpa
AGM kali ini lewat dari sepatutnya disebabkan PKP. Objektif AGM adalah untuk membentangkan penyata akaun kelab dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sahaja. Kurang hangat sikitlah al-maklumlah tiada sebarang pemilihan atau undian untuk apa-apa jawatan mahupun pindaan perlembagaan, belum habis penggal lagi uols.

Penyata akaun dibentangkan seperti biasa oleh Bendahari selain daripada pemberitahun dan up-date aset-aset tetap, beliau juga up-date cash di bank yang dimiliki oleh KSR currently. Disebabkan PKP tak banyak aktiviti yang boleh dijalankan. Kebanyakkan aktiviti yang dirancangkan terpaksa ditangguh so kekdahnya banyak jugaklah cash yang masih tersimpan di bank gittewww....

Lain-lain cadangan adalah berkaitan khairat kematian. Ahli-ahli KSR sebulat suara bersetuju untuk memberi khairat kematian kepada waris ahli sekiranya berlaku kematian dengan amaun yang sama  jumlah disumbangkan oleh pihak syarikat. Semasa mesyuarat juga baharulah Mrs. A sedia maklum yang KSR SAINS dan KSR SAINS FC adalah dua entiti yang berbeza. KSR SAINS FC adalah milik syarikat dan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat bukan milik kelab. Pada tahun hadapan dicadangkan supaya nama KSR tersebut digugurkan terus menjadi SAINS FC sahaja. So yang bukan ahli kelab dah boleh ler... pergi ke padang sokong pasukan bolasepak SAINS FC ya eh! tiberrr...

Ada juga beberapa lagi isu yang telah dibincangkan untuk dibawa ke AGM tahun hadapan sekadar bertanya pendapat dan survey bak kata Presiden Kelab. Isu-isu tersebut tidak dapat diputuskan pada AGM ini cause ianya memerlukan pindaan perlembagaan kelab dan juga undian ahli-ahli kelab so kita tungguuuu.... next AGM ya!

AGM Kelab Sosial & Rekreasi Di Musim PKPP.


AGM Kelab Sosial & Rekreasi Di Musim PKPP
Penjarakan sosial 
Alhamdulillah AGM berjalan lancar. Mesyuarat ditangguhkan lebih kurang pukul 4.30 petang. Tiada sebarang makan-makan ya. Ada..... tapi yang dah siap tapau so ambil sorang satu then balik terus. Tapi Mrs. A sempat jugaklah chit-chat dengan dua orang gang netball al-maklumlah dah lama tak jumpa so macam-macam story keluar ngeh! ngeh! ngeh!



Bid Farewell To Tuan Pengarah

Bid Farewell To Tuan Pengarah

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Bid Farewell To Tuan Pengarah. Kisah pada 11 Ogos 2020 Mrs. A dijemput hadir sama untuk bid farewell buat Tuan Pengarah syarikat tempat Mrs. A kerja. Tak ramai pun jemputannya hanya department yang organize dan atas jemputan organizer sahaja. Actually ada kisah disebalik tamatnya kontrak Tuan Pengarah, tapi tak perlulah kot nak cerita nanti jadi isu pulak huhuhuuu... Biarlah mereka yang tahu sahaja mengetahui kisah sebenar dan sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.

Tempat farewell diadakan adalah di Chinese Restaurant, Han Pi Yuen, Royale Chulan Seremban. Mrs. A pergi satu keta dengan bos Mrs. A, Kak N dan seorang lagi yang bekerja bawah Tuan Pengarah.

Bid Farewell To Tuan Pengarah.
Bid Farewell To Tuan Pengarah
Kak N a.k.a gang lunch
Di atas sebab-sebab tertentu, organizer larang snap photo pada awalnya tu yang tak banyak photo tapi tulah Mrs. A dengan KN buat selambar derk! aje snap jugak photo muahhaaaaaa....

Bid Farewell To Tuan Pengarah
Kononnya snap gambar KN tapi motif utama nak snap gambar yang belakang tu Tuan Pengarah dan Encik bos 
Walaupun Tuan Pengarah dah sampai awal tapi terpaksa delay menunggu lagi 2 orang jemputan depa time tu on the way. Mereka lewat sedikit cause ada meeting katanya. Bila semua dah sampai terus aje serve makan-makan sambil borak-borak gitteww....

Bid Farewell To Tuan Pengarah
Okay next time boleh ajak family pulak makan kat sini semua menu tu sedap-sedap belaka bukan Mrs. A aje cakap yang lain-lain pun setuju semua sedap ke sebab FOC muahahaaaa....
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Kemudian ada jugak sepatah dua kata dari Tuan Pengarah kiranya sesi luah rasa beliaulah. Baharulah Mrs. A tahu versi sebenar dari yang empunya diri sendiri sebelum ini dengar cerita dari pelbagai source dan pelbagai versi jugak huhuhu....  tapi  Mrs. A tak amik port sangat, sejenis masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.  Antara yang paling Mrs. A ingat kata-kata Tuan Pengarah ialah "saya tidak gembira dengan penamatan kontrak awal ini sebab itulah bila mereka jemput nak buat farewell saya tolak," ha gitteww tapi yang farewell ini terkecualilah sudi jugak dia hadir.

Bid Farewell To Tuan Pengarah.

Sangkaan we all Tuan Pengarah tak nak bergambar adalah meleset sama sekali. One group photo sebagai kenangan tapi tulah sedehhh! kualiti gambar kurang memuaskan. Sabar yolah tukang snap tu nak sabotaj apooo #gurauje

Bid Farewell To Tuan Pengarah
Jauh sangat gambarnya huhuhuhu...
Bid Farewell To Tuan Pengarah
All the best TP
Kami mendoakan semoga baik-baik sahaja buat tuan. Manusia merancang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Okay itu sahaja nak cerita kisah Bid Farewell To Tuan Pengarah.



Hari Raya Aidil Adha 2020

Hari Raya Aidil Adha 2020

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Hari Raya Aidil Adha 2020. Dah hampir seminggu hari raya Aidil Adha ataupun hari raya korban berlalu Mrs. A baru nak up entry ha. Takpe kan better late then never eh! hahahhaa... Sehari sebelum hari raya Aidil Adha tu Mrs. A dah balik kampung ambil annual leave 1 hari gitttewww.

Mrs. A gerak dari Seremban lebih kurang pukul 12.00 tengahari drive santai-santai jer... alhamdulillah jalan pun elok je clear sampai kampung lebih kurang pukul 1.00 petang. Sesampai di kampung hanya ada emak dan mak-mak sedara sebelah rumah je. Adik bongsu aka Maksu dah selamat sampai Kelantan depa raya sana ialah time raya Aidil Fitri tak lepas balik al-maklumlah PKP. Family KakNgah sampai malam raya, Along sampai pagi raya, family Alang pulak raya kat rumah mak mertua takde rezeki nak balik kampung katanya.

Solat hari raya kat kampung Mrs. A by invitation only. Imam dah siap-siap pesan kat mak-mak sedara Mrs. A orang pompuan tak yah solat raya kat masjid katanya huhuhuhu. Mr. A tak sempat pun nak solat raya di masjid haish! sadis sungguh tulah ingatkan solat macam biasa pukul 9.00 pagi. Dia sampai dalam pukul 8.20 pagi kariah masjid dah baca khutbah katanya. Along Mrs. A mujurlah sempat itu pun nyaris-nyaris je tak dibenarkan masuk cause dah sampai keluar masjid jugak had untuk yang boleh solat hanya 60 orang sahaja.

Hari Raya Aidil Adha 2020.


Hari Raya Aidil Adha 2020
Seketul je gambar juadah raya yang Mrs. A snap hahahaa... Lemang orang kampung jual. Emak Mrs. A memang regular customer cause memang dah tahu sedap gittewww....
Hari Raya Aidil Adha 2020
Time ni dah petang dah on the way nak balik kampung semula dari Jiboi
Hari Raya Aidil Adha 2020
Satu-satunya gambar berdua yang ada
Hari Raya Aidil Adha 2020
Dengan emak pun sama mujurlah ada satu gambar buat kenangan hari raya Aidil Adha 2020
Time balik raya side Mr. A di Jiboi lagilah ralat!!! satu gambar pun takde. Langsung tak teringat nak bergambar huhhuhuu.... Mrs. A sekeluarga beraya di Jiboi dalam tengahari pada 10 Zulhijjah tu. Aryssa tak ikut sekali cause dia nak ikut MakNgah dia pergi mana ntah. Mr. A kata biarkan ajelah tak koser! nak melayan perangai dia meroyan nanti. Along dengan Adik okay je katanya lagi elok lapang tempat duduk belakang keta muahahhaaaa.... End of story 10 Zulhijjah 1441H.

Pada 11 Zulhijjah 1441H (01082020) pagi-pagi lagi emak minta anak sulong Mrs. A temankan dia pergi masjid untuk serahkan kambing korban pada Imam. Tapi Mrs. A cakap takpelah biar Mrs. A aje yang pergi pastu BangNgah cakap dia pun nak join sekali. Adik pun ikut juga tapi dia naik motor sendiri. Tahun ini emak buat korban seekor biri-biri untuk arwah ayahnya kiranya Atok Mrs. A lah. Mak cakap sebelum Atok meninggal dia ada bernazar nak korban seekor kambing tapi hajatnya tak kesampaian ketika hayat. Alhamdulillah mak Mrs. A dikurniakan rezeki olehNYA untuk buat korban tu pada tahun ini. Jom layan gambar sekitar majlis korban kariah masjid kampung Mrs. A.

Hari Raya Aidil Adha 2020

Hari Raya Aidil Adha 2020
Inilah biri-biri tu pandai dia pandang camera time Mrs. A snap.
Ya Allah terimalah ibadah korban kami
Hari Raya Aidil Adha 2020
Alhamdulillah dipermudahkan tak payah ikat-ikat pun kaki bebiri tu
Hari Raya Aidil Adha 2020
Ada dua ekor biri-biri dikorban pada pagi tu
Hari Raya Aidil Adha 2020
Emak duduk al-maklumlah warga emas
Hari Raya Aidil Adha 2020
 Mula-mula sembelih biri-biri dulu kemudian baru lembu. Itu biri-biri yang seekor lagi tu. Actually dia yang mula-mula sekali disembelih.
Hari Raya Aidil Adha 2020
Sedang tunggu turn biri-biri korban untuk arwah Atok Mrs. A disembelih. Sempat Mrs. A record untuk tontonan adik-beradik Mrs. A yang tak dapat hadir.
Hari Raya Aidil Adha 2020
Time ni Imam baru sampai
Hari Raya Aidil Adha 2020
Kariah masjid yang hadir tak boleh ramai pun ada hadnya
Hari Raya Aidil Adha 2020
Abam pulis dengan askar pun ado... melawat kawasan ngeh! ngeh! ngeh! Alhamdulillah kami patuh S.O.P
Majlis korban di kampung Mrs. A berlangsung sehari sahaja iaitu pada 11 Zulhijjah tu. Ada dua ekor biri-biri dan 3 ekor lembu korban. Dah selamat pun daging-daging korban tu sampai ke rumah dan dimasak gulai hiks!

Hari Raya Aidil Adha 2020.

Sambil tu Mrs. A nak share jugak ganjaran dan sunnah berkaitan ibadah korban.




Kredit: Ikhlasdotcom

Okay itu sahaja kisah Hari Raya Aidil Adha 2020 Mrs. A my blog my stori. Ya Allah terimalah ibadah korban hambaMu. Semoga ibadah korban kita semua diterima olehNYA. InSyaAllah.





MRS.A my blog my stori ©